Wednesday, February 25, 2009

rasa nak menangis juga...

isu untuk hari ini:

#1 slip gajiku menghilang lagi
~aku dah cukup bersabar je.bulan lepas dibawa lari ke batu pahat.bulan ni aku tatau mana pulak dia sorokkan diri.tolonglah ada.at least bulan depan.aku betul2 gagau.ke manalah aliran duitku.susah juga nak buat kira2.maklum sajalah,sekarang ni kena betul2 merancang belanja.kena simpan2.kena beringat2.tapi kertas yang ber'sealed' tu entah mana dia merajuk bawa diri.sabarkan ajelah hati untuk bulan ni.
~tindakan yang sangat penting adalah ke HQ.berjumpa CC.aku tak kira aku nak gak slip gajiku!!! uwaaa...

#2 fasa ke-empat
~minggu depan seluruh kehidupan ditumpahkan dengan aktiviti ulang alik Gombak-Kota Damansara.ini semua kerana fasa ini adalah utk 'specialize'kan kitorang kepada 5 jenis pengkhususan.sebabnya nanti kitorang akan dipisahkan department untuk masing2 meningkatkan kualiti kerjaya dan perkhidmatan yang ditawarkan.aku tak tau mahu memilih yang mana tetapi prospek yang sangat cemerlang selalunya di bawah bidang "biomedical imaging".tetapi bidang lain tak kurang hebatnya dan penting untuk memajukan sektor biomedical ini.jadi aku kena bersedia untuk menerima mana2 bidang yang penting itu.hopefully.boleh.yezzarr!!!
~utk itu aku rasa mungkin akan berehat dari blogging ni.wink.

Tuesday, February 24, 2009

dia tetap sama

Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela

Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti

Getaran rasa hati ini

Masih ada kucari

Kau anggap aku berseloka

Dan asyik dalam misteri

Mencari Nur dan kasih Nya pasti

Akhirnya engkau curiga

Katamu aku berdusta

Memperduakan cinta

Mentari di tangan bulan

Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia

Relalah aku korban
Andainya satu hukuman

Kau tinggal diriku

Tanpa satu pengertian

Dan sebenarnya cinta kita

Hanya cinta sementara

Kan hilang jua dibawa arus pawarna

Cinta pada kuterpandang

Kan pudar nafas hilang

Hanya ia menanti ku di
Azali yang suci

Mengertilah kau sayang

Kau harus rasakan ke alam tanpa mati

Dan kita seabadi

Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku
Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi

Rahsiakan kalimah ku

Hingga ia menjadi tanda

Hidup mati bersama

Hidup mati bersama
~Slam, Nurkasih


semalam menonton rancangan yang suka prank orang kaw2 punya yang sangat terkenal di malaysia (bagi mereka yang memang suka menonton laa).dia punya host memang jenis selamber kodok jek (dan kebanyakan kawan2 aku tak gemar dia ni sebab cara dia sangat menjengkelkan) and kira enjoy je tengok.aku suka tengok show ni bukan sebab aku suka gelakkan orang yang dikenakan or apa.cuma nak tengok.memanglah tersenyum juga menontonnya.

episod kali ni tuan punya badan yang kena prank tu adalah penyanyi kesukaanku-Zamani Slam.kelakar jugaklah.minus one lagu "Nur Kasih" dia kena sabotaj.masa tu dia tengah buat show kat pesta konvo MMU.kesian gila tengok dia.tu bukan point kenapa aku tulis entry ni.tapi lebih kepada lagu yang dinyanyikan.

lagu Slam ni, kebanyakannya memang layan ar.lagi2 suara Zamani yang ala2 sengau+lemak merdu tu.suara dia live dan record sama je.cayalah.dia tidaklah terlebih sengau macam seorang penyanyi lelaki lain.yang baru2 ni buat comeback.ntahlah.aku cuma minat Slam dan lagu dia.dan aku nak bercakap tentang ini saja.

mula2 dengar lagu ni cuma hangguk2, humming macam tu la.sebab lirik dia aku tak pernah nak ingat dan tau pun.sajalah.dan setelah aku mencari lirik ni, nah itulah yang aku letakkan di atas tu.lagu ni rupanya ada sifat ketuhanan.pada pemahamanku, cerita ini mengenai kekasih yang mencurigai pasangannya.dia merasakan pasangannya itu mempunyai yang lain di belakangnya.sedