Monday, May 29, 2017

Pasir dan Pantai Berpisah Tiada

Satu lagi perkara yang sangat disukai Nur Irdina adalah PASIR!
Tak kiralah pasir di pantai atau di mana-mana.
Pasir ke tanah ke memang kesukaannya.

Kisahnya kami bawa Nur Irdina sekali lagi ke pantai.
Sebelum tu Family Day kolej berlangsung di Pantai Tg Keling.
So kami menyusur ke atas lagi, mengunjur dari pantai dan laut Selat Melaka yang sama.
Check in di PD pula.

Mengimbau kenangan 3 tahun lepas sebelum Irdina dilahirkan.
Kembali lagi mencipta memori bertiga pula.

Nur Irdina sejak lahir lagi suka sangat duk hotel.
Keghairahan dia dengan suasana bilik hotel.
Dim lampu yang tak sama dengan rumah.
Cadar putih yang tebal.
Dan yang lainnya ada aircond gitu.
Sekarang ni dia pun tahu sebut hotel.
Hehe.

 Menunggu Abah check in.

 Paling suka katil hotel. Dia dulu panjat.

Berlarian menuju ke bilik.

 Sarapan pagi. English style gitu. Becok mulut Irdina bercerita kat Abah dia.

 Ikut Abah pergi tengok laut.

 Tulis nama atas pasir. Mak yang tuliskan.

Main pasir. Wajib!


Memang cari hotel yang ada pool.
Sebab tau Nur Irdina ada lagi satu kesukaan iaitu MAIN AIR!
Pelampung pun dah beli siap-siap dari dia kecik.

Wah mula-mula main pasir, ajak mandi kolam tak mahu.
Sekali kaki mencecah air, terus tak nak naik.
Dekat 2 jam.
Tarik bawak naik dia turun sendiri.
Berani betul.
Hailaa anak.

Seronoklah dia.
Esok tu masa sarapan nampak pool cakap nak mandi lagi.
Kami ajak dia tengok laut pulak.
Lepas tu hujan lebat.
Hujan dari tengah pagi.

Yang best tu malam tu makan kat restoran seafood yang pernah kami makan dulu.
Sedapnya masih sama!
Best.

InsyaAllah nak ke tempat lain pulak.
Mungkin pantai Laut China Selatan.

:)

Dina Melawat Zoo Lagi

Sebelum puasa hari tu kami bawa Nur Irdina pergi zoo.
Sebetulnya nak pergi awal bulan, tetapi hari sabtu tu Nur Irdina tak berapa sihat, the plan was cancelled.
Then kami sepakat ambil cuti hari khamis.
Dah bulan puasa kang kami pula yang kehausan kepenatan nanti.

So ia sangat berbeza datang kali kedua.
Sebabnya pertama kali dulu Nur Irdina masih lagi belum pun setahun umurnya.
Banyak yang dia belum faham dan memorinya ada cuma dia tak ingat.

Bila umur dia dah 3 tahun ni, dia memang dalam fasa belajar.
Dia melihat dan mengingat.
Memori dia lebih kukuh.
Dia pun dah mengenal haiwan tu dulu sebelum datang lihat yang betul-betul.

Stage umur begini kanak-kanak macam span.
Semua dia serap.
Walaupun benda tu kadang-kadang kita tak perasan sangat tapi bila dia recall baru kita perasan.
Kita pula yang belajar daripada mereka.
That's why orang bijak cakap jaga perkataan dan perlakuan kita depan anak-anak.
Mereka tak tahu baik buruk kalau kita tak bagitahu.
Mereka ambil pukal malah tak tinggal satu pun.
Jadi kita sebagai orang dewasa kena pantau dan kena guide.
Mereka belum mumaiyiz kata orang.
Itulah, kita yang dewasa ni kadang-kadang tak berapa nak menjaga hal itu.
Tu kena bersabar.
Tapi kalau kita jadi dinasour tak leh nak kawal dah tu.
Hehehe.

Berbalik semula kepada lawatan tadi.
Memandangkan kami pergi hari bekerja (dan cuaca juga mendung nak hujan lebat), maka tak ramailah pengunjung yang datang.
Banyak haiwan tidur siang sejuk macam tu.
Tapi oklah. Tak panas sangat.
Nur Irdina experienced something.
Tanya kat dia, best tak?
Dia kata best.
Nanti datang lagi tau.

Dia dapatlah tengok harimau, gajah, badak, buaya, zirafah dan segala haiwan yang dia impikan untuk face to face gitu.
Alhamdulillah.
Learning time for my girl.
She was happy and enjoy.
 :)



Wednesday, May 24, 2017

Whatever

Lagi 2 hari Ramadhan akan tiba.
Subhanallah.

Oh ye.
Minggu lepas 16 Mei.
Hari guru.
Ye.
Tapi aku lebih mengingati tarikh itu sebagai ulangtahun kelahiran ibuku.
Aku tak sambut hari guru walaupun aku boleh dikategorikan seorang guru.
Dekat kolej kami, namanya hari pendidik.
Ya.
Sama saja maknanya.

Aku mengajar pelajar.
Bukan sebab aku minta disukai atau apa.
Aku buat sebab aku suka mengajar.
Kalaupun aku garang, tapi aku tetap tak boleh terima kalau ada pelajar yang tak pernah diajar secara official oleh aku menganggap aku garang gila.

Hasilnya sepanjang 8 tahun aku mengajar, aku hanya ada 2 kumpulan FYP.
Cuma semester ini, lambakan pelajar yang tak tertampung maka aku antara pilihan terakhir untuk mencukupkan syarat lulus FYP iaitu mesti ada supervisor.
Itu kelebihan.

Aku rasa air muka aku juga faktor ke atas tanggapan liar begitu.
Tapi aku tak fake.
Itu muka aku.
Siapa yang kenal aku tau aku macam mana.
Dah cukup bagi aku.

Aku mengaku aku tegas.
Tapi aku cukup tak suka orang yang melabel aku tanpa kenali aku.
Mungkin aku outspoken, orang kata aku garang.
Entah.

Aku tak judge orang.
Terpulang.

Jawapan aku pada semua tu adalah
LANTAK!

*always think good..InsyaAllah...

Tuesday, May 9, 2017

Berpuasa

Bulan Ramadhan semakin hampir.
Dah habis ganti puasa ke belum?

Sekarang adalah waktu sesuai untuk melatih dan biasakan diri untuk berpuasa.
Bila bulan puasa dah datang, kita dah prepare dari segi fizikal.
Mental tu kenalah kuat juga.
Bila puasa time bukan puasa (di kelilingi orang yang tak puasa) ada cabarannya juga.
Rasa lapar dan nak makan tu lebih kuat berbanding dalam bulan puasa.
Kalau nak ganti puasa sehari pun rasa liat tau. Hehehe.
So kalau kita dah biasa untuk itu, insyaAllah bulan puasa nanti boleh fokuskan kepada ibadah seperti mengaji Al -Quran dan bertarawih serta ibadah-ibadah sunat lain.
InsyaAllah.

Dah pesan kat suami, ajak puasa sama-sama.
Lagi pun dia boleh biasakan diri dengan puasa di tempat baru dan suasan kerjanya yang berbeza.
Kita pun kena biasakan bila mana nak kena prepare sahur dan buka.
Masak makanan untuk bekalan Irdina tu tak leh stop, walaupun kita berpuasa.

Ok apapun, selamat menghadapi Ramadhan al Mubarak.

Wednesday, April 26, 2017

Banyak Sangat Tipunya

Sedang asyik menanda lab report, sambil didendangkan lagu nasyid unic , tiba-tiba teringat nak catat sesuatu di sini.

Aku suka menonton drama.
Selain drama korea, drama melayu pun aku follow.
Tapi biasalah aku memang skeptikal dan sinis.
Tak banyak drama melayu yang betul 'in'.

Tengok pada perwatakan yang dibawa dan jalan cerita.
Siapa yang berlakon tu nombor dua.

Baru-baru ni aku tertengok satu rancangan yang menunjukkan secara sinis adegan-adegan dalam drama melayu.
Aku rasa ada betul gak.
Iaitu drama melayu ni banyak scene kat meja makan -sarapan, lunch dan dinner.
Itu satu dan pada aku sesuai dengan budaya kita iaitu makan bersama di meja makan tu boleh mengukuhkan institusi keluarga.
Itu tak masuk makan kat luar/kedai. 
Yang tak tahan tu, makan guna sudu garfu!
Itu macam tak berapa praktikal.
Makan nasi dengan lauk ayam ikan sayur bagai pastu kau guna sudu garfu.
Kat rumah lak tu.
Seriously.
Aku salute kalau cerita tu makan dengan tangan dan sangat berselera seperti seolah-olah mereka bukanlah sedang berlakon.
Berbual-bual dengan rancak.
Kalau ada 2000 scenes dalam 1500 scenes adalah makan.
Huhu.

Drama korea pun ada gak makan-makan tapi biasanya dorang tak makan sangat sekadar bercakap, dan makan tu lepas dah habis scene tu.
Sesuai dengan kesibukan bekerja dorang lebih senang makan makanan tapau macam mee ke, sadwich ke.
Kadang-kadang dorang bawak bekal. Hehehe

Ok itu yang rancangan tu komen- pasal scene di meja makan.

Aku nak cerita adalah pasal kesinambungan yang tak bersambung langsung.
Editing yang tak real.
Kita faham scene di buat adakalanya berlainan masa.
Tu sebab kena ada kesinambungan dalam editing.

Macam satu drama aku tengok semalam.

Dia balik dari luar negara, lepas check out ambil beg dia nak baliklah.
Dia pun tarik luggage besar warna kelabu cerah, plastik keras. Only that!
Lepas tu sampai rumah ( I bet this scene dibuat lain masa) , beg luggage dia jadi kecik, beg kain dan dia pegang beg kertas (berisi sourvenirs katanya).
Beg kertas tu tak kisah lah mungkin masa dalam kereta dia keluarkan sourvenirs untuk dibahagikan.
Masalahnya begnya tu jadi kecik dan material beg tu pun jadi lain, kaler dah jadi hitam.
Kalau domestik dalam 2 hari logik beg kecil, ini 2 minggu oversea.
Yang kat airport tu dah betul begnya, sampai rumah mengecut plak.
Sape lah yang edit cerita ni, tak tengok betul-betul.
Aku menyampah betul dengan penipuan mata yang macam ni.

Itu satu, aku pernah tengok sebelum ni.
Baju sama tapi kasut dia boleh bertukar-tukar dalam adegan yang sama, mungkin banyak scene dibuat.
Adui.
Benda-benda kecil macam ni pada aku kadang spoil.
Ada lagi tu, adegan call.
Sorang kat Kedah, sorang kat KL.
Tapi sorang siang, sorang malam.
Emmmpppphhhh. Boleh?

Sebab tu abang aku tak suka tengok tv dengan aku sebab aku ni banyak komen.
Hahaha.
Aku prefer tengok tv sorang-sorang lepas tu geram sendiri.

Dan yang aku perasan, tak banyak cerita melayu yang betul-betul fokus pada jalan cerita dan tajuknya.

*Aku tetap suka tengok drama melayu berbanding drama omputih!


Saturday, April 22, 2017

April Tiba dan Mahu Pergi Pula

Amboi amboi amboi.

Dah lama rasanya tak update.

Bulan April pun nak melabuhkan tirainya.

Oh ye.
Satu semester PnP ni aku stay di lab sahaja memandangkan kelas semua di belakang.
Dah start exam nanti barulah kembali ke kubikel kecil di ofis depan.
Hehehe.

Hari ni Sabtu, aku bekerja menggantikan cuti yang akan diambil pada Ahad depan.
Orang nak cuti panjang 4 hari, layankan aje.

Aku cuti panjang percuma macam tu pun aku tak ke mana-mana, duk rumah jelah.
Paling jauh pun aku leh lah jalan-jalan Kini kat bukit ke, Giant kat tanjung ke.
Melaka memang takkanlah, sebab tak pernah buat.
Melainkan ada suami bawakan.
Pernah dulu sekali sebab ada kursus kat hotel sekitar Melaka, tapi itu masa sorang-sorang.
Berdua dengan Irdina tak pernah lagi.
Balik Kota selalulah.

Sebab tu aku tak excited pun kalau dapat cuti.
Unless ada plan nak outing ke apa ke.
Dan suami pun bercuti sama.

Cuti aku nak simpan untuk beraya, berjalan dan kecemasan.
Kalau saja-saja biasanya aku akan berfikir dua kali.

Oklah,
Nak prepare untuk kelas.
Next time update lagi.

Love.

Monday, March 27, 2017

Titisan Air Dari Langit Ilahi

Alhamdulillah.
Usiaku dipanjangkan setahun lagi.

Hari lahirku diraikan kecil-kecilan oleh suamiku dan anakku Nur Irdina.
Nur Irdina seperti biasa akan cakap birthday dia.
Kek pun dia nak gak.
Satu mak, satu Nur Irdina.

24 Mac.
Jumaat.
Hari yang barakah.

Minggu tu cuti hujung minggu bermula khamis sempena cuti birthday Sultan Johor.
Hari-hari kami outing.
Khamis pagi pergi Melaka uruskan pasal insuran takaful.
Jumaat pergi pasar beli lauk lepas tu pergi beli kek dan piza.
Sabtu sekali lagi keluar ke Melaka.
Dah lama tak jalan-jalan pergi Jusco. Hehehe

Nur Irdina paling excited.
Sampai takleh nak tidur malam, kena ugut baru terkebil-kebil cuba pejamkan mata.
Kat mall tu sakan dia berjalan berlari, rimas naik stroller lama-lama.
Endingnya Nur Irdina keletihan dan tertidur ketika makan nasi ayam.
Terus balik je.
Lagipun mak dah penat dan ngantuk gak.
Hehehe.

Harap usia ni diberkati dan amalan dapat ditambah.
Tingkatkan kualiti.
Jana kebahagiaan yang hakiki.
Spending time more dengan family.
InsyaAllah.
Berkongsi rezeki semoga semakin luas rezeki.

*ketika entri ini ditulis, hujan lebat membasahi bumi Ledang. Alhamdulillah, akhirnya panas disulami deruan angin dan titisan air dari langit Ilahi... Subhanallah...

Wednesday, March 22, 2017

Nur Irdina dengan Doktor Gigi

Semalam adalah pengalaman kedua Nur Irdina berjumpa doktor gigi.
Pertama ketika dia setahun, masa tu doktor check gigi dia kat kaunter depan je.
Duduk atas riba mak.
So tak adalah real sangat.

Kali ni, betul-betul terpahat dalam memori cerebrum dia.
Berkomunikasi dengan dengan doktor.
Baring atas katil, ada lampu suluh mulut dia.

Mula-mula tu dia happy, berani and siap tersenyum.
Nganga mulut luas.
Lepas beberapa minit doktor godeh mulut dia, dia tak nak dah buka mulut.
Hahaha.
The rest is history.

Bila tanya dia balik, dia ceritalah.
Minda dia sedang berhubung.
Dia tau kena gosok gigi.
Kalau makan gula-gula nanti gigi rosak.

Balik rumah siap dia pula nak check kan mulut mak.
Suluh guna lampu.
Sama macam doktor buat kat dia.
Check atas bawah belakang.
Hahaha.

She observed and she learned!

Semoga Nur Irdina membesar dengan bijak dan sihat.
Cita-cita nak jadi doktor gigi dimakbulkan Allah.
Amin

I Am Not An Athlete

Bulan Mac ni tak ke mana-mana, kecuali balik kampung.
Bajet dah licin.

Nangis.
Sekarang ni mode: bertahan.

Lagi sehari dua masuklah tu rezeki.
InsyaAllah.

Nasib baiklah tak join sukan staff kat Perak nu.
Saja.
Malas pun satu hal.
Penat pon ya.
Paling penting timing tak sesuai.

Tau tak? (tak taulah kalau orang lain)
Time anak masih kecil ni , mak-mak sangat sukar nak meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama.
Unless anak tu dah boleh berdikari, tidur makan sendiri.
Tambah pula kalau abah dia tak boleh handle anak tu.
Kira bonuslah kalau anak lagi selesa and suka abah dia jaga.

Kalau macam Nur Irdina, waktu siang no problem.
Dia dah biasa takde maknya.
Tapi malam dia akan cari mak dia gak untuk lena.
Kalau tak sianlah dia.
Makan hati.

Sebab tu kalau berkursus atau kena kerja luar kalau dapat nak angkut Nur Irdina sekali.
Dengan abah dia boleh cuti, untuk jaga dia.
Pernah tinggalkan dia dulu, merajuk lama dia tak mau makan.
Sedih pula hati ni.

Bercerita soal sukan.
Aku ni bukanlah aktif sukan.
Sukan yang aku sertai pun selective.
Aku cuma minat badminton, silat dan indoor game.
Yang bawah bumbung gitu.
Renang tu suka gak tapi tidaklah sampai nak bertanding.

Masa kat universiti dulu pernahlah join bertanding silat.
Alhamdulillah, 2 kali dapat pingat - silver and gold.

Sebab minat.
Rajinlah training.

Tu dululah.
Masa zaman bujang trang tang tang.
Lepas kerja join badminton, sekali je lah pon.
Bila dah kahwin, slow and lama rehatnya.
Tapi main badminton tu masih lagi diteruskan.
Bila dah beranak pula ni, lagi lah leceh.
Cukuplah sekadar main acah-acah nak keluarkan peluh gitu.
Main bawak Nur Irdina lagilah sempat seround kadang tak habis mata pon dah diajak balik.
Hahaha.

So suam-suam kuku kaki je lah hasrat nak bertanding secara serius tu.
Harap-harap kalau ada rezeki bolehlah sertai masa akan datang.
InsyaAllah.

*masih lagi aktif hayun raket gitu.



Tuesday, March 21, 2017

Mac Masih Di Sini

Salam Mac.

To all Marchs including Me.
Happy birthday!

Last two weeks, kami pulang ke Kota Tinggi.
We were celebrating together.

Setiap kali buat sambutan birthday, semua pun ngaku birthday sendiri (kanak-kanak rianglah, including Nur Irdina)
Hahaha

Abah & Alip : 18 Mac
Hani              : 22 Mac
Adib & Me   : 24 Mac
Syahmi         : 25 Mac

So 3 minggu berturut-turut.
Ada je orang nyanyi lagu birthday tu.

Minggu ni cuti sekolah, tambahan pula Johor cuti umum pada 23hb.
Sakanlah semua orang berbondong-bondong balik kampung.

Aku masih di sini.
Meraikan ulangtahunku di rumah mungkin.
Alhamdulillah.
Allah murahkan rezekiku.
Hidup tenang, bahagia dunia akhirat.
Allahuakbar!

*aku rasa aku perlukan vacation...