Showing posts with label bait dari minda [muhasabah diri]. Show all posts
Showing posts with label bait dari minda [muhasabah diri]. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Hope and Help

Pesanan ini untuk diri ini (dan mungkin untuk sesiapa yang juga mengalami sama seperti diri ini)


Bila tiba-tiba kita mendapat sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), terimalah.
Belajarlah untuk menerima.

Bila kita merasa tidak berdaya tiba-tiba untuk  melalui sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), tabahlah.
Belajarlah untuk tabah.

Bila tiba-tiba kita seolah-olah mahu jatuh tumbang dan rebah kerana sesuatu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan), bertahanlah.
Belajarlah untuk bertahan.

Sesungguhnya,
apa saja yang kita lalui itu (sama ada yang kita inginkan atau pun tidak pernah diimpikan) semuanya menyembunyikan hikmah.
Nanti bila sampai masanya hikmah itu akan terzahir.
Percayalah untuk setiap perkara itu berlaku kerana ada sesuatu yang already "in-store" untuk kita.
Cumanya kita tidak sampai untuk memikirkannya dan kita hanya tahu bila ia sudah muncul.
Dan pada masa tu baru kita sedar, dan bersyukur.

Bila kita merasa sukar dengan tarbiyah itu, ingatlah, walau macam mana pun, biar seorang pun, kita tetap perlu berdiri dan kuat untuk hadapinya.

Only ALLAH is sufficient for us.
Always put in our heart.

dan untuk diri ini, yang lemah, firman-NYA ini seperti penenang jiwa dikala saat merasakan diri ini benar-benar keseorangan tidak berdaya dan hampir rebah jua.
Benar-benar mengharapkan pertolongan-NYA sentiasa akan hadir bersama.
ALLAHUAKBAR!

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari kesedihan.

الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

 Semoga semua ini membungakan keindahan dan kemanisan.
InsyaALLAH.

*saya yang lemah, tapi saya ada ALLAH yang Maha Kuat.

Thursday, June 14, 2012

Tepat

Walaupun pilihan kita tepat lewat istikharah,
bukan jaminan kita tidak diuji.
Hidup ini adalah ujian.

Istikharah pun perlu mujahadah!

Betul tu.
 Menghadap langit Ilahi..subhanallah..

*Sangka baik dengan ALLAH.Dia Maha Mengetahui...:)

Wednesday, June 13, 2012

Saya tahu DIA TAHU

Mendapat kekuatan.
Allah menyayangi hambaNya.
Tidak diduga jika kita tidak mampu memikulnya.

Berbaik sangka.
Aturan Allah Maha Hebat.

Mungkin kalau ia tak boleh berlaku lagi, anggap saja masa itu belum sampai lagi.
Belum tepat lagi.

Semoga akan ada hal lain yang lebih baik sebagai ganti.

Ya Allah permudahkanlah...

Monday, April 16, 2012

End User

Bigbangupdates dah jadi satu tab wajib bila aku open Mozilla.
Dah macam baca paper hari-hari.
Cool.
Lattest, konsert Bigbang kat Vietnam berharga USD250K.
Wohaaa, daebak!!
----iklan---

Ok.
Ada beberapa perkara yang ingin ditulis.

1.
Test 2 IDTD telah berlangsung pagi tadi. Hangin sikit sebab benda-benda penting macam ni pun ada juga student yang buat tak endah je. Boleh je dia tak nak datang suka hati.Amboi! Tak pasal-pasal kena buat set lain untuk golongan seperti ini. Tak faham dengan mentaliti dan manner students hari ni. Selalu ambil mudah benda yang penting. Selalu tak fikirkan diri sendiri bila buat sesuatu. Lepas tu selamba kodok je buat tak reti bila dah buat salah. Entahlah. Sigh~

2.
 Selama aku hidup ni, aku semakin banyak belajar. Dulu aku tak faham kenapalah mak selalu nak susah-susahkan hati fikirkan pasal orang lain (especially anak-anak). Aku dah mula faham dari mana datangnya sifat aku. Dan aku ada jawapan untuk diri sendiri sebab aku dah rasa. Salahkah kalau kita nak ambil berat pasal orang lain terutamanya yang kita rasa ada kaitan dengan hidup kita. Kalau kita biarkan saja, tak ke kita biarkan dia kelemasan terkapai-kapai. Adakah kita hidup ini untuk diri sendiri saja? Kita memang dilahirkan dengan sifat "jual ikan" tapi kita pun tak boleh nak selalu turun ke laut tu sorang-sorang kan nak fikirkan diri sendiri saja. Dalam Islam pun ada cakap, selalu berpesan-pesan dan beringat-ingat pada jalan kebaikan. Kita kan satu jemaah, kenapa kita kena bawa haluan sendiri tanpa sedikitpun berpaling menjeling melihat kawan-kawan seangkatan kita. Ambil tahu! Bukan busy body. Ambil berat, atas dasar persaudaraan mungkin.Terpulang. Tepuk dada, tanya hati.

3.
Tiba-tiba je lagu Kupinang Kau Dengan Bismillah menusuk hati. Wah, apakah petandanya?Tuhan aku tak mahukan yang lain dari apa yang Kau tentukan untukku. Restuilah aku, jadikan dia yang terakhir untukku. Aminn..
---background music: Kupinang Kau Dengan Bismillah---

Bukankah kita semua berkongsi menggunakan sumber yang sama?
 Kenapa kita harus pentingkan diri?


*Taufiq is my student who listens Bigbang's songs. (perlu ke acknowledge kat sini?hahaha) :))

Friday, April 13, 2012

Starting Point

benda paling susah nak dapat masa aku kecik2 dulu.

Bila dah besar ni, dah kerja dan pegang duit sendiri, semua keinginan masa kecik2 dulu cuba dipenuhi.
Tak nak terima kenyataan diri dah tua kot.Huhu.

Aku rasa ada reason kenapa mak abah masa kami kecik2 dulu banyak yang mereka tak dapat nak bagi.
Berbezanya sekarang, kalau cucu-cucu minta rasanya 90% mereka akan beri.
Tentulah!
Dulu semua serba kekurangan.
Abah masuk Felda, bawak keluarga dari kampung.
Semua pun kena bersedikit-sedikit dan berjimat-jimat.
Barulah dapat beri makan pada kami semua.
Susahnya hidup masa tu mungkin anak-anak buah aku tak dapat nak gambarkan.
Semua yang berada di permulaan itu tentulah tak semegah dan sesenang yang sudah lama siap.
Banyak yang kena buat, kena harungi.

Sekarang ni bila negara dah sampai tahun 2000-an, banyak kemajuan yang boleh dibanggakan.
Semua orang cakap orang Felda dah senang, alhamdulillah.
Apa yang aku boleh cakap memang ada perbezaan.

Dulu abah muda dan tegap untuk buat kerja-kerja berat.
Sekarang abah dah tua.
Selalu kurang sihat.
Dulu abah  sangat tegas.
Sekarang abah dah ok, cucu minta duit pun abah senang hati bagi.
Sebab abah dah alami, dan kenapa tidak sekarang kesenangan itu dikongsi dengan generasinya.

Jadi,
kata abah sekarang ni carilah harta sendiri.
Beli apa yang dulu aku tak dapat sebab abah tak mampu nak bagi.
Lebih berbaloi.
Abah dah open.
Abah cakap apa yang aku nak buat dalam hidup aku contohnya macam aku nak beli kereta ke rumah ke nak kawin ke, semuanya aku yang pilih dan tentukan.
Sebab bukan untuk abah semua tu.
Ye betul tu.

