Thursday, December 8, 2011

masanya hampir tiba

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi sebelum betul-betul boleh balik Malaysia.
Selepas balik Malaysia selama 5 hari untuk renew visa, macam-macam perasaan ada dalam benak ni.

1) Happy
Setelah 3 bulan tak balik tengok muka mak abah and all family's members, perasaan happy sangat-sangat tu memang tak dapat dinafikan. Happy juga sebab sampai-sampai je LCCT, tengok kereta dengan perasaan rindu. Lepas tu drive dia hari-hari bawa jalan-jalan. Lega sebab masih boleh memandu dan ingat macam mana nak kawal clutch and gear. Kekeke. Happy sebab semua orang ada kat rumah kecuali Umai and Abang. Tapi melihat keletah Hadi, Hafiy, Husna & lain-lain membuatkan orang ketawa besar. Comel! Lepas tu, belanja dorang- Iman & Harith -UPSR, Iqmal- birthday bash. Mak buat masak special since semua orang dapat berkumpul pada weekend yang bahagia tu. :)

2) Sedih
Abah tak berapa sihat. Kaki abah bengkak dan muka abah sembap sebab infection. Semoga abah sembuh. Abah tak dapat hantar pergi airport dan mak pun tak dapat ikut sebab jaga abah.

3) Rasa bersalah
Beli sourvenir tak cukup. Sebab lain orang lain citarasanya. Dibelikan baju, nak kan beg, dibelikan beg nakkan baju. Jadi rasa macam tak lega/ tak puas hati sebab tak dapat nak happy kan orang lain. Hope ada masa yang bersisa ni, dapatlah belikan semua tu. InsyaAllah.

4) Risau
Risau kalau tak sempat & tak dapat buat no. 3 sebab kekangan yang tak dapat dielak. Sorry sangat-sangat.

5) Terharu
Warm-hearted people yang banyak memberikan pertolongan. Semua staff kat sini sangat membantu dan mesra. Dapat hadiah juga. Seronok juga. Juga orang kat Malaysia yang banyak beri dorongan dan doa. Terima kasih semua. :)

6) Berat hati
Bila nak habis ni rasa sedih pula nak tinggalkan hari-hari kat sini. Sebab dah mula mesra dengan dorang. Lepas tu dah mula boleh faham and can adapt to communicate dengan dorang. Lepas Ms. Akiyo tinggalkan kitorang, rasa sedih juga sebab dia tak bersama sampai habis sesi. Apapun, ada pro and contra. Ada baiknya di sini, dan ada baiknya di tanah air sendiri. Tapi kalau ada peluang lagi, memang best kalau pergi ke tempat orang. Ada rasa nak buat hobi baru- melancong! Masalah kos je lah.Huhu. Chiangmai ni pun sebenarnya satu tempat yang dingin dan selesa. Seronok juga. Tapi Malaysia tetap di hati. Soon, will leave Chiangmai with the full of sweet memories..Bon voyage..

7) Harapan dan Rindu dendam.
Yeah, always. Bila kita tinggalkan satu tempat, kita akan mulai merinduinya dan teringin nak kembali ke situ lagi.Kalau ditanya sebab apa, it's hard to explain. For those who have this kind of experiences maybe ada reason masing-masing. Tapi selalunya reason tu yang reasonable, memorable, and good, for sure. Maybe sebab orang di situ? Hahaha..oppsss..;p

*kalau ada rezeki nak duk oversea lagi..looking forward..