Showing posts with label kerja dan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kerja dan kehidupan. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Blank ~Mong Ji Hyo

Up-date.

1.
Baru habis tanda kertas jawapan pelajar.Tapi tak bermakna selesai. Ada yang nak kena buat lagi. Sabarkanlah hati ini.

2.
Facebook makin boringggg..

3.
Bigbang nak datang Malaysia! :)

4.
Sesuatu yang membuat jantung berdegup kencang telah berlaku. Solat-boleh mengurangkan heart beat kasi tenang sikit. Semoga dipermudahkan.

5.
Balik kampung. Hadi & Hadirah sedang menunggu. :)

*tiba-tiba blank..sorry..

Monday, May 21, 2012

Jejak Kembara di Tanah Mahsuri

Seminggu di Langkawi.
Menghadiri kursus belajar menulis dokumen rasmi dan tatabahasa bahasa Melayu.
Di samping itu,
aktiviti mengukur peta pulau tidak dilupakan.
MasyaAllah.
Duit semakin susut akibat tidak menjaga nafsu belanja.

Apapun,
nak kena balik kampung untuk release tekanan!
Uh?
Hehehe.

Dataran Lang

Sky bridge was closed due to maintenance.

 Pulau Langkawi sebelah kiri map Malaysia, jadi laut apa namanya ye?

* makan 6 kali sehari.ternak saiz badan kot.hehehe




Thursday, April 19, 2012

Mahu Apa

Masa kecik-kecik dulu selalu disogok supaya menjadi seorang yang hebat contohnya macam doktor atau engineer.
Tetapi masa hari anugerah tokoh sekolah, aku cakap saja nak jadi arkitek sebab terpengaruh dengan anak jiran rumah hujung-anak tuan guru ngaji aku.
Lepas tu addicted kejap dengan cerita berunsur kepeguaman, berangan nak jadi lawyer.
Amboi, semua macam tak hagak-hagak kan.

Tapi bila aku dah dewasa dan dah bekerja dengan sebenarnya pekerjaan, aku terfikir bahawa satu cita-cita atau hasrat dalam hati aku yang tak pernah padam sejak kecil adalah aku ingin menjadi pendidik.
Tak kiralah bagaimana kerjanya, asalkan ia berunsurkan pendidikan dan proses kerjanya melibatkan dua pihak iaitu yang memberi ilmu dan menerima ilmu.
Ya, inilah cita-citaku tanpa aku sedar aku dah pun mencapainya.
Memanglah tak ada panggilan "cikgu" tapi aku tahu hakiki kerjaku adalah mengajar.

Tiba-tiba aku terfikir, mungkinkah cita-cita hebat aku masa kecik2 tu adalah realisasi orang yang akan berkongsi hidupnya dengan aku?
Amboi.berangan!

Sebenarnya bila difikirkan balik kenapalah sikit sangat pendedahan cita-cita aku masa kecik dulu.
Banyak je perkerjaan yang tak glemer tapi cool.
Sekali gaji amek kau beriban-riban.
Contohnya macam tukang welding paip bawah laut.

Lepas ni kalau student, junior atau orang muda-muda tanya aku pasal cita-cita.
Aku akan jawab kat dorang supaya banyakkan buat research.
Jangan asyik nak kejar yang glemer tapi kehidupan tak adalah masyuk sangat.
Apapun yang penting bahagia hidupnya itu dengan pilihan sendiri.

Sekarang ni aku tengah berkira-kira nak sambung pengajian.
Tapi aku nak buat sesuatu yang betul-betul aku nak, bukan sebab terikut-ikut dengan situasi.
Aku teringin nak pergi luar negara.
Tengok negara orang, ambil pengalaman.
InsyaAllah.
Semoga hasrat yang satu ni boleh aku capai suatu masa nanti.
Kalau tak pergi sebab diri sendiri, mungkin sebab orang lain kot.hehehe


*teringin sangat nak melawat Korea.hahaha.

Saturday, October 8, 2011

tak salah

Salam,
(up-date 2 hari kembali kerja)

Khamis:
Pagi-pagi lagi aku sudah duduk kat beranda sambil menanti kawan-kawan lain untuk ke sekolah (read: workshop). Tak sabarnya nak huha-huha dengan kawan-kawan di workshop, yelah dah cuti 3 hari dengan penuh kesunyian dan kebosanan, mesti banyak cerita mahu direportkan hehehe. Nampaknya aku sorang saja yang belum buat syme prostheses, jadi aku kena buat sendiri. Yang lain pergi test kaki dengan pasien dan doktor Buddhi. Saat aku membakar POP, aku masih sendiri di workshop. Mujur saja ada kawan-kawan technician yang membantuku. Hari ini saja aku buat 2 kali measurement. Aduh capek sekali!
1st syme adalah gagal. Sempit di sana-sini dan buat kaki pasien ku merah. Maaf ya. Aku pulang dengan mata hampir terkatup. Tapi petang itu aku keluar berjalan. Ok, terima kasih sebab aku merasakan itu bagus untuk senaman kaki.Mungkin tidak konsisten kerana malam itu aku sangat capek!

Jumaat:
Ku pikir hari ini boleh sedikit bersenang kerana ada Test 3 dan practical assessment. Alhamdulillah, full mark (thanks guys). Selepas minum pagi, pasien aku datang dan menghulurkan stump. Measurement sekali lagi dan aku jadi bingung dengan saiznya. Aduh. Aku dah boleh agak 2nd syme ni takkan berhasil. Tapi aku terus modify kalau masih boleh diselamatkan.Hampir pukul 4 petang Malaysia, test soket pada pasien. Sempit lagi di bahagian condyle. Window tak cukup besar. Aduh aduh. Aku hampir menangis sambil menghempas board pelapik form tu. Aku membelasah Aniru di sisiku. Aku peduli apa kalau dia memangnya bekas ahli Muaythai terbaik di CM. Jeb jai! Yelah saat kita sedang lelah, kata-kata semangat macam apa pun tidak bisa menenangkan. Ya memang itu bagus untuk pembelajaran bila buat sesuatu berulangkali, tapi aku capek sekali ni. Sebenarnya kolam mataku sudah berair, tapi kutahankan saja. Nasib baik aku ada kawan-kawan, technician dan penasihat akademikku (bak kata en.rudy) yang sanggup membantuku, terima kasih guys. I really appreciate that! 3rd syme aku disiapkan hampir-hampir pukul 6 petang Malaysia walaupun semasa membuatnya masalah suction 2 kali membuatku hampir meraung lagi. Dan Isnin depan test pada pasien lagi sekali. Harap-harap itu yang terakhir..



Pics sebelum ke sekolah (sbb kuar rumah awal sangat)

* "repetition is a way to learn" -(this is my report for my previous lesson plan and now i am a student so never mind if i have to repeat many times than usual, ok!)

Regards,
Adawiah Musa
Chiang Mai, 8th Oct. 2011

Thursday, September 2, 2010

macam apa dengan apa

Mood balik kampung semakin menyesak dan menghimpit.
Tolong!!!

Ok.
Tadi berkursus, in the right word; 'sekolah semula'.
Subjek yang dipelajari adalah EC; stand for electric circuit.
Oh ye.
Berguna juga buku yang dibeli (mahal tu) ketika 5 tahun lepas.
Walaupun masa tu memang sepatah haram pun dalam buku tu aku tak faham, as in, aku tak pernah pun betul2 gunakan buku tu.
So maknanya, memang betullah kata orang; untuk tahu, faham & jatuh cinta itu memang makan masa yang lama.
Sebab aku baru di peringkat surface ketika ini, setelah aku mula belajar EC 5 tahun lepas.
Impressive?!! hahaha.
No.
Unbelieveable!!
Ha ha ha..entahlah!

Lepas raya ni,
aku mungkin akan terprogram dengan rumus, formula, nombor, simbol, dan banyak lagi benda di luar petala.
Aku bimbang aku akan menjadi seperti otaku tetapi bukan extremely fanatic & obses pada anime/komik/manga, sebaliknya pada kitab tebal EC.
Ha ha ha.
Scary!
To think what will happen.
Me n EC?!!
Macam langit dengan bumi.
Macam kapal laut dengan kapal terbang.
Macam kutub selatan dengan kutub utara.
Macam beruang kutub dengan penguin.
heh!

* semoga perjalanku sbg pendidik dipermudahkan..ameenn..:)

Friday, August 20, 2010

entri ala-ala reminder

2 minggu lagi, Phase 1 untuk semester ini berakhir.
2 minggu lagi cuti raya pun akan menjelang.
Minggu ni aku dah habis 12 bab, hanya 1 bab nak kena cover minggu depan
dan Test 2 minggu seterusnya.

Dalam 2 minggu tu aku dah sediakan  
List-to-Do:
-Sediakan soalan Test 2
-Sediakan soalan final 
-Selesaikan task untuk peraturan makmal
-Rangka KPI (aims utk tahun ni ;) )
-Jangan lupa renew lesen, nak balik kampung next weekend ni! :)

* nak masak apa petang ni? mmm....~

Thursday, August 19, 2010

jangan salah pasang

Hari ni rasa hepi.
Sebab belajar buat wiring & setup lab.
Dah lama juga tak pegang screw driver, cutter, wire, etc.
Rasa macam kelas kemahiran hidup form 3 jek.
Hehehe.

Sempat juga try buat lab fizik.
Heat transfer.

Sebelum student buat nanti, seharusnya cikgunya kena try demo dulu.
Barulah senang nak 'goreng' bila student nak tanya soalan ke, nak create masalah ke.
:)

Gambar insyaAllah akan di-upload.
Bukti beb.


* baru ada feel like "high skill college" kan..hehehe :p

Friday, July 17, 2009

habuk yang berharga

berhabuk sikit kafe saya seminggu dua ni.sibuk menghadiri kursus dan segala jenis kerja yang ala-ala out station tu.5 hari tak on laptop.tambah pulak kepala saya tengah serabut nak karang dan cari idea, jadi tak sempat nak jengah lama2 kafe ni.huhu.minta maaf ye.

balik2 saja ke HQ, saya dapat tugas baru.nak kira jd bidan terjun tu bolehlah.tapi pada saya ia satu tugas yang buat saya geledah potensi diri yang selama ni langsung saya tak beri perhatian.emmm,sebenarnya lepas kena cangkul2, khazanah tu memang berharga.alhamdulillah.hehehe.:)

thumbs up untuk rabia kerana berjaya jd cik MC kelmarin! :)

krew terlibat majlis & terlibat makan: mat due (cameraboy), bro rashid (tolak troli), rabia chan (MC tiba2 jek) & apis (jemputan meriahkan acara makan) hehehe

sejak balik dari kursus, saya rasa ada satu jalur semangat dalam diri.sehingga kadang2 kata2 saya dipengaruhi sama.hahaha.berkobar2 ye cik rabia.yang penting semuanya buat saya rasa enjoy, hepi dengan hidup.walaupun penat sangat.huhu.

yang penting kita hepi..hepi..hepi...yang penting kita hepi!! yeay!!

Monday, April 20, 2009

...menjerut tali rafia ke leher...

saya tak suka task kali ini.mengajar sesuatu yang saya tidak arif.tidak mahir.tidak luas pengetahuannya.hanya dalam masa sehari untuk menyediakan segalanya.tak suka!tak suka!

kalau kamu tanya saya apa itu "heat transfer"?.saya mahu menangis.demi Tuhan,saya menyesal memilih tajuk ini.dan meletakkan ia di tepi nama saya.tak sangka saya terpilih untuk slot esok.mula2 saya fikir saya terselamat dalam undian berani mati ni.Ya Allah, saya minta nyawa...saya mahu menangis...:'-(

tolong saya.saya sangat lemah ilmu fizik.saya tak suka ilmu kimia.topik ini tak pernah mendapat tempat di hati saya.saya mengaku.dulu saya cari pasal dengan cikgu fizik.agaknya sebab tu sampai sekarang saya tak leh nak masuk dengan subjek yang orang cakap indah ni konon2nya.huh.mujur spm saya lepas.

sekarang saya sudah tense.saya cari info dalam internet.saya mahu download video.yang itu satu hal.saya memang fail kalau download2 ni.apa saya kena buat?ada tak sapa nak tolong??

why me?kenapa saya di'tembak' dan diseret untuk present esok.saya rasa hidup saya sudah tidak bermaya lagi.saya sudah tidak larat.rasanya mahu tidur sahaja malam ni dan tak mahu bangun.inilah tugasan mencabar setakat ini.kamu bayangkan mengajar budak baru habis foundation fizik.saya lagi mahu kelentong.saya rasa dorang yang lipat saya balik adalah.Tuhan tolonglah hambaMu ini.ameennn...

~malam ini saya tak benarkan diri membuat kerja lain.novel tolong duduk diam2 kat situ.saya mahu bikin slide untuk esok.harap2 saya berjaya lepasi hari esok.dengan baik.dengan cemerlang.minta semangat utk datang.insyaAllah~

Friday, April 17, 2009

...hidup ini indah...

mulai minggu depan depan saya masuk hospital.(eh cane dah tau awak masuk hospital?ada sakit apa ke?)hehe.hanya mereka yang memahami saja tahu keadaan saya.saya masuk hospital suka-suka atau buat apa.sebenarnya ni kali kedua saya akan berada lama di hospital.bukan sebab saya sakit tapi sebab saya kena kerja di situ.

tapi saya pernah juga kena duduk kat wad (yang ini saya memang jatuh sakit-oh tak, bukan jatuh,saya yang g hospital utk doktor rawat saya) adalah dlm 4-5 hari juga.masa tu emak temankan saya.kak ngah (+aliff dlm perut dia) dan abang ngah datang melawat bawak roti bijirin tapi saya tak de selera nak makan walaupun roti tu nampak sedap dengan kaler cokelat macam tu.mak saja yg makan.

tapi bagus juga,waktu tu saya cuma rasa ajal saya akan sampai je.saya jadi budak baik.2 hari doktor ambil darah saya (saya tatau dia nak hirup ke apa ke huhu) 2 botol jugaklah.alhamdulillah,Allah bagi saya kesempatan umur sehingga hari ini 24 tahun sudah saya atas bumi ni.

masa sakit baru nak ingat jadi budak baik.itulah hikmah.masa sakit baru nak jaga makan,baru boleh kurangkan segala makanan yg tak bagus utk badan.bayangkan berat saya sangat ringan sebelum masuk wad.nurse tu lagi mahu saya tambah sedikit sebab dia kata tak seimbang.saya tak leh marah sebab saya cuma percaya saja nurse tu cakap.dia bagi saya makan makanan hospital yg tak sedap takde rasa tu.saya masih ingat saya cuma dapat ikan goreng yg tiada garam,tawar melesih,sedangkan jiran katil saya makan ikan masak kicap.nak saja saya mintak mak tuangkan kicap kat ikan saya.hehehe.abang saya cakap dia sengaja masak makanan hospital tak sedap supaya pesakit balik rumah cepat hahaha.

saya pun tatau kenapa.masa tu saya masih kecil lagi, orang cakap kalau belum baligh kita takde dosa.tapi kesian kat mak abah yang menanggungnya utk saya.saya bertekad waktu itu utk jadi anak yang baik.dan sampai sekarang saya memang anak yang baik utk mak abah.hehehe.terima kasih mak sebab sanggup tunggu saya kat hospital.bila saya sudah besar, saya tak mahu mak sakit2 macam saya.saya mahu mak sihat, abah sihat.saya hanya mahu mak duk elok2 saja.nanti saya bawak mak abah jalan2 travel lagi ok.hehehe


~mak abah sayang saya.saya pun sayang mak abah.sekarang saya rasa nak sayang lagi 'seorang'.saya ada ucapan utk orang yg saya sayang.saya baru belajar semalam (tapi saya ni cepat belajar jadi hari2 saya apply) :

..."ich liebe dich mal zwei"...
:wink:

Friday, April 10, 2009

cik Oggy dan lipas-lipasnya

ceritanya macam ni.semalam ada talk pasal radiation awareness.mula2 rasa masuk kelas fizik.belajar balik radioaktif, half life time dan segala bagai dengan formula dan tak ketinggalan jadual berkala dlm subjek kimia tu (kelas ni kena ada lg usia2 macam ni? hehe).lepas tu ada pulak isotop and atom stabil tak stabil, pereputan or penyepaian etc. ni dalam buku teks pun ada cerita ni.saja la kan utk org2 mcm kami ni, manalah ingat lagi basic ni kan.


apa yg seronoknya talk ni ada video.cerita pasal bahan radioaktif and nuklear ni la.di samping tu pasal x-ray dan peraturan serta lesen2 dia la kan.cane nak jaga keselamtan, had dos, film batch dan banyak lagilah.sebab ikotkan kena bertapa lama baru terer.sebab aku sendiri pun matanya sgt laa 'berat' sehingga terlelap tanpa sedar.hehe.pastu kan encik penceramah tu ada bawak contoh bahan radioaktif yg kita boleh detect nilai dia dlm unit Sievet guna dos meter.


bukan tu sebenarnya nak cerita.yg menariknya kitorang tgk video pasal bom atom kat Hiroshima and Nagasaki tu. pastu letupan kat Chenobyl pulak.encik penceramah cakap cerita Godzilla tu ideanya dari letupan atom tu la sehingga menyebabkan dia mutasi dan transform bentuk dia.huhu.cerita ni berlarutan sehinggalah gambar seekor serangga yg sudah transform bentuk dia akibat kesan radiasi tu ditayangkan di slide.cerita2 punya cerita tiba terkeluar pasal lipas.encik penceramah kata kalau lipas kena radiasi mungkin boleh transform juga, tapi efek mcm manusia tu takdelah sbb lipas kan tak kompleks.


cerita pasal lipas, teringat cerita "Oggy & The Cockroaches",cerita katun kelaka tu.3 lipas duk kaco si Oggy yg kiut tu.hahaha..


sebenarnya tu je nak cerita.dari panjang2 introduction tu.kalau cikgu BM baca dia tak bagi markah banyak ni.takde isi,intro melampau.hehe.metafora je lebih.naseblah kan...

Wednesday, March 11, 2009

singgah sekejap

dah lama tak jenguk..
cuti utk seketika..
mungkin lama lagi...

take care!

Wednesday, February 25, 2009

rasa nak menangis juga...

isu untuk hari ini:

#1 slip gajiku menghilang lagi
~aku dah cukup bersabar je.bulan lepas dibawa lari ke batu pahat.bulan ni aku tatau mana pulak dia sorokkan diri.tolonglah ada.at least bulan depan.aku betul2 gagau.ke manalah aliran duitku.susah juga nak buat kira2.maklum sajalah,sekarang ni kena betul2 merancang belanja.kena simpan2.kena beringat2.tapi kertas yang ber'sealed' tu entah mana dia merajuk bawa diri.sabarkan ajelah hati untuk bulan ni.
~tindakan yang sangat penting adalah ke HQ.berjumpa CC.aku tak kira aku nak gak slip gajiku!!! uwaaa...

#2 fasa ke-empat
~minggu depan seluruh kehidupan ditumpahkan dengan aktiviti ulang alik Gombak-Kota Damansara.ini semua kerana fasa ini adalah utk 'specialize'kan kitorang kepada 5 jenis pengkhususan.sebabnya nanti kitorang akan dipisahkan department untuk masing2 meningkatkan kualiti kerjaya dan perkhidmatan yang ditawarkan.aku tak tau mahu memilih yang mana tetapi prospek yang sangat cemerlang selalunya di bawah bidang "biomedical imaging".tetapi bidang lain tak kurang hebatnya dan penting untuk memajukan sektor biomedical ini.jadi aku kena bersedia untuk menerima mana2 bidang yang penting itu.hopefully.boleh.yezzarr!!!
~utk itu aku rasa mungkin akan berehat dari blogging ni.wink.

Tuesday, February 17, 2009

terima kasih buat aku tersenyum...

PCB:printed circuit board
topik ni 18X lebih seronok untuk belajar.seronok bila dapat construct walaupun hanya virtual board.walaupun hanya se'simple' inverting amplifier circuit saja.tak kisah.janji puas hati dapat tengok 3D output.seronok bila memilih component.seronok bila estimate size board.seronok bila place component dengan begitu cantik.seronok bila pasang wayar biru.walaupun single layer,bottom copper.seronok sebab dapat ikut step by step.

inilah 3D PCB tu-percubaan pertama


~boleh tersenyum semasa belajar..=)

Thursday, February 5, 2009

batu besar dari langit...

takkanlah kerana satu benda aku dah berani mengeluarkan kenyataan-"aku tak faham dengan kehidupan ni".takkanlah kerana satu tekanan-yang tak tahu aku nak letakkan atas pemberat mana untuk skalanya-aku tekad berkata-"aku sangat tak faham dengan kehidupan ini"...

aku sangat tak mengerti.betullah.kita sendiri pun kadang-kadang boleh tak faham dengan diri sendiri macam mana nak faham dengan kehidupan dan segala isinya yang lain.so apa nak buat bila jadi macam ni?entah.aku bukan tak nak berfikir.cuma aku penat.aku penat sehingga aku jadi malas.aku jadi lelah.kata orang ada perkara kita hanya boleh biarkan saja, ada perkara kita kena ambil tahu, ada perkara kita kena ambil pusing, ada perkara kita kena ambil tindakan dan bertanggungjawab.tapi bagi aku setiap perkara tu tentunya ada hikmahnya.cuma satu bagi aku jika perkara itu melibatkan hati aku yang kecil ni, maka aku sangat-dengan nak tak nak-kena ambil kisah walaupun orang kata perkara yang menyakitkan tak yah ambil peduli.oh my.aku tak tahu kenapa aku memang begitu.cuma aku mulai dewasa dan aku mulai menerima.aku belajar untuk terus saja melupakan.tapi macam mana?seorang teman pernah sarankan-idea-tak-bape-nak-bernas-tambah-pecah-kepala supaya aku hantukkan saja kepala ke dinding konkrit.kalau tak hilang ingatan, nampaknya aku akan terus koma.silap-silap dah ada di alam yang satu lagi.nauzubillah.aku takkan buat keje yang merugikan mak abah aku.bukan sikit duit mereka keluarkan nak bagi aku hidup sampai umur ni,sampai dah besar panjang macam ni.cara terbaik Tuhan dah ajar.kembali pada NYA..itu saja..bagi aku buatlah apapun kalau jalan keluar tu tak diizinkanNYA.kita mesti balik semula!sebab kat situlah jalannya.tolonglah...


~aku terbitkan entry ini semasa kelas micro-C.selepas aku tiba-tiba dihempap seketul 'batu besar' dari langit manusia..=|

Thursday, January 29, 2009

suffering+nightmare=?

tidak!!!dia sudah datang lagi.satu lagi penderitaan datang dengan suara yang garau dan parau.sangat gempita.apakah ia?aku memang tak mengerti.aku tak dapat melihat ia.aku tak dapat mengagak.tapi aku hanya dapat merasakan ia adalah suatu penderitaan baru.datang mencengkamku.menghimpitku.menyesakkan.inikah yang aku dapat?aku semakin cuak bila bunyi gemuruh bak genderang itu menghampiri.tapi aku sangat pasti ia memang untukku.ia memang akan datang.ia memang akan menyerang!aku kena hadapinya juga.by hook or by crook.

"excuse me, ini adalah assessment.kamu kena juga hadapinya.ini adalah projek terbaru untuk kamu.penilaian individu.jadi bersiap sedialah ya"-dengan selamba si pembawa derita menyampaikan kepadaku.
aku hanya 'tersenyum' tanda aku 'bahagia' dan sangat berterima kasih.dengan ini diistiharkan sesungguhnya benda ini adalah WAJIB tanpa sebarang bantahan.ada faham!


~akhirnya aku akur sekali lagi.aku tunduk.aku menerima segalanya dengan mengharapkan kebaikan di hujung cerita ini.happy ending hopefully.ok!

Wednesday, January 28, 2009

issues for today!

Aku bawakan 3 isu untuk diketengahkan dan dikotak-katikkan:

1) slip gaji di'bawa lari' ke sri gading

2) micro-C = penderitaan^8!!!
3) bioinstrumen = a nightmare!

issue #1
pagi-pagi lagi mood dah spoil sebab hari ni didatangi dengan berita yang bukanlah menggembirakan hati ( malah tambah 'perasa' pada kesedihan yang sudah ada di hati ini). padahal harapan untuk melihat sendiri slip yang pertama itu berada pada level tertinggi.nak tahu flow gaji tu sehingga mendapat duit bersih saja.pastu memang nak sangat slip tu untuk proceed satu2nya urusan yang diidamkan sejak jadi pekerja ni (yang ni rahsia sehingga menjadi confirm!).what to do.nampak gaya kena menapak bangunan 26 tingkat di Jalan Raja Laut tu sekali lagi untuk dapatkan kertas penting tu!sabarkanlah hati ini...

issue #2
ter'senyum' lagi...'bahagia'nya belajar topic ini pada pagi yang spoil ini.penderitaanku bertambah lagi pada level oktal (kuasa 8), tunggu masa mencecah tahap giga!aku berharap kepalaku boleh process laju seperti micro-C tetapi aku rasa jammed pada compiler saja.belum lagi nak upload,run dan melihat display resultnya.so aku tak tahu program itu berjalan atau tidak.oh my!! aku sangat menderita..bolehkah aku bahagia dengan benda alah micro ini sedangkan yang bersaiz bapak tera pun belum tentu aku boleh faham.aku semakin tense!aku semakin gelisah.kepanasan.kehampaan.hatiku meronta2!eh kenapa?nak marah ke?tidak!aku tak berasa nak marah.aku hanya mampu tersenyum lebar saja pada zahirnya.buat2 faham saja.sebab kata lecturer ku itu -"buat2 faham,buat2 nampak"-itulah petua belajar micro-C yang sangat 'micro' ini.tapi aku dah rasa 'interrupt'ed pula.distraction!secara conclusionnya utk lebih cemerlang dlm belajar benda ni adalah "belajar untuk melupakan.tolong jangan ingat!"-lecturer ku itu berkata lagi.lama2 nanti kamu akan faham dan mengerti ke'simple'an topic ini.sekian.

issue #3
nightmare maknanya mimpi yang ngeri.mimpi yang anda tidak impi2kan pun untuk melihatnya ketika sleep mode REM.ketika roh kita sedang 'berjalan2' dan 'terbang' dengan bahagianya.singgah di tempat2 yang tak wujud pun dalam realiti.oh,tetapi aku sedang dihantui nightmare itu.projek 'mega' bioinstrumen membuat hatiku sentiasa berdebar2.jantungku berdegup kencang.processorku cuba mengejar speed terbaik.semuanya kerana projek itu.sungguh aku sangat memberatkan ia.sebab itu adalah petanda/indicator ku untuk topic ini.sebenarnya aku lebih cuak dengan viva projek itu.aku bimbang mulutku berkata yang tidak berkaitan atau pun terus silent atau pun terus salah fakta (nampak sangat memang kantoi tak faham kan).mintak dijauhkan!aku kena bangun sekarang jika aku tak mahu nightmare itu.aku kena sedar.awake!tapi aku juga tak mahu tidur dalam ketakutan.semoga malam2 ku indah selepas selesai projek 'mega' dan 'giga' itu!insyaAllah...

Thursday, January 15, 2009

..sekali dia datang la plak..

Dalam kelas Bio-instrumen,11.45 am,Lab208.
~kami belajar lagi pasal amplifier dan segala bagai dari jenisnya.pastu derive gain,tengok Vout, Vin dan segala perintang.mengenal Golden Rules.bla bla..apa yang aku suka kelas ni sebab lecturernya sangatlah sempoi petala ke lapan. dengan idea dia tahap giga. tapi best ar. enjoy je la.walau aku kalau bab2 elektronik ni boleh kata tahap beginner tapi aku rasa aku boleh cope. lama2 kat sini kira dah masyuk ar dgn segala komponen and circuit bagai tu.

Dan tagline kita pada hari inin ya adik2 adalah:
"hidup ini umpama tarik tali,bila salah satu tarik kuat satu pihak lagi kena lepaskan,barulah hidup ini aman..".
betul!dan aku terfikir lagi.tak dinafikan dalam dunia ni mana ada manusia yang tak pentingkan diri.tak banyak mesti ada sikit,secuit pun jadi la.so dalam tarik tali ni supaya tali tak putus dan kita tak bergaduh kena ada yang mengalah (bukan beerti kalah).hari ni side sini menang,esok pula side lagi satu.ha macam tu la adanya.cerita tarik tali ni tercetus gara2 bekalan air tak de sebab lori minyak terbalik kat lebuh raya karak dan untuk mengelakkan kacau bilau di kampus ni, maka cuti diumumkan.lecturer -yang anti-klimak-kami ni menyoal sambil mendongak ke atas menunjukkan muka hairan "apa kaitan lori terbalik dengan takde air?".hahaha.sah2 dia tak tengok berita tv.lepas kami explain dia berkata "mungkin saya terminum air campur minyak kot"..kelas ni memang happening.selalu gelak2.seorang teman mengaku bahawa dia gelak bukan sebab dia faham cerita sangat tapi bile lecturer tu gelak and sorang kawan kami-yang kepala controller campur gadget sama bijak macam lecturer tu- ikut gelak.dua orang ni cukup nak buat kelas tu gegak gempita dengan gelak tak ingat punya.memang layannn ar.kelas ni walaupun agak susah tapi dengan environment yang macam ni buat perjalanan tu jadi agak lancar.alhamdulillah. =)
so kelas pada petang ini ditangguhkan sehingga minggu depan.see.air menyebabkan banyak keputusan logik dibuat on the spot.aku mengambil keputusan untuk keluar dari gombak dan mencari penginapan utk hujung minggu ni.mesti ada air untuk hidup.ingat boleh lepak2 kat rumah je tapi dengan takde air macam ni aku berfikir utk kali keberapa entah.nasib baik la ada gak member2 yang mempunyai kediaman di KL so bolehlah kiranya diri ini menumpang berteduh.Semoga masalah air ni dapat selesai dengan cepat.

~bayangkan..baru masalah air kita dah gelabah (sampai dapat cuti)..macam mana laa palestin yang dari dulu dulu dulu (zaman lampau dulu) dah kena serang dengan laknatullah israel yahudi tu..astaghfirullah..

apa ke hal?

Cerita nak highlight hari ini:
#1 Good news
#2 Debating on fact
#3 Gombak tak de air utk 3-4 hari~cane ni?rasa sgt tak suka!!
#4 Makin seronok belajar elektronik n digital

~semua cerita tu aku hadapi. aku kategorikan dengan pelbagai rasa. ada manis,masam,pahit,payau,tawar etc. semua tu aku bukukan dengan rasa yanga ku adunkan supaya ia menjadi 'kek' paling sedap dalam hidup aku untuk tempoh ni.life is like that.like rollercoaster.up and down.ya'know we have to live with the fullest.don't ever regret coz it always good after all.insyaAllah...

Monday, January 12, 2009

salahkah aku?

Minggu ni tiba2 rasa segan.Padahal dari minggu lepas lagi dah rasa segan. Tapi what to do? Kena juga hadapinya..Dua hari lepas balik dari gathering makan2 (majlis kesyukuran dapat gaji), jalan kaki saja. Jauhnya tak yah cerita, tapi bila dah sampai rumah macam tak percaya aku jalan kaki sejauh itu. Nun di seberang hutan sana aku turun dari bas. Singgah kedai runcit,beli barang basah sebab mesti tak ada apa boleh dimakan di rumah nanti jadi kena masak dulu (alahai tiba2 jadi budak rajin masuk dapur hakikinya rabia tak lah kenal sangat bawang dan halia huhu). Jalan kaki sorang2, buat rileks saja. Sampai di gate, disapa pakcik guard.

PG: nak kemana?
R:balik rumah pakcik.Staff.
PG:aik nape tak naik kete?
~masa tu rasa dah merah muka..
R:saya takde kereta, kawan2 lain balik kampung. Jalan kaki pergi kedai ni.
PG:oh..kampung kat mana?
~tak habis lagi rupanya..
R:kat johor
PG:oh yela..

~aku tertanya2 sebagai pejalan kaki yang menghuni kawasan ni apakah aku juga perlu memakai sticker di badan utk lepas setiap kali melewati gate? alhamdulillah, hari ni masalah kami didengari dan esok kad ID akan dibuat selepas ambil gambar nanti.sekarang ni, susah nak beza ko student ka ko staff ka ko trainer ka..naseblah...uwaaa..nak cepat2 habis, nak balik johor!!