Showing posts with label bermacam perasa untuk cerita ini. Show all posts
Showing posts with label bermacam perasa untuk cerita ini. Show all posts

Monday, November 1, 2010

aku tak tahu kau atau dia

Last nite,
i've gone through again my fav novel..hua hua..:p

Then,
dalam tu ada cerita (1/4 novel) pasal hubungan rapat-macam-ada-apa-apa-tapi-tak-berani-declare
atau dalam bahasa gosip tabloid sekarang teman-tapi-mesra.
Cet.
Haha..aku siap tergelak kecil tatkala membaca ayat dalam novel tu.
Sebab apa yang dia cakap tu banyak betul.
And quite similar with mine.

Memang bengkek laa..
Hubungan macam tu, mesti salah seorang adalah mangsa keadaan.
Iaitu dia yg menyimpan hati pd yg sorang lg.

Pihak seorang lg tu pulak merasakan selamat dengan keadaan begitu,
lalu memutuskan untuk membiarkan hubungan itu terus tak bertanda.
Akibatnya,
masing2 saling tak boleh nak lebih caring atau dengan kata lain,
tak boleh nak cross the line on something yang dia rasa dia nak sangat ambil peduli tapi tak boleh.
Macam suffer laaa..
Dan menurut penulis lebih baik orang yang macam tu patut awal2 lagi dah kena kick.
Geram kan? (emosi ni)

Actually memang banyak that kind of relation in reality.
Dan katanya jalan terbaik, tengoklah kalau ada jodoh.
Hmm ...terpulang pd individu.
Kan?

But, to me.
Better declare.
So everyone clear.
Kalau sakit pun tak de lah dah bernanah lama kan..

Menulis sesuatu yang common dengan pembaca adalah kriteria seorang penulis.
Dan ajaibnya kadang2 penulis itu sendiri tak pernah merasakan pengalaman itu.
Tetapi penulisannya memang betul dan benar.:)


It hurts to love someone and not be loved in return.

But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.


 and in addition..


A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.


* selalu salah suka pada orang..wink!..

Sunday, August 1, 2010

drama ini masih on-air, ok

Lama rasanya tidak menjengah 'tempat ni', apatah lagi meng-up-date entri.
Sejak hidup semakin sibuk- membuat kerja hakiki campur kerja tak berapa hakiki,
rasanya sedikit terlupa bagaimana hendak connect broadband pada laptop.
(Sungguhlah drama ayat di atas-betapa dah lama tak tengok laman sesawang yang aku suka)

Boleh pulak aku rileks je.
Apa nak dikata, kat sini memang takde internet gunasama (maksudnya talian tetap internet atau wireless macam kat hq tu).
Broadband pinjam-sama adalah. (Tengok pada priority kot ye pun awak nak pinjam. He he.)

So sudahnya aku hanya mengetahui breaking news tu kalau tak tru tv atau paper, makanya mulut-mulut orang je la.
Rural sangat ke?
Taklah.
Aku yang 'rural' bukan tempat ni yang rural.
(tone sedar diri ni huhu)

Sebenarnya aku sedang tak de hati.
Untuk sesuatu. Atau mungkin banyak.
Entahlah.
Aku tak tau.
(tutup cerita ni)

Oh ye.
Sudah dua minggu aku mula mengajar.
Jangan tanya subjek apa aku ngajar- aku hanya mahu rahsiakannya.
Di luar alam dan di luar silibus jugak tau. ha ha ha.

(soalan dari Saadah (guru sekolah menengah di Perak);seronok ke mengajar budak besar?-9.44pm, 1 Ogos 2010)
Emm..
Aku terus terang dengan Saadah.
Aku tak rasa teruja ajar budak besar (baya-baya adik bongsu aku yang baru lepas sekolah tu).
Lainlah.
Aku mungkin terbiasa dengan teknik pedagogi dan bukan andragogi.
Mungkin aku yang salah guna teknik -layan mereka macam budak sekolah- sebab aku terlalu baik. Hu Hu.

