Irdina baik-baik sahaja dengan pengasuhnya.
Semoga Allah terus melindungi dan memudahkan kehidupan Irdina, amin...
Mummy yang rindu Adik setiap hari lepas tinggalkan dia kat orang lain.
Adik rileks je kot. Huhu.
Semalam, Abah tak kerja, Mummy hantar dorang berdua kat rumah Nenek Lin.
Tok Abah rindu katanya, makcik-makcik dia pun nak jumpa.
Tapi tak sampai setengah hari, Abah report Adik tak nak minum susu, sebotol je luak.
Mummy tinggalkan 3 botol, sebab kat rumah pengasuh dia minum memang 3 botol.
Penat main kot, tak mau minum.
Mummy balik je, dia terus direct dengan Mummy, lapar sangat tu..hihi..Adik2...
Setiap hari Adik bangun awal, pukul 6 camtu.
Kejut Mummy and Abah bangun subuh. Hihi
Mummy tak pernah kejut dia, or paksa dia bangun pagi-pagi.
Yang baiknya dia tak menangis bila bangun.
Senang nak hantar dia sebab dia sedar, Mummy dia pergi kerja.
Nak bagi dia faham.
She has to know when she need to stay at other's place without Mummy, and behave very well.
Esok-esok dia besar, dia senang nak bangun Subuh and pergi sekolah pula.
Alhamdulillah. :)
Semoga setiap hari Irdina memberikannya nilai hidup yang sangat bermakna buat kami.
Semoga Irdina membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak solehah.
InsyaAllah.
Banyak perancangan kami untuk Irdina.
Allahuakbar.
Nur Irdina (credit: Cik Yah)
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka