Tuesday, October 27, 2009

siang yang sunyi

sudah seminggu ofis sepi tanpa keriuhan.sejak sepemergian 'adik beradik' 4 orang kami selama 1 purnama 7 hari ke Bangi.apakan daya, tuntutan tugas menghadiri kursus terpaksa jua kami melepaskannya.

hari ini terdengar keluhan [di FB].
"kami tinggal kami2 jek" -rabiahtul musa
"kita cuma tinggal kita2 jek"-sya2 meow a.k.a syahida azmi

sedih sungguh bunyinya.
sebak juga.
sunyi dan sepi.

yang tinggal inilah yang mengharungi semua.
berpesan saya kepada si abang long rash dan black, nak ke mana2 jangan tinggalkan saya.
sehingga mat zul berkata- "biah ni boleh dijual.asek nak ikut je orang g mana".
aduhai luluh hati saya si abang yang jahat mahu jual saya.arghh!! tidak..huhu..

saya bernada sayu berkata
-" black, kita ni ha tinggal ni jek.takkan sampai hati kau nak hilangkan lagi sorang.tinggallah sya2 sendirian nanti."huk huk..

akhirnya black tak sampai hati.sebab ke mana black dan rash buat rancangan saya akan pasang telinga.saya tak nak kena tinggal lagi.hahaha.

black dan rash cuma mahu turut beli makanan jek.
saya pun join diorang makan. (save bajet harini)

saya hanya makan kuih.dan minum nescafe.
pagi2 sya bawak nasi lemak lauk kerang.(semalam lauk paru)
black bawak kuew teow la, mee hoon la..(black tak lupa kuih untuk saya.black mana boleh kedekut ngan saya.hahaha)
pastu haji ajak makan roti canai di ukhuwah.
tapi saya minum teh ais saja.( diet saya memang tak betul ni.ish)

saya kira untuk sebulan lagi ofis akan sunyi terus.
dan saya tertanya-tanya bilakah pula giliran saya untuk pergi berkursus??
saya mahu 'keluar' dari bangunan biru ini buat seketika.huhu.
apa dah jadi ngan SISCO?? sudah tidah mendengar cerita.
saya dan kawan2 yang tinggal semakin gelisah.
mungkin ada peluang lain yang akan tiba buat kita yang tinggal ini.
insyaAllah..bersabarlah ye..(memujuk hati sendiri)...

~semoga ofis meriah semula~ lalalala

2 comments:

  1. bukan selalu ditinggalkan..
    masa ini lah baru kita tahu erti sunyi..
    makna sebuah persahabatan.. ukhuwah..
    baru kita rasa.. manis pahitnya

    ReplyDelete
  2. ye peng..
    baru faham erti kehilangan..uwaaaa!!!

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka