Tuesday, April 7, 2009

rabia try to think out of the box

ada dua perkara nak aku highligt di sini.

#1 bilakah aku akan dapat pekerjaan?

2 hari lepas, lewat SMS, seorang sahabatku (sejak dari kecil) mengadu kepadaku tentang kesukarannya memperoleh pekerjaan. aku terkedu. aku tiba2 merasakan beban yang dia tanggung itu. sedih juga.sebab dia seperti adik beradikku sendiri. aku tak tau ayat bagaimanakah patut kukarang untuknya supaya nanti dia tidak berkecil hati malah mendapat inspirasi. aku tau dia cukup tabah. aku melewati rentetan kisah hidupnya.dia lebih kurang aku juga.banyak dugaan, banyak ujian.dulu sewaktu kecil, kami sama2 belajar, sama2 duduk di ranking terbaik dalam kelas.kalau tidak aku, dia yang pertama.begitulah.aku tidak pernah melupakannya.cuma rezekiku, melanjutkan sekolah di tempat lain.jadi, aku tidak bersamanya ketika kami SPM.membawa haluan masing2.


dan sekarang, bila kami habis belajar, ekonomi dunia tidak begitu baik.dia duduk di kampung, mencari pekerjaan.aku kasihan mendengar ceritanya.keluhannya.aku tak leh mendengar dia bersedih.kalau aku ni memiliki sebuah kompani terbesar atau paling ciput pun, aku akan hire dia.sebab aku tau dia berkebolehan.pada aku degree tu tak semestinya itu yang kita akan kerja nanti.sebab tu dari awal belajar, aku set mind aku bahawa aku belajar kerana ilmunya.sebab kita tak tau pekerjaan yang bagaimana nanti sesuai dengan kita.boleh jadi dulu kita belajar lain, keje pulak lain sangat bidangnya.semuanya rezeki masing2 kan.

sebab tu bila adik2 aku nak belajar, aku takkan masuk campur urusan memilih course.biar dia sendiri yang pilih ikut minat dan prospek kerjaya.aku cuma boleh tolong bagi maklumat dan apa2 yang patut.sebab itu masa depan dia.aku tak mahu nanti dia salah pilih sebab aku.dia yang nak belajar, dia yang akan hadapi semuanya.jadi kenapa aku pula yang sibuk2 nak aturkan hidup dia ikut kemahuanku.aku menasihati setakat pengalaman hidupku yg sedikit ini saja.semoga jalan yang dia pilih adalah terbaik untuknya.

berbalik kepada sahabatku tadi,aku cadangkan dia ikuti kursus siswazah menganggur untuk up grade skills dan kelulusan dia atau pun dia sambung belajar.sekali aku tidak akan memaksanya.dia berhak untuk pilih ya atau tak.


aku mendoakan yang terbaik untuk sahabatku itu.semoga rezekinya sampai.cuma aku boleh bagi satu perkataan yang cukup dalam maknanya, malah sebagai semangat :"SABAR".



#2 isu berbangkit

dalam entri lepas aku ada menzahirkan niat utk cuba menulis isu general.isu politik misalnya.emm, aku tidak reti sangat untuk bercakap soal ini.bukan bermakna aku jahil atau langsung buta politik.aku masih menonton tv,masih membaca paper,masih mendengar berita dan masih mendengar forum tak berlesen di meja2 kedai makan atau private port.jadi aku tahu juga sedikit sebanyak.macam hari ini aku tau Tun Mahathir turun padang lepas masuk kembali UMNO.aku tau hari ini hari mengundi beberapa kawasan.cuma aku tak suka sangat bicara sehingga nanti menjadi hangat dan berbalah-balah.lagi takut kalau blog aku di black list.huhu.tak mahulah kan.

pendapatku,politik tu penting.untuk kesatuan ummah.dalam Islam pun ada garis2 panduan untuk kita berpolitik.pada aku yang penting kita semua rakyat Malaysia, kena jaga negara kita ni.semalam aku ada baca blog IMAEN.banyak isu yang ditulisnya.semuanya bagus untuk kita baca.lagi satu cuba bolos link saifulislam.com.kat situ pun boleh dapat banyak ilmu dan terkini.ada diselitkan juga dalil2 berkaitan.

menyentuh entri terbaru en. CHARM09,berkenaan seorang calon bukan Islam menggunakan ayat al-Quran untuk melobi, yang itu aku rasa sangat melampau.sedangkan dia tidak beriman dengan kitab suci itu, dia berani2 menggunakannya untuk kuatkan hujah.memang takleh terima kalau ada orang melayu @ muslim termakan kata2nya dan mengundi dia.mufti perlis pun marah.memang teruk kalau orang Islam biarkan saja.bagaimanalah agamanya kalau benda begitu sensitif tidak dipelihara.sayangilah agama kita.jangan mencemar kesuciannya...aku tak nak cakap banyak.wallahua'lam..

2 comments:

  1. betul tu,,apela diorg kan..nmpknya pembangkang (DAP) btul2 gnkan peluang y ada..ish teruk2..
    nsb xde dpn mate
    klu x jg la dia kne flying kick dri sy..kn?

    ReplyDelete
  2. ha'a..
    awk kick je die dgn segala bagai jenis kick tu..hehehe

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka