Wednesday, November 25, 2009

...meow...

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...


Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila scroll ke bawah:


1) Kucing jantan suka dibelai.
 ~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek
ke, isteri ke, ibu ke...
 Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar
anda jika anda mengasarinya. Jadi
    berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
  ~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi,
paham ajelah, bukan setakat makanan
    sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu
dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
    Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle
Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
    bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari
lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau
    tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
  ~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp
bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,
     bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak,
ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi
     seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat
tidur. Anda mahu suami anda beralih
     tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
  ~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap
& melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
     tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya
kita akan melepaskan kucing kita keluar,
     kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak
sama kan???
    TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya
di dalam sangkar kan. Cuba kita
    lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung
makan ikan lauk nasik

  ~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya
camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,
     sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling
memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
 ~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat
pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok
    kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam
kucing, kita takleh paksa dia tidur,
    takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena
cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
    Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia
main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
  ~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk
memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
     mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah
     org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana
yang baik dgn yang buruk kan.
:: tukang cop setem- "curiosity kills the cat"

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
 ~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2
kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
    lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
 ~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow
mari sini", (kalau time ia tak lapar),
    mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar
kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan
    lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari
kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,
    lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati
    mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu
dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
  ~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut
kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo
     keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend
pertama dia (pls note: secara specificnya bukan
     cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan
lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
     conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend
dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
     memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak
tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak
     ikut perangai kucing la)



** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni
nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

(copy bulat2 sebijik sejibon dari emel apis bagi so bukan aku yang reka tau..hehehe)

Tuesday, November 24, 2009

penipuan paling hampeh

tak yah susah2kan diri baca kalau rasa entri ni takde kena mengena dengan hidup anda.peace no war! (hanya rekaan dan olahan dr pengalaman penulis saja) :)


trust-kepercayaan


*sambungan pengalaman, rentetan entri "sekodeng".

pagi ahad, aku dapat mesej dari sorang member ni.
dia ajak kuar.katanya nak ajak borak2.then dia tambah nak ajak g PD.
untuk kepastian aku tanya PD stand for Pantai Dalam or Port Dickson?
and the answer is the second one.
oh yes!! yey!!
(aku tak pernah pergi PD.hanya dalam angan2 jek.mesti grab peluang ni kan)
~excited pada mulanya!!~

aku percaya dia sebab dia kawan aku. and dia nampak baik dan lembut.
aku tak terlintas pun dia akan gunakan aku.
ekceli, kawan ni tak pernah mesej/contact aku lepas trip bulan lepas
dan aku langsung tak teringat hal ni.
atas dasar dia kawan aku and aku percaya dia.
aku setuju ikut dia.

aku tak terfikir kenapa dia sanggup tunggu aku balik dari wangsamaju, padahal aku lewat hampir sejam.
dia sanggup tunggu aku depan rumah walhal rumah aku pun dia tak pernah datang.
aku langsung tak terfikir kenapa.
sebab aku percaya dia sebagai kawan.

aku bawa sorang lagi kawan, kak ila.sebab dia sama2 ngan aku dari Kedah.
lagipun kak ila nak ikut aku sangat bila dengar kawan tu ajak ke PD.
(excited sama!)
~dan kawan tu pun macam tak kisah kak ila ikut sebab sama2 kenal~

kami tak hiraukan penat tak cukup tidur balik dari trip yang jauh.
sebab teringin nak sambung weekend di PD (kononnya).

kami tanya kawan tu ada event apa.
katanya makan2 sikit kat umah family.
(yelaa tu)
aku masih boleh rilex .
tu pun atas dasar hormatkan famili dan percaya dia sbg kawan.
kak ila tahan perut sebab nak sediakan 'ruang' utk makanan nanti.
jadi kami tak lunch.sbb nak makan free kat umah kawan tu.

tiba di Nilai, aku (yang dikurniakan daya sensitiviti yang tinggi dan kuasa men'detect' yang mudah trigger) telah menyoal siasat kawan tu.
akhirnya aku tau kenapa dia beria-ia mengajak aku ke PD.
panas hati ni.
aku masih menjaga maruah dia dan air muka dia.
aku diamkan aje.
tapi mood excited aku bertukar jadi bengang teramat.
(aku try utk cool tapi macam yang aku ckp my face is 'transparent')

kak ila tatau.
aku tak sampai hati nak bgtau dia hal sebenar.
aku menjaga air muka kawan tu.
(takpe biarkan dia)

sampai je so-called PD tu, kak ila dh meletup tanpa sempat aku tahan (aku saja je biar kak ila reveal sendiri).