Sebenarnya aku aku tak sedar semua tu sampailah bila aku hadapi sesuatu kesukaran dan permulaan itu sendiri aku mengerti pengorbanan abah dan mak masa kami kecik2 dulu.
Aku rasa semuanya akan baik-baik sahaja nanti.
Mungkin apa yang kita nak belum boleh dapat pada suatu masa itu kerana ada masa lain yang lebih tepat Allah akan berikan juga.
InsyaAllah.

Lepas aku beli pensel warna tu, aku pun tak tahu apa sebenarnya aku nak buat dengan benda tu.
Maknanya aku mengikut kehendak dan bukan keperluan.
Huh, nampaknya nafsu berbelanja aku kenalah aku kawal. Hahaha! :p
 
*belajar untuk menjadi cool.tidak cepat gelabah ayam.macho dan rilek macam Woon. :)

Thursday, April 12, 2012

Pelangi

Tentulah ada banyak ayat yang kita dengar tentang "kehilangan".
Paling klise adalah kita akan merasakan sesuatu itu berharga bila kita telah pun kehilangannya.

Kehilangan itu ada banyak cara, tetapi rasanya sama.
Yang pasti hilang itu buat kita tak boleh nak tengok atau jumpa ia lagi.
Sakitnya, hanya orang yang pernah kehilangan saja boleh bercerita.

Tak kisahlah apa pun subjek atau objek, orang atau benda, kalau dah hilang memang akan memberikan impak.
Kecil atau besar kesannya, terpulang pada individu yang menghadapinya.

Adakah perubahan juga merupakan suatu kehilangan?
Maksudnya di sini, apabila sesuatu atau seseorang yang kita sudah terbiasa dengannya berubah menjadi sesuatu yang lain, apakah kita akan rasakan kehilangan juga?

Mungkin!
Suatu yang biasa menjadi tidak biasa pada kita, maka kita akan merasakan tidak selesa dan tidak sama seperti dulu lagi.
Tapi kita kena faham dengan jenis perubahan yang bagaimanakah dialaminya.
Kalau ia menjadi yang lebih baik, itukan lebih elok.
Jika sebaliknya malah membuat kita rasa ia tak patut terjadi, apalah yang kita boleh lakukan.
Paling-paling pun hanya boleh memalingkan wajah ke arah lain.

Entahlah.
Apa pun, berbalik kepada persepsi yang optimis dan berbaik sangkalah.
InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan dapat menerimanya.

Yang penting jangan terlalu lama dibawa dalam hati.
Kalau pun kita tak mampu nak buangnya secara drastik, ambillah masa.
Apabila tepat masanya, kita akan sendiri merasa lega dan hikmahnya atas kehilangan tersebut.
Bukankah Allah lebih mengetahui dan boleh jadi Dia telah menyimpan sesuatu yang lebih baik buat kita.

 warna-warni macam perasaan kita. :)
[google image]

*Apabila Allah turunkan hujan, kita merasa susah hati tetapi kita lupa bahawa selepas hujan berhenti, akan terlukis pelangi yang indah dan menenangkan. Wallahua'lam...

Thursday, March 29, 2012

what I want is what I've got

All that I want
In my life
Is the feeling of peace

Found out what I dream of
And I looked it up
At this very moment
What I want is what I've got

                                          ~Westlife

Kita selalu mengharapkan apa yang kita mahu itu menjadi kenyataan.
Bila kita tidak memperolehnya, kita tak puas hati.
Padahal, pada suatu masa apabila kita berfikir semula dengan apa yang kita dapat sekarang barulah kita sedar sememangnya itu yang kita pernah mahukan suatu waktu dulu.

Haa, Tuhan akan bagi juga apa yang kita mahukan.
Cuma cepat atau lambat saja.
Tapi selalunya kita akan sedar yang kita sudah pun memilikinya bukan pada masa yang kita hajatkan.
Dan pada masa itu boleh jadi kita dah tak mahukannya.

Entahlah.
Manusia.
Begitulah.
Agaknya sebab tu timbul pernyataan berunsur kecewa seperti "kita akan merasai kewujudannya bila kita sebenarnya sudah pun kehilangannya" atau pun "kita tidak sedar yang kita memilikinya sehingga kita kehilangannya".

Masa ia ada dengan kita, masa ia memang confirm kita punya, masa tu kita tak hargai malah kita mahu larikan diri darinya.
Bila ia betul-betul sudah pergi, lalu kita mati akal di situ.
Makanya, berpada-padalah dan bersederhana.
Jangan jadi macam perumpamaan "yang dikendong tercicir, yang dikejar hilang pasal laju sangat tak dapat nak kejar".

Bagaimana pula kisahnya kalau sesuatu atau seseorang itu berubah daripada yang kita sudah biasa kepada suatu yang kita tak biasa dan tak suka langsung?
Nantikan pada entri seterusnya..



*dalam 1 jam lebih akan bertolak ke KL, idea tiba-tiba terjah.tulis jangan tak tulis.hehehe

Wednesday, March 14, 2012

Carilah

Kata orang- orang berilmu, bila kita dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu maknanya kita terpilih mendapat jemputan dari Allah. Yelah, kalau pergi kenduri walimah pun kena ada invitation card kan. Nak nak kalau majlisnya kat hotel berbintang-bintang. Bukan sebarang boleh masuk, kena ada bukti sahih kita dijemput. Alhamdulillah,bertuahnya kita jika mendapat jemputan istimewa daripada Allah untuk hadir ke majlis ilmu. Sebab kita diberikan peluang, nikmat sihat dan masa untuk menerima sesuatu ilmu yang bermanfaat untuk kita dan juga orang lain. Macam orang selalu cakap, pergi haji pun suatu jemputan Allah ke rumah- NYA kan. Subhanallah!

Bila kita datang dan menimba ilmu, barulah kita sedar banyaknya yang kita tak tahu. Banyak rupanya yang kita lompong dan perlu tambah. Dan yang paling penting, kita rasa dekat dengan- NYA. Pernah seorang kakak yang memberikan kuliah di surau berkata, kekuatan itu milik Allah dan hanya Dia yang berhak nak beri kat siapa pun. Kalau kita rasa sedih dan susah, tak ada orang boleh berikan kita kekuatan melainkan Allah. Bila Allah nak bagi hati kita tenanglah maka tenanglah hati dan berlapanglah dada kita. Dalam surah Yasin pun ada sebut- Kun Fayakun; bila Allah kata –jadi, maka jadilah. Lepas tu kalau kita nak Allah masuk dalam hati kita, kita kenalah keluarkan perkara selain dari Dia seperti perkara-perkara yang menghalang cahaya dan petunjuk Allah dari sampai kepada kita.

Banyak input yang kita boleh dapat kalau kita selalu hadir kuliah ilmu. Kita ni hamba. Kita ni insan. Tiga sifat insan adalah jahil, fakir dan lemah.  Kadang-kadang kita lupa dan jahil fasal sesuatu perkara jadi kitalah sendiri kena usahakan untuk cari ilmu tu. Sama juga dengan halnya kalau kita nak perlukan kekuatan dan pertolongan dari Allah, kitalah kena cari dan dekatkan diri pada-NYA. Kita kena meminta dan memohon serta bergantung harap pada-NYA.  Kita akan merasakan kehambaan yang menebal dan rasa ada pergantungan dengan berdoa dan merintih kepada Allah. Jangan putus asa dan teruskan berusaha, di hujungnya nanti barulah takdir tercipta, insyaAllah.


“Jika kita kejar dunia, dunia akan tinggalkan kita. Oleh itu kejarlah akhirat, nanti dunia akan datang pada kita. InsyaAllah”

Friday, March 2, 2012

pandanglah diri sendiri dahulu


Ingin menjadi baik pada diri sendiri sebelum orang lain.
Take care yourself! 

*tak sabar menantikan Runningman vs BigBang. Daebak!!

Tuesday, February 28, 2012

damaikan hati

Terjumpa satu blog.
Asalnya nak cari pasal artikel "Maaf" kat majalah.
Interesting juga.

Orang yang banyak melalui kesedihan & kesulitan dalam hidupnya selalu akan ada banyak ayat-ayat pemberi kata semangat pada dirinya.
Dia mengambil pengalaman hidup dan perasaan yang mendalam itu sebagai suatu yang positif.
Memberikan dia lebih kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan.

Tak sepanjang masa kita berada dalam keadaan yang senang dan berlapang dada.
Ada ketika tiba-tiba kita dirundung murung dan sampai ketika kita rasa mahu menghilangkan diri.
Ada baiknya pada ketika itu kita bermuhasabah.
Membaca dan mencari sesuatu yang boleh bagi kita manfaat.
Menambah ilmu dan meletakkan diri kita juga pada orang lain yang jauh lebih susah dari kita.

"I cried because I had no shoes, then I met a man who had no feet"


*tiba-tiba suka kat TOP sangat banyak! keh keh.

Wednesday, July 20, 2011

i want crown light stick BB

Sejak seminggu dua banyak membaca blog penulisan.
Gentarasa antara paling banyak aku duk tenung lama.
Kenapa?
Sebab ada sesuatu di situ.
Biasanya kalau aku blog-walking, aku hanya akan baca tajuk dan sebaris dua ayat awal perenggan.
Entah kenapa selepas banyak kali dicadang oleh seorang teman,
dan aku sendiri tertarik untuk membacanya, aku betul-betul membacanya.
Kadang tak sedar sudah sampai ayat perenggan terakhir.
Ilmu.
Sungguh.
Ia ada, kita saja yang malas mahu manggalinya.
Banyak artikelnya yang memang dekat dengan kita dan ada juga terkena batang hidung sendiri.
Memang banyak pengajarannya.

Indeed!
Ada suatu masa bila kita dalam situasi yang menggelisahkan dan meresahkan hati,
kita sebenarnya perlu cari satu 'ruang' atau 'dunia' asing untuk diri sendiri.
Suatu 'tempat' yang orang lain tak tahu.
Hanya rahsia kita seorang je.
There, we release and spill out apa yang menyesakkan dada kita.
Mungkin pada kita ia umpama 'escaspism' tapi bolehlah dikatakan macam tu.
Boleh jadi 'dunia asing' tu betul-betul suatu tempat di alam nyata or perlakuan or time period or else.

Bila kita tak faham diri kita, masa ni lah kita akan duk banyak merenung dan menenung.
Memikirkan suatu yang buat kita rasa tak tenang.
Apapun there must be a way untuk keluar dari benda-benda tak best tu kan.
Mungkin itu semua tarbiyah.
Ujian yang kita adalah insan terpilih untuk mengharunginya.
Banyakkan bersabar.

Macam hari ni,
aku 'masuk' dunia asingku (tanpa ke mana-mana) dengan membaca up-date news BigBang sambil telinga dialun dengan himpunan lagu hits BigBang & Suju.
Baru lepas baca linked page yang adik aku bagi.
Kelakar juga selepas aku tarik nafas dan cuba kembali ke dunia nyata.
Apa aku buat tadi?
Did I cry?
Yeah.
Aku tenggelam dan merasakan kesedihan.
Bila aku melihat DG,TOP,Taeyang and Seungri tanpa Daesung!
Daesung memujuk:
baby don't cry baby don't cry.
BigBang is back but still incomplete.


GD seems to cry.oh, me too.

without daesung.incomplete.no spirit.
(source:bigbangupdates.com)

Now,
i'm a bit ok.
Takpe, apa yang berlaku lewat kebelakangan ini macam obstacle.
Kita harung kita harung.
Ia akan tinggal di belakang juga nanti.
InsyaAllah.
Selalu mohon kekuatan sebab DIA lah satu-satunya yang memberi.
DIA memberi dari arah yang tidak disangka-sangka.
Berulang-kali membaca maksud ayat 2-3 surah At-Talaq.
Benar!


*pergi ke Giant hanya untuk beli Milk Tea Choc itu adalah suatu cara mencari diri dalam dunia asing.cewah.tapi ada orang cakap kerja sia-sia..what ever!

Thursday, July 7, 2011

ikrah fil qalb

Kita selalu mengalami masalah sukar untuk berterus-terang.
Kita selalu memikirkan apa akan jadi kalau kita berterus-terang.
Padahal kita tahu dengan berterus-terang, segala yang kelam itu akan tertunjuk.
Tapi masalahnya kita bagaimana mahu melakukannya?

Kita kekurangan dari segi komunikasi mungkin.
Tidak tahu bagaimana cara mahu berterus-terang.
Mahu menjaga banyak hati dan mahu menjaga banyak hubungan dua hala.
Sebab kita bukan manusia yang suka jadi troublemaker.
Kita mahu jadi manusia yang aman.

Selalu memohon agar hubungan sesama manusia dipelihara.
Sebab bila kita mati, kita takkan tanam sendiri.

Setiap manusia ada limit. 
Kadang-kadang meluahkan itu perlu.
Ambil masa, fikirkan. InsyaAllah.
Bertenang, bersabarlah.





*kita cuma tidak berdaya. 
hati.hate.hati.

Monday, April 18, 2011

shut up

seketika menjadi orang yang yg pendiam ni,
ada baiknya.
masa tu, menganalisis diri dgn lebih banyak.
melihat sekeliling dan memikir.

time is flying.
dan kita pun kadang2 tak rasa.

banyak perkara yang kita akan fikir.
bila kita diam.

berubah untuk menjadi yg lebih baik.
bagus.

google image
*silence is a way of self-improvement...

Friday, January 28, 2011

tolong ingatkan aku

one thing yg aku perasan tentang diri sendiri adalah
-lupa password-
dah sekian lama,
lewat tahun lepas gila up-date,
tiba2 awal tahun ni nak up-date balik
tapi aku dah lupa password nak masuk akaun tu.
range dia dalam 2 bulan.
singkat juga memory aku ni.
huhu.

macam aku lupa password akaun internet utk bank,
menjajar aku cari akhirnya aku mmg fail utk trace back.
nasiblah, manual je aku kuar masuk duit.

that's one reason kenapa aku kurang prefer guna teknologi bagai ni
esp. yg melibatkan urusan duit, profile kerja, etc.
sbb the security system needs ur rite password to access.
bagus mmg bagus.
sbb cepat
tapi kadang2 bengang juga kala dia buat hal, hang ke apa ke.


kalau password guna cap jari ke iris mata ke ok kot hehe.
tp yang pakai ingat segala bagai ni aku cam susah sikit lee.
orang cakap jgn biarkan password anda diingati orang or
jangan simpan password anda di tempat yg orang lain boleh trace;
contoh macam dalam lipatan kertas letak dalam wallet,
tulis kat kalendar dinding or dalam diari
dan asingkan password dari kad access anda.
ok!

takpelah.
maybe i need a good password management.
emm..cane ek?
kena pikir dulu..



* sebenarnya hal macam ni nak ingatkan awak yang awak tu dah dimakan usia...neuron cells awak pun banyak yang menghampiri expired date kot..muhasabah..^_^

Tuesday, August 24, 2010

cukup bagus

Resolution.
Sebenarnya sebelum2 ini pun nak buat.
Dan bila Ramadhan dah sampai, ia jadi resolution utk Ramadhan pula.

Yang lebih baik, setiap hari cuba buat.
Cuba adakan.

Selepas semalam, aku jd bersemangat utk melaksanakannya.

Semalam.
Aku berbuka bersama seorang teman.
Lepas solat maghrib, aku lihat dia duduk termenung.

