Sunday, November 27, 2011

Latte Love

Up-date status : Days in Chiang Mai.
Last weekend , kami melawat ke utara Thai, sempadan dengan Myanmar.
Melawat Golden Triangle dan shopping di Mae Sai.
Sempat juga ke Laos sekejap.
Sangat seronok!

Minggu ni kami semua rasa agak excited.
Hikmah visa 3 bulan membuatkan kami boleh balik M'sia.
InsyaAllah, kalau tak ada aral minggu depan.
Semuanya dah prepare bagai, packing siap2.
Yang sakit tiba2 sihat. hehe.
Semalam galak shopping before go back.
First half round!
Lepas minggu depan continue second half round and go back for good. :)
Tak sabarnya...

Pagi semalam setelah agak lama tak pekena kopi latte depan tesco, aku dengan gigihnya kayuh basikal pukul 10.30 am (11 am M'sia).
Teringin nak minum kopi and makan goreng pisang.
Sorang-sorang berkayuh.
Masa beli sayur, makcik tu cakap something in Thai tapi aku tak faham.
Dan masa beli kopi, pakcik tu pun cakap something in Thai, but aku tak faham the whole.
Aku cuma faham dua perkataan yang bermaksud "sekolah" and "Yala".
Then baru aku tau, dorang tanya aku ni student belajar kat sekolah sini ke and datang dari Yala ke?
Sebab aku bertudung dan berbasikal ke kedai, ala-ala student Yala (most of them are muslim).
Aku angguk-angguk je, "chai chai" hehehe.
Lepas tu aku balik, unfortunately, masa on the way back tu, dengan kayuhan yang agak laju dan jalan tak rata, kopi aku jatuh dan bersepai..
Terkesima sekejap, berhenti tepi jalan.
Duk fikir kalau aku terus balik, buat apa aku susah2 kayuh basikal dtg sini.
So aku patah balik and beli satu lagi kopi.
Melayang duit aku 70 baht.
Goreng pisang tak jual pulak. huhu.
Takpelah at least exercise kan.

kopi aik heong yang aku bancuh dlm bekas kopi latte.huhu

*menunggu minggu terakhir di Chiang Mai..

Am I Prejudice?

Aku bukan tak pernah baca buku cerita berbahasa enggeris.
Aku cuba membacanya dan ada usaha untuk membacanya.
Tapi selalunya tidak berjaya walaupun satu bab.
Sebab tu orang (aku sendiri pun) tak jumpa buku seperti itu di rak buku aku.
Dan kalau ada terjumpa, by mistake, aku terbeli di pesta buku kerana harganya jatuh merudum (sebab 2nd hand).
Oh ada, satu buku -A Time To Kill.
Itu pun share beli dengan Yam masa pesta buku dah lama dulu.
Dan sampai sekarang pun aku tak habis2 mengeja buku tu.huhu.

Faktornya apa?
Ini pendapat aku sendiri atas aku sendiri:
Aku tak mudah nak faham bahasa enggeris dalam buku cerita (compared to novel melayu).
Mostly, novel-novel tebal.
Kalau ayat dia easy english, insyaAllah aku boleh faham.
Aku ambil masa sangat lama hanya untuk fahamkan ayat dalam muka surat pertama.
Justeru ia melemahkan semangat aku untuk terus ke muka kedua.
Dush!

Sebab tu aku prefer tengok movie adaptasi novel.
Contohnya  Harry Porter Series, Twilight Series, A Time To Kill, etc. even Pirates of the Carribean tu kalau ada novelnya aku tetap akan tunggu movie dia.
Kalau baca buku dia aku rasa sampai sekarang aku tak tau apa cerita sebenarnya.
Menonton filem enggeris lebih mudah nak faham daripada baca bukunya .
Ini pendapat aku terhadap diri aku.
Jadi kalau aku ada kawan2 yang suka baca buku enggeris, aku sokong sebabnya aku boleh dengar dorang ceritakan balik buku tu pada aku.hehehe.
Contoh macam Twilight Series tu, aku dh tau ending sebab kawan aku dah baca bukunya. :)

Dan selalunya bagi orang yang sudah baca buku, dia takkan setuju dengan banyak olahan scene dlm filem tu.
Sama juga macam aku yang pernah baca buku -Ayat- Ayat Cinta.
Aku tak setuju dengan olahan filemnya.
Tidak seperti gambaran aku dlm buku tu.
Berlainan dengan cerita enggeris, aku suka tengok filemnya sebab aku lebih faham dgn cara macam tu.
Jadi kita punya pilihan sama ada mahu menonton dahulu atau membaca dahulu kan?

Tapi buat masa ni,
setelah di suggest kan oleh Teacher Akiyo, aku telah membaca cerita ~Pride and Prejudice.
Well, it's easy to understand, as she told me.
So aku berjaya baca sehingga ke bab seterusnya dan berhasrat menghabiskannya.
Sebab aku faham bahasanya dan faham jalan ceita yang berlaku pada setiap muka suratnya.
Tak adalah sampai perlu mengulang-ulang eja untuk faham.
Sebelum ni aku pernah jumpa movie dia dan selalu sangat aku dengar tentang cerita ni, tapi aku belum tertarik untuk mengetahuinya.
Now, I found it interesting, so far. :)
Wish to finish it.

Friday, November 18, 2011

Kamu yang kurindui

Ingatkan semuanya akan berakhir setelah Jumaat minggu ini.
Rupanya ada sesi intensif lanjutan bagai.
STRESS!!!

Nasib baiklah call rumah, Hafiy yang jawab telefon.
Ingatkan Husna sebab Hafiy cakap suara dia macam Husna and lancar pertuturannya menyebut namaku.
Rindu sungguh pada si comel Hafiy.

Hafiy (1 hari - sebelum 1 thn)

Hafiy & Husna yang hepi dpt keluar rumah. :)

the lattest Hafiy (1 yr 10 months) & Husna. (2 yrs 10 months) :)

Bila kita rasa agak tertekan/sebal/sedih/seumpanya, cara yang terbaik adalah cari satu benda/perkara yang boleh buat kita gembira.
Contohnya seperti call and dengar suara emak kita lepas tu tiba-tiba ada suara comel budak kecik Hafiy memanggil nama kita pula.
Oleh itu, malam ni saja aku call mak 2 kali semata-mata mahu dengar suara Hafiy yang sudah agak petah bertutur, malah ia lebih jelas dr Husna masa sebaya dgn Hafiy dulu. :)
Husna pulak dh tidur awal, kalau tak mesti dengar dia nyanyi.hehehe.
MISS YOU SO MUCH!!!!

*esok jelajah Chiang Rai!! nantikan..:))

Saturday, November 5, 2011

status sekarang ni

Holla!
Buka FB je, sana-sini status:"balik kampung, selamat hari raya.."
Sedikit terkesan di situ.

Kat sini, walaupun tak glemer macam wall FB, aku tetap nak buat ucapan.
"Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam."
InsyaAllah, tahun depan aku beraya di kampung. hehehe.

Ya, semalam aku try berbasikal sekitar Foundation.
Seronok juga.
Kalau ada kesempatan lagi, aku nak kayuh lagi.




*ucapan khas untuk awak di FB..kekeke.

Salam dari Maerim District,
Chiang Mai Thailand.
9 Zulhijjah, 5 Nov 2011.

Tuesday, November 1, 2011

tak cukup ni

Sejak duduk kat negara orang ni dan hari-hari disogok dengan hallyu wave, 13 members of Super Junior pun aku dah tau.
Padahal kalau dulu haram satu hapa pun aku tahu pasal k-pop ni.
Sekang ni aku tak leh terima kalau ada kumpulan dari negara lain berkonsepkan ala-ala k-pop.
Pada aku yang cantik itu hanya SuJu, ok! hahaha
Semalam baru aku tau dah 2 bulan Heechul tidak bersama SuJu mempromosikan Mr. Simple.
Agak terasa juga kehilangan beliau walaupun masih ada Kyuhyun dan Eunhyuk di situ.
Dari 13 members, 2 ikut military servis, 1 terminate contract n balik China, 1 sibuk berlakon.
Walaupun diorang ramai,tapi kalau takde sorang dua tetap tak lengkap.
Bukankah SuJu itu identitinya memiliki ahli teramai?
Nasib baiklah aku tak follow dorang dari awal jadi aku tak delah sampai nak buat tribute utk Heechul, Kangin, Hankyung & Kibum.huhu.

ramai kan? kalau kurang sorang, boleh detect. (source:google)


*kesan hallyu ni memberikan aku kadang-kadang senyuman & gelak sorang2..it's ok rite?good medicine sometimes. :)

Sunday, October 30, 2011

panjat

Kira-kira dah masuk minggu ke- 9 pada minggu ini.
Bermakna tinggal 7 minggu untuk dilalui dengan tabah.

Esok katanya ada big exam (bigger than small test), uhuh.
Mungkin kena review sikit.
Untuk pencapaian level AK, aku berada di tahap paling rendah sekali.
5 daripada AK yang aku bikin, hanya 1 saja yang berhasil.
Agak sedih juga, tapi untuk aku hanya mohon kekuatan bertahan saja.

Saat aku rasa down, tak ada benda lain yang aku ingat.
Aku hanya mahu melihat wajah mak abah.
Tak payah berkata walau satu perkataan pun takpe.
Aku cuma mahu menenangkan rasa hatiku yang sangat menyebalkan ini.
Aku tak nak call sebab aku tau aku takkan bisa berkata-kata.
Mungkin juga mak akan dengar suara sebak aku, dan itu akan buat mak risau tak boleh tidur.

Bila aku terluka (selama kat sini lebih sekali aku terluka), aku terus teringat rumah.
Bilalah nak balik? uhuh, gila homesick!

Untuk weekend yang lepas, aku melawat tempat-tempat yang ada kat Chiangmai.
Let's scroll down.
Pics will tell you everything..

start the journey from Doi Pui.macam Cameron view dia.

let's go panjat ke atas lagi

depan sekolah kat atas bukit tu

mari masuk ke secret garden di Doi Pui tapi tak jumpa Jo Won..hahaha



kebun bunga

ahah, sunflower!

sejuk gile air dia..huhu

korang cari duit poket ek?

tengok view Chiang Mai dari atas Doi Suthep.


dah time, bell is ding dong.

*teringin g Chiang Rai pulak.

Saturday, October 8, 2011

tak salah

Salam,
(up-date 2 hari kembali kerja)

Khamis:
Pagi-pagi lagi aku sudah duduk kat beranda sambil menanti kawan-kawan lain untuk ke sekolah (read: workshop). Tak sabarnya nak huha-huha dengan kawan-kawan di workshop, yelah dah cuti 3 hari dengan penuh kesunyian dan kebosanan, mesti banyak cerita mahu direportkan hehehe. Nampaknya aku sorang saja yang belum buat syme prostheses, jadi aku kena buat sendiri. Yang lain pergi test kaki dengan pasien dan doktor Buddhi. Saat aku membakar POP, aku masih sendiri di workshop. Mujur saja ada kawan-kawan technician yang membantuku. Hari ini saja aku buat 2 kali measurement. Aduh capek sekali!
1st syme adalah gagal. Sempit di sana-sini dan buat kaki pasien ku merah. Maaf ya. Aku pulang dengan mata hampir terkatup. Tapi petang itu aku keluar berjalan. Ok, terima kasih sebab aku merasakan itu bagus untuk senaman kaki.Mungkin tidak konsisten kerana malam itu aku sangat capek!

Jumaat:
Ku pikir hari ini boleh sedikit bersenang kerana ada Test 3 dan practical assessment. Alhamdulillah, full mark (thanks guys). Selepas minum pagi, pasien aku datang dan menghulurkan stump. Measurement sekali lagi dan aku jadi bingung dengan saiznya. Aduh. Aku dah boleh agak 2nd syme ni takkan berhasil. Tapi aku terus modify kalau masih boleh diselamatkan.Hampir pukul 4 petang Malaysia, test soket pada pasien. Sempit lagi di bahagian condyle. Window tak cukup besar. Aduh aduh. Aku hampir menangis sambil menghempas board pelapik form tu. Aku membelasah Aniru di sisiku. Aku peduli apa kalau dia memangnya bekas ahli Muaythai terbaik di CM. Jeb jai! Yelah saat kita sedang lelah, kata-kata semangat macam apa pun tidak bisa menenangkan. Ya memang itu bagus untuk pembelajaran bila buat sesuatu berulangkali, tapi aku capek sekali ni. Sebenarnya kolam mataku sudah berair, tapi kutahankan saja. Nasib baik aku ada kawan-kawan, technician dan penasihat akademikku (bak kata en.rudy) yang sanggup membantuku, terima kasih guys. I really appreciate that! 3rd syme aku disiapkan hampir-hampir pukul 6 petang Malaysia walaupun semasa membuatnya masalah suction 2 kali membuatku hampir meraung lagi. Dan Isnin depan test pada pasien lagi sekali. Harap-harap itu yang terakhir..



Pics sebelum ke sekolah (sbb kuar rumah awal sangat)

* "repetition is a way to learn" -(this is my report for my previous lesson plan and now i am a student so never mind if i have to repeat many times than usual, ok!)

Regards,
Adawiah Musa
Chiang Mai, 8th Oct. 2011

Tuesday, October 4, 2011

entri terpanjang setakat ini

Salam.
Bertemu kembali. Ketika ini aku berada di sebuah negara lain yang betul-betul berjiran dan berkongsi dataran benua dengan Malaysia. Walaubagaimana pun kedudukan aku dalam peta negara itu adalah jauh di utara dan kira-kira 3-4 jam aku boleh ke negara lain di sebelah atasnya.

Minggu ke 5 iaitu minggu pertama pada bulan kedua (Oktober), aku menghadapi dugaan dari sudut kesihatan. Mataku dijangkiti konjunktivitis, atau kata mudahnya sakit mata. Bermakna haruslah aku dikuarantin dari menjalani kursus selama yang disarankan doktor iaitu 3 hari. Bahkan menurut doktor yang cantik itu, ia mengambil masa lebih kurang seminggu untuk pulih. 

Oh, aku tak pernah mengalami penyakit ini seumur hidupku. Sebelum ni kalau orang lain (terutama ketika aku di sekolah dulu), terkena sakit mata dan dapat cuti lama, sakit hati pula aku tengok walhal mata saja yang merah menyala, yang lain masih elok dan gagah. Kali ini baru aku mengerti kesakitannya dan kenapa mereka harus bercuti dan tidak bertemu dengan orang lain. 

Ya, doktor yang comel dan sedikit pandai berbahasa enggeris itu menerangkan bahawa ini penyakit yang berjangkit melalui virus jahat (jahat-yang ni aku tambah). Jadi jangan berkongsi barang (terutama tuala, bantal, etc.) dengan orang lain. Oh kalau begitu nak tenung aku pun jangan haraplah nanti aku bagi kau kuasa mata merahku, mata kau akan menyala sepertiku juga. Hehehe. Macamlah ada yang ingin buang masa bermain mata dengan aku, perasan sungguh! Huhu. 

Aku jadi teringat kisah seorang rakan sekerjaku semasa induksi di Penang dulu, dia sampai jadi Kasim Selamat untuk tutup matanya dari dilihat orang. Aku juga tadi jadi Saloma sekejap sebab malu orang melihat mataku dan menyangka aku telah terkena bahana sekodeng orang. Hahaha. :p

Bercerita tentang pengalamanku ke GH di sini. Situasinya lebih kurang sama saja kalau kita ke GH di negara kita. Aku datang dalam pukul 10 pagi (11 pagi Malaysia), hanya sempat uruskan pendaftaran dan screening sahaja. Dan sambung jumpa doktor lepas lunch hour. Kelakarnya, aku menjadi foreigner yang tiba-tiba fasih speaking. Bayangkan kalau foreigner kat negara kita, kita tengok dan try to speak dengan dia. Samalah situasinya. Dia tak faham aku cakap apa dan aku tak faham dia cakap apa. Mai kau chai. Nasib baik Mr. Tawachai ada jadi translator. Bila aku sebut “one” dia translate “neung” (ujian mata kena baca dengan sebelah mata nombor-nombor dan huruf E terbalik tu kan). 

Dalam ramai-ramai tu aku hanya boleh bertutur sepatah dengan nurse dan berpatah-patah juga dengan doktor (of course la kan sebab doktor belajar guna english medium). Lain-lain aku cuba fahamkan guna bahasa tubuh atau gesture atau paling tak pun aku sengih dan pandang Mr. Tawachai. Soalan aku, apakah persamaan doktor-doktor di seluruh dunia? Setakat yang aku jumpa, semua doktor tulisan mereka adalah sama ‘cantik’ dan unik. Baik yang ditulis dalam bahasa melayu, english mahupun thai. Even aku tak faham bahasa thai, tapi aku boleh beza tulisan yang sebijik-sebjik dengan tulisan doktor. Tapi takpe, since doktor tu comel –suai mak-, aku terima je apa yang dia tulis walaupun dia kata nama aku panjang sangat. Haha.  

 Itu satu hal, hal lain pulak. Dekat sini, dia pakai juga sistem nombor tapi secara manual, macam kita simpan beg kat pasar raya. Dia tak ada sistem digital display yang macam kat bank/ post office tu. Mereka sangat patuh dengan nombor tu, tak ada yang nak potong cue dan masing-masing sabar menunggu (termasuklah aku sampai tertidur-tidur hehehe). Tapi a bit difficult juga sebab kita tak tahu sekarang ni nombor siapa yang sedang dirawat. Lagi-lagi informasi dia kurang (aku pun tak faham kalau ada info/notice pun kot). Lama jugalah aku tunggu kat satu-satu kaunter tu. 

Then masa nak ambil ubat kat farmasi, lagi satu kesukaran yang aku dapati apabila mereka sangat sukar nak pronounce nama aku. Miss … and terus tak nak sebut. Hehehe. Nasib baiklah aku ni jenis observant so aku perhatikan mana-mana staf mereka yang mulutnya macam tergeliat nak menyebut. Sah nama aku yang mereka nak panggil tu. Mereka tak pakai sistem nombor digital tu, jadi aku tak tahu and tak faham nama siapa yang mereka panggil. Yang aku dengar khun..khun.. (nice or polite word to call upon someone’s name). Bayangkan kalau nama yang sama pastu salah bagi ubat, kan naya?? Nasib baik nama aku lain, tak ada ejaan thai jadi sah-sah itu prescription aku. Selesai. 

Alhamdulillah, semoga aku cepat sembuh dan boleh belajar balik. Bagi aku itu pengalaman yang menarik dan aku bersyukur jadi warganegara Malaysia. J  Rasa-rasa kalau aku duk 5 tahun kat oversea macam ni, dah boleh cakap bahasa tempatan kot. Hehehe.

Oh ye, apa aku akan buat 2 hari kemudian di rumah? Pesanan untuk orang yang dikuarantin adalah tidak boleh ke mana-mana. Aduh, esok adalah hari ke Lotus Tesco ( Lotat sebutan oleh pakcik teksi merah). Aku dah berangan-angan nak belanja barang esok, nampaknya kena list kan dan kirim pada mereka. Akiyo sensei juga bertanya apa aku akan lakukan selama liburanku (nampak tak kosakata dari mana ni? semakin adapted dengan bahasa jiran kita). Baca buku? (aku tak bawa satu buku bahasa melayu pun sebab aku bimbangkan cas luggage yang mahal) Tengok tv? Apakah siaran di rumahku berbahasa Thai atau Indonesia? Dan beliau lega kerana aku boleh faham bahasa korea (sebenarnya telah disarikata bahasa Indonesia hehehe). Selain itu kalau internet ok, aku hanya akan surfing sahaja. Ahah, malam esok drama hero kesukaanku –Botak- akan diudarakan. Aku ingin online tv3 (macam dapat je hehe).

Setakat ini. Aku dahuluan ya! Salam. Doakan aku sihat dan survive sampai habis kursus ni. Amin..Semoga Allah melindungi dan merahmati aku dan rakan-rakan seperjuangan. InsyaAllah. 
surat MC


 Plastik ubat dengan arahan makan

 Botol ubat (yang ni aku faham sebab ada tulisann omputih)
Cost: 165 baht :)


Regards,
Adawiah Musa
Chiang Mai , Thailand (3rd Oct. 2011)

Saturday, October 1, 2011

harap

Ok.
Dah cukup sebulan kami kat sini.
Tempat training ni bersebelahan dengan nursing college.
Sometimes kalau aku tengok hostel budak2 nurse tu aku teringat balik zaman kat uni dulu.
Pastu gedik pulak teringin nak buat nursing.kuikui.
Depan rumah pulak kawasan gunung.
Kiranya tempat ni agak ceruk dari bandar.
And kalau nak keluar kena jalan jauh sikit utk dapatkan teksi or kawasan perkampungan yang ada kedai.
Setakat hari ini aku hanya keluar ke bandar Chiang Mai dan Tesco Lotus saja.
Tempat lain tu cuma zoo.hehehe.
Macam susah sikit nak keluar melancong.
Rasa bosan asyik pergi tempat yang sama.
Dan aku pulak jenis cepat penat and kurang suka berjalan.
Jadinya duduk rumah layan cite korea.
Paling tak pun keluar rumah, ambil angin kat depan and duk borak2 ngan jiran sebelah.hehe.
Aku ni tak sabar nak habiskan training  ni.
Rasa dah lama sangat tak jumpa mak abah.
Rindu nak main ngan Hafiy n Husna.
Kenapalah tiap-tiap bulan tu ada 30 hari?? (soalan apa ni?)
Dalam hati "cepatlah 23 Dis".

Sebenarnya seronok pergi tempat orang macam ni.
Tapi kalau utk melancong lagi seronok, jalan2 makan angin.
Kalau datang sebab kerja macam tak de plan nak buat apa selain kerja.
Lagilah kalau tempat yang jauh dari transportation service macam ni.
Rasa  nak pinjam satu motor dorang, tapi takde lesen kompem tak bagi punya.
Takpelah, sabarkan hati.
Sabar...


*berserahlah padaNYA, DIA Maha Mengetahui..:)

Thursday, September 29, 2011

bawah sedar

Minggu 4.
Final for BK stuff.
Buat kosmetik saja untuk minggu ni.
Apakah kami terlalu cepat sehingga kami bosan?
 Next week syme stuff pulak.
Semoga tanpa sedar 23 Dis menjelma.

*gaya macam travelog lak..kuikui..