Showing posts with label we are 1 big family. Show all posts
Showing posts with label we are 1 big family. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

aku hanya ada satu abah saja

Pagi tadi kami (orang perempuan je) keluar makan agak lewat.
Dah dekat tengah hari.
Kedai pink pun dah tak de makanan (sebab kedai tu memang jual makan pagi/sarapan je).

Kami ke Bukit Gambir.
Jauhnya adalah macam Air Tawar 1 ke Air Tawar 3 macam tu.

Masa kami hampir habis makan tu.
Pum pang pum pang, kung klang kung klang, pot pet pot pet..
Tiba-tiba terdengar bunyi kerusi jatuh.

Semua mata tumpu kat sumber bunyi tu.
Ada seorang pakcik dah terduduk kat lantai.
Kaki kerusi plastik tu dah patah.
Selipar pakcik tu dah tercampak bawah meja.

Ya Tuhan,
Aku sangat sedih.
Kasihan.
Melihat pakcik tu.

Nasib baik dia dah siap makan.
Tinggal nak bayar.
Aku sedihlah.
Tak boleh tengok orang tua macam tu kena macam tu pulak.

Memanglah tak boleh nak salahkan sesiapa.
Dah takdir pakcik tu akan jatuh kerusi.
Dalam hati bimbang juga.
Orang tua kan tulang dia tak kuat.
Boleh retak tulang dia.

Kami tanya pakcik tu ok tak.
Dia kata takpe, ok.
Jatuh pun tak kuat, pelan je.
Aku tetap tersentuh dengan kejadian tu.

Minggu lepas, hari Jumaat lepas balik beli barang kat Bkt Gambir.
Lalu depan masjid, nampak sorang pakcik tua sorong basikal tua nak melintas jalan.
Baru balik solat.
Aduh, aku tersentuh lagi.
Seriously, aku memang tak boleh tengok orang tua dalam keadaan yang menyedihkan macam tu.

Masa aku ulang alik KL-Johor naik bas dulu, aku selalu terserempak pasangan pakcik makcik naik bas.
Bila aku tanya, dorang kata nak pergi rumah anak kat KL.
Pakcik makcik tu bukan umurnya 40-50 an, dah dekat 70-80an..
dalam hati aku sampainya hati anak dorang biar mak abah yang susah payah naik bas g umah dorang.
(Mungkin aku silap faham atau tak tau di sebaliknya, tapi aku tetap rasa sedih)

Peristiwa macam tu buat aku teringat abah.
Abah  pun tua macam pakcik2 yang aku jumpa tu.
Abah dah dekat 70 tahun.
Abah lahir sama tarikh dengan kelahiran cucu sulung dia.

Bulan 6 ni, Hari Bapa.
Aku nak ucap "Selamat Hari Bapa" kat abah.
Tapi abah walaupun birthday, abah tak suka orang beri ucapan seumpama itu.
Jadi, aku fikir untuk hargai abah, aku kena jadi anak yang baik dan bagi abah apa yang buat abah rasa senang.
Aku tak mampu beri abah kekayaan mungkin, tapi insyaAllah, aku akan sentiasa doakan abah.
Apa yang aku mampu adakan, aku akan usahakan.

Abah je yang ingat anak2nya.
Kelmarin aku hantar abah ke Maybank untuk activate akaun, abah kata tak nak tutup sebab dia nak beli unit Felda nak bagi anak2..senang nanti..
Uwaa...touching sungguh pengorbanan abah.

Aku tak de harta.
Tapi aku ada ABAH.

Walaupun abah tak baca & abah tak suka aku tetap nak tinggalkan kat sini untuk:
"SELAMAT HARI ABAH"
Abah dan menantunya.

 
*entri ini ditulis ketika aku berada dalam kesedihan..disebabkan manusia yang 'pekak-tuli' dan suka menuduh orang lain hanya kerana dia hebat mencipta kata2 yang menyakitkan..lepas tu gunakan nama Tuhan untuk menguatkan hujah bahawa dia di pihak yang lemah tetapi benar...:'(
**klise nya.... 
***aku bercerita tentang ABAH sebab aku tak mahu kesedihanku berpanjangan..lebih baik ingat kat ABAH..:)

Sunday, June 27, 2010

Husna tak suka benda melekat kat tangan dia

Ke JB.

Ke HSI terlebih dahulu.
Melawat Husna.
Beberapa bulan ni kerap ke hospital.
Hari tu melawat abah.
Hari ni melawat Husna.

Husna dengan IV set (beg air dengan tiub dan segala perkakas nak masukkan air kat tangan tu) dan gadis di balik stand itu. :)

Husna dengan makcik2nya hehehehe

Husna yang sudah mengantuk ditidurkan oleh mak usunya

Husna yang berjaya tidur setelah mengamuk bangun pagi terkejut sebab kat tangan dia ada benda melekat.

Hajat lain ke JB untuk mencari "Seikat Kembang Merah"
Aku ke Angsana.
Agak lama juga tak ke situ.
Tak banyak beza cuma ada naik taraf sistem dan semakin ramai pengunjung.

Tetiba teringat kenangan masa form 4.
"Persembahan Silat Cekak Hanafi Terbesar- Gerak Cemerlang"
Memori....

Peliklah.
Satu yang aku rasa ada lebihnya KL tu adalah apabila ada buku JS baru keluar, terus g pustaka buku kat Pertama atau Jalan TAR, dah ada buku tu kat rak.
Tapi kat sini, merata aku cari -Kota sampai ke JB- tak jumpa pun.
Adakah faktor jarak?
Mungkin kena tunggu lama sikit baru buku tu ada gaknya.
Isk isk isk.
Benci tau!

Akhirnya abah pulak dapat sandal baru.
Tahniah abah! :))

*Aku akan jelajah Muar pulak mencari "Seikat Kembang Merah"..yeosh!!

Wednesday, June 9, 2010

honeymoon

Last week, lepas dapat tau berita -yg aku tatau nk klasifikasikan ia sebagai apa- tapi insyaAllah bakal merubah kehidupanku, aku berangkat ke Penang.

Itu 1st time.
Siyes.
Aku tak pernah naik kapal terbang sebelum ni.
Itu 1st time.
(sila rujuk entri bergambar sebelum ini)
Walaupun ada gaya macam Chiaki.
Tapi ia
Best! :)

Esoknya aku terus naik bas pulak balik JB.
Malamnya aku bertolak pulak ke Kuala Perlis.
Paginya aku berlambung ombak pulak ke Langkawi.
Tak rasa nomad gile ke.
Hu hu.

Sebelum ke Langkawi, petang tu aku melawat abah kat sepital.
Baru kuar OT.
Sedih tengok keadaan abah.
Kat bawah leher dia nampak bekas bergaris tanda kena potong dengan skapel.
Aku rasa dorang guna teknik gam, sebab aku tak nampak benang jahitan pun.
Teknologi.
Lebih mudah sebab bahan tu biodegradable jadi tak perlu datang semula untuk buka jahitan nanti agaknya.
Aku pun dah lupa pasal sains bahan ni.

Abang cakap aku ngan kak cik anak derhaka sebab nak g berfoya-foya malam tu.
Minta maaf kat abah.
Seb baik abah dah ampunkan. :)

Naik cuti-keadaaan menjadi huru-hara semula.
Huwaaaaa!!!

Rasa macam nak buat u-turn je tp highway plus mana ada signboard seumpama tu ( unless exit kat tol dan u-turn kat situ).

Asek2 nak lari balik kg je dia ni tau.
"Melarikan diri tak menyelesaikan masalah"
Emm..kalau nanges bole?? hahaha

Lepas ni nak g Jepun pulak.
Terpengaruh novel Harajuku..hehehe..
:))
                                           











































~ke mana lepas ni? pulau jeju atau harajuku?? hehe :p ~

Monday, May 3, 2010

sentiasa aku suka buat

Seperti biasa, setiap kali balik Kota sure aku n family akan lepak2 ngeteh kat tepi laut Teluk Sengat. :)
Dah jadi macam aktiviti wajib pulak.
Walaupun begitu aku still merasakan sea sight kat situ tetap seronok.
Layan jek. :))

mesti bawak husna..:)

makan dulu sebelum pergi jeti..

ketam sepit besar sebelah..laut tengah surut..

~menenangkan hati dengan keluarga adalah ubat terbaik dari kekecewaan semalam...kesian untuk aku dan mereka yang menerima nasib sepertiku..kan sya?~

Tuesday, January 5, 2010

2009 for three

2009

Family aku bertambah 3 orang ahli lagi.
Semuanya jejaka kiut.
Semuanya lanang ganteng.
Semuanya lelaki hangat.

Bermula dengan Mahmud Azimuddin yang cool.
Diikuti dengan Muhammad Hadi yang fit.
Dan diakhiri dengan Muhammad Mukhri Hafiy yang selamber.

Apapun korang semua yang kiut.
WELCOME guys to Musa's Big Family.
yeay! :))

che mud (lepas minum susu)

hadi (masa dia duk dalam incubator)


**gambar hafiyy belum upload lagi..

Wednesday, June 3, 2009

husna yang sentiasa di hati

mak suruh jadikan husna anak angkat.
jaga husna.
support husna sampai dia besar.
husna yang comel tu kalau mak tak suruh pun saya akan jaga dia.
she's very meaningful to me...

rindu kat husna.
dah dua minggu tak cium dia..

~saya mahu pulang..uwaa...!!!

Tuesday, April 28, 2009

i'm here for what i love!

apa perkara paling seronok dalam hidup anda?saya tak tahu nak klasifikasi mana2 definisi seronok bagi peristiwa yang berlaku dalam hidup saya.pada saya mudah memakna erti gembira.bila saya ketawa,senyum,sengih kerana hati saya bahagia,itulah peristiwa yang buat hidup itu seronok.

hujung minggu lepas,saya pulang ke kampung.menemui ayah bonda terchenta.dan 'sesuatu.'saya singgah bermalam di rumah abang.sengaja.ada tujuan.hehe.[lihat saya bahagia].

saya layan Husna satu malam,kemudian esok paginya juga saya jaga dia.Husna si comel saya memang comel [suka hati sayalah nak cakap dia comel].dia sudah pandai meniarap.tapi kelakarnya dia masih tidak reti nak adjust lengan dia untuk manampung badannya.akhirnya kepala dia selalu jatuh ke lantai.kesian Husna yang comel ini.tapi tak apa saya sudah train dia supaya seimbangkan badan.lepas ni kamu boleh eksyen kat Atok dan Opah ya!haha.:p

Nur Aimi Husna pujaan hati saya dan keluarga ;)


sebelum pulang ke kampung,saya dan rombongan cik kiah [seramai 14 orang +en zul +en zubir +uncle driver van] ke Ledang, Johor.niat di hati bukan ingin menawan puncak yang famous dengan legenda @ hikayat @ceritera sang puteri cantik kegilaan ramai lelaki itu, tetapi untuk menjengah keadaan sang bumi yang bakal diduduki tak lama lagi nanti.

asyik dengar cerita dari mulut orang saja [sehinggakan abah, mak, kak ngah n abang ngah pun dah tengok], akhirnya saya sendiri jejakkan kaki ke tempat itu.letaknya di Serom [kitorang gelar "Serum" dengan slanga Scottish hehehe], kampung abang ngah and dekat2 dengan kampung abah.tak jauh jugak dari rumah moklong and mokde.itulah KKTM Ledang.cantik!

tapi takde lah gambar yang sahih tulis besar-besar itu KKTM Ledang.hehehe.sebab tuan punya kamera lebih exposed pulak.banyak gambar manusia jelita dan kacak daripada gambar bangunan dan kawasan yang indah.hahaha.;p

tak kisahlah janji kami tahu kami ke sana.kami tak perlu nak kecoh2 dengan kedatangan tanpa red carpet tu kan.nantilah bila dah rasmi berpenghuni insyaAllah nanti, barulah berani sikit nak pamerkan kecantikan tempat tu.hehehe.



perjalanan jauh pun buat kami tak lekang senyuman


depan lab medical


dua tiga kucing belang..[yang tengah paling cute] ;p

gaya video klip ala2 band boy



...leading...


sebenarnya nak amek gambar latar Gunung Ledang di belakang tu, tapi ada puteri cantik pulak muncul..;p


sudah mahu pulang ke KL..tata..


sebenarnya saya punya cerita lebih bahagia.seronok.dan buat saya tersenyum sepanjang saya di rumah mak abah.sssyyyhhh....saya masih mahu berahsia..;p

~sesuatu yang indah selalunya datang dengan membawa makna dan senyuman yang manis~