Showing posts with label my thought. Show all posts
Showing posts with label my thought. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Awak Kerja Apa?

Aku sedang mengalami stress pada bahagian otak (fikiran) dan hati (emosi).
Dalam dunia ni, semua pekerjaan memang ada tekanan.
Orang yang tak bekerja pun mengalami tekanan juga.
Tak perlulah kita nak menambah tekanan dengan membuat perbandingan pekerjaan.
Bersyukurlah sebab kita ada pekerjaan.
Ada sumber pendapatan.
Terimalah apa saja bentuk kerja itu selagi ia masih di landasan yang benar.
Setiap kerja ada kelebihan masing-masing.
Yang penting kita sendiri buatlah kerja kita.
Logiklah hanya yang ahli tentang pekerjaan itu saja tahu tentang kerjanya dan akan marah kalau ada orang lain (yang bukan ahlinya) cuba condemn kerja itu.

Stay cool dan selamat bekerja semua!

*final paper belum siap lagi!uwaa stressss!!!

Friday, March 23, 2012

Cokelat

Misteri Cokelat Itu.

Satu pagi, aku ke opis setelah seminggu lebih ada tugasan luar.
Atas mejaku ada 3 cokelat bar kecik2 macam dalam pic tu dan lebih 5 cokelat yang bentuk kon comel2 tu.
Tanpa mengetahui siapakah yang memberinya (misteri tak?hehehe), aku membiarkan saja ia di situ.
Sebab aku kurang minat makan cokelat yang semata-mata cokelat especially cokelat bar macam kat atas tu.
Jika ia ada waffle ke biskut ke bersalut cokelat cair macam kuih almond london tu, maka aku takkan menunggu lama untuk memakannya.
Apa pun terima kasih kepada si pemberi.hehehe.

Dengan mengambil masa beberapa hari untuk memakan cokelat kon kecik itu, aku juga menyedekahkan kepada sahabat handai yang bertandang melepak di mejaku.
Maka tinggallah 3 cokelat bar yang masih belum berusik sehingga saat entri ini ditulis.

Kerana semalam dan 2 hari lepas, aku sibuk mengedit soalan final secara besar-besaran, maka aku mengalami sedikit tekanan emosi dan fizikal.
Setelah aku terpandangkan cokelat tersebut, aku teringat fakta yang menyebut bahawa cokelat boleh mengurangkan stress dan boleh memberikan tenaga.
Iye ke?
Fakta tentang memberi tenaga tu aku boleh terima kot.
At least ada sesuatu yang boleh dimakan kalau kita betul2 lapar.
Tapi fakta kurangkan stress tu aku tak pernah pulak merasainya.
Mungkin sebab aku kurang suka jadi aku tak hayati cokelat ketika memakannya.
Dengan itu aku tak rasa perubahan stress aku berkurang atau tidak.

Ada lagi fakta lain, cokelat membawa senyuman dan rasa bahagia.
Situasinya mungkin sama dengan di atas.
Tidak berlaku pada aku.
Melainkan ada orang yang aku suka menghadiahkan aku cokelat, maka ia akan membuatkan aku senyum sepanjang hari.
Tapi bukan disebabkan cokelat, kalau dia beri aku gula-gula sebiji pun aku akan rasa bahagia.
Sebab apa saja yang diberi oleh orang yang kita suka, automatik kita akan suka juga. 
Kan kan?

Jadi, boleh dikatakan jika anda suka cokelat maka banyak fakta menarik tentang cokelat buat anda.
Jika anda suka kopi (macam saya), maka anda akan katakan kopi memang best.
Law of attraction setiap orang adalah berbeza!

*hanya akan bersiar-siar atau berjalan ke kawasan sekitar untuk mengurangkan tekanan apabila membuat kerja. refresh my mind.:)

Wednesday, December 8, 2010

Lee Jae-Min

Maal Hijrah 1432.
7 Dis 2010.

Sem 1 telah seminggu berakhir.
Tugasan2 finishing telah aku siapkan.
Sekarang tinggal up-date sistem profile sendiri jek.
Tapi tak leh setel2 pasal ...urmm..well, everyone should know..huhu

Dan..
Sekarang ni nak buat apa?
Meeting pun ada, pra-senat pun ada..
Bukan sepatutnya time students cuti ni la kita boleh pergi kursus ke?
Menambah KPI tau..:)

So,
aku dan kawan2 seperti ..urm..
entahlah aku pun tak de ayat nak gambarkan.
Apa pun,
time ni laa macam kami semua dapat berkumpul beramai2.
Bercerita dan bergelak2.
Sbb kerja hakiki tu dah selesai.
Sekang ni la ada masa utk hang-out dan menjadi seperti orang normal yang lain.

Mengenai perancangan semester akan datang,
penentuan subjek dah ada.
2 subjek baru untuk aku.
Urmm..kena study balik.
Mungkin dah boleh mula sekarang.
Hahaha.

Maknanya aku kena pikirkan cara yg paling efektif
untuk mendorong students suka pada "Human System".
Macam yg kita tahu,
ada berapa kerat je manusia yg crazy about engine,
tend to like more in human-body-things watsoever tu kan.
Huhu.

Then,
aku kena buka kitab tebal Addmath utk bertapa.
Dah macam amek SPM balik je.
Bio-Addmath..wow combination yg sgt mengkagumkan, though.
Mungkin aku boleh buat lebih baik.
:)


Lastly,
SELAMAT TAHUN BARU 1432H!
:)

*urm..-tiba2 suka guna perkataan ni sbb Alice pun Urm jugak! hehehe..:))