Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

yang terakhir

Gamble nye diaorang pergi terjah GSC Jusco Melaka malam tadi.
Ha ha ha.
Nak cari Nurkasih kan.
Takpe.
Sampai2 je dapat tiket 8.30pm.
(terbukti SAJ menang.uh)

Komen?
Tak nak lah komen.
Nak tau tengok sendiri.
Adam_Nur_Aidil
 Jack_Sparrow


Yang penting,
aku sambar 2 buah novel.
Penulis pujaan dengan karya epik thriller beliau.
Sambungan novel trilogi kesukaanku.
Wah2 exaggerate sungguh.
*puas hati*

finally i got it! *wink*

menyambung pembacaan selepas novel terdahulu beliau yg sangat menarik..
yang ni bagaimana ya?

*memenuhkan rak buku pulak sbb almari dah penuh dengan baju.ha ha ha.
**next movie haruslah Jack Sparrow ada di dalamnya.keh keh

Thursday, August 26, 2010

schedule bulan ini

Aku antara peminat drama melayu.
Tak kira yang lama atau baru.
Kalau orang tanya apa rancangan aku tengok selalu,
aku akan jawab :"emmm..cerita melayu."

Aku layan juga drama omputih kadang2.
Tapi dulu2 lah, macam Robin Hood, Supernatural, Superman, CSI, The Cave of The Golden Roses.
Sekang ni macam dah kurang minat.
Kalau ada pun tertengok sbb dah tak ada siaran lain, tiada pilihan lain.
Kalau orang tanya cerita Alias ke, Smallville ke, Vampire's Diary ke, sure aku tak leh cerita.
Huhu.

Bulan puasa biasanya banyak drama melayu baru.
Cuma time siarannya tak sesuai, pada waktu org bekerja.
So tak dapatlah nak tengoknya.

Kalau malam pulak biasanya aku tengok tv2 atau tv9.
Walaupun cerita bersiri tu aku tak ikut pun, tapi aku tetap akan tengok.
Tv3 pulak sekang tengah on-air Epilog Syurga Cinta petang2 nak tunggu berbuka.
Biasa masak2 mesti siapkan awal.
hehehe

Waktu sahur pun ada drama melayu gak.
Untuk kali ini, aku memilih Fatimah Najwa.
Nurkasih aku boleh tgk online.
Fatimah Najwa kat tv je ada.

Aku rasa bagus juga.
Banyak menonton, aku dapat banyak contoh.
Bila aku mengajar, aku selalu selitkan contoh2 dari drama atau filem.
Tak nak laa jadi rigid sangat ikut buku je.
Haha.

Kesan drama/filem ke atas penonton selalunya lebih mendalam

* pilih-pilih juga cerita yang best jek..hehe

Tuesday, May 11, 2010

lawyer-lawyer yang aku suka

Masa aku berumur iaitu sekitar di sekolah rendah atau awal sekolah menengah, aku pernah tengok satu muvie kat Tv2.
Tajuk dia memang aku tak ingat.
Tapi pelakon dia aku ingat, walaupun masa tu aku tak kenal dan tatau nama beliau.
Bila aku dah besar, dah tau nak baca2 gosip hollywood dan tahu bahasa Inggeris sikit2, aku kenallah pelakon tu. Hehehe
Dia belakon muvie "How to Lose a guy in 10 days".

Ok, bukan nak cerita pasal pelakon tu.
Tapi pasal cerita tu.
Tiba2 nak tulis pasal cerita tu sebab sabtu lepas aku tengok tv2 cite hindustan.
Oii..bukan cite yang guling2 kat bukit, pastu tukar baju 4-5 pasang ikut kaler tema, kuch-kuch-hota-hai ok! hehehe.

Cite ni cite serius tentang masyarakat dan kemanusiaan.
Drama kepolisan (aku tak layan Akademik Polis-ok, tipu jek hihi), jenayah dan mahkamah. Suspen gile!

Cerita macam ni berjaya buat aku duk duk depan tv layan hindustan di petang sabtu (selalu aku tak buat tau!selepas filem kuch-kuch-hota-hai, filem lain tak best..) hihi.
Tapi background ada keretapi tu tak leh la nak nafi lagi, haruslah ada baru cara beb.

Cerita pasal persepsi masyarakat terhadap polis.
Jenayah berleluasa dan dilakukan oleh orang berpengaruh.
Korang boleh bayangkan je situasi ni kat india ok, sebab ni kan cerita hindustan.

Kemudian, bila dapat tangkap haruslah ada perbicaraan di mahkamah.
Dan kat sini watak lawyer main peranan.
Hakim pun mestilah adil. Kalu tak mesti geram je tengok pum pang pum pang bedebat, sekali hakim dia jahat-makan suap. Sia-sia je kan.(ok, jangan emosi kat sini hanya cerita je)

Last2, sebab hero selalu akan menang makanya berdasarkan cerita ni, hero berpihak pada mangsa maka menanglah kes tersebut.hihi ;)

Dalam cerita ni, digambarkan hero adalah polis yang sangat smart tapi weirdo. peh.
Sampaikan inspector sahab lain pun tak leh settle,pesuruhjaya awal2 lagi suggest nama beliau untuk handle kes mangkuk ayun tu. Huhu.
Hebat ar.
Ketua menteri pun caya dia.
Hakim sah2 adil lagi saksama.

Tapi pengajarannya, hakim tu cakap masa nak ending ini adalah kes terakhir dia selepas dia buat keputusan dan kemudian letak jawatan.
Dia berharap masyarakat faham dengan makna keadilan yang sebenarnya.
Baguslah begitu kan. Pembelaan telah dilakukan dengan jayanya.

Dan kisah tersebut mengingatkan balik aku pada muvie yang aku tengok lakonan Matthew McConaughey dalam A Time To Kill (1996).
Adaptasi dari novel John Grisham.
Lebih kurang sama ceritanya.
Bezanya watak yang di highlight kan sebagai hero adalah berbeza.
Hero J.G adalah lawyer Jake Tyler Brigance dan hero hindustan tu adalah polis Mr. Kripa.
Dan isu masyarakat yang ingin dibangkitkan juga berlainan.
Tapi kes dan jalan cerita adalah lebih kurang sama. (Tapi mestilah lain jugak-keaslian mesti ada kan).

Novel J.G. ini adalah novel pertama berbahasa Inggeris yang aku miliki itu pun half price dan Yam bayarkan. Tq yam hehehe.
Tapi aku tak pernah habis baca walaupun di chapter pertama.
Sebab aku mmg tak minat novel English dan tak faham pun.
So aku tak sangka pulak ceritanya aku dah tengok masa kecik.

Dan...ooooo...ceritanya macam tu bila semalam aku download balik.
Malam tadi kononnya nak tengok sambil pegang buku dia la nak bagi faham buku tu kan, last2 aku tertidur setelah elok aku landing kepala kat bantal..hihi
(Lately aku rasa tempat paling best adalah tilam dan bantalku uwaaaa)

Itulah,
kelemahan aku adalah tak faham buku BI.
Sbb tu aku takde koleksi tu (macam AbdulFairul)
Aku kena tunggu cerita jadi filem baru tau cerita tu cane.
Sama macam cerita Twilight. hehehe.
Nasib laa..

poster filem tu (from google image)




~Apa pun aku tetap lagi suka cerita Down With Love sebab ada lawyer Siang Yu Ping yang hensem.huahuahua. (yang ni aku cerita lain kali tau) ;p~


Down With Love (google image) :))