Tuesday, May 25, 2010

keputusan itu menyeksakan




Aku tekad.
Kalau aku kena tinggal.
Yang lain pun tak leh pergi.

Kejam!
Sheessh..

p/s1: kehidupan seperti biasa. rutin. tetapi aku dah tak leh nak hadam benda ni semua.

p/s2: spirit & hati aku dah makin luluh.

p/s3: ingin saja aku lafazkan pada keseksaan ini :"kyujuh!" dengan cool ala Gu Jun Pyo! hua hua hua. 

p/s 4: KEJAM!

Friday, May 21, 2010

sekadar iklan

Sebenarnya

Yoon Ji-Hoo sunbae adalah berlainan sekali dengan Kim Hyung Joong.
Dan Hua Zei Lei sama sifatnya dengannya Yoon Ji-Hoo kerana watak mereka adalah sama.
Begitu juga Vic Zhou yang mempunyai kerjaya lebih kurang sama dengan Kim Hyung Joong pada realitinya.

Hanazawa Rui sedikit pelik.
Oguri Shun mungkin sesuai dengan Conan.


Hua Zei Lei senpai :)

Yoon Ji-Hoo sunbae  :)

Hanazawa Rui senpai :)

watak 2nd hero selalu unik tapi special :)

Bagaimanapun

Lee Min Ho;
keriting atau lurus rambutnya...
tetap hensem!!
Gu Jun Pyo sunbae :) -keriting-

Lee Min Ho oppa :) -lurus-

 
Kesimpulan: Boys Over Flower + Meteor Garden + Hana Yori Dango mengisahkan flower boys yg cute! kawaiiiii ~ :)


Yang menulis,
-A.K.U-

p/s1: kesan terlalu banyak menghadap siri tersebut sampai boleh jadi macam ni. ha ha ha. tolong 'keluar' dari 'dunia' tu.

p/s2: ok, mari pergi dengar ceramah bertajuk "Kerja itu Ibadah" di Anjung Korporat, Tgkt 24 sekarang!! (ok, aku pergi)..

p/s3 : chow~
Rujukan internet : google image.

Thursday, May 20, 2010

jangan baca entri ni

Aku paling bengang dengan manusia yang suka menyibuk hal orang.
Boleh tak ko jangan nak buat orang panas hati je dengan ko.
Pandai pulak cakap orang macam tu macam ni.
Ko sendiri pun sama 2 x 5 = 5 x 2 !

Aku dengan manusia sorang ni aku dah tak de sopan santun lagi daa.
Sabar aje aku dengan dia ni.
Tapi hari ni aku rasa nak melempang je.
Nasib baik aku tau undang2 melempang orang awam adalah tidak dibenarkan.
Huh!

Aku sakit hati ni.
Aduh!


~tolong, aku nak melempang orang ni..sangat2!!~

Wednesday, May 19, 2010

nak cari tiket jumpa lain pulak

Boleh tak nak sakit hati?
Depan kaunter tulis "REHAT" sampai jam 1500.
Aku tengok jam sekilas, 3.10pm dah ni.
Apa semua ni dey??

Ok.
Aku menunggu lagi.
Sambil tu aku baca paper kat board tepi kaunter tu.

Emm..ok ok..
Oh mcam tu.
Apa dia?
Adakah begitu?
Oh..oh..bla.bla..

Berganjak sikit ke kanan.
Sudut sukan.
Mata aku terus tangkap tajuk :
"Persaraan beri kesan pada Choong Hann" (utusanonline)-klik tajuk untuk baca berita tu.

Lepas baca aku jadi sedih tiba2.
Coong Hann bukan tua sangat.
Belia lagi.
Cuma dia tak cergas.
Dan baru aku tau sebabnya.

Rupanya dia dah dua tahun bersara.
Maknanya selama ni dia menguruskan sendiri latihan dan pemakanannya.
Lagi pun dia ada jalani 2 pembedahan sebelum ni.

Yang aku hiba , dia sendiri pernah menulis surat kepada ISN memohon bantuan dan kepakaran meningkatkan kecergasannya.
Dia mengakui dia sudah tua bila tewas dengan Chen Jien,
tapi menyedari Malaysia masih memerlukannya dan tiada pelapis berpotensi,
dia tetap beraksi.

Aku sedih.
Kenapa macam ni?

Choong Hann kali pertama aku lihat dia bemain di Komanwel 1998 KL.
Memang masa tu pun aku baru je kenal dunia badminton.
Aku paling suka tengok badminton sebab Choon Hann main dan Malaysia dapat emas.

Waaa..
Aku terus bersemangat cari info pasal Choong Hann dan badminton.
Aku tak pernah buat ni.
Kerana rasa hiba tu aku bersemangat menonton balik permainan yang melibatkan Choong Hann, Chong Wei, Lin Dan, Hafiz dan nama-nama lain.
Tiba2 jadi rajin study pasal sukan ni.

Tapi lumrah acara sukan mesti ada turun naik.
Yang muda akan naik, yang tua mulai menurun.
Tapi semangat Choong Hann bagi aku tak pernah 'tua'.
Cuma sayang pengalamannya dibiarkan, kalaulah Choong Hann berminat nak latih pula pelapis baru kan baik.

Aku mengaku aku tak pandai main.
Tapi aku tetap suka sukan badminton!

Dan
badminton tak macam gimnastik/gimrama,
rasanya habis sekolah dah kena bersara.
(Teringat Elregina dan team komanwel '98 dulu)


Choong Hann, bersemangatlah!! :)


Gu Jun Pyo sunbae..:)

Choong Hann mungkin tidaklah sehensem Lee Min Ho. (ok, takde kaitan pun)
Tapi dia tetap best!
:)

Tuesday, May 18, 2010

entri tak punya jiwa

"Kekal di sana dan maju bersama" ~ petikan ucapan bos besar, 18 Mei 2010.

Kali ni aku nak buat entri mengada-ngada sikit.
Nak cerita pasal kegagalan emosi dalam FB yang semakin menjadi-jadi.
Boleh?

Ha ha ha.
Malaslah.

Pastu.
Aku nak cerita kegagalan aku untuk membaca karya english.
Ah, macam busan jek.

Kegagalan bercinta?
Belum lagi setakat 5 hingga 6 tahun kebelakangan ni.
Sebab aku masih kekal dengan status "single".
Maaf ini bukan promote ok. uh!
Tapi kegagalan diterima cinta- SELALU! hua hua.
Biarlah tu.
Direjek memang kecewa tapi itukan biasa. isk isk!

Sekarang apa pula?
Oh, aku tak faham kenapa cermin mata aku lately mencengkan batang hidung aku kuat sangat.
Senget ke apa ni?
Aish apakah petanda supaya aku mencuba contact lens pula?

Ha ha ha.
Aku kelakar bila Ila bertanya :"kau tak nak pakai lens ke?"
Aku dengan konpiden tahap gaban menjawab: "tak lagi. aku akan pakai masa bersanding je nanti" hua hua hua.
Cukup setakat itu.

Weekend baru2 ini yang aku kategorikan sebagai paling tak de output sebab:

1) bangun pagi2,aku siap pakai track suit, sport shoes,dan t-shirt (lengkap!).
berkobar2 kononnya untuk berjogging.ha ha. alasan!
aku akhirnya meminta housemate untuk drop aku kat kedai runcit dalam taman depan tu.
beli barang dapur dan balik rumah dengan jalan kaki saja.
jadilah tu kan. adalah sikit exercise. hehehe
tasik titiwangsa tu jauh sangatlah kalau tak naik kereta.huhu.

2) konon petang nak sambung jogging yang tertunda, akhirnya aku duk depan tv layan Lawyer Siang jek.hehehe.

3) sepanjang weekend ini, masa aku banyak digunakan menonton cerita Korea sampaikan secara tiba2 kefahaman bahasa inggeris dapat di improve tanpa sengaja. hehehe.

4) nasib baik petang ahad ada final Thomas (walaupun M'sia tiada bersama) dan cerita jepun kat tv8.

5) lately ini juga, aku semakin meninggalkan aktiviti kesukaanku -memasak. tak elok ni! ish...

konklusinya: aku busan tahap giga!

haruskah aku melampiaskan perasaan tergurisku?
entahlah.
tapi aku seperti kata2 wong choon han "saya sakit hati.." apabila harapan yang menggunung rebah macam tu je.

fine.
aku tak balik kampung sebab minggu depan pun nak balik dah.
aku tak pergi rumah kak cilin sebab duit pun dah hujung2 je.
aku tak pergi mana2 sebab aku tak de kereta.
dan
aku tak apa2 pun.
siyes!

ha ha ha.
entah apa2 entri aku kali ini.
setiap perenggan tidak saling berkaitan.
setiap perenggan tidak punya kesinambungan.
mungkin gaya bahasa aku yang tidak lagi menimbang susunan komprehensif atau sekadar
aku hanya menulis apa yang aku rasa
dan apa yang lahir secara tak sengaja terus turun ke hujung jari dan menari atas papan kekunci ini.

wah!
sengaja.
kejam.
ha ha ha.

~sengaja tak bagi faham. sebab aku pun tak faham. uh!~

Monday, May 17, 2010

ucapan penuh makna untuk yang tersayang

Sempena 16 May 2010.
Aku nak ucapkan :

1) HAPPY BIRTHDAY UNTUK MAK TERSAYANG PN.MAYMON BINTI KASIM!

2) HAPPY TEACHER'S DAY UNTUK SEMUA YANG BERGELAR GURU TERMASUKLAH KAK LONG, KAK NGAH, ABANG JIK, KAK CILIN, KAK CIK DAN KAK ITA.

hope you all hidup bahagia ye ! :)

aku tetap suka

(Tak kira! Nak update gak pasal 'kekasih' semua pemain badminton iaitu En. Thomas)

Tersenyum aku bila pengulas sukan cakap masa acara penyampaian hadiah & piala Thomas petang Ahad tu.
Lebih kurang begini :
" Piala Thomas untuk China terutamanya Lin Dan yang terlalu merindui untuk memeluk piala Thomas...bla..bla.."
hehehe..nampak comel ayat tu..
dan Lin Dan dengan muka energetic dan bergaya gile..tersenyum memeluk piala Thomas..:)

Dan aku memang tensen.
Sebab petang Jumaat tu aku beria-ia nak sampai rumah cepat.
Sekali timing tukar laa pukul 7 malam macam tu..
Dan tensen lagi sebab kalah.
What to do?

Dorang pun dah buat yang terbaik.
Chong Wei, beregu pertama, beregu kedua, Hafiz dan
Choon Han pun walaupun kalah tapi boleh nampak dia main dengan bersungguh-sungguh,
lagi pun Chin Jien tu muda 11 tahun beb.
Haruslah energy dia lagi banyak dari dia kan.
Patut masa lawan Denmark, bagi lawan Gade sebab umur lebih kurang je kan. hehehe.
Dah takpelah tu.

Dorang dah buat terbaik tapi China lagi baik.
Memang China sangat agresif dan bertenaga.
Pemain dorang tak kira ranking lawan tapi main dengan sangat baik.
Dan tahniah gak untuk Indonesia sebab fight dengan China masa final.
Apa pun, semuanya terbaik!!!
:)


p/s1:suka tengok gelagat Lin Dan masa lawan hehe

p/s2:suka masa lagu negara dimainkan dengan bendera naik lepas penyampaian piala..(ada perasaan lalu kat hati)...

Wednesday, May 12, 2010

semuanya untuk kita juga..percayalah..

Sebenarnya tak nak tulis entri baru lepas semalam dah pulun 2 entri dalam sehari.
Tapi lepas baca emel.
Dan teringat kembali projek tahun akhir semasa di uni dulu, aku terpanggil untuk menulis sedikit.

"Sampaikanlah walau satu ayat"
Ye, itulah.

Dalam emel tu sebenarnya ceritakan kajian ke atas perbuatan sujud atau prostration.
Ia menerangkan dari segi saintifik akan kelebihan sujud.
Ia ada kaitan dengan magnetic charge.
Dan daripada literature review yang aku buat masa siapkan projek tu pula, ia berkaitan juga dengan tekanan darah, kedudukan jantung dan kadar jantung.
(Alangkah bagusnya kalau aku terima emel tu lagi awal which is masa aku tengah giat cari justifikasi dan penemuan berkaitan sujud untuk aku tambahkan dalam conclusion report aku..huhu..mungkin aku tak cari betul2..)


Dan aku lebih terkesan dengan petikan ayat dari emel tersebut.
Berbunyi begini :

" Allah Almighty will always ask us to do things because they are helpful and useful for us.

There are cases when we won't know the reason for a certain act, but sooner or later, you might be able to find the reason.

In any case, you should trust the Almighty Allah and know that whatever you do for Him is the best for you.."

Yes..always.. in return..is the best for us..believe it..

Dan dalam emel tu menambah lagi, walaupun kita melakukan sujud itu kerana kepercayaan dan ketaatan kita pada Allah Maha Pencipta, tapi bila sains dah buktikan maka kita tahu apa yang Allah suruh kita buat tu memang ada kebaikannya untuk kita.

Subhanallah...:)

Dan emel lain, sahabat tu cuma tulis supaya tengok video ni dengan tajuk "WAJIB TENGOK!"..so marilah kita ambil masa dan click link di bawah ini :
video "WAJIB TENGOK!"

Tuesday, May 11, 2010

bukan piramid di egypt

Ni petikan emel yang aku terima dari seorang sahabat.
Betul juga.
Buah pinggang kita function dia untuk tapis segala bahan yang masuk dalam badan.
Jantung pula untuk pam darah yang ada oksigen dan kurang oksigen ke dan dari seluruh tubuh dan organ.
Hati pulak tempat tapis darah (please correct me if i have wrong thought about this organ).

Dan banyak yang datang dari luar badan masuk dalam badan melalui pemakanan kita.
We are what we eat, babe..
This is true. So true.

Nak jaga kesihatan, mulakan dengan cara makan dan pemakanan yang diambil.
Nampak bosan tengok piramid makanan kan tapi tu lah fakta yang boleh diikut sebab tanyalah mana-mana doktor atau pun dietitian terus je dorang tunjuk segitiga tu (aku rasalah sebab it's common) kan. (betulkan aku jika aku salah).



--->jom baca petikan emel di bawah:

Zaman sekarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

1.        Breakfast with Nescafe
2.        10am break with Nescafe
3.        Lunch with Nescafe ais
4.        Minum petang also with Nescafe.
5.        Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe

~ bagaimana dengan seorang manusia yang menggemari kopi segala bagai jenisnya termasuk nescafe?..a time to change!~

lawyer-lawyer yang aku suka

Masa aku berumur iaitu sekitar di sekolah rendah atau awal sekolah menengah, aku pernah tengok satu muvie kat Tv2.
Tajuk dia memang aku tak ingat.
Tapi pelakon dia aku ingat, walaupun masa tu aku tak kenal dan tatau nama beliau.
Bila aku dah besar, dah tau nak baca2 gosip hollywood dan tahu bahasa Inggeris sikit2, aku kenallah pelakon tu. Hehehe
Dia belakon muvie "How to Lose a guy in 10 days".

Ok, bukan nak cerita pasal pelakon tu.
Tapi pasal cerita tu.
Tiba2 nak tulis pasal cerita tu sebab sabtu lepas aku tengok tv2 cite hindustan.
Oii..bukan cite yang guling2 kat bukit, pastu tukar baju 4-5 pasang ikut kaler tema, kuch-kuch-hota-hai ok! hehehe.

Cite ni cite serius tentang masyarakat dan kemanusiaan.
Drama kepolisan (aku tak layan Akademik Polis-ok, tipu jek hihi), jenayah dan mahkamah. Suspen gile!

Cerita macam ni berjaya buat aku duk duk depan tv layan hindustan di petang sabtu (selalu aku tak buat tau!selepas filem kuch-kuch-hota-hai, filem lain tak best..) hihi.
Tapi background ada keretapi tu tak leh la nak nafi lagi, haruslah ada baru cara beb.

Cerita pasal persepsi masyarakat terhadap polis.
Jenayah berleluasa dan dilakukan oleh orang berpengaruh.
Korang boleh bayangkan je situasi ni kat india ok, sebab ni kan cerita hindustan.

Kemudian, bila dapat tangkap haruslah ada perbicaraan di mahkamah.
Dan kat sini watak lawyer main peranan.
Hakim pun mestilah adil. Kalu tak mesti geram je tengok pum pang pum pang bedebat, sekali hakim dia jahat-makan suap. Sia-sia je kan.(ok, jangan emosi kat sini hanya cerita je)

Last2, sebab hero selalu akan menang makanya berdasarkan cerita ni, hero berpihak pada mangsa maka menanglah kes tersebut.hihi ;)

Dalam cerita ni, digambarkan hero adalah polis yang sangat smart tapi weirdo. peh.
Sampaikan inspector sahab lain pun tak leh settle,pesuruhjaya awal2 lagi suggest nama beliau untuk handle kes mangkuk ayun tu. Huhu.
Hebat ar.
Ketua menteri pun caya dia.
Hakim sah2 adil lagi saksama.

Tapi pengajarannya, hakim tu cakap masa nak ending ini adalah kes terakhir dia selepas dia buat keputusan dan kemudian letak jawatan.
Dia berharap masyarakat faham dengan makna keadilan yang sebenarnya.
Baguslah begitu kan. Pembelaan telah dilakukan dengan jayanya.

Dan kisah tersebut mengingatkan balik aku pada muvie yang aku tengok lakonan Matthew McConaughey dalam A Time To Kill (1996).
Adaptasi dari novel John Grisham.
Lebih kurang sama ceritanya.
Bezanya watak yang di highlight kan sebagai hero adalah berbeza.
Hero J.G adalah lawyer Jake Tyler Brigance dan hero hindustan tu adalah polis Mr. Kripa.
Dan isu masyarakat yang ingin dibangkitkan juga berlainan.
Tapi kes dan jalan cerita adalah lebih kurang sama. (Tapi mestilah lain jugak-keaslian mesti ada kan).

Novel J.G. ini adalah novel pertama berbahasa Inggeris yang aku miliki itu pun half price dan Yam bayarkan. Tq yam hehehe.
Tapi aku tak pernah habis baca walaupun di chapter pertama.
Sebab aku mmg tak minat novel English dan tak faham pun.
So aku tak sangka pulak ceritanya aku dah tengok masa kecik.

Dan...ooooo...ceritanya macam tu bila semalam aku download balik.
Malam tadi kononnya nak tengok sambil pegang buku dia la nak bagi faham buku tu kan, last2 aku tertidur setelah elok aku landing kepala kat bantal..hihi
(Lately aku rasa tempat paling best adalah tilam dan bantalku uwaaaa)

Itulah,
kelemahan aku adalah tak faham buku BI.
Sbb tu aku takde koleksi tu (macam AbdulFairul)
Aku kena tunggu cerita jadi filem baru tau cerita tu cane.
Sama macam cerita Twilight. hehehe.
Nasib laa..

poster filem tu (from google image)




~Apa pun aku tetap lagi suka cerita Down With Love sebab ada lawyer Siang Yu Ping yang hensem.huahuahua. (yang ni aku cerita lain kali tau) ;p~


Down With Love (google image) :))

Monday, May 10, 2010

tak best pun

Dah lama teringin nak main ice-skating.
Sejak sekolah form 4 masa g wajadiri kat UKM, singgah Sunway Pyramid.
Kalau datang situ jek, asek tengok orang meluncur.
Cam best jek.
Why not, sementara duk KL ni, mari kita jejakkan kaki atas ais buatan ni.
Mana tahu ada rezeki, dah terer leh g oversea main salji pulak.
Ha ha.

Tambah pulak tengok drama Korea.Lee Min-Ho haruslah beb! hihi
Peh dah mulut berasap2. Pahtu pakai penutup telinga.
Main riang2 atas ais.
Tak pun drama Jepun Takuya Kimura tajuknya "Pride".
Rilek je si Halu tu luncur sambil pukul bola hoki dia. ceh.
Pahtu awek dia Aki duk sorak2 kat tepi. hua hua.
Berangan je lebih. He He.

Sekali, aku dengan Zahrin, Hasnor and adik Hasnor try Ahad lepas.
Ok, aku dengan Hasnor je 1st time, pakcik tu dah ada pengalamanlah..huhu.
Nak main, excited tapi dalam hati ada cuak juga.
(Lepas solat zuhur tu aku siap doa minta perlindungan dan keselamatan sbb cam bahaya jek..:) )
Siyes, aku ingat kalau main tu takde laa kalau jatuh nak basah2 sebab macam kat dalam cite Korea tu salji tak basahkan baju pun. Huahua.
Ye laa nama pun yang kat sini tu buatan je, tak de laa serupa dengan yang ori kan?

Gila!
Lepas pakai kasut dia tu, aku nak jalan pun tak balance.
Ceh.

