Showing posts with label puitisnya bahasa mendalamnya rasa... Show all posts
Showing posts with label puitisnya bahasa mendalamnya rasa... Show all posts

Thursday, April 30, 2009

Kejoraku bersatu...

Sinaran matamu bak kejora
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati

Halusnya lengang sehalus
Sutra cinta
Melembutkan setiap kata

Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita

Indah keperibadianmu
Indah bicara
Menyegarkan semangat daku

Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku

[Kejora-Search]

~suka dengar lagu ni.1st time dengar dalam movie Zombi Kampung Pisang" :p~

Wednesday, April 22, 2009

...betul-betul tak faham..dah lama pupus..

Aku tak mengerti ...
apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ...
begitu hebatnya

Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan ...
hidupku untukmu,

Telah kurelakan ...
hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ...
diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban,
hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimuLebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu

[pupus-dewa19]


yang mana satu anak cik musa?[yang paling comel semestinya ;p]

Friday, April 17, 2009

..erat..jangan pergi...

dia berlari-lari
sekejap-sekejap menoleh padaku
di belakang...

seperti mahu meninggalkanku
tapi tak mampu
aku tak mahu dia pergi
tak mahu lepas

dia terus berlari
ah kalau punya sayap sudah hilang entah ke mana
mujur..

aku tidak mengejarnya..
aku tak mahu dia sakit
biarkan dia seperti apapun
nanti-nanti dia akan kembali

aku tetap di sini..
menunggu dengan merenungnya
dari kejauhan..


~mode jiwang edisi karat tahap tak ingat~
[bosan sebenarnya...bilakah mahu berakhir??-soalan y takde jawapan tepat]

Thursday, April 16, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2009

~iklan ini dari kiriman emel JS~


mulai esok pesta buku akan berlangsung.teman serumah mengajak ke sana esok tapi tidak tahu pula pagi atau petang.jadi atau tidak.teringin juga hendak menjenguk.memandangkan Imaen sudah keluar dengan karya terbarunya -"Sigaraning".

menarik bila baca sipnosisnya.ah sudah tentu aku yang minat penulisannya berkata begitu.Imaen ada gaya bahasa tersendiri.matlamatnya.objektifnya.sempat aku membaca temubualnya dengan JS lewat emel yang dikirimkan JS kepadaku.hehehe.

tapi Imaen berada di booth sekitar pagi saja.petang tiada pula.tengok dulu macam mana.walaupun teringin juga melihat autografnya di atas buku kubeli nanti.huhu.tak pe.janji aku punya koleksinya. =)

~mahu menyambar dua buku "Sigaraning" dan "Teluki itu untuk Aku" dengan harga kurang dari rm50 (rm31.50) wah, tak sabarnya membaca buku itu~



...IKHLAS...Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat. ~dipetik dari blog saifulislam.com

Monday, April 13, 2009

...english in me...

Empty Decorations – Kopitiam theme song-

I wake in the dawn to showers of light
Moments of emptiness around
Floating away with auras of hope
But reality brings me to the ground

What can I do?
What can I say?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life I used to know

Where every song
Was filled with words of love and not of anger
Where did they go?
Why did they leave me far behind?

Cause I don’t wanna be alone
Oh oh..
Living life all on my own
Oh oh…

I don’t wanna live my life in isolation
Filled it with empty decorations
Cause I wanna be with the people that I know
Who will do the things I do
Oh oh..

Making all my dreams come true
Oh oh..
I don’t recognize the shadows on my door
Although I’ve seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you…

I look at the sky, it looks back at me
I can’t hear the silent melodies
I know that I’m here yet I am lost
Blown in confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life I used to know

Where every smile
Was born out of a love and of sincerity
And every tear of overflowing joy

~inspired from Hlovate-Tunas~


aku suka membaca.aku suka baca buku cerita sejak kecil.novel pertama aku beli ketika form 5 (sangat bajet beb).aku terus membaca sehingga sekarang cuma rasaku terhadap novel dan isi konsepnya berubah mengikut perkembangan waktu.

aku pelik dengan diri sendiri.aku dah try tapi tetap tak boleh.aku mula melihat orang membaca novel english ketika masuk uni.aku try utk cuba membaca juga novel english since kata cikgu BI kalau nak pandai english banyakkan baca buku english.hmmpphhh..hampeh.budak rabia dengan buku english macam langit dengan bumi.nak dpt grade A tu in my dream je laa..(but nothing is impossible rite?)

aku dah try.aku belek2 buku kawan2 aku.tu novel twillight tu pun aku tak start baca pun.tengok cover je.huhu.aku baca juga, eja juga sepatah-sepatah satu page.boleh.tapi akhirnya aku bertanya sendiri "eh apa yg aku baca ni?","cerita ni pasal apa?" blank kat situ gak..tapi kalau buku tu buku teks ilmiah, senang pulak nak faham.mungkin sebab itu memang kena faham,jadi ada force utk fahamkan ia.hehehe.ntahlah.

so aku rasa ada alternatif utk belajar english sebenarnya.depends pada individu.mcm aku,aku suka tengok cerita kanak2 versi english macam Sesame Street, Hi-5,dan aku punya satu hobi baru;tengok rancangan kanak2 setiap pagi pukul 8 mcm tu tv9.english dia mudah faham.and cerita tu comel pada aku.hehehe.

lagi satu, aku lebih suka mendengar lagu and cari lirik dia.aku suka baca novel Hlovate sebab dia selalu selitkan lagu2 english.secara tak langsung aku belajar english dari situ.ada phrase dia yang bagus utk difahami.kadang tengok muvi english bagus juga.aku akan dengar dan fahamkan ayat tu dr sarikata.aku ulang2.

dulu aku belajar english,akak aku (dia ni memang terer english) selalu cakap kalau kita selalu dengar orang speaking or kita familiar dengan english nanti bila kita nak buat ayat english automatik kita boleh detect ayat tu sesuai ke tak.dan sekarang bila nak cari perkataan dlm english (utk terjemahan), kena tau ayat apa yg kita nak bina.sebab english tak boleh translate sebijik2 dlm malay.

ex-roomateku ketika di UM pun ckp begitu.dia yang ambil upah jadi translater (lumayan juga 1 patah perkatan berapa ntah harganya tapi bolehlah nak buat duit poket tambahan) english-malay,selalu bantu aku buat assignment dlm english.thanks to wafiyyah sayang sebab banyak ajar aku english =)

maaflah kdg2 aku masih tak leh nak faham banyak bahasa english sebab perbendaharaan english ku dlm peti harta karunku tidak banyak mana.tapi aku sentiasa cuba tambahkan.a word a day orang kata.hehehe.ye laa tu..
maaf juga kepada temanku fairul yang blognya sampai sekarang aku tak dapat habiskan baca.englishnya sangat baik.aku kagum dengan english dia...

Tuesday, February 24, 2009

dia tetap sama

Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela

Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti

Getaran rasa hati ini

Masih ada kucari

Kau anggap aku berseloka

Dan asyik dalam misteri

Mencari Nur dan kasih Nya pasti

Akhirnya engkau curiga

Katamu aku berdusta

Memperduakan cinta

Mentari di tangan bulan

Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia

Relalah aku korban
Andainya satu hukuman

Kau tinggal diriku

Tanpa satu pengertian

Dan sebenarnya cinta kita

Hanya cinta sementara

Kan hilang jua dibawa arus pawarna

Cinta pada kuterpandang

Kan pudar nafas hilang

Hanya ia menanti ku di
Azali yang suci

Mengertilah kau sayang

Kau harus rasakan ke alam tanpa mati

Dan kita seabadi

Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku
Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi

Rahsiakan kalimah ku

Hingga ia menjadi tanda

Hidup mati bersama

Hidup mati bersama
~Slam, Nurkasih


semalam menonton rancangan yang suka prank orang kaw2 punya yang sangat terkenal di malaysia (bagi mereka yang memang suka menonton laa).dia punya host memang jenis selamber kodok jek (dan kebanyakan kawan2 aku tak gemar dia ni sebab cara dia sangat menjengkelkan) and kira enjoy je tengok.aku suka tengok show ni bukan sebab aku suka gelakkan orang yang dikenakan or apa.cuma nak tengok.memanglah tersenyum juga menontonnya.

episod kali ni tuan punya badan yang kena prank tu adalah penyanyi kesukaanku-Zamani Slam.kelakar jugaklah.minus one lagu "Nur Kasih" dia kena sabotaj.masa tu dia tengah buat show kat pesta konvo MMU.kesian gila tengok dia.tu bukan point kenapa aku tulis entry ni.tapi lebih kepada lagu yang dinyanyikan.

lagu Slam ni, kebanyakannya memang layan ar.lagi2 suara Zamani yang ala2 sengau+lemak merdu tu.suara dia live dan record sama je.cayalah.dia tidaklah terlebih sengau macam seorang penyanyi lelaki lain.yang baru2 ni buat comeback.ntahlah.aku cuma minat Slam dan lagu dia.dan aku nak bercakap tentang ini saja.

mula2 dengar lagu ni cuma hangguk2, humming macam tu la.sebab lirik dia aku tak pernah nak ingat dan tau pun.sajalah.dan setelah aku mencari lirik ni, nah itulah yang aku letakkan di atas tu.lagu ni rupanya ada sifat ketuhanan.pada pemahamanku, cerita ini mengenai kekasih yang mencurigai pasangannya.dia merasakan pasangannya itu mempunyai yang lain di belakangnya.sedangkan pasangan dia tu sebenarnya sudah menemukan cinta sebetulnya.(kira mcm kembali ke jalan yang luruslah tu).dia cuba membuatkan kekasihnya mengerti bahawa cinta manusia,cinta dunia itu tak lama.cintalah kepada Tuhan.abadi selamanya.tulah dia menemukan Nur KasihNYA..alhamdulillah..

~sajalah tulis pasal lagu ni.lagipun suka dengar muziknya~

Friday, February 13, 2009

siapa yang desperate?

Akan ku simpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam
Selamanya
...
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah - Masih Aku Terasa, Gersang.

entry ni bukan sebab esok hari orang berkasih (konon2nya),bukan sebab aku sedang dalam mode jiwang, bukan sebab aku baru kecundang memburu cinta manusia atau apa2 saja berkaitan perkataan dari 5 huruf tu.aku saja letak.sebab aku suka.sebab aku minat nak dengar lagu2 zaman rock kapak dan tangkap leleh 80-an itu.sebab aku ada rasa ingin faham lirik lagunya.untuk bahasa yang menarik.untuk gaya puitis yang memikat.aku letakkan ia di sini.ini adalah lagu untuk golongan yang mengimbau kembali kenangan cintanya yang terhempas di tengah lautan bergelora.lalu musnah dah bersepai.dah lama berlalu peristiwa menyayat hati itu.tak diketahui pula apakah pasangannya masih ber'nyawa' atau tidak, yang pasti ia menyebabkan kehilangan buatnya.sehingga si dia begitu lirih menyampaikan maksud hatinya yang sangat terluka dan selalu dirundung kerinduan yang mendalam.dan dia hanya mampu menyimpan helaian kenangan, bermain di ruang mata.menggamit selalu.sebagai ubat menyembuhkan kerunduman di jiwa.maka inilah lagunya.lagu cinta buat si dia yang berduka nestapa dan selalu mengingati kekasih lama...

Wednesday, February 11, 2009

~cintailah cinta~

Sekiranya kamu dapati dirimu
mencintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih.

Tiada salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak
memilih untuk singgah di hati sesiapa pun; Cuma
cinta itu tidak memilih untuk singgah di hatinya.

Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia
satu penghormatan buat dirimu.
Kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur.
Jangan ambil kesempatan dan janganlah
melukakan.

Setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan
seseorang yang begitu mencintai diri kita, dan tiba-
tiba cinta itu memilih untuk pergi, tiada siapa yang
harus dipersalahkan.

Relakanlah saja cinta itu
pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud
yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya
apabila masa silih berganti.

Kerana cinta itu sendiri akan memilih
untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya
perlu menerima kehadiran cinta dengan segala
misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk
pintu hatimu.
Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan
menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah
singgah di hatimu…….





~cintailah cinta bila sah2 kita milikinya~