Wednesday, July 29, 2009

tak ada apa2

sudah lama tak up date.semakin berhabuk kafe saya ni.
semalam baru sampai dari Johor.wah, cuti dua hari.seronoknya!!

pagi2 sabtu sudah ke pantai, bermandi-manda.apa nak buat swimming pool takde.tapi best, dekat tengah hari balik.
kali ni semua orang balik kecuali Abang Jik sebab jauh.yang bestnya dapat jumpa Husna.semua orang balik pun sebab nak peluk cium Husna jek.hehehe.

Husna dah pandai merangkak.gigi sudah ada 4 batang.umi dia dah kasi makan kat dia.sebelum ni dia cuma minum susu jek.sian dia selalu lapar.kadang2 selamba jek bagi dia makan biskut, dah dia lapar sangat.huhu.
rindu kat Husna.nanti bulan puasa nak balik lagi..

bulan puasa???!!!!
emmm tak lama lagi raya.saya belum beli baju raya.rasanya tak de baju raya pun takpe.bukan pergi beraya ke mana2.dah takde rasa lagi.duk umah pun boleh pakai baju kurung lama2.

kak awin marah, katanya;raya untuk gembira2.jangan sebab tak jadi plan beraya tak nak beli baju raya.huhu.saya tak tau nak kata apa.mungkin nanti hari puasa terakhir, satu dua hari before raya saya shopping la.time tu kan semua harga jatuh gila2.yeay!saya tau kak cik pun akan setuju.

saya malas nak sebuk2 cari baju sekarang.betul2 takde rasa nak buat semua tu.
mungkinlah kalau saya ni seorang ibu, dah tentu sekarang sebuk2 siapkan baju anak2..hahaha..jauhnya melayang..

sekang ni pk simpan duit nak bagi anak buah yg makin meningkat jumlahnya tu.hehehe.
pastu pk nak save untuk bulan 10 ke 11 yang mana jarak gaji keluar tu sangatlah jauh.pergghhh..kena tahan perut gak ni..insyaAllah.selalu doa rezeki dicukupkan amin...

Saturday, July 18, 2009

Tengok Siamese names pulak

Phueng : bee
Kulap : rose
Sanoh : sweet and pleasant sounding
Sroy : chain, jewelry
Phanumas : sun
Puenthai : gun
Thinnakorn : sun
Thuanthong :golden spear
Mongkut : crown

~wah, sawadikap!! hait..hahaha...~

japanese names fit you

Michiko : beautiful wise child
Akihiro : large glory
Masahiko : just prince
Daisuke : great helper
Chika : scattered flower
Katsumi : victorious beauty [girl]
Katsumi : self-controlled [boy]
Takashi : elevated;praiseworthy
Natsumi : summer beauty
Izumi : fountain


~pengaruh yang kuat setelah hampir 3 minggu di 'dunia Japon'..apapun happening and banyak belajar budaya derang~

silver line

agak frustrated bila tiba2 apa yang dirancang tak menjadi.hujung minggu yang suram.ada peristiwa yang kelam.rasa dalam hati yang sedikit menggusarkan.ya Allah tenangkanlah hatiku...

bila macam ni, terapi saya satu je.balik ke kampung.balik ke asal.lambat lagi ke perpindahan tetap saya ke Johor?saya rasa tak berapa nak hepi tinggal di kotaraya besar ni.tak banyak yang betul2 buat hati saya rasa bahagia.saya bukan kaki ukur jalan, bukan shopaholic type, bukan streotype, ala bosan dengan rutin yang sama etc.tapi saya harus akur.saya di sini kerana tugas, kerana ada benda yang saya perlu selesaikan demi hidup ini.insyaAllah masanya akan sampai juga.ameenn...doa saya semoga semua urusan selesai.biarlah hidup menjadi lebih baik dan saya menikmati hidup dengan kesyukuran.

saya kena lebih berani, kena lebih tegas, kena lebih yakin.menjadi seorang yang independent bukan senang kalau tak punya hati yang besar dan jiwa yang tabah.semuanya saya kena lakukan sendiri.saya tak ada kerabat dekat2 sini.cuma anak buah yang baru nak kenal sekolah menengah je.saya yang dia perlukan bukan sebaliknya.keluarga saya seluruhnya di Johor, sedikit di utara dan satu di timur.saya sendirian di sini.sedih juga.

saya pernah menanam azam,hasrat tak mahu lagi bermastautin di tempat yang hampir 5 tahun saya diami ini.cukuplah jerih perit semasa belajar saya lalui di metropolitan ini.saya rasa kadang apa yang kita tak mahu itulah yang terbaik buat kita. yang kita tak nak kita tak tau sebenarnya ada sesuatu yang baik untuk kita.insyaAllah.apa yang penting saya kena belajar, tabahkan hati.saya tahu saya boleh dengan keizinanNYA.

semasa di kursus kelmarin, fasilitator bertanya perihal kami.kami dikehendaki beritahu peristiwa pedih dalam hidup.saya tak tau nak ceritakan yang mana satu.sebab bagi saya setiap peristiwa yang saya rasa pedih perit nak terima mula2nya itu akhirnya Tuhan gantikan dengan sesuatu yang lain yang lebih baik.jadi selepas itu saya merasakan peristiwa itu tidak lagi pedih sebaliknya positif tanpa saya sedar.saya rasa kehidupan berlangsung dengan baik bila penggantungan kita hanyalah pada DIA YANG MAHA KAYA.

entahlah.saya tahu kisah hidup yang sudah lepas itu adalah sejarah buat kita supaya kita ada guideline.dan kadang2 saya malas mahu ambil pusing akan sejarah yang buat hati saya bernanar.walaupun kadang2 saya rasa perlu juga untuk jadikan diri ini kuat.apapun itu semua catatan, yang dah tertulis.untuk saya belek2 bila perlu nanti.

menjalani kehidupan adalah berbeza bagi setiap orang.dan saya percaya bahawa setiap dari kita ada bahagian masing2.rezeki dan jodoh,sudah tertulis.kita hanya berusaha.DIA jua yang menentukan.

~hari yang sentiasa baik, semangat yang baik, dan harapan untuk yang baik2 saja~

Friday, July 17, 2009

Let's check these Spanish names out

Isabell : God is my oath
Alberto : bright nobility
Geraldo : spear ruler
Marcelo : defense or of the sea
Federico : peaceful ruler
Eduardo : guradian of prosperity
Alisa : noble sort
Augusto : venerable
Ercilia : delicate, tender
Francisca : French
Ilberto : pledge-bright


~saja try tengok nama kita dalam bahasa Spanish..sekali dapat ni daa..utk tambah pengetahuan..nama2 yang familiar dalam cerita latin kat tv tu inilah dia maknanya..dan saya bukan suka2 letak nama ni..saya letak berdasarkan nama2 orang yang ada dalam cerita hidup saya..kadang2 rasa kelakar..kadang2 rasa ada gak sipi nak tepat..huhu...terpulang..just for knowledge..n some fun...hehehe...

habuk yang berharga

berhabuk sikit kafe saya seminggu dua ni.sibuk menghadiri kursus dan segala jenis kerja yang ala-ala out station tu.5 hari tak on laptop.tambah pulak kepala saya tengah serabut nak karang dan cari idea, jadi tak sempat nak jengah lama2 kafe ni.huhu.minta maaf ye.

balik2 saja ke HQ, saya dapat tugas baru.nak kira jd bidan terjun tu bolehlah.tapi pada saya ia satu tugas yang buat saya geledah potensi diri yang selama ni langsung saya tak beri perhatian.emmm,sebenarnya lepas kena cangkul2, khazanah tu memang berharga.alhamdulillah.hehehe.:)

thumbs up untuk rabia kerana berjaya jd cik MC kelmarin! :)

krew terlibat majlis & terlibat makan: mat due (cameraboy), bro rashid (tolak troli), rabia chan (MC tiba2 jek) & apis (jemputan meriahkan acara makan) hehehe

sejak balik dari kursus, saya rasa ada satu jalur semangat dalam diri.sehingga kadang2 kata2 saya dipengaruhi sama.hahaha.berkobar2 ye cik rabia.yang penting semuanya buat saya rasa enjoy, hepi dengan hidup.walaupun penat sangat.huhu.

yang penting kita hepi..hepi..hepi...yang penting kita hepi!! yeay!!

Tuesday, July 7, 2009

lepas beberapa hari tak timbul...

"adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta? yang masih bersemadi untukmu...."
~yuna~

entri rindu sudah berbalas.terima kasih sahabat2.saya sangat terharu.
dah berapa hari saya tak lawat laman sesawang ni.sibuk dengan misi terbaru.debaran sentiasa ada.huhu

rabia reply:
rindu tu memang sentiasa ada.saya mengambil keputusan untuk membiarkan saja ia hinggap dan bila2 dia mahu terbang, saya sudah tidak kisah lagi.sebab saya tau, rindu tu akan datang lagi.dan yang paling penting saya tau rindu itu pada siapa yang patut and layak utk terima.rindu saya bukan sampah.rindu saya ada harga.saya bukan suka2 hampar ia di lantai untuk dilelong atau dijaja.terpulang.pada yang sudi menerima, terima kasih.kerana anda membayar harganya.:)

penatnya lalui hujung minggu yang lepas.tapi berbaloi dan ada sedikit rasa lega bercampur banyak lagi rasa lain.alhamdulillah.misi pertama selesai.misi seterusnya bakal dilaksanakan.
[confirm tak faham ayat2 kat atas ni..hahaha.misi2 laa..apalah..misil kot..ngeee]

saya minta maaf kerana telah melukakan dia tanpa sengaja.saya mengaku saya cuai.saya janji akan lebih berhati2...hendak ku tangis, tiada berair mata...pedih di dalam siapa yang tahu..tak terluah hingga ke mata..huhu...isk isk....

dan saya juga sudah membuat keputusan.tidak mahu kisah apa orang kata selagi ia tidak memberikan efek pada hidup saya.
suka hati sape2 yang berkenaan kalau rasa2 macam dah cukup bagus utk men'down-grade'kan orang lain.dah cukup hebat utk berkata2 tentang orang lain seenaknya.dah cukup mantap nak menjadikan orang lain bahan uli adun gaul sesedap rasa mulut anda..saya ucapkan terima kasih..dan saya memang tak mahu ada kaitan..it's nothing to do with me!!!.....

Thursday, July 2, 2009

siapa nak jawab soalan saya?

saya selalu bertanya pada orang:

"kalau rindu kat someone, nak buat apa?"
"kalau kita rindukan orang, apakah dia juga merasakan yang sama?"

saya selalu rasa 'sakit' bila menanggung rindu.
mana ada orang yang suka merasakan sakit.
melainkan dia tak mahu hidup lagi.

alangkah baiknya kalau rindu saya itu pada suatu yang membalas rindu kita dan merasakan sama apa yang kita rasa padanya.
saya selalu berharap rindu saya tidak sia2.
berharap ia akan singgah di hati si pemilik rindu.
sebati dengan rasa hatinya.
kerana saya mengapungkan rasa rindu ini dengan segenap rasa.

saya...
rindu pada kenangan lama.
rindu pada suatu yang telah tiada.
rindu pada suatu yang tak dapat digapai lagi.
rindu pada sesuatu yang hilang.
rindu...
dengan segala maksud yang mendalam.
saya rindukan dia.
rindu sangat.
...

~rindu itu suatu anugerah tak ternilai.bukti bahawa kita punya hati dan perasaan~

sayang

pernah tak kita suatu ketika merasakan kesusahan yang berat.
dugaan tu terlalu hebat utk kita pikul.
kita nak menangis sampai banjir daerah sekitar pun rasanya belum tentu terluah lega.
masa tu kita tak tahu dan tak terfikir pun ada orang di sekeliling kita yang boleh menolong, sekurang2nya sedikit meringankan perasaan kita.
mungkinlah masa tu kita akan teringat kat orang terdekat macam famili, mak abah, akak abang dan lain2.
tapi selalunya kita tak sempat nak ingat siapa2.
melainkan pada suatu kuasa yang maha hebat dapat memberikan keajaiban.
ketika itu, mesti kita selemah-lemah hamba ini akan bersandar padaNYA.

setiap manusia, dalam hatinya mesti ada kepercayaan pada suatu yang lebih berkuasa darinya.
dan sebagai mukmin, kita percaya ALLAH MAHA BERKUASA.
kita bergantung padaNYA.
segala kesusahan hati kita luahkan padaNYA Yang Maha Mendengar.
kita berbisik lembut, halus dengan hati kita yakin ALLAH mendengar aduan kita, tangisan kita.

pernah sehingga kita mengeluh tanpa kita sedar semua ujian itu ALLAH tak datangkan sia2.
pernah kita rasa hampir putus asa kerana menyangka itulah penghabisan segalanya, padahal ALLAH ada sesuatu yang DIA simpankan untuk kita yang lebih baik lagi.
kita merintih dan bersedih...

sehingga suatu saat bila ALLAH datangkan pertolonganNYA, kita merasakan sangat lega.
tenang.
lepas.
bebas.
waktu itu baru kita buka mata hati bahawa hikmah dugaan yang kita hadapi itu lebih manis.
alhamdulillah.
setiap sesuatu itu insyaAllah ada baiknya.
dan kita mohon saja agar semuanya baik2 selalu.
ameennn...

dan sesungguhnya ujian, dugaan, masalah itu tak berhenti.
cuma bagaimana cara kita uruskan, kawal, hadapi dan selesaikan.
dan sentiasa sandarkan dalam hati supaya ALLAH akan menolongkan kita.
memudahkan ia bagi kita.

wallahua'lam...
~menyampaikan walau satu ayat~