Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Oden dalam kenangan

"getting over a painful experience is much like crossing monkey bars. you have to let go at some point in order to move forward"

lama rasanya tak menulis kat sini.
banyak events yang terjadi.
cuma kesempatan masa saja yang membataskan.
tak juga, kadang2 kemalasan dalam diri menghalang sama. hehehe.

urmm..
setelah hampir sebulan,
semalam dia text aku.
mengkhabarkan tentang kecelakaan dan sekaligus pemergian sahabat kami.
Al-fatihah buat arwah Zainuddin Elias.

entah kenapa.
aku balik kampung semalam aku memang nak bawak balik album.
rupanya dalam tu ada gambar semasa aku sekolah.
maknanya ada gambar arwah Oden.
Oden dalam kenangan.
Oden tu comel kategori lelaki.
Senyum jek, tak pernah marah2.
tapi Oden dah pergi.
walaupun tak close, tapi Oden tu baik.
Oden tu diam je, skema dalam kelas.
petang2 Oden akan datang prep awal.
duduk sebelah Atoy.

Oden,
aku akan ingat ko selamanya.

Oden (duduk depan kanan sekali pakai baju biru jam tangan kiri, bukan yang menunduk tu)

*betul..age is only a number.tapi ajal pun tak kenal umur...masyaAllah..

Monday, May 10, 2010

tak best pun

Dah lama teringin nak main ice-skating.
Sejak sekolah form 4 masa g wajadiri kat UKM, singgah Sunway Pyramid.
Kalau datang situ jek, asek tengok orang meluncur.
Cam best jek.
Why not, sementara duk KL ni, mari kita jejakkan kaki atas ais buatan ni.
Mana tahu ada rezeki, dah terer leh g oversea main salji pulak.
Ha ha.

Tambah pulak tengok drama Korea.Lee Min-Ho haruslah beb! hihi
Peh dah mulut berasap2. Pahtu pakai penutup telinga.
Main riang2 atas ais.
Tak pun drama Jepun Takuya Kimura tajuknya "Pride".
Rilek je si Halu tu luncur sambil pukul bola hoki dia. ceh.
Pahtu awek dia Aki duk sorak2 kat tepi. hua hua.
Berangan je lebih. He He.

Sekali, aku dengan Zahrin, Hasnor and adik Hasnor try Ahad lepas.
Ok, aku dengan Hasnor je 1st time, pakcik tu dah ada pengalamanlah..huhu.
Nak main, excited tapi dalam hati ada cuak juga.
(Lepas solat zuhur tu aku siap doa minta perlindungan dan keselamatan sbb cam bahaya jek..:) )
Siyes, aku ingat kalau main tu takde laa kalau jatuh nak basah2 sebab macam kat dalam cite Korea tu salji tak basahkan baju pun. Huahua.
Ye laa nama pun yang kat sini tu buatan je, tak de laa serupa dengan yang ori kan?

Gila!
Lepas pakai kasut dia tu, aku nak jalan pun tak balance.
Ceh.

Ok, masukkan sebelah kaki.
Oiii..licin gile.
Tangan aku ni memang kejap arr paut dinding.
Nak gerak ke depan memang tak reti.
Aku jerit je laa. ha ha.
Slow2 aku aku ukur keliling gelanggang ais tu.
Adalah besar court tenis gak hua hua! :p

Makanya, hari meluncur aku menjadi hari memaut dinding atas lantai licin ok.
Nasib baik masih kekal rekod, tanpa ada jatuhan. Gigih gila aku! hahaha
Tapi menurut orang yang berpengalaman (dan dah terer sedikit seperti Hasnor & Zahrin), jatuh adalah pelajaran untuk menjadi peluncur.
Cewah!! hehehe
Yelah macam belajar bawak motor, kena jatuh gak baru thrill..siyes ni beb.
Cuba tanya orang yang dah terer tu, mesti aa diroang penah jatuh nye..

Maka, betullah bila orang kata, kena jatuh dulu baru boleh berjalan.
Macam budak kecik tu.
Sikit2 ok. Lama2 terer laa..
Tapi aku mengaku aku memang tak nak jatuh dan aku terus tak mahu usaha nak pandai luncur lepas penat pusing 4-5 kali gelanggang tu.

Hu hu.
Budak kecik pun rilek jek aku tengok dorang luncur. Ciss..
Yelah, takkan aku nak datang hari2 berlatih.
Tengok glove budak tu pun aku dah tau dia ni hari2 mak bapak dia hantar kelas luncur. hehehe.

Ok, jangan ikut aku yg give up ni.
Apa pun aku dah rasai pengalaman tu.
Lepas ni aku nak try main lain pulak.
Tak pun, kalau kena layan gak, aku akan memilih jaga beg dan duk tengok dari atas jek..amek gambar korang jatuh pulak. hua hua!

Sape nak g genting pulak?!!! hahaha :))


haruslah makan dulu sebelum kita buang tenaga meluncur ais hehehe..(dah kena pow da masa ni cess)

hasnor datang dengan adik dia bukan 'abang' dia ok..

zahrin selaku cikgu baru kami..hehehe..

nak masuk kena pakai glove..barulah cara beb..macam kat oversea nih..hahaha..terbang rm8 aku..

haruslah pada permulaannya kita kan memaut dinding..bersama-sama..kan hasnor?? hehe..

ok, ni student sorang..

ni lagi sorang...comel kan?? heheh

ok, ko paut dinding tu dulu..dah pandai kang jalan kat tengah..ok

dah, cikgu nak luncur dengan free style kat tengah..budak baru duk tepi jek..oiiii!!!...:p

selamba je cikgu tinggal kita kan hasnor?
hehe..takpe mai amek gmbr dulu..hehehe

cikgu datang balik sebab sibuk nak bergambar jugak..ceh..

wah, hebatlah konon tuh...hahaha

hasnor, aku dah penat..ko je laa main tau..

tak yah cikgu nak paksa2 saya main..saya dah tobat tak nak masuk dalam tu lagi..huaaa...

....selesai...


~itu saja pengalaman ala2 drama Korea tak menjadi..ak memilih untuk terus berenang saja..gila poyoss!!! heh~ ;p