Wednesday, April 20, 2016

Ngantuknya

Oh hai.
Hari ni sangat-sangat mengantuk.
Semasa menanda lab report pelajar, tiba-tiba mata jadi berat dan hampir terkatup.
Terus berhenti dan tidur sekejap.
Lepas tu, macam baru tersedar.
Cepat-cepat minum air, bangun dan pergi ke kafe membeli karipap untuk Irdina.

Duduk semula.
Tarik nafas.

Kenapa mengantuk sangat?

Dah 3 malam kena berjaga sampai lewat malam sebab Irdina tak mahu tidur.
Dia tak bagi Mak tidur juga.
Temankanlah dia sampai 2 3 pagi.
Sabar.

Irdina terlalu comel dan kecil lagi nak dimarah
Bukan dia faham pun kalau Mak membebelkan dia
Sengih lagi ada
Kalau marahkan dia, terus mencemik air mata berjurai-jurai melalak sekuatnya
Isk isk isk.

Bertabahlah hati.
Kuatkanlah jasad.

Oh ye.
Kelmarin beli barang kat kedai depan rumah tu.
Kedai pasar sejuk dengan tag "bahan segar kepakaran kami"
Kemain lagi

Harga yang dibeli adalah RM27.05
So bayarlah RM50.10 sebab nak mudahkan salegirl tu tukar 5 sen je
Dia tanya ada 5 sen tak
Saya jawab tak ada, ada 10 sen ni ha
Then dia pun pulangkan baki RM23 sahaja
Saya tunggu juga dia pulangkan 5 sen tapi tak ada
Saya tanya dia, tak pulangkan baki ke?
Dia kata saya tak ada 5 sen
Habis tu? Saya tak dapatlah duit saya?
Dia jawab saya tak tahu, nanti short
Kalau dia tak ambil 10 sen saya dia short 5 sen tapi dia enggan pulangkan 5 sen saya sebab dia tak ada 5 sen dalam mesin duit dia
Saya cakap oh kalau saya short tak apa pulak?
Saya tak redha, itu duit saya awak tak pulangkan
Awak fikirlah, awak makan gaji tapi awak ambil duit saya
Saya pergi begitu sahaja

Saya bukan nak kirakan sangat 5 sen tu tapi saya kisahkan sikap salegirl tu
Dia patutnya try to find  baki walaupun 5 sen
Kalau sorang 5 sen kedai tu amek (sebab tak nak short) , bayangkan kalau 100 orang?
Itu tak melebih-lebih nampak!
Saya tahu dia pekerja, tokey dia yang akan terima semua tu
Tapi dia juga (Melayu, Islam) patutnya tahu soal tu
Dia tak patut cakap dia tak tahu dan buat selamba tak nak pulangkan baki
Senanglah nak untung macam tu jangan buh 5 sen dalam mesin kira tapi harga buh 5 sen, dapat untung lebih dengan mudah
Tak kisah berapa nilai baki tu
Janganlah menipu!
Janganlah ambil hak orang.
Sama kes dengan tak ada baki 5 sen, bagi gula-gula sebagai ganti.
Amboi.
Atau bagi barang lain sebagai ganti.
Kalau pelanggan tak nak kita takleh buat macam tu
Kena ada setuju dua pihak

Lagi banyak cerita pasal ni, lagi geram dengan salegirl tu!

*Ok bai

Thursday, April 14, 2016

Lawyer Lawyer

6 Flying Dragons yang best tu telah lama menutup tirai.
Baru 4 episod Jackpot menggantikannya.
Masih lagi di era Joseon.
Pada masa yang sama Descendant of the Sun pun tengah dimainkan tapi channel KBSW.
Tu ok lagi.

La ni satu slot masuk lagi.
Mr. Joe, Mr Lawyer.
Yang ni dah masuk fasa best baru 2 episod tengok.
Kihkih.

Cerita-cerita macam ni memang feberet.
Dulu cerita Punch tu cerita pasal pendakwaraya jahat dan serius penceritaannya.
Yang Mr Joe, Mr Lawyer ni pasal pendakwaraya bertukar jadi peguambela bagi kes yang dulu dialah pendakwaraya nya.
Kelakar ceritanya.
Cerita lawyer ni aku suka sebab smart tapi humor tetap ada.
Sama macam cerita 6 FD.
Serius dendam berdarah tapi ada kelakarnya.
Syoklah.

Tapi Jackpot macam tak berapa best, tapi tengok dulu.
Slow sikitlah nak naik.
Huhu


Tu aje nak bagitau.

Tuesday, April 12, 2016

Exam RPO

Minggu lepas (5 & 6 haribulan), duk ulang alik rumah ke AELB.
Ada exam RPO.
Nasib baik pakai kereta auto.
Flat mak dek! Huhu

First day- ujian teori.
Tak tau nak kata apa.
Dah lama tak ambil exam selepas habis master, sebelum bersalin.
Ada rasa debar gak.
Jawab je lah.
Lepas tu berdoa bertawakal.

Second day- ujian amali.
Ni dah lama prektis.
Jawapan dah siap hafal.

Alhamdulillah.
Selesai.
Tunggu result awal bulan Mei ya.

*Moral: study awal, jangan 2 hari sebelum baru nak buka buku tengok satu-satu chapter. Tak larat oiii...

Thursday, March 24, 2016

Birthday Song

Alhamdulillah.

Turn to a new number in life.
Doa dan harapan agar usia ini lebih berkat.
Dalam ketaatan kepada Nya dan rahmah yang melimpah.
Semoga diberi kesihatan dan kebaikan yang berpanjangan.
Amin.

Alhamdulillah.

Dari kecil tak pernah diajar sambutan besar-besaran atau dibelikan kek dan hadiah.
Jadi tak rasa kecik hati pun kalau setiap tahun tu tak ada celebration.
Kalau bagitahu mak, cakap terima kasih, mak pun kadang lupa tarikh beliau melahirkan aku.
Tapi mak akan ucap juga selamat hari lahir dan doakan aku yang baik-baik.

Setiap kali tarikh ni, aku akan rasa macam-macam.
Semalam yang aku tinggalkan adalah usia yang tak akan datang lagi.
Masa demi masa,
Memamah usia dan semuanya dariku.

Aku sangat berterima kasih kepada mak yang bertarung nyawa melahirkan aku.
Aku juga pernah melahirkan Irdina, sakitnya hanya masa tu sehingga tak leh digambarkan dengan perkataan kalau sesiapa suruh ceritakan balik.
Selepas 1 tahun 7 bulan, aku tau sakit melahirkan tapi aku tetap tak boleh nak bandingkan sakitnya itu dengan apa-apa yang lain.

Aku bersyukur sebab Allah panjangkan umurku lagi.
Alhamdulillah.
Diberi kesempatan menghirup nikmat udara, nikmat bernyawa.
Diberi peluang untuk menambah amal dan bekalan lagi.
Aku bersyukur Allah pilih keluarga, mak dan abah untuk ku yang baik untukku.
Sehingga hari ini Allah pilihkan yang terbaik untukku.
Alhamdulillah.

Semoga setiap detik itu lebih bermakna dan indah untuk diriku sebagai hadiah terbaik untukku.
Insya Allah...

I love my family. Nur Irdina. My Love. and All.

Monday, March 21, 2016

Cerita Tentang Mac

Mac sudah memasuki fasa akhirnya dalam 2 minggu ini.
Minggu ni kami raikan hari lahir Abah - 75 dan Alip - 20 pada 18 Mac.
Kak Kiah belikan kek katanya sambutan bersama kelahiran Mac dan April.
Termasuklah untuk diriku. Hahaha.

Ramai betul yang berkongsi birthday bulan Mac ni.
Abah and Alip - 18 Mac.
Diikuti Atifa Hani- 22 Mac, Aku & Adib - 24 Mac, Syahmi - 25 Mac.

Semoga semuanya mendapat rahmat dan lindungan Allah.
Dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat,
InsyaAllah.

Nur Irdina bulan ni habis usianya masuk 1 tahun 7 bulan.
Alhamdulillah.
Semakin dia besar ni, semakin banyak akal dan sifat perangainya.
Lately, dia tersangatlah manja.
Tak boleh angkat punggung dah panggil "Makkkkk!!!!"
Bangun tidur je, tak ada mak kat sebelah dah melalak banjir air mata.
Aduhai anak.

Kalau tak kena mood dia, nak berdukung je.
Selagi tak angkat dia merengek.
Semalam satu lagi pe'el baru dia, merangkak sampailah mak dukung dia.
Abah nak dukung dia tak mahu.
Mungkin dia fikir dah pandai jalan ni, mak dah tak nak dukung dia.
Tu yang dia merangkak dari depan sampai ke dapur sambil menangis meraung panggil mak.
Irdina laaaaaa haiiii....

Semalam Abah yang jaga dia.
Abah kata dia macam boring, asyik merengek je.
Itu tak kena ini tak boleh.
Nak orang fokus and layan main dengan dia baru dia suka and gelak2.

Ni tanda macam nak ber-adik lagi je,
Hehehe.
InsyaAllah mudah2an.


My Sweet Heart forever :)

Bulan depan exam RPO.
Harap2 boleh selesai dengan mudah.
Malas dah nak fikir lagi.
Hahaha.

Nak plan lain pulak.
Soooooonnnnn...

* Semoga lebih berjaya akan datang. Aminnn

Thursday, March 10, 2016

Februari in Memory

Mac.

Februari sekejap saja berlalu.
Ada peristiwa yang nak disimpan di sini.

Hujung Februari.
Selepas habis berkursus dan pulang ke rumah.
Kami mewakilkan mak dan abah serta keluarga datang menziarah pak sedaraku Pok De gelarannya.
Sebab aku yang paling dekat dengan kampung (memang pun duk kampung), jadi aku rasa terpanggil untuk pergi ziarah.
Sebelum tu lagi Pok De dikhabarkan telah masuk wad dan keadaan kesihatannya tidak begitu baik.
Hari ahad, 28 Feb (aku memang ambil cuti sebab nak rest lepas 2 minggu kursus) kami bertiga pergi ke rumah Mok De.
Aku ni tak pernah ada pengalaman menziarah orang yang sedang nazak, jadi aku kira aku ziarah Pok De sebab dia sakit dan aku mendoakan kesihatannya agar lebih baik.
Keadaan Pok De pada pagi itu sangat lemah, sehinggakan Pok De hanya pejam mata sahaja walaupun masih bersuara.
Dari duduk di kerusi dan kemudian dibaringkan, aku sangat terkesan melihatnya.
Pok De bernafas ada bunyi dan badannya menggigil.
Suhu badannya panas.
Sepupuku memberikannya minum.
Aduhai, sedih aku melihatnya.
Aku fikir tak ralatlah kalau mak dan abah tak datang, aku dah wakilkan mereka.
Aku salam Pok De.
Aku teringatkan abah.
Muka Pok De dan susuk badannya memang dah lain.
Pok De antara bapa saudaraku yang kami rapat.
Asal balik kampung je, mak abah suka tidur rumah mereka.
Sebab mak nak jumpa kakak dia Mok De,  dan abah suka berborak panjang dengan Pok De.
Pok De sangat peramah dan aku dah anggap macam abah aku juga.
Mok De pula memang iras mak, kalau rindu mak pergilah jenguk Mok De.
Tengah hari tu kami singgah melawat Mok Long juga dan kemudian balik ke rumah.

Malam tu, suamiku terkejut selepas membaca wasap.
Dimaklumkan bahawa Pok De sudahpun meninggal dunia selepas isyak.
Allahuakbar.
Terkejutnya aku.
Siang tadi masih ada lagi, dan malam sudah tiada.
Rupanya itulah hari terakhir Pok De.
Esoknya aku seorang diri pergi menziarah arwah.
Sempat melihat arwah sebelum dimandikan, selesai dimandikan dan disolatkan.
Mak dan abah sampai apabila jenazah sudah dimasukkan ke van untuk dikebumikan.

Aku rasa ini saat yang buat aku agak terkesan.
Sebelum ni aku rasa macam sedih bila TJ meninggal.
Ni aku rasa lagi perasaan tu.
Semoga arwah Pok De berada dalam lindungan dan rahmat Allah.
Al -fatihah.

Peristiwa kedua yang berlaku dalam minggu yang sama juga adalah apabila depan mataku sendiri aku melihat kemalangan.
Sebuah motosikal berlanggar dengan lori.
Betul- betul depan aku masa aku keluar dari kolej nak jemput Irdina.
Aku memang terkejut.
Terngiang-ngiang macam mana penunggang tu merempuh lori tu.
Harap-harap tak parahlah mangsa tu.

Lama juga aku nak pulih dari terkejutnya tu.

Dugaan.
Lepas tu Irdina demam campak.

Dah 1 bulan lebih tangguh cuti nak balik Kota.
Nasib baik hari tu mak abah ada datang sini.

Minggu depan tak kira nak balik gak!

* Semoga semua yang berlaku ada hikmahnya.



Friday, February 19, 2016

Nur Irdina Ikut Mak Berkursus, Seronok ke?

Sebab Nur Irdina dah besar dan bijak.
Tak sampai hati pulak nak tinggalkan Nur Irdina kat rumah nenek dia.
Nanti kurus merajuk pulak anak dara Mak tu nanti.

Babah dapat cari pengasuh sementara untuk jaga Nur Irdina sepanjang Mak berkursus siang hari.
Pagi Babah hantar dan balik Babah akan ambil lepas kerja.
Babah cekap menjalankan tugas.
Good job!

Kami duk dekat hotel.
Check in kami diberi bilik 205.
Bilik tu banyak masalah.
Kunci pintu manual, bukan touch kad macam bilik-bilik lain.
Masuk and guna toilet, air slow dan water heater tak function.
Satu malam tidur, kepala berdengung dan panas berpeluh sebab air cond dia masyaAllah.
Bunyi macam enjin bot dan suhu tak sejuk seperti seperti sepatutnya setting.
Minimum suhu 20 darjah celsius je. Uhuh.

Esok paginya pergi breakfast.
Sampai kat kafe dia, terpinga-pinga sebab tak ada buffet langsung.
Bertanya dengan receptionist betul ke tempat makan kupon ni kat situ.
Beri kupon dia tanya, teh atau kopi?
Serve individual.
Tanya kat dia, nak air lain tak boleh ke?
Kopi atau teh sahaja. Perghh.
Hari-hari redha saja makan makanan yang disediakan.
Nasi lemak, kuew teow, mee goreng dan mee hoon goreng (setakat 4 hari dah makan ni).
Sempat tanya esok apa menu?
Bergantung pada chef. Huhu.
Nasib baiklah kat tempat kursus ada minum pagi (tapi makanan berat gak la) untuk back up lagi energy nak berkursus sehari suntuk.

Then petang balik dari kursus terus pergi reception report pasal aircond dan water heater.
Technician datang dan dapat baiki water heater je.
Pasal air tak kisah sangat tapi pasal bunyi kuat bergegar otak tu sangat concern.
Sebab diri sendiri pun tak tahan, nak duduk bukan sehari semalam tapi 10 hari kot.
Bawa baby lagi.
Pergi bilik kawan kat sebelah tak de pulak bunyi kuat tu.
Tapi bila bilik 205 tu on air cond sebelah pun dapat tempias getaran.
Perghhhh...

Minta sangat kat technician tu supaya boleh pindah bilik, dia setuju.
Bilik 204.
Alhamdulillah, air cond ok. Air paip laju, water heater function. Cuma drain system slow.
But only a day saja rasa aman.
Bunyi bot bergegar tu datang lagi sebab ada guest lain pulak duk bilik tu.

Depa ni tak de bilik lain ke nak bagi kat guest??!!
Aduhai.
Rasa nak move je.
Tapi dah book and bayar kat hotel ni, tahan aje.
Nak pindah lagi tak tau boleh solve tak.
Harap-harap esok guest bilik 205 tu check out sebab 2 hari ni weekend maybe bilik lain penuh.

Tak apa let see tomorrow.
Apakah ada buffet sebagai breakfast di hotel ini???????

Saya berkursus di AELB, Bangi.
Hotel berada di area sekitar.
Bukan hotel bajet, tapi hotel yang ada nama jugalah.
Macam ni ke perkhidmatan especially keselesaan kepada tetamu?

Tak recommend and tak mahu stay lagi kat sini.
Harap mahal tapi tak comfort langsung.
Sakit kepala. Nak study pun tak selesa, apatah lagi nak tidur lena.
Allahuakbar. Sabar sajalah.

*5 days to go!

Tuesday, February 2, 2016

Saat Itu...Aku Terfikir...

Februari menjengah dan membuka tirai.
Sekejap saja masa berlalu kan?

Letihnya.
Lately.

Tiap minggu rasa nak cepat-cepat je hari Jumaat sebab nak rehat, cuti duk rumah.
Nak masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah.
Feeling macam supermommy cum housewife lak. Hihi.

Sehingga suatu malam tadi, lepas Irdina bangun tengah-tengah malam buta.
Merengek, menggaru-garu, nak buka baju.
Dah bukakan baju, dah tukarkan yang lain.
Dah tukar pampers.
Pun masih juga tak mahu tidur walaupun dia sangat mengantuk.
Aku dah mula rasa stress.

Aku bangun, duk menghadap dia and cuba bermonolog.
Sebenarnya aku lebih menggumam kepada diri sendiri sambil berharap dan berserah agar Allah membantuku menenangkan Irdina.

Perut dah kusapukan minyak, dah kuurut-urut keting kakinya.
Dia masih juga merengek tak boleh tidur.

Aku dukung dia, bagitau kat telinga dia (dalam diri cuba kawal supaya tak naik suara).
Pujuk dia baik-baik.
Lastly, aku bawa dia keluar ke ruang tamu.
Bukakan tv, channel kesukaan dia.
Dia ralit tengok sampai lama-lama dia tertidur sendiri.
Sedang aku, masyaAllah sangat mengantuk.
Bersandar pada sofa, dan terlelap sama.

Sedar.
Aku bangun bawa Irdina masuk bilik semula.
Aku kena kuat, tabah dan bijak handle semua ni.

Aduhai.
Aku rasa nak bercuti panjang tanpa gaji, or akhirnya aku rasa nak berhenti saja.

Allah berikanlah aku petunjuk.
Bantulah kami sekeluarga.
Aku sangat butuh pertolongan dari Mu Ya Allah.

*Semoga hari yang cerah sentiasa datang selepas rintik-rintik mendung membawa kedukaan. Allahuakbar!

Sunday, January 10, 2016

Nur Irdina ke Zoo Melaka

So Happy New Year 2016!

Untuk agenda pertama tahun ini, Nur Irdina telah dibawa meneroka dunia haiwan di Zoo Melaka semalam.
Wah kemain seronok lagi dia.
Kalau dah berhenti kat satu kandang, tak mahu pergi.
Dia tak tahu banyak lagi kandang dalam zoo tu nak oiii..
Hehehe.

Seronok dia dapat pakai topi baru lagi.

Tapi kanak-kanak tetap kanak-kanak, tenaga dia tak macam orang dewasa.
Walaupun dikelek oleh Babah, dia tetap penat.
Minum air pun banyak. Good.

Sampaikan masa makan tengah hari dia boleh nak terlelap. Hihi.

Kendongkan dalam carrier, terus dia tewas setelah sekian lama menahan mata.
Tidur all the way balik rumah.

Malam tidur awal lepas maghrib dah kecundang, sampai pagi subuh esoknya.
Hihi.

Nur Irdina semoga awak membesar jadi anak yang bijak ye :)

Thursday, December 31, 2015

Irdina Suka Ikan

Hari ni birthday Hafiy Poyo. Hihi.

Esok adalah tahun baru 2016.

Semoga tahun depan lebih baik, bahagia dan berjaya. InsyaAllah.

Oh, Irdina pun tunggu tahun baru juga dia nak lancar berjalan.
Melangkah dah boleh, berani -berani jugalah.
Tapi kalau nak cepat, dia turun je merangkak laju terus.
Hihi.

Tapi Mak dah janji, kalau Irdina dapat berjalan Mak nak belikan ikan dalam akuarium untuk dia.
Irdina kalau tengok ikan sangaaaaaaaatttt suka!
Menjerit kuat.
Haha.

Tengok dalam gambar, pamplet dah koyak pun dia teruja.
Apa lagi kalau betul-betul.

Kelmarin,
Kemaskan halaman.
Babah mesin rumput, kemaskan semua.
Kasi clear itu laman.
Baru nampak pokok-pokok yang bermanfaat.
Suka pula tengok pokok lengkuas, kunyit, serai, pandan, limau sambal, daun kesum dan cili tumbuh dengan baik.
Nak g beli pagar comel la buat border.
Pastu nak beli batu sungai buat jalan kecil.
Wah!
Kategori projek exterior design ni!

Ok,
Selamat tahun baru.
Adios amigos 2015.
Barakahlah umur ini dengan amal dan kebaikan untuk bekalan akhirat nanti, aminnn.

*Azam tahun depan - biarlah Allah sahaja yang tahu. :)