Aku bertanya.
Katanya; bermuhasabah.
Merenung diri.
Katanya;
Kawan2 dia dah ramai yang 'pergi'.
Dengan pelbagai cara.
Sebab katanya; itu bahagian masing2.
Esok lusa kita tak tahu, kita macam mana.
Katanya; mengingati mati itu sunat.
Itu kata Nabi juga.

Aku turut merenung karpet.
Aku pun terfikir.
Umur muda bukan tiket untuk tak payah berubah dan merasa selamat.
Bukan jaminan awak tak akan di'panggil' awal.

Justeru,
Kalau aku tak berubah sekarang.
Kalau aku menunggu beberapa tahun lagi.
Adakah sempat?

Sedangkan jelas.
'Ia' takkan menunggu.
Tak cepat, tak lewat.
Walau sesaat.
Tepat!
Itu janji-Nya.

Sebab tu.
Lewat doa, kita (aku dan kau),
harus memohon agar mencapai khusnul khatimah.
InsyaAllah.

* being good is good...

Thursday, July 2, 2009

sayang

pernah tak kita suatu ketika merasakan kesusahan yang berat.
dugaan tu terlalu hebat utk kita pikul.
kita nak menangis sampai banjir daerah sekitar pun rasanya belum tentu terluah lega.
masa tu kita tak tahu dan tak terfikir pun ada orang di sekeliling kita yang boleh menolong, sekurang2nya sedikit meringankan perasaan kita.
mungkinlah masa tu kita akan teringat kat orang terdekat macam famili, mak abah, akak abang dan lain2.
tapi selalunya kita tak sempat nak ingat siapa2.
melainkan pada suatu kuasa yang maha hebat dapat memberikan keajaiban.
ketika itu, mesti kita selemah-lemah hamba ini akan bersandar padaNYA.

setiap manusia, dalam hatinya mesti ada kepercayaan pada suatu yang lebih berkuasa darinya.
dan sebagai mukmin, kita percaya ALLAH MAHA BERKUASA.
kita bergantung padaNYA.
segala kesusahan hati kita luahkan padaNYA Yang Maha Mendengar.
kita berbisik lembut, halus dengan hati kita yakin ALLAH mendengar aduan kita, tangisan kita.

pernah sehingga kita mengeluh tanpa kita sedar semua ujian itu ALLAH tak datangkan sia2.
pernah kita rasa hampir putus asa kerana menyangka itulah penghabisan segalanya, padahal ALLAH ada sesuatu yang DIA simpankan untuk kita yang lebih baik lagi.
kita merintih dan bersedih...

sehingga suatu saat bila ALLAH datangkan pertolonganNYA, kita merasakan sangat lega.
tenang.
lepas.
bebas.
waktu itu baru kita buka mata hati bahawa hikmah dugaan yang kita hadapi itu lebih manis.
alhamdulillah.
setiap sesuatu itu insyaAllah ada baiknya.
dan kita mohon saja agar semuanya baik2 selalu.
ameennn...

dan sesungguhnya ujian, dugaan, masalah itu tak berhenti.
cuma bagaimana cara kita uruskan, kawal, hadapi dan selesaikan.
dan sentiasa sandarkan dalam hati supaya ALLAH akan menolongkan kita.
memudahkan ia bagi kita.

wallahua'lam...
~menyampaikan walau satu ayat~

Wednesday, June 17, 2009

tak kisahlah enjin cps ke campro ke mitsubishi ke...

saya memang kureng kalau bercerita mengenai kereta.dulu, zaman2 saya belajar dulu biarlah orang bercerita mengenai kereta beria-ia saya tetap duk camtu gak.pasal saya satu pun tak tau pasal benda kaki 4 [kaki ke?? hehehe] bentuk bulat tu.yang saya tau saya naik kereta, duduk diam2 kat dalam, pahtu kereta bergerak bawak saya.

tapi kalau orang suh saya duk seat depan sebelah driver, saya sangat suka.dah la duk depan, dapat tengok jalan, pahtu tak yah pun nak bawak kereta tu.hehehe.oleh sebab itu, saya menjadi co-pilot agak lama.bertahun2 jugak la.bila kak cik ke abah ke bawak kereta,saya akan cepat2 chup duk depan.saya suka ingat jalan, tengok signboard.lagi2 pergi tempat baru saya akan cuba map dalam kepala supaya nanti bila2 datang lagi saya bersedia untuk jadi co-pilot.hehehe.

itu dulu.sekang saya menjadi co-pilot lagi tetapi bukan untuk ingat jalan tapi untuk tengok macam mana gaya abah, abang, kak cik, kak ngah, kakak, abang ngah,abang nasir, kak yam, kak awin, din, naimah, sya2,tim dan lain2 bawak kereta pulak.macam2 cara,macam2 petua dorang curah habis kat saya.huhu.sampaikan pakcik bas yang saya naik hari2 tu pun bawak pun saya tengok.

how to control your steering, clutch, gear, your focus, peraturan jalan, cara memotong, dipotong, double line,line putus2,highway,traffic light,jarak selamat, dan dalam banyak2 tu saya paling cuak di kawasan bukit.huhu.scary.semua orang pun ada rasa cuak [lagi2 beginner macam saya ni], nak2 pulak time tu berderet kereta kat belakang saya.kalau takat dalam litar saya sorang2 pusing kira ok lagi.tapi bila masuk real situation,huhu.kena berani je laa.yakin sikit.haha.

kata kakak bawak kete kena tenang, yakin dan berani.hati tak leh kecik.dan bila tak tenang, tak sedia baik jangan bawak.mual2 pegang steering memang ada rasa takut, lama2 dah biasa.semua orang pun macam tu.

untuk semua perkara, semua orang take time to adapt it.jadi itu semua normal.yang penting bagi saya kita sendiri kena yakin untuk meyakinkan orang lain.hmm...yang penting jalan terus.JLN terus ok!

macam hidup kita juga.kita sendiri kena kuat, yakin dan berani untuk teruskan hidup.kita sendiri pegang 'steering' hidup kita.orang lain duk tumpang 'kereta' kehidupan kita.ada duk sebelah, ada duk belakang.pahtu dalam booth belakang ada letak barang.

sepanjang jalan ada macam2 hal.kata abang nasir, bawak kereta kena membayangkan.sebab kita tak tau apa akan berlaku.ada orang nak berhenti tapi lampu brake tak function, ada orang nak belok tapi terlupa bagi signal, ada orang nak memotong kita tapi gatal2 nak himpit kita dan macam2 lagi.semuanya kita kena expecting, kena bayangkan kemungkinan2nya.huhu.yang penting kita bersedia bila kita berupaya membayangkan.membayangkan membuatkan kita ada back-up plan.

apapun hidup kena terus hinggalah sampai masa kita pun tatau enjin kita dah tak berapa elok untuk digunakan.yang itu kita kenalah servis pulak.dan macam hidup kita,mengingati mati itu adalah sunat.bila life circle dah sampai stage 'end' kita kenalah beringat.sebelum2 tu pun janganlah belasah harung je enjin tu, jaga2 lah.semua benda ada expired date kan.huhu.macam juga hidup kita,nyawa kita, kesihatan kita.

kalau kereta ada insurans, eloklah kita pun ada insurans.insurans kereta untuk kita,insurans kita untuk orang2 di 'belakang' yang kita tinggalkan...astaghfirullah,semoga Allah mengampuni kita..ameennn..

wallahua'alam.setakat yang saya tahu..menyampaikan walau satu ayat..insyaAllah..:) dan kalau blh biarlah saya sendiri yang maximum guna lifespan enjin tu baru puas hati sebab hidup cuma sekali kat dunia ni..