Showing posts with label up date sikit. Show all posts
Showing posts with label up date sikit. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Tiada Tajuk Yang Spesifik

Updates.

1.
Dah terima dengan rasa berbunga sling bag yang diorder secara online. Tak pernah buat sebelum ni.
Sangat teruja! :) Lepas ni nak order t-shirt yg ada pic BB pulak!! hehehe. Thanks again to Syam who taught me how to do that. Seriously, K. Kiah & K.Cik pun dah reti order sendiri..haha. :)) LIKE!!!

My BB bag! I love it so much. 
I don't care if people say it for teenagers, BB's fans are world kot!! ;p

2.
Sekarang ni tengah nak belajar semula hukum tajwid secara teorinya. Selalunya kalau mengaji tu retilah macam mana tapi tak tahu pula apa nama hukum tu. So nak study and check balik. Manalah tahu satu masa nanti kena mengajar, adalah juga ilmu nak disampaikan. Actually YES!kena jadi pengajar utk PPI this sem. Seronok juga sebab ada juga benda boleh dibuat dan dikira macam ibadah juga kan dengan mengajar orang mengaji ni..Alhamdulillah, diri ni pun sedang belajar. :)

Modul Tajwid oleh yang diberi oleh Ust. Fahmi
 (saja nak mention nama dia kat sini bagi kredit sikit hehehe) :)

Ada hal lain lagi yang hendak diselesaikan. Sementelah bulan Ramadhan akan menjelma dalam minggu depan ni, eloklah banyakkan bermuhasabah. InsyaALLAH semoga semuanya yang baik-baik akan mendatangi hidup kita. Barakah! :)

*kuih raya dah boleh tempah sekarang laa kot..hehehe ;p

Wednesday, March 28, 2012

사랑해

Mac up-dates:

1.
Birthday aku, abah, Aliff dan Syahmi jatuh dalam bulan Mac. Berkongsi bulan kelahiran. Sangat istimewa.
Kali ini, walaupun seperti tahun-tahun sudah tiada sebarang sambutan, aku bersyukur kerana dapat merasai nikmat hidup. Alhamdulillah. Beli kek sendiri dan bagi kat kawan-kawan, sama-sama berkongsi kesyukuran. Mak pesan di hari lahir, banyakkan berdoa. Mohon pada Allah rezeki dan jodoh. Aminn..:)

생일 축하합니다, rabiah! :)

2.
Sempena Hari MARA ke-46, aku memilih untuk mengaktifkan diri di hujung minggu dengan menyertai jalan kaki laju-laju di bandar Batu Pahat. Walaupun tidak sebertuah rakan-rakan kerana nombor pada t-shirt aku tak disebut ketika cabutan bertuah, aku tetap enjoy. At least keluar peluh, jumpa orang, bersosial dan melihat tempat baru. Sekali terpandang Rengit Coffee, apa lagi terus singgah!

Bau kopi yang sangat harum. Release.

3.
I am an ordinary human with less capable of remembering someone details. Hence, I totally forgot about my mentees's birthday. Sorry.미안. I am trying to be a good and caring mentor for my mentees.잠깐 만요!

For you guys on your birthday. Keep smiling and be a good mentee ok!

*mengharapkan di usia yang baru ini, aku menjadi lebih matang dan menghargai setiap detik yang Allah anugerahkan.cherish your every moment! 

Thursday, June 16, 2011

kau sketch ikut suka kau

Minggu ni & minggu depan.
Kita kena ikut kursus wiring.
Penat.
Ngantuk.
Letih (eh?sama je kan).
Kelas sampai malam.
Macam masa belajar dulu je.
Dari kul 8 pg sampai 10 malam.
Aduh.
design rumah hasil kerja bukan seorang arkitek.keh.keh.

Oh.
Sebelum tu,
kita dah lalu  highway Desaru yang baru buka tu.
Sebenarnya teruja nak naik jambatan yang rentas laut tu je.
Sebab sebelumnya,
tiap kali g makan ABC kat Teluk Sengat dok tengok je dari jauh.
Akhirnya lalu juga atas jambatan tu.

hadi & hafiy.geng motor baru hadi.ha ha.

*oh rupanya malam tadi gerhana bulan.lagi pun mmg dah tengah2 bulan Rejab je ni pun.sebulan lagi puasa. :)
**nota kaki: entri ini ditulis sebelum masuk kelas wiring pagi ini.kehkeh.

Monday, May 17, 2010

aku tetap suka

(Tak kira! Nak update gak pasal 'kekasih' semua pemain badminton iaitu En. Thomas)

Tersenyum aku bila pengulas sukan cakap masa acara penyampaian hadiah & piala Thomas petang Ahad tu.
Lebih kurang begini :
" Piala Thomas untuk China terutamanya Lin Dan yang terlalu merindui untuk memeluk piala Thomas...bla..bla.."
hehehe..nampak comel ayat tu..
dan Lin Dan dengan muka energetic dan bergaya gile..tersenyum memeluk piala Thomas..:)

Dan aku memang tensen.
Sebab petang Jumaat tu aku beria-ia nak sampai rumah cepat.
Sekali timing tukar laa pukul 7 malam macam tu..
Dan tensen lagi sebab kalah.
What to do?

Dorang pun dah buat yang terbaik.
Chong Wei, beregu pertama, beregu kedua, Hafiz dan
Choon Han pun walaupun kalah tapi boleh nampak dia main dengan bersungguh-sungguh,
lagi pun Chin Jien tu muda 11 tahun beb.
Haruslah energy dia lagi banyak dari dia kan.
Patut masa lawan Denmark, bagi lawan Gade sebab umur lebih kurang je kan. hehehe.
Dah takpelah tu.

Dorang dah buat terbaik tapi China lagi baik.
Memang China sangat agresif dan bertenaga.
Pemain dorang tak kira ranking lawan tapi main dengan sangat baik.
Dan tahniah gak untuk Indonesia sebab fight dengan China masa final.
Apa pun, semuanya terbaik!!!
:)


p/s1:suka tengok gelagat Lin Dan masa lawan hehe

p/s2:suka masa lagu negara dimainkan dengan bendera naik lepas penyampaian piala..(ada perasaan lalu kat hati)...

Friday, January 29, 2010

buat apa

What now?

Oh ye.
Sekang ni aku mula aktivkan secara berkala aktiviti kesenianku.
Bukan aktiviti mak yung mahupun melodrama tetapi kecintaanku yang sudah hampir 3 tahun koma.
Entahlah bila kali terakhir aku berkeputusan positif tetapi drastik begitu.
Yang pasti aku rindu.

At least aku fikir, ada juga pengisian hidup aku.
Yelah duk kat KL ni aku boleh buat apa je nak bagi hidupku berseri2?
Nak tengok muvi pun tak de orang nak teman.
Nak jalan2 pun takde arah nak ke mana.
Nak berfoya-foya tak baik pulak (nak kena ngan mak ke apa?)
Balik2 aku duk ngadap novel dan layan cite korea/jepun.
Mana tak terikut jiwang.hehehe.

--->SEGERAK, bersama PENERAJU WARISAN MUTLAK<---