Saturday, August 1, 2009

back to the school

bila dah jadi orang dewasa, atau bekas pelajar atau budak besar yang dah habis sekolah atau yang mana2 sepertinya, kita selalu rasa zaman pakai uniform putih tu adalah paling seronok.cuma dua tahun terakhir persekolahan saya memakai uniform kuning dan biru [bukan pengawas tau].

apa taknya, tak pikir pasal cari duit.tau bangun tido emak kejut, mandi, sarapan dan pergi sekolah.tu pun abah anta.tu pun masih malas lagi nak ke sekolah ye??malas lagi nak belajar ye??hmmm??apa nak jadi haa??

sekang zaman tengok anak2 membesar.tengok anak buah (yang belum ada anak sendiri) pergi sekolah pulak.tengok kemalasan dan kenakalan dorang dan macam2 gaya lagi nak habiskan walaupun sehari di sekolah.hehehe.

saya rasa sepanjang saya sekolah dulu, saya boleh dikategorikan sebagai skema hingga saya berada di form 5.tapi masa form 5 saya pernah juga jadi troublemaker peringkat amatur saja.mengikut2.saya ingat lagi kata2 seseorang [yang saya sangat rindu nak jumpa dia sekang ni] bahawa katanya "takkan nak biarkan graf kehidupan kita ni straight line je.kasi dia turun naik sikit baru best" hehehe.

masa sekolah rendah dulu saya tak de laa terer mana.biasa2 je.tapi berkat didikan dan ketegasan abah emak terhadap kami adik beradik, alhamdulillah, pendidikan memang buat kami jadi orang berguna dan dapat mengubah nasib keluarga.tak dinafikan juga itu adalah anugerah Tuhan.gifted!alhamdulillah.

sepanjang saya bersekolah dari umur saya 4 tahun hingga 23 tahun, saya rasa di mana pun kita belajar yang penting kita berusaha untuk ilmunya.abah selalu pesan, belajar sebab nak ilmunya.seorang pensyarah saya juga ada mengatakan yang sama.dalam exam lulus gagal tu perkara biasa.sebab itu semua graf manusia yang kadang2 sengaja dirancang.mana boleh semua orang dapat gred cemerlang.mesti ada range berbeza setiap manusia tu kan.

saya bukan sepanjang sekolah selalu di depan.kadang saya pun tak sangka, ada masa saya boleh dipintas oleh rakan.saya kadang2 malas mahu maintain kedudukan [nak mati???nak kena rotan ngan abah?hehehe].tapi saya ingat lagi, masa saya di sekolah rendah, pernah sekali cikgu kelas saya membuat pengumuman yang saya mendapat tempat ke-5 dalam kelas.ntah macam mana berita tu sampai kepada emak di rumah. balik2 je zap!!! 5 kali rotan kena badan saya.mak aih!!saya kan budak yang cengeng/kememeh/gembeng/kuat melalak [beselah budak perempuan sikit nangis2 huhu], saya nangis sungguh2.saya jadi tak suka cikgu tu sebab bagitau mak saya.huhu.

esoknya bila bagi kad penyata, rupanya saya bukan dapat no 5.balik rumah saya tunjuk kat mak.mak pulak rasa bersalah dan minta maaf sebab semalam rotan saya.hehehe.nasib baik.teringat cerita Bagaikan Puteri oleh RAM; "biar tersalah mengadili jangan tersalah hukum"~lebih kurang begitulah.selagi tak de bukti jangan suka2 membuat hukum.

dan bulan lepas saya merasa memakai uniform putih itu selepas 9 tahun meninggalkannya.rasa kelakar ada.rasa seronok pun ada.rasa macam comel pun ada.lagi comel bila tengok kawan2 lelaki yang sekang dah taraf bapak orang pakai shirt putih,rasa cam dorang tu kebas baju anak2 jek.hehehe.dan ada tu yang rasanya macam masa dorang darjah satu.haha.


rupa mael,kak awin,sya,mat due,tim,din ketika mereka bersekolah dulu2


back to the school XI..yey!


time makan dekat hall

~we can't be another person but we CAN be a better person, [kita memang tak boleh menjadi orang lain tetapi kita boleh menjadi yang lebih baik],insyaAllah~
[Nur Kasih; dialog Adam Hassan ;p]

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka