Showing posts with label kerapuan yang berasas kadangkala. Show all posts
Showing posts with label kerapuan yang berasas kadangkala. Show all posts

Friday, February 18, 2011

selfish

Mak aku selalu cakap,
"biar orang buat jahat kat kita tapi kita jangan buat jahat kat orang".
Ok fine.
Aku buat apa yang mak aku suruh.
Walaupun aku totally disagree secara teori atau pendapat peribadi
but aku tak pernah melawan.
Sebab aku percaya apa yang mak aku suruh tu selalunya baik & bagus.

Dan aku memang tak pernah nak take revenge of fallen apa kebenda macam tu.
Sbb aku akan serupa macam orang jahat tu gak kalau aku berperangai seperti itu kan.
So I take that as life challenge or sort of like asam garam hidup jek.
Walaupun tak selalunya orang baik tu akan menang kan.

Serik?
Aku tak tahulah.
Kalau aku serik tu maknanya aku takkan alami lagi benda yang sama.
Tapi benda asam garam ni adalah thing that continously happen in life.
Cuma kita ambil pengajaran.
The rest go to hell.
(uh, ayat memaki nampak? istighfar..)

But one thing,
what you give you'll get back!
 
*bengang*

*bertumbuk bagai? jangan..mak tak bagi*

*hepi* 
ini mungkin yang terakhir bila aku lupa..biasanya aku malas nak kisah pun after a few days..
*wink*


* pepatah berkata: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..dah tu asek kita yang baik je kena, yang jahat pulak selalu menang..sian..

Tuesday, February 23, 2010

dalam tidur yang jaga

Ideaku mati di hujung jari
Bila mencecah petak2 bercetak alphabet & konsonan

Kenapa rasa itu hanya diam di hati?


Aku melihat
Kemudian merasai


Aku tak mampu menzahirkan dalam patah butir bicara indah 
Dalam kolum bahasa & font berbeza
Yang selalu menemaniku saat aku buntu dengan hal dunia
Saat aku merasakan tiada manusia yang ingin meminjam 'telinga' menadah segala buku rasa hatiku


Kadang aku merasakan ketidakgembiraan itu hanya sementara
Bila ia hanya berlegar seketika di minda & bayangan jiwa
Kemudian persis bayu lembut menyapa dan terus berlalu
Aku merasakan ia tidak apa-apa padaku


Tapi entah kenapa
Lewat kali ini, ia kerap menggangguku
Terus membelit dan membelengguku
Aku tiba-tiba menjadi sebak dan sesak dada



Mungkin aku perlu berehat
Dan 'tidur'...

Jadi bilakah pula aku mahu 'bangun'???
Entahla...

~walking in sleep~