Ok, masukkan sebelah kaki.
Oiii..licin gile.
Tangan aku ni memang kejap arr paut dinding.
Nak gerak ke depan memang tak reti.
Aku jerit je laa. ha ha.
Slow2 aku aku ukur keliling gelanggang ais tu.
Adalah besar court tenis gak hua hua! :p

Makanya, hari meluncur aku menjadi hari memaut dinding atas lantai licin ok.
Nasib baik masih kekal rekod, tanpa ada jatuhan. Gigih gila aku! hahaha
Tapi menurut orang yang berpengalaman (dan dah terer sedikit seperti Hasnor & Zahrin), jatuh adalah pelajaran untuk menjadi peluncur.
Cewah!! hehehe
Yelah macam belajar bawak motor, kena jatuh gak baru thrill..siyes ni beb.
Cuba tanya orang yang dah terer tu, mesti aa diroang penah jatuh nye..

Maka, betullah bila orang kata, kena jatuh dulu baru boleh berjalan.
Macam budak kecik tu.
Sikit2 ok. Lama2 terer laa..
Tapi aku mengaku aku memang tak nak jatuh dan aku terus tak mahu usaha nak pandai luncur lepas penat pusing 4-5 kali gelanggang tu.

Hu hu.
Budak kecik pun rilek jek aku tengok dorang luncur. Ciss..
Yelah, takkan aku nak datang hari2 berlatih.
Tengok glove budak tu pun aku dah tau dia ni hari2 mak bapak dia hantar kelas luncur. hehehe.

Ok, jangan ikut aku yg give up ni.
Apa pun aku dah rasai pengalaman tu.
Lepas ni aku nak try main lain pulak.
Tak pun, kalau kena layan gak, aku akan memilih jaga beg dan duk tengok dari atas jek..amek gambar korang jatuh pulak. hua hua!

Sape nak g genting pulak?!!! hahaha :))


haruslah makan dulu sebelum kita buang tenaga meluncur ais hehehe..(dah kena pow da masa ni cess)

hasnor datang dengan adik dia bukan 'abang' dia ok..

zahrin selaku cikgu baru kami..hehehe..

nak masuk kena pakai glove..barulah cara beb..macam kat oversea nih..hahaha..terbang rm8 aku..

haruslah pada permulaannya kita kan memaut dinding..bersama-sama..kan hasnor?? hehe..

ok, ni student sorang..

ni lagi sorang...comel kan?? heheh

ok, ko paut dinding tu dulu..dah pandai kang jalan kat tengah..ok

dah, cikgu nak luncur dengan free style kat tengah..budak baru duk tepi jek..oiiii!!!...:p

selamba je cikgu tinggal kita kan hasnor?
hehe..takpe mai amek gmbr dulu..hehehe

cikgu datang balik sebab sibuk nak bergambar jugak..ceh..

wah, hebatlah konon tuh...hahaha

hasnor, aku dah penat..ko je laa main tau..

tak yah cikgu nak paksa2 saya main..saya dah tobat tak nak masuk dalam tu lagi..huaaa...

....selesai...


~itu saja pengalaman ala2 drama Korea tak menjadi..ak memilih untuk terus berenang saja..gila poyoss!!! heh~ ;p

Friday, May 7, 2010

perempuan dan shopping

Minggu yang penuh dengan sok sek sok sek.
Ofis sekarang tak kira ceruk mana pun duk sibuk2 buat housekeeping atau dalam bahasa lebih komersial (glemer laa tuh!) -"5S" blink!!!
Tak terkecuali unit kami. (kan dah cakap -tak kira ceruk mana pun)
Kalau ada yang tak buat tu memang saja laa tu. Aish..

Ha ha.
Kalau tengok (jelajah la satu building ni), unit kami dan unit2 seumpamanya saja yang macam kapal dilanggar paus.
Rasa macam tak leh nak di 5S kan.
Sentiasa ada je kotak2 yang berisi kertas, fail etc.
Nak aje aku syorkan WIP satu unit pastu letak sticker atau line Do Not Pass This Border atau Police Line, tolak 3 meja bahagian depan dari unit lain.
Ha ha.

Mana boleh kan?
Nak tak nak kena gak kemaskan.
Sikit2 buat.
Tapi auditnya tak lama lagi.
Ceh.

Masa aku pergi taklimat kat PJ ari tu,
kata Hajah Penceramah tu
"5S ni mudah saja tuan2. Ia adalah housekeeping. Macam kita buat kat rumah tu..."- lebih kurang macam tu la ayat beliau.
Tapi kenapa kita mesti nak jadikan ia terlalu kompleks dan sulit untuk kita lakukan.
Fine.
Cuma yang kreatif dan tekun melakukannya boleh tahan dengan segala kerumitan yang kita cuba wujudkan. Yeke?
Mungkin tak juga.
Yang penting, kesedaran kita.

Pada aku yang penting kita memahami konsep, dan kita melakukannya supaya mudah pada kita.
Bukan buat kita jadi susah hati dan tambah serabut.
Kuang3!!!

Aku dah berusaha kemaskan meja, susun fail.
Memandangkan amalan ini haruslah diamalkan oleh semua (tiada yang terkecuali), maka semua pun kena faham untuk jalankan amalan ini.
Kalau sorang je, tak jalan juga.

~tiba2 nak tulis entri yang macam educated sikit macam ni sebab peristiwa hari ini..hehehe~


gambar untuk hari ni..memandangkan Ila baru balik Langkawi, beliau belikan coklat untuk semua..dan utk aku dia tak nak samaratakan dengan orang lain..jadi aku dapat coklat segi 3 Toblerone yang tak pernah aku rasa pun..dan aku bukanlah seorang yang tahi idung masin untuk tak nak share ngan rakan sepejabat (hahaha jangan riak ok)..dan sebagai kenangan kami amek gambar hanya dengan web camera jek..(coolpix makcik tak bawaklah kalau takde event tau)..sukalah!!!!

Thursday, May 6, 2010

setakat ini

Semalam, aku dengan 4 rakan sekerja melawat bos di HUKM (now known as PPUKM).
Aku memang pernah pergi situ tapi semalam hampir kami sesat nak ke wad beliau.
Ha Ha. Memanglah, yang aku pernah pergi cuma tempat parking dengan kedai buat kaki palsu jek.

Ok.
Aku kagum betul dengan bos.
Beliau kata sebenarnya dah demam minggu lepas tapi masih datang kerja sebab fikirkan kolej yang kami kena uruskan tak settle lagi.
Sehingga saat beliau hampir pitam itu pun beliau dalam perjalanan balik dari ofis.
Dan sehingga saat kami melawat beliau di katilnya, beliau masih rancak bercerita tentang hal ofis dan senario yang berlaku di ofis tatkala itu.
Kata beliau, duduk kat hospital pun maklumat masih sampai sehingga batteri hp flat. He He.
Dan aku sungguh impressed dengan kecekalan bos.
Terharu sebagai anak buahnya.
Tabik laaa bos! (ni bukan ayat bodek ok, sebab aku bukan 'kaki pasang aircond' ke apa huhu)
:)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Start minggu ni aku naik bas semula pergi ofis.
Jimat.
Tapi kenalah keluar awal.

Kereta dah hantar balik kampung.
Sebab:
1)takde parking kat lrt. trauma lepas kete yam kene pecah dan aku dah da dapat notis dr org kedekut tanah..huhu
2)kereta aku calar dek motor yang parking kat tepi parking lot aku.bayar mahal tapi guard tak jaga pun. cess.

Takpelah.
Itukan kehidupan.
Uh, orang KL memang jahat.
Huhu.

Tapi hikmah juga.
Sebab bila naik bas aku banyak jumpa orang.
Aku lalu jalan yang kemudiannya aku boleh belajar selok beloknya.
Aku tengok student2 pergi sekolah sama2 naik bas dengan aku.
Teringat zaman sekolah dulu beb.
Pastu aku kenal and tahu sekolah2 kat sekitar tu.
Untuk apa?
Untuk belajar mengenai KL ni.
Apa yang ada..huhu..
Ada aa tu..
Lantak laa..

Dan yang paling penting, bila banyak melihat sekeliling, banyak pulak yang akan difikirkan.
Eloklah tu dari serabut ntah pape.
Melihat alam tu tenang.
He he.

~sememangnya aku belajar menjadi tenang dan cool~ aish..ha ha..:))

Monday, May 3, 2010

sentiasa aku suka buat

Seperti biasa, setiap kali balik Kota sure aku n family akan lepak2 ngeteh kat tepi laut Teluk Sengat. :)
Dah jadi macam aktiviti wajib pulak.
Walaupun begitu aku still merasakan sea sight kat situ tetap seronok.
Layan jek. :))

mesti bawak husna..:)

makan dulu sebelum pergi jeti..

ketam sepit besar sebelah..laut tengah surut..

~menenangkan hati dengan keluarga adalah ubat terbaik dari kekecewaan semalam...kesian untuk aku dan mereka yang menerima nasib sepertiku..kan sya?~