Sunday, June 14, 2009

mari belajar cool down

empat hari balik kampung pun masih rasa tak cukup.bagitahu saya siapa boleh tahan tengah sedap2 duk rumah ada mak abah family sume, layan feel like home tu baik punya tiba2 kena balik semula ke tempat asal yang macam hell.huhu.[keras ni bunyinya.ngeee].

rileks.tarik nafas dalam2.lepaskan.insyaAllah ada masa lapang lagi nanti boleh balik kampung lagi.sabar ok.

hari ni saya baca entri yang sangat bagus.sangat bagus sebab ia berkaitan dengan apa yang sedang berlaku pada saya sekarang ni.

saya mencuba bermacam cara.dan ada cara yang dicadangkan itu saya rasa reasonable untuk saya cuba.dan saya sangat terkesan dengan ayat2 yang penulis tuliskan itu dan kebanyakannya memang terkena pada diri sendiri.

Petikan beliau adalah begini:

“When you put someone somewhere deeply in your heart, you will bring along the sadness and anger for all his/her doings, even the smallest things.”

“You can forgive people for anything that they did to you but you can’t forget it,”

Bersabar? Perkara yang paling sukar dilakukan ketika marah. Sesungguhnya ketika marah, minda dalam keadaan separuh sedar. Oleh sebab itu, kita tidak dibenarkan membuat keputusan ketika dalam keadaan marah. Dan oleh kerna itu juga, jangan ambil hati dengan kata2 yang keluar dari mulut seseorang yg ketika itu diselubungi api kemarahan. Walaupun kebiasaannya perkataan yang keluar adalah perkataan yang jujur, namun ia tidak sedap didengar, yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain.

cadangan beliau:
  • Akui bahawa diri sedang marah, namun jangan menyerah terhadap perasaan tersebut. Tarik nafas dalam2 dan ingatkan pada diri bahawa kitalah yang sepatutnya mengawal perasaan marah tu, bukan perasaan marah tu yang mengawal kita.
  • Samada pesalah itu melakukan kesalahan tersebut dengan sengaja atau tidak, sediakan diri untuk memaafkan individu tersebut. Ingat, memaafkan itu bukan untuk orang lain, tetapi manfaatnya adalah untuk diri kita. Kenapa aku kata camtu? Selagimana kita tidak maafkan seseorang itu, selagi itulah jiwa kita akan dibelenggu dengan perasaan marah tu, dan siapa yg terseksa? Mungkin sahaja orang yang kita marah tu tidak punya apa2 perasaan/tidak peduli dengan perasaan kita. So, siapa yang rugi kat sini? Take it easy, memaafkan itu adalah untuk diri kita, bukan utk org lain.
  • Jangan diingat-ingat lagi kesalahan tersebut kerna ia bisa membibitkan lagi perasaan marah tetapi perlu beringat-ingat pada masa akan datang supaya tidak jatuh pada lubang yg sama.
  • Kurangkan monolog dengan diri ketika marah tetapi bermonologlah dengan Allah. Cth, jika sebelum ni waktu kita marah, kita selalu kata pada diri;
“Hish, nape la dia buat camni? Dia tak fikir ke perasaan orang lain. Hampehtul budak ni. Nak maki hamun tak patut tapi dah melampau dia buat macam ni"

Cuba tukar sikit pada;

“Ya Allah, nape la dia buat macam ni ya Allah? Dia tak fikir ke perasaan kami ni ke ya Allah. Ya Allah, patutkah kami nak maki hamun dia ya Allah. Dia dah melampau ni ya Allah,”

  • Kongsi perasaan marah tu dengan orang yang kita percaya. Dan pastikan orang itu bukan jenis batu api, minyak petrol, diesel or gas termampat yang mudah terbakar. Seboleh2nya orang yang mendengar tu jenis yang bleh redakan rasa marah tu, or paling kurang pun, seorang pendengar yang baik. So, kalau susah2 sangat, mengadu sahajalah dengan Allah. Betul tak? Hehe…
  • Time tengah marah, kalau boleh jangan pandang muka orang yang kita marah tu. If possible, jangan jumpa orang tersebut utk seketika. Sebab bila kita marah dan kita pandang muka orang yang kita marah tu, kita akan rekod di dalam kepala kita gambaran muka orang itu dan juga perasaan mrah kita. So, secara outomatik bila kita lihat balik muka orang itu (secara real or maya), perasaan marah itu juga akan datang sama, walaupun sebelum itu perasaan marah tu dah reda. Tapi janganlah sampai berhari2 tak nak jumpa orang tu. Tak baik tak sapa saudara lebih dari 3 hari. Ngeh3…
  • Makan. Ni kalau orang yang banyak duit/banyak makanan/tak punya masalah obesity blehla praktikkan. Tapi kaedah ni berisiko la. But if it is suit dengan diri kita, why not we apply this technique? Hehe..
  • Tido walau seketika. Ni selalu aku buat dan amat berkesan (depends pada org ok). Kebiasaannya selepas tido perasaan marah itu akan hilang dan sedia untuk memaafkan orang tersebut. Tapi masalah sedikit dengan cara ini ialah tidak dapat nk tido sebab terlalu fikir perasaan marah tu dan ketidakcukupan masa untuk tido. Hohoho…So, kalau nak buat aku marah, buat aku marah time waktu malam, jgn buat pagi2 time aku baru nak mulakan hidup. Hehe..
  • Buat sesuatu yang akan melupakan kita pada rasa marah tersebut. Bersenam, berkebun, membasuh, memancing, pendek kata, buatlah apa yang kita suka selagi mana ia tidak memudaratkan diri mahupun orang lain. Teringat cikgu aku dulu, cara dia melepaskan marah ialah dengan membeli kereta control yang harga area rm30-40, then dia main kete tu “secara optimum”, sampaikan kadang2 kereta tu hancur berderai dia kerjakan. Menarik bukan? Haha..
untuk bacaan lanjut, boleh bolos link di bawah:

http://sifrulmind.blogspot.com/2009/06/how-to-manage-our-anger.html

dan
bila saya marah saya akan menangis.sebab saya rasa meluahkan dengan cara itu buat saya rasa marah tu keluar dengan air mata.lepas tu tarik nafas dalam2.lepas...

orang kata bila nak tenangkan diri kita boleh tengok langit.setakat ni saya tengok je tingkap kat luar.saya nampak dinding batu je.dulu masa kat uni, saya akan jalan sekitar tasik varsiti tengok air yang hijau.boleh jugak.

bila saya rasa tak best, saya akan cari jalan untuk sebolehnya balik kampung tengok muka mak abah.otomatik perasaan tak puas hati tu selalunya akan hilang sendiri.tak pun cukup dengar suara mak abah ke, adik beradik ke.walaupun saya tak mengadu hal marah tu tapi bila dengar suara dan tengok mereka, saya rasa ok.

dan satu hal lagi, ketenangan tu memang datang dari ALLAH.asal hati kita ikhlas meminta dan mengharapkan sehabis2nya daripadaNYA insyaAllah kita akan rasa perasaan dan nikmat tenang itu menjalar dalam hati.

apapun masing2 ada cara tersendiri untuk menguruskan hal marah dan perasaan jahat ini.semoga kita menemukan cara terbaik dan semoga ketenangan itu bertamu di hati kita.ameenn....

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka