Showing posts with label a long journey called LIFE (KKTM Ledang). Show all posts
Showing posts with label a long journey called LIFE (KKTM Ledang). Show all posts

Friday, May 25, 2012

3 Hours

Menjaga exam selama 3 jam.
Hazab!

Dua-dua subjek yang aku ajar dah selesai.
Bermakna proses menanda memangkah haruslah bermula segera.
Minggu depan dah kena key-in.

Semasa menanda anda harus berjiwa kental.
Dan mental harus kuat.

Selamat bercuti buat semua yang terlibat dalam cuti persekolahan ini!

*Balik kampung 3 hari. :)

Monday, March 21, 2011

jentik vs smash

Ai-ai.
Baru balik dari 'berperang' di KKTM Masjid Tanah.
Aku rasa team kitorang memang gemilang laa.
Mana taknya,
menginap di negeri lain, berlawan esok paginya di negeri lain.
Gila high stamina la,
melalui hari-hari dengan perjalanan berliku atas bas.

Aduh,
aku sampai jadi 'sayur'.
Last2 tak larat akak, dek non.
But at least aku impressed gak la sebab dah sumbang 2 games.
Tak sia-sia latihan intensive badminton.
Takdelah kalah straight 2 set, tak gitu coach? hahaha.
Dah gaya ala-ala Lin Dan vs Chong Wei jek..:p

Sebenarnya benda macam ni bagus jugak.
Mewujudkan semangat yang berbara jek nak menang.
Pastu sorakan rakan2 sepasukan buat kita yakin utk perform.
Takpelah,
walaupun tak menang at least the experience was so valuable & priceless.

Sepanjang 2 hari tu,
adalah gak intai2.
Jumpa dengan 'ex' tak berapa nak ex. hahaha.
Sorry, saya tak kawan dengan suami orang. boleh?
Hahaha.
Memang ramailah orang.
Jumpa ngan budak2 Kemaman.
Seronoklah. :)

Jumpa lagi next year!!!!!

"Ledang gemilang, oh Ledang gemilang..ooohaaahhh!!!" -tagline for cheers..dengki lah tuuu.. hahaha

Stay di Rembau, 'gaduh' kat Masjid Tanah.
Kontijen Ledang..Biruuu...hahaha..
Panji Ledang yang Gemilang!

 Cheers Team yang dibawa dari Ledang. Buat 'panas' court sikit..hahaha

Team beregu (P) Ledang..iyah!! amek ni. :p

Tekun mendengar encik coach memberikan tips utk membenamkan lawan tetapi lawan telah dapat membacanya..hahaha..


 Skuad badminton Ledang..selepas dibelasah IKM Sg Petani (2-1)

*berjaya melupakan 'dia' masa pukul shuttle-cock dan menjentik striker karom..hua hua hua..:p
**menyambung semula training untuk tahun depan..yeosshhh!!










Friday, October 30, 2009

hasrat

"bilakah kami semua akan meninggalkan KL dan menetap di Muar?"
-persoalan di kepala saya, mak abah, keluarga, kalangan kami dan orang2 lain.

malam tadi mak tanya lagi bila nak pindah Muar.saya pun tatau nak jawab apa.sebab semua kemungkinan boleh terjadi.apa yang saya tahu kami semua sedang berusaha mengusahakan untuk perpindahan itu menjadi nyata.insyaAllah.

saya pun kalau ikutkan malas dah nak lama2 kat sini.saya tak berapa sukakan tempat ni.banyak benda yang saya tak boleh nak buat kat sini.saya bukan tahu banyak tempat kalau bosan2 untuk pergi.saya bukan reti jalan2 untuk ke tempat2 yang saya nak pergi.saya tak sukakan keadaan ini.tak selesa sangat.rasa lagi tak bebas untuk hidup.

kalau diberi pilihan attach kat tempat lain, kat kktm/ikm lain dulu, saya pun nak.boleh mengajar.praktis.jadi taklah kekok bila dapat student kat Muar nanti.

duduk kat sini pun ok cuma kalau boleh biarlah pindah Muar tu cepat.kawan2 yang masuk lagi awal pun kesian dah lama kat sini.huhu.

semoga hasrat kami semua untuk berhijrah ke Muar dimakbulkanNYA.ameen..

Tuesday, October 27, 2009

siang yang sunyi

sudah seminggu ofis sepi tanpa keriuhan.sejak sepemergian 'adik beradik' 4 orang kami selama 1 purnama 7 hari ke Bangi.apakan daya, tuntutan tugas menghadiri kursus terpaksa jua kami melepaskannya.

hari ini terdengar keluhan [di FB].
"kami tinggal kami2 jek" -rabiahtul musa
"kita cuma tinggal kita2 jek"-sya2 meow a.k.a syahida azmi

sedih sungguh bunyinya.
sebak juga.
sunyi dan sepi.

yang tinggal inilah yang mengharungi semua.
berpesan saya kepada si abang long rash dan black, nak ke mana2 jangan tinggalkan saya.
sehingga mat zul berkata- "biah ni boleh dijual.asek nak ikut je orang g mana".
aduhai luluh hati saya si abang yang jahat mahu jual saya.arghh!! tidak..huhu..

saya bernada sayu berkata
-" black, kita ni ha tinggal ni jek.takkan sampai hati kau nak hilangkan lagi sorang.tinggallah sya2 sendirian nanti."huk huk..

akhirnya black tak sampai hati.sebab ke mana black dan rash buat rancangan saya akan pasang telinga.saya tak nak kena tinggal lagi.hahaha.

black dan rash cuma mahu turut beli makanan jek.
saya pun join diorang makan. (save bajet harini)

saya hanya makan kuih.dan minum nescafe.
pagi2 sya bawak nasi lemak lauk kerang.(semalam lauk paru)
black bawak kuew teow la, mee hoon la..(black tak lupa kuih untuk saya.black mana boleh kedekut ngan saya.hahaha)
pastu haji ajak makan roti canai di ukhuwah.
tapi saya minum teh ais saja.( diet saya memang tak betul ni.ish)

saya kira untuk sebulan lagi ofis akan sunyi terus.
dan saya tertanya-tanya bilakah pula giliran saya untuk pergi berkursus??
saya mahu 'keluar' dari bangunan biru ini buat seketika.huhu.
apa dah jadi ngan SISCO?? sudah tidah mendengar cerita.
saya dan kawan2 yang tinggal semakin gelisah.
mungkin ada peluang lain yang akan tiba buat kita yang tinggal ini.
insyaAllah..bersabarlah ye..(memujuk hati sendiri)...

~semoga ofis meriah semula~ lalalala

Wednesday, October 7, 2009

semanis barli Ledang :))

6 Oktober 2009 - berlangsung di KKTM Ledang, seramai 15 PLV, 2 guru Math, 1 Peg.Library, dan 2 pemandu bas MARA, telah mengadakan lawatan kerja ke site. tugasan portfolio untuk membentuk konsep masa depan kolej telah membawa mereka ke sana. semangat mereka berkobar-kobar untuk mewarnai kolej dengan budaya makmur dan beridealogis ke pelosok Serom 4 & 5 termasuklah sekitar jajahan Bukit Gambir dan Caltex depan kolej. hehe.

selaku ahli dilantik unit building maintenance untuk seantero kolej, saya bersama Black, Naima dan Razif mengadakan lawatan ke seluruh sudut di KKTM Ledang. tidak sedikit pun ruang yang terlepas pandang dan terlepas dari kesan tapak kasut kami. memang penat gila (hari ni aru rasa lenguh2nya). saya sempat memberanikan diri memanjat tangki air kolej setinggi 6 tingkat (gayat wei) dengan semangat dlm hati -"peluang kali ni je beb!".memang seronok pengalaman tersebut :))

setelah mencatat barang apa yang patut, kami akhirnya meronda dusun buah di bahagian laman kolej. ada pokok durian,duku,rambutan,pulasan dan yang paling best kami sempat menuai hasil dari pokok limau barli.manis sungguh rasanya (tengok gambar).kelapa sawit di bahagian belakang kolej tak sempat pula kami nak tengok hasilnya.huhu.

kami makan tengah hari di Bukit Gambir dan sempat test drive Grand Livina (pemanduan umpama sedan, ciri seakan mpv). petang lepas siap keje, kak marina menjemput kami ke rumah beliau untuk makan2 dan beraya.rumah beliau sebelah je dengan kolej tu.beliau berkata bahawa beliau menyaksikan saat pecah tanah sehingga bangunan KKTM Ledang dinaikkan.wah, akhirnya beliau akan berkhidmat di KKTM Ledang.bestnya!!!:)

~pengalaman manis ini akan tersimpan kemas di hati kami semua ~


penulis di tangki air 6 tingkat..(semput wei panjat benda alah tu)



beraya di rumah kak marina


di depan dusun



wartawan Ledang, en.rash & en.faizz


bersama hasil limau barli yang manis..(bagus juga kalau dipasarkan ni-pengusaha dusun dirahsiakan)

mat due kelihatan menunjukkan kawasan dusun yang agak bermanfaat pada kolej di kemudian hari kepada naimah..(ye ke due?prospek tinggi ni kan)



rabia sangat gembira :))



nilah dia...3 biji je sempat amek gambar yang lain dah selamat dalam perut..




"saya rasa nak buka kelas usahawan tani memandangkan dusun kolej banyak hasilnya haji"-rabia cuba mengemukakan usul (dalam kepala mengira untung saja hehehe)






perjalanan ke KKTM Ledang.(yam cuba nak inter-frame jugak)