Aku ingat budak besar ni jenis independent.
Macam kita kat univ dulu-dulu.
Alah paling teruk pun kita cuma minta copy notes lecture pastu buat cetak rompak sendiri.
Tapi aku tak faham kenapa situasi itu tidak ada pada budak besar ni.

Mungkin aku kena terima hakikat, tak semua budak besar tu macam kita dulu-dulu.
Atau mungkin budak besar ni masih belum boleh melupakan habit ketika mereka sekolah dulu.
Atau mungkin budak besar ni 'menghargai' pensyarah @ cikgu mereka ini dengan sebaiknya.
Atau mungkin aku akan ada jawapannya bila aku dah berpengalaman mengajar budak besar selama 10 tahun?
Dan sebab itu aku tak boleh terlalu awal memberikan jawapan sekarang ni. huhu.

Yang pasti, aku rasa aku tak feel mengajar budak besar sebab:
1) Mereka tak pakai uniform macam budak sekolah
2) Mereka besar-besar 
3) Mereka kononnya mengaku sudah 'dewasa' dan tak mahu dilayan seperti budak sekolah.
4) Mereka...
5) ...
6) ...
n) Aku sendiri.
 ..erk..kenapa "Aku sendiri" pada no ke-n? yg ke-berapa daa..huhu..(tak mahu salahkan diri sendiri yek?)

dan

pada aku, budak besar ke budak sekolah ke,
"Law & Rules" -is number one!

Cukuplah soal tu.
Mungkin aku kena cukup 'tua' atau cukup 'masak' dulu dengan perangai dan atmosfera budak mengaku besar ni.
Lepas tu baru aku boleh fikirkan seterusnya.
Cuma aku sekarang kena kutip semangat yang makin terbang ni jek.
Tolong kembali berpaksi padaku semula. Fuh!

Emmm...
Dah lama rasanya tak jumpa entertainment.
Tak tengok muvie.
Tak karoke.
Tak jalan2 & melancong.
Tak buang masa.
Tak dan tak.. (semua benda lagha-seronok je kalau buat yek?)
He he he.

Miserable gile saat ini!
Aku tak ok.
Tapi aku cuba jadi ok.
Aku nak ok tapi aku tak boleh kadang-kadang.
Aku sangat down
Aku kena buat apa ni?
PKBM MRSM Muar -ada seseorang di situ.

Batch 01/02 MRSM Muar -pun ada seseorang di situ

Ini juga.
Dan kenapa aku meletakkan gambar tak de kaitan ni semua?
Just because...



~Aku rasa aku kena balik jumpa mak abah.
Itu jek.~

Wednesday, December 2, 2009

seperti kujangka terjadi

Berita yang diterima semalam agak membuatkan aku dan rakan2 down.
Keputusan exam buatkan kami senyum sekejap je.
Lepas perkhabaran berita 'SETAHUN' itu kudengar, aku terkejut. terkesima.
Terus ke tingkat 11, bermunajat untuk memulihkan semangat.(Ya Allah, berikan aku kekuatan).

Malam tadi call mak.mak kata dah malas berharap, ikut je laa.
Aku sedih.I'm hopeless.
Rash pulak hari ni datang (semalam MC pindah rumah) terus tertunduk, motivation terus jatuh di aras paling rendah.(kesian kami)
Up side down.peh,dugaan ni...:((

Takpelah apapun, aku percaya hikmah Tuhan akan datang juga. InsyaAllah.

*Nurkasih dah tamat*

Friday, November 6, 2009

perubahan atau pengorbanan

aku pernah attend kursus lepasan siswazah lepas aku habis belajar (tgh sibuk2 submit my thesis) kat UM.dalam kursus tu aku belajar english secara seronok.aku masuk kelas BI, belajar cakap,belajar tulis surat,berbual, menyanyi and macam2 aktiviti menarik.


dan kelas yang selalu dinantikan dalam jadual adalah kelas grooming.semua orang suka.sebab penceramah tu sgt best on how she was delivering her talk.dia sangat sofiticated and sangat menarik.


dia ajar cara nk groom diri.cara berpakaian, bercakap,bersosial,makan,berjalan (even turun tangga sekalipun).aku suka belajar.aku suka sangat tau menda2 ni.dia pun ajar cara make up yg simple and cara ikat rambut yang kiut dan kemas.perfect!


then masa aku ikut kursus INSEP, sekali lagi aku belajar grooming.


dan aku ingat kata2 Azma and Azah: "pakailah high heels.kau akan rasa lebih yakin"


aku terima.dan aku setuju.kak cilin pun ada ckp masa aku jd guru sementara dulu.dia suruh aku beli kasut yang bertumit.sebab aku kan dah dewasa.cikgu kena berpenampilan menarik.


aku setuju.dan sekang aku mengaku semua kata2 tu benar.


aku dah reti padankan warna tudung dengan baju.
aku dah ada taste beli kasut.
aku dah reti pilih corak dan kaler baju.
aku dah tau kenakan compact powder,eye-liner,eye-shadow,blusher dan segala bagai alat make up.
aku dah cerewet reka baju apa aku nak buat.


now i'm learning such that things.
and continuosly learning that...


but i do it for good
for my goodness
for being somebody
to be better


entahlah..
aku jd sedih untuk semua ini....
(baru lepas layan Nur Kasih)

Tuesday, July 7, 2009

lepas beberapa hari tak timbul...

"adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta? yang masih bersemadi untukmu...."
~yuna~

entri rindu sudah berbalas.terima kasih sahabat2.saya sangat terharu.
dah berapa hari saya tak lawat laman sesawang ni.sibuk dengan misi terbaru.debaran sentiasa ada.huhu

rabia reply:
rindu tu memang sentiasa ada.saya mengambil keputusan untuk membiarkan saja ia hinggap dan bila2 dia mahu terbang, saya sudah tidak kisah lagi.sebab saya tau, rindu tu akan datang lagi.dan yang paling penting saya tau rindu itu pada siapa yang patut and layak utk terima.rindu saya bukan sampah.rindu saya ada harga.saya bukan suka2 hampar ia di lantai untuk dilelong atau dijaja.terpulang.pada yang sudi menerima, terima kasih.kerana anda membayar harganya.:)

penatnya lalui hujung minggu yang lepas.tapi berbaloi dan ada sedikit rasa lega bercampur banyak lagi rasa lain.alhamdulillah.misi pertama selesai.misi seterusnya bakal dilaksanakan.
[confirm tak faham ayat2 kat atas ni..hahaha.misi2 laa..apalah..misil kot..ngeee]

saya minta maaf kerana telah melukakan dia tanpa sengaja.saya mengaku saya cuai.saya janji akan lebih berhati2...hendak ku tangis, tiada berair mata...pedih di dalam siapa yang tahu..tak terluah hingga ke mata..huhu...isk isk....

dan saya juga sudah membuat keputusan.tidak mahu kisah apa orang kata selagi ia tidak memberikan efek pada hidup saya.
suka hati sape2 yang berkenaan kalau rasa2 macam dah cukup bagus utk men'down-grade'kan orang lain.dah cukup hebat utk berkata2 tentang orang lain seenaknya.dah cukup mantap nak menjadikan orang lain bahan uli adun gaul sesedap rasa mulut anda..saya ucapkan terima kasih..dan saya memang tak mahu ada kaitan..it's nothing to do with me!!!.....

Monday, June 1, 2009

monster vs alien 3D

kitorang buat kerja gila lagi.
tengah hari g klcc.
booking tiket siap2.
sampai sana terus tengok.

best tengok cite ni.
kelakar.
walaupun tak de sarikata tapi senang nak faham.
3D version memang best untuk cite katun mcm ni.

hari pertama di HQ.
jumpa balik budak Kemaman.
banyak dah berubah..
tapi kami tetap baik.happy.
yang dulu senyap dh banyak mulut [penangan pedagogi ke pakcik2??].
yang dulu tak best dah jadi ok.
apapun masa banyak buat kita belajar dan berubah..
orang selalu cakap sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati orang.
tapi sekurang2nya pantai berubah pun orang tetap suka untuk ke sana nak tengok laut.
kalau hati orang dah berubah, buatlah macam mana pun sampai mati tak suka juga.
melainkan Allah jua berkehendakkan sesuatu itu terjadi.

semoga yang baik sentiasa bersama kita..
insyaAllah..




posing bagai.sebelum blah meninggalkan bumi BMI.

sepanjang training 5 bulan lebih.banyak peristiwa berlaku.
kadang2 saya sendiri tak menyangka ia akan terjadi begitu.
mungkin itu telah tertulis.
yang paling saya tak boleh lupa,bila ia melibatkan soal hati.pada saya yang sensitif ni, hati itu lah adalah anugerah paling hebat Tuhan beri untuk saya.
saya berusaha menjaga hati orang lain tapi akhirnya hati saya sendiri terluka.
paling saya tak tahan bila saya seorang diri menanggung luka hati saya.
tapi saya tahu Tuhan akan buat hati saya sembuh.insyaAllah...

saya tahu menangis airmata darah pun orang lain takkan mengerti apa sudah jadi pada hati seorang Rabia ini...

Thursday, May 7, 2009

bila ia melibatkan hati saya...

Sigaraning telah selesai saya khatamkan petang tadi.tengah hari tadi airmata hampir menitis,cuma bergenang saja di tubir mata.saya sedih membaca chapter sahabat baik Ali, Nurul menemui ajalnya akibat ditikam kerana nak mempertahankan sahabatnya.ada lagi tak orang macam dia kalau saya punya sahabat?

tengah hari tadi jugak,kami telah 'pangkah' satu lagi kedai makan.black list!saya tak mahu cerita di sini.biarlah hal ni asal saya dan kawan2 takkan jejak lagi ke kedai tu.esok rasanya tak mahu lunch lagi di kedai2 sekitar yang tak approved lagi.elok beli roti atau makan megi saja.huhu.

bercakap mengenai virus H1N1 ni, HKL dah ada zon kuning-berjaga2 beb.jadi sebagai trainee yang tak de protection, takde amek injek vaksin, sila jangan cari pasal nak redah kawasan larangan ok.huhu.akibatnya aktiviti-konon2 rajin-kitorang nak ke site tu telah terbatas.[gembiranya dalam hati..lalala]

petang tadi saya set screen saver dekstop dengan fail gambar.tiba2 muncul gambar graduasi UM.sebenarnya tak mahu pamer,[hanya untuk koleksi peribadi],tapi rasanya itu sweet moment selepas lelah meredah 4 tahun yang sesak nafas tu.lihat saja pic di bawah.ada segaris senyuman di bibir saya.:)


grup thesis di bawah Dr. Fatimah.[rabia,saadah,fatimah,dr.fatimah,hazi,kak yatt, fazah+wesak and zarin].


sebaris gadis2 jelita ;p [syera,fatimah,rabia,fazah,hasnor,saadah,sya2,azma,almas]


Biomedical Engineering Batch 04-08 Convocation Ceremony on 080808.;p


we call miss rabiahtuladawiah musa to receive her scroll..:p

~cerita indah ini (cerita ke-4 dlm entry ini) akan selalu saya bawa dalam hati.sekarang sedang 'mengeja' novel english "A Time to Kill-John Grisham"..tatau bila nak khatam pulak yang ini..hahaha..~