agak frustrated bila tiba2 apa yang dirancang tak menjadi.hujung minggu yang suram.ada peristiwa yang kelam.rasa dalam hati yang sedikit menggusarkan.ya Allah tenangkanlah hatiku...
bila macam ni, terapi saya satu je.balik ke kampung.balik ke asal.lambat lagi ke perpindahan tetap saya ke Johor?saya rasa tak berapa nak hepi tinggal di kotaraya besar ni.tak banyak yang betul2 buat hati saya rasa bahagia.saya bukan kaki ukur jalan, bukan shopaholic type, bukan streotype, ala bosan dengan rutin yang sama etc.tapi saya harus akur.saya di sini kerana tugas, kerana ada benda yang saya perlu selesaikan demi hidup ini.insyaAllah masanya akan sampai juga.ameenn...doa saya semoga semua urusan selesai.biarlah hidup menjadi lebih baik dan saya menikmati hidup dengan kesyukuran.
saya kena lebih berani, kena lebih tegas, kena lebih yakin.menjadi seorang yang independent bukan senang kalau tak punya hati yang besar dan jiwa yang tabah.semuanya saya kena lakukan sendiri.saya tak ada kerabat dekat2 sini.cuma anak buah yang baru nak kenal sekolah menengah je.saya yang dia perlukan bukan sebaliknya.keluarga saya seluruhnya di Johor, sedikit di utara dan satu di timur.saya sendirian di sini.sedih juga.
saya pernah menanam azam,hasrat tak mahu lagi bermastautin di tempat yang hampir 5 tahun saya diami ini.cukuplah jerih perit semasa belajar saya lalui di metropolitan ini.saya rasa kadang apa yang kita tak mahu itulah yang terbaik buat kita. yang kita tak nak kita tak tau sebenarnya ada sesuatu yang baik untuk kita.insyaAllah.apa yang penting saya kena belajar, tabahkan hati.saya tahu saya boleh dengan keizinanNYA.
semasa di kursus kelmarin, fasilitator bertanya perihal kami.kami dikehendaki beritahu peristiwa pedih dalam hidup.saya tak tau nak ceritakan yang mana satu.sebab bagi saya setiap peristiwa yang saya rasa pedih perit nak terima mula2nya itu akhirnya Tuhan gantikan dengan sesuatu yang lain yang lebih baik.jadi selepas itu saya merasakan peristiwa itu tidak lagi pedih sebaliknya positif tanpa saya sedar.saya rasa kehidupan berlangsung dengan baik bila penggantungan kita hanyalah pada DIA YANG MAHA KAYA.
entahlah.saya tahu kisah hidup yang sudah lepas itu adalah sejarah buat kita supaya kita ada guideline.dan kadang2 saya malas mahu ambil pusing akan sejarah yang buat hati saya bernanar.walaupun kadang2 saya rasa perlu juga untuk jadikan diri ini kuat.apapun itu semua catatan, yang dah tertulis.untuk saya belek2 bila perlu nanti.
menjalani kehidupan adalah berbeza bagi setiap orang.dan saya percaya bahawa setiap dari kita ada bahagian masing2.rezeki dan jodoh,sudah tertulis.kita hanya berusaha.DIA jua yang menentukan.
~hari yang sentiasa baik, semangat yang baik, dan harapan untuk yang baik2 saja~

No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka