Wednesday, September 7, 2011

always ask why

Up-date selepas puasa.
Hari raya baru lepas seminggu lebih.
Akhirnya raya tahun ini tanpa baju raya.
Nasib baik ada kak long yang murah hati bagi baju.
Thank u so much sis! :)

Ketika di Malaysia,
open house masih rancak di mana-mana rumah.
Aku sudah pun berada di utara bumi gajah putih.

Walaupun baru 4 hari di sini,
aku sudah merindui orang di tanah air.
Rasa macam dah 4 tahun tak balik.
Huhu.

Aku menghabiskan malam dengan melayari fb dan menonton video2 yang aku rakam sebelum pergi.
Rindunya pada mak, abah, anak2 buah, adik beradik, kawan2, students dan dia.
Nasib baik ada Truemove.
Memberikan harga yang agak murah untuk menelefon M'sia.
Tapi topup selalu habis.
mana boleh macam ni, nanti takde duit pulak nak beli ole2.

3 hari masuk kuliah,
aku masih perlu adapt.
Aku sudah kena spot sebagai kaki tido.kehkeh.
Aku memang mengerti kalau students ku ada yg tidur ketika kuliah sebab aku pun alergi kuliah.

Eh ,kenapa bahasa aku dah macam susunan indonesia ni?aduh.
Ini semua kerana channel satelit memaparkan siaran indonesia.
Kalau tak haram aku tak faham bahasa Thai.
Tapi best jugak sebab K-pop hari2 bisa aku tonton dengan gembira.kehkeh.

*sayangi negara anda dengan betul2. :)

Sunday, August 28, 2011

ucapan hari raya

Last weekend.
Bersama dengan ex-coursemate berbuka di The Gardens, Mid Valley.
Since kat situ ada macam2 jenis makanan termasuklah makanan korea,
aku dengan tanpa memikir -kena ke dengan tekak- telah order 1 set siap dengan kimchi soup.
Harganya > harga tol Tangkak-KL..kehkeh.
Memandangkan begitu,
lambat-lambat telah menghabiskannya.
Nasib baik dibantu oleh kawan2 yang biasa makan makanan oversea ni..huhu.

Dah lama juga tak turun KL.
Sebab tu sanggup turun bila dorang ajak berbuka.
Ye lah, sebab tak tahu bila tahun lagi akan boleh berjumpa dan lepak sama2.
Semua pun sibuk dan most of them duk KL tapi kitorang tak.
Panjang umur, ada jodoh hope dapat jumpa lagi ok.

entah apa ke nama dia aku susah nak ingat.
tapi aku biasa tengok dlm drama korea menda ni.

Hari ini dah masuk 28 Ramadhan.
Sat lagi pejam celik dah pagi raya.
Selamat hari raya ye.
Maaf zahir dan batin.

Raya tahun ni tak berapa seronok sebab lepas tu kena jadi perantau.
Dah start mikir, dan sedih2 je.
Semoga Allah berikan kekuatan & ketabahan menahan hati merindui yang tersayang.
Positif!

*baju raya tak beli lagi.macam takde hati je...:'(
**akan merindui milk-tea-shake-choc Giant Tg Agas.huhu

Thursday, August 18, 2011

terbaik!

Ya.Kembali.
Ada cerita baru untuk slot Ramadhan.
Sebab previous entri terselit mengenai juadah berbuka kan.

Ahah!
Semalam 1st time berbuka secara buffet.
Orang belanja.
Haruslah jangan menolak.
Dekat Marina Bay, Muar.
Oh, cantik tu view dia.
Meja kitorang betul-betul sebelah air laut.
Bayangkan saja langit merah nak masuk waktu maghrib.
Subhanallah, sangat cantik!

12 hari terakhir.
Diserang sakit gigi.
Kurang sihat.
Kurang makan.

Miggu depan harus balik kampung awal.
yeay!

*menanti kad raya.

Wednesday, August 17, 2011

tak cukup

Entri Ramadhan.

Dah separuh bulan selesai.
Nak bagi tazkirah pun tak berapa pandai sangat.
Selalunya orang cerita pasal makan berbuka dan solat tarawih.

Oh ye.
Hari ni Nuzul Al-Quran.

13 hari lagi nak raya.
Baju raya kaler hijau pucuk pisang nampak menarik.

*tak ada idea buat masa ni.tq. ;)

Wednesday, July 20, 2011

i want crown light stick BB

Sejak seminggu dua banyak membaca blog penulisan.
Gentarasa antara paling banyak aku duk tenung lama.
Kenapa?
Sebab ada sesuatu di situ.
Biasanya kalau aku blog-walking, aku hanya akan baca tajuk dan sebaris dua ayat awal perenggan.
Entah kenapa selepas banyak kali dicadang oleh seorang teman,
dan aku sendiri tertarik untuk membacanya, aku betul-betul membacanya.
Kadang tak sedar sudah sampai ayat perenggan terakhir.
Ilmu.
Sungguh.
Ia ada, kita saja yang malas mahu manggalinya.
Banyak artikelnya yang memang dekat dengan kita dan ada juga terkena batang hidung sendiri.
Memang banyak pengajarannya.

Indeed!
Ada suatu masa bila kita dalam situasi yang menggelisahkan dan meresahkan hati,
kita sebenarnya perlu cari satu 'ruang' atau 'dunia' asing untuk diri sendiri.
Suatu 'tempat' yang orang lain tak tahu.
Hanya rahsia kita seorang je.
There, we release and spill out apa yang menyesakkan dada kita.
Mungkin pada kita ia umpama 'escaspism' tapi bolehlah dikatakan macam tu.
Boleh jadi 'dunia asing' tu betul-betul suatu tempat di alam nyata or perlakuan or time period or else.

Bila kita tak faham diri kita, masa ni lah kita akan duk banyak merenung dan menenung.
Memikirkan suatu yang buat kita rasa tak tenang.
Apapun there must be a way untuk keluar dari benda-benda tak best tu kan.
Mungkin itu semua tarbiyah.
Ujian yang kita adalah insan terpilih untuk mengharunginya.
Banyakkan bersabar.

Macam hari ni,
aku 'masuk' dunia asingku (tanpa ke mana-mana) dengan membaca up-date news BigBang sambil telinga dialun dengan himpunan lagu hits BigBang & Suju.
Baru lepas baca linked page yang adik aku bagi.
Kelakar juga selepas aku tarik nafas dan cuba kembali ke dunia nyata.
Apa aku buat tadi?
Did I cry?
Yeah.
Aku tenggelam dan merasakan kesedihan.
Bila aku melihat DG,TOP,Taeyang and Seungri tanpa Daesung!
Daesung memujuk:
baby don't cry baby don't cry.
BigBang is back but still incomplete.


GD seems to cry.oh, me too.

without daesung.incomplete.no spirit.
(source:bigbangupdates.com)

Now,
i'm a bit ok.
Takpe, apa yang berlaku lewat kebelakangan ini macam obstacle.
Kita harung kita harung.
Ia akan tinggal di belakang juga nanti.
InsyaAllah.
Selalu mohon kekuatan sebab DIA lah satu-satunya yang memberi.
DIA memberi dari arah yang tidak disangka-sangka.
Berulang-kali membaca maksud ayat 2-3 surah At-Talaq.
Benar!


*pergi ke Giant hanya untuk beli Milk Tea Choc itu adalah suatu cara mencari diri dalam dunia asing.cewah.tapi ada orang cakap kerja sia-sia..what ever!

Thursday, July 7, 2011

ikrah fil qalb

Kita selalu mengalami masalah sukar untuk berterus-terang.
Kita selalu memikirkan apa akan jadi kalau kita berterus-terang.
Padahal kita tahu dengan berterus-terang, segala yang kelam itu akan tertunjuk.
Tapi masalahnya kita bagaimana mahu melakukannya?

Kita kekurangan dari segi komunikasi mungkin.
Tidak tahu bagaimana cara mahu berterus-terang.
Mahu menjaga banyak hati dan mahu menjaga banyak hubungan dua hala.
Sebab kita bukan manusia yang suka jadi troublemaker.
Kita mahu jadi manusia yang aman.

Selalu memohon agar hubungan sesama manusia dipelihara.
Sebab bila kita mati, kita takkan tanam sendiri.

Setiap manusia ada limit. 
Kadang-kadang meluahkan itu perlu.
Ambil masa, fikirkan. InsyaAllah.
Bertenang, bersabarlah.





*kita cuma tidak berdaya. 
hati.hate.hati.

Friday, July 1, 2011

baby don't cry

Habis untuk minggu sebelum semester baru.
Di samping menjalankan tugas ajk msr,
kami juga hadir kursus.
Last, dapat makan besar! ;p

Action!

Fokus.bukan kat depan tapi kat lensa.hehehe.


Action je tu.


Saat menantikan seafood dihidang.kehkeh.


Pose iklan paling perasaan.ha ha


Terbaiklah! :)

Mulai minggu depan.
Memulakan kelas seperti biasa.
Lepas tu bulan puasa dan raya.
Nantikan pics akan datang.
:))


*Time's flying that we don't realize it brought so many precious memory.

merah hijau hitam

After 2 weeks.
Duk kat kolej dari pagi sampai ke hampir tengah malam.
Ia berakhir jua.

Menjayakan-dengan terkial-kial- sebanyak 7 projek wiring (scale 9 pada scale aku).
Sungguh letih!
Siap mengalami sakit lutut yang agak kronik dibandingkan dengan rakan seusia mudaku.
Sebab kalau orang tua itu adalah biasa bila bendalir sinovial atau sendi mulai susut.
Tu termasuk kejadian-kejadian aneh di malam hari masa di bengkel.kehkeh.
Mencabar betul!

Tapi akhirnya boleh tersenyum juga.
Bila gambar seperti di bawah menjadi bukti.
Dalam hati berkata sambil mengisi survey form -"tobat! tak yah ada lagi kursus lanjutan.huhu."
 
Ini projek ke 7 (penutup).

Bukan technician sebenar.

Sampai lampu lab jadi kuning nak siapkan menda alah ni.
(Masa ni dah tak reti nak bezakan kaler ha ha ha)

1st time operate menda alah ni. Biasa nampak kat peti karen kat rumah je.

Mungkin simple pada yang terer
tapi pada aku yg beginner ni adalah hasil bermakna bila lampu menyala. ;)

Sekian untuk wiring course.
Selepas ini OBE course pulak.

*meminati sesuatu dengan tidak meminati sesuatu samalah maksudnya dengan suka sesuatu dengan tidak suka sesuatu. ~pening.

Thursday, June 16, 2011

kau sketch ikut suka kau

Minggu ni & minggu depan.
Kita kena ikut kursus wiring.
Penat.
Ngantuk.
Letih (eh?sama je kan).
Kelas sampai malam.
Macam masa belajar dulu je.
Dari kul 8 pg sampai 10 malam.
Aduh.
design rumah hasil kerja bukan seorang arkitek.keh.keh.

Oh.
Sebelum tu,
kita dah lalu  highway Desaru yang baru buka tu.
Sebenarnya teruja nak naik jambatan yang rentas laut tu je.
Sebab sebelumnya,
tiap kali g makan ABC kat Teluk Sengat dok tengok je dari jauh.
Akhirnya lalu juga atas jambatan tu.

hadi & hafiy.geng motor baru hadi.ha ha.

*oh rupanya malam tadi gerhana bulan.lagi pun mmg dah tengah2 bulan Rejab je ni pun.sebulan lagi puasa. :)
**nota kaki: entri ini ditulis sebelum masuk kelas wiring pagi ini.kehkeh.

Monday, June 13, 2011

air jagung

Bila kita mengira masa,
lambatnya dia.
Bila kita buat tak tahu,
tak sedarnya dia jadi 'kedekut' dengan kita.
Sedar-sedar,
"eh dah terlepaslah",
"cepatnya dia",
tak pun,
"apasal tak menyempat-nyempat ni?"
air jagung vs air nyiur di Pantai Batu Burok, KT.

Jeti yang tersinggah

just before true sunset

ada macam kat Ausie je.keh.keh.

*sedang mencari jawapan yg sebenarnya ada tapi entah kenapa 'tak nampak' ye?