KAMI DITIPU!!!

aku betul2 kecewa.
memang kawan tu ada kepentingan.
sanggup dia tipu kitorang untuk produk MLM dia (takyah la sebut brand apa, dah glemer sangat).
aku paling hangin org yang menipu aku.

eh aku nak bgtau dia.
"kau silap orang laa"
dan aku langsung tak terfikir dia tegar buat aku macam ni
camne dia boleh pilih aku utk dia hasut.
dan aku mmg jenis tekad takkan nya aku suka menda alah ni.

walaupun dia kata bagi peluang utk dengar
ah boleh blah!
aku tetap takkan percaya.

aku tak heran kalau dia nak minta aku dengar segala benda merepek tu
tapi aku panas hati betul the way on how dia bawak aku ke tempat tu.
hell.
cara dia tu yang menipu aku supaya aku ikut dia mmg buat aku cukup2 kecewa!

kalau dh cara dia pada awalnya pun gaya menipu
dia ingat orang nak dengar n percaya apa dia nak present tu pulak?
pikir laa beb.

memang laa dia tak paksa
tapi gaya dia pada awalnya tu dah buat org terpaksa dengar
dan aku jenis kalau terpaksa mmg tak suka
mmg tak ikhlas
memang aku bengang

~luahan hati aku n kak ila untuk kawan tu ~
aku nak cakap aku cukup KECEWA dengan kau
maaf cakap kak ila tarik balik pujian dia pada kau
konon kata kau baik dan wat so ever menda2 yang elok tu lepas apa kau buat pada kami.


kau tak fikir ke yang kita ni esok lusa akan ngadap muka masing2?
kalau kau nak buat pun gaya khianat persahabatan bukan dengan kami la.
kau patut ajak makcik2 or pakcik2 yang langsung tak kenal kau.
kau tak pernah terfikir ke?


kitorang ni kawan kau.
kau patut fikir soal esok.
kalau kau buat kami macam ni, kau ingat macam mana nak ngadap kami nanti.

aku nak cakap kau laa manusia yang sanggup rosakkan kepercayaan dalam persahabatan.

kau tak kira kawan ke lawan ke semua kau khianat.
antah apa laa.
(pastu tau pulak suh cover jangan sampai org tau)


aku ni malas je nak heboh2kan
kak ila yg berkobar2 nak melaser kau 
tapi aku cool kan dia.
jaga maruah kau.



bukan aku tak berani
tapi aku tak nak kecoh2
aku taknak panjang2kan hal ni
lagipun aku takut aku nangis bila marah kau.(apa daaa..huhu ;p)

peh memang tak puas hati nagan kawan tu.
kami balik KL semula dengan bas.
kak ila dah macam pelarian warga asing dah.
gara2 beg dia tinggal dalam kereta kawan tu.
kesian kami bila bas pulak rosak kat highway.
malam lak tu.
peh ini pengalaman paling makan hati ar.

nasib baik selamat sampai umah.
tido terus tak ingat daaa.

(dan sampai hari ni aku tak pernah lihat kelibat kawan tu.kak ila dah serang dia secara kecil2an)

biarkan dia.kalau dia rasa segan sendiri aku tak leh buat apa.
cuma aku harap dia tak buat pada kawan lain
dia tak ulang dan dia tk khianati kepercayaan kawan dia
aku minta maaf sbb aku rasa aku tak leh nk percaya dia lagi.
tatau sampai bila.
dan aku tak buang kawan.
kalau dia rasa dia bersalah dia boleh minta maaf.
terpulang...

~meneruskan hidup seperti biasa~

Monday, November 23, 2009

skodeng

ini adalah pengalaman yang sangat best.aku namakan sebagai "skodeng trip" (walaupun aku rasa cam dalam cite Nurkasih je suasananya).hahaha
jangan pikir macam2 ek.bukan sbb ahli rombongan adalah terdiri daripada kaki2 skodeng amatur atau pro tetapi ada kisah di sebaliknya.(nak kena cerita ke?)
tapi trip ni walaupun penat tapi aku rasa seronok.:)
jom layan je gambar kat bawah ni (actually banyak lagi cuma aku malas nak tunggu die upload..huhu)
gambar ni tak ikut turutan..pasal aku malas nak susun balik..(setting die dh lain ek)


ini pengalaman julungkalinya kena lalu atas batas utk ke rumah pengantin kat tengah2 bendang..peh dh macam kem btn rasanya..habis kaki kena lumpur..OMG..makcik2 siap sinsing kain depa..:p

ini pulak denai utk balik.tobat tak nak lalu batas td..robongan nasyid dh get ready nak balik ni.tumpang lalu yo..hehehe..

gaya iklan tak bleh blah..terutamanya adha..hahaha :p


depan umah jiran sebelah..kak awin cakap macam umah org lama2.ila cakap umah org kedah mmg lagu tu..janji best hehehe


makan ABC kat tanjung dawai..baru aku tau pantai merdeka (dlm lagu "Cinta Pantai Merdeka" tu) letaknya di tanjung dawai, kuala muda kedah..sampai gak dlm lagu tu..hehehe..romantik kan?auchaa!!

udah2 le tu adha..tak habis2 gaya malboro die..hehehe..sempoi jek..


bas ni yang bawak rombongan cik kiah ke kedah..tq..IKM KL..lepak ar..ada karoke lagi..


di tepi tali air..di bawah pokok..(macam dlm cite Nurkasih kan? tempat feberet Adam dan Nur) :p


sayang kak!! tengoklah kamera kak..hahaha..


on the way ke rumah pengantin..ni laluan berlumpur td..


ni laluan balik yang agak 'bersih'..comel pulak..hahaha


pagi2 sebelum bertolak ke alor setar..indahnya permandangan..Nurkasih..:)

begitulah trip kami pada 20/11/2009.
bertolak dari KL malam tu.
sampai subuh kat Yan, Kedah.
esok2 pagi2 kuar ke Alor Setar.
tengah hari makan kenduri pengantin kat tengah bendang.
petang ke Tg. Dawai.
dan terus balik kL.
tiba 12 malam stay kat umah kak awin di Wangsamaju.

~dan esoknya adalah trip "pengalaman hidup mengajar erti kepercayaan" (nantikan rentetan warkah seterusnya)...


Thursday, November 19, 2009

beku macam ais

hari ni sangat sejuk
kuku dah naik biru
jari dah rasa beku
dingin macam ais

kepala jadi berat
perut jadi kosong
halusinasi bermain
bayang-bayang aneh datang

suara segan berkumandang
bibir hanya diam
mata menjadi redup
tanpa kata fahami gaya

semangat terbang
melayang
nak gapai tak tercapai
lemahnya

berjalan terhuyung hayang
mencari bahang
mencari tenang

biarkan darah
mengalirkan habanya
tapi kenapa masih dingin
dan semakin beku?

terhimpit
sesak dan menghenyak
kaku...


(sape yang control air-cond ni?!!kasi perlahan sikit ar..)


lately tak de isu nak tulis.
cuma memikirkan cuti raya semakin tiba.yeay! :)

Tuesday, November 17, 2009

once bitten, shame twice

Lambatnya tunggu file siap attached kat emel ni. Besar sangat ke saiz dia? Dah zipp kan pun.


Nilah masalahnya bila hard disk dah terbarai. Untuk membelinya kali kedua aku rasa tak mungkin. Tak sesuailah die yang 'halus' dan sensitif tu dengan aku yang kasar ni. Kang bersepai-sepai lak. Hehehe.

Baik beli pendrive yang saiz die gedabak tu. 8G pun dah ada kan. Jatuh pun kira boleh selamatkan lagi.

Apa kaitan storage device tu ngan emel? Well, aku belajar tentang kepentingan emel.


Dulu aku pelik kenapalah bos setiap kali lepas siap keje die suh emelkan keje tu. Walhal die ada depan mata aku. Dan aku tanya apasal tak amek copy je dari pendrive ke laptop?


Dan sekang aku faham dan tau apa jawapan die. SAFETY!


Bila kita emelkan file, kita telah simpan die di internet. In case of emergency; mcm hard disk yang pecah terbarai, maka anda ada backup file. Anda boleh akses file tersebut di internet saja.

Sekang ni aku nak pindahkan file dr PC ofis ke laptop aku tetapi tidak mempunyai saiz yang cukup dlm pendrive, jadi aku terfikirkan cara ini. Alternatif!






Ok..waiting...(pun lembap jugak huhu)


~learn from exp~

Monday, November 16, 2009

up-date

Azma tanya- "kenapa dah lama tak up-date blog?"

Aku pun tatau kenapa. 
Idea datang tak kira tempat dan masa.
Tapi internet tak macam tu. die suka suki je nak mai kan. tengok kesempatan gak.


macam manalah nak ke suatu tempat kalau transportnya tak ade.hahaha.
dan kalau ada transportnya pun tapi tiket habis atau tiba2 blank tatau destinasi, payah jugak!


*tengok macam ni la..baru sebaris dua ayat aku dah blur + blank..padahal tadi sebelum duduk depan laptop ni aku macam didatangi anugerah terindah untuk dituliskan dalam warkah kali ni. hehehe :p

**aku terus blah..dan pergi makan jek..lalala 

tengah gundah gulana memikirkan aku akan miss tengok Nur Kasih malam jumaat nanti. OMG!
walaupun cite tu sedih tapi Nur Kasih tetap best.
touching beb! 


Friday, November 6, 2009

perubahan atau pengorbanan

aku pernah attend kursus lepasan siswazah lepas aku habis belajar (tgh sibuk2 submit my thesis) kat UM.dalam kursus tu aku belajar english secara seronok.aku masuk kelas BI, belajar cakap,belajar tulis surat,berbual, menyanyi and macam2 aktiviti menarik.


dan kelas yang selalu dinantikan dalam jadual adalah kelas grooming.semua orang suka.sebab penceramah tu sgt best on how she was delivering her talk.dia sangat sofiticated and sangat menarik.


dia ajar cara nk groom diri.cara berpakaian, bercakap,bersosial,makan,berjalan (even turun tangga sekalipun).aku suka belajar.aku suka sangat tau menda2 ni.dia pun ajar cara make up yg simple and cara ikat rambut yang kiut dan kemas.perfect!


then masa aku ikut kursus INSEP, sekali lagi aku belajar grooming.


dan aku ingat kata2 Azma and Azah: "pakailah high heels.kau akan rasa lebih yakin"


aku terima.dan aku setuju.kak cilin pun ada ckp masa aku jd guru sementara dulu.dia suruh aku beli kasut yang bertumit.sebab aku kan dah dewasa.cikgu kena berpenampilan menarik.


aku setuju.dan sekang aku mengaku semua kata2 tu benar.


aku dah reti padankan warna tudung dengan baju.
aku dah ada taste beli kasut.
aku dah reti pilih corak dan kaler baju.
aku dah tau kenakan compact powder,eye-liner,eye-shadow,blusher dan segala bagai alat make up.
aku dah cerewet reka baju apa aku nak buat.


now i'm learning such that things.
and continuosly learning that...


but i do it for good
for my goodness
for being somebody
to be better


entahlah..
aku jd sedih untuk semua ini....
(baru lepas layan Nur Kasih)

Tuesday, November 3, 2009

ulangtahun

3 oktober 2009

tarikh ni bermakna.
genap setahun saya bekerja di agensi ini.
genap setahun saya kembali bermastautin di KL selepas habis belajar. (menyambung dan menambah tahun-tahun di sini)

selamat ulang tahun yang pertama.
semoga terus sedia berkhidmat.
dengan lebih baik.

insyaAllah..:)

Monday, November 2, 2009

setiakah?

soal kesetiaan.
(pada suatu hubungan; so-called 'relationship')

minggu lepas arep dan saya dok berbalah (diskusi secara radikal hehehe) mengenai kesetiaan.
saya tak setia?

saya bertanya kat arep-"dengan siapa nak setia?"
bila arep kata -"kau yang tak setia"

saya kata -"sebelum ayat tu ada soalan lain.dengan siapa aku nak setia?orangnya tak ada"

akhirnya arep cakap - "ha'a.betul jugak"

arep..arep..ish..ish..

saya pernah setia.tapi akhirnya kecewa juga.
berakhirnya kesetiaan saya dengan pengakuan jujurnya yang menghiris perasaan.
lepas tu saya jadi lega.
rasa bebas.freedom!
free without a 'tie' of loyalty.
saya mengaku saya setia mungkin bukan pada tempatnya.saya setia pada suatu yang tak pasti.akhirnya saya juga yang bersedih.

jadi sekang bila orang kata saya tak setia, mungkin ya saya jawab saya tidak setia.
sebab dengan siapa?
tapi tak bermakna saya langsung tak setia.
certain thing i do loyal.because i can be.if i think i should be.

sebelum setia,saya nak pastikan kesetiaan saya letaknya pada duduk perkara yang pasti.
saya dah tak nak setia menunggu,akhirnya ditinggalkan juga.
saya tak nak kejam pada diri sendiri.
(walaupun kadang2 saya kalah pada hati yang singgah di tempat yang tidak tepat..huhu)

tapi saya masih rasional, untuk menjadi setia dan menunggu. (lame rabia...huhu..-sigh-)

***setia ku di sini..lalalala...