Monday, April 9, 2012

Bulan Memeluk Matahari

Hari ni , lebih tepat lagi petang ni, hujan turun.
Renyai-renyai tapi awan mendung dan agak gelap.
Lagi pun sudah pukul 5.10 petang.
Rasa malas nak balik rumah tapi mata rasa berat.
Nak bersukan tapi badminton sahaja pilihan yang tinggal.
Harus buat apa ye?
Lepak dulu surf internet sementara masih kat opis ni. :p

Malam tadi menangis lagi.
Setiap kali menonton episod kehidupan Yeon Woo dan lelaki-lelaki dalam hidupnya, sangat terkesan.
Tapi paling kasihan pada Yang Meong yang cintanya hanya mati di dalam hati sampai kesudah.
Aduh, sakitnya hati melihat perbuatan manusia yang jahat dan irihati.
Nasib baik Lee Hwom sentiasa macho sejak dari kecil lagi.
Dan alangkah baiknya kalau dapat menemui lelaki seperti Yeo Heom yang tak pernah melukai hati wanita.
Korea habisssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahaha..

So,
soalan test dua-dua subjek telah diselesaikan.
Esok hari outing (read:site visit) sedunia.
Malam ni tak payah susah-susah nak study bagai untuk prepare.
Sebab lusa adalah hari cuti umum.
Yeay!!!

Agenda malam ni adalah:
1. Bigbang Strong Heart Part 2
2. The Moon Embraces The Sun 해를 품은 달 (ep 8 dan seterusnya)

complicated sangat percintaan dorang kan??
yg SS tu la sangat menyedihkan..

* hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara.jadi bila hati kita tiba-tiba merasakan seperti mahu berubah menjadi lebih baik, maka lakukan tanpa bertangguh. sebab kita tak tahu bila peluang dan hidayah itu akan datang lagi.sedang masa kita semakin singkat dan tidak dapat disangka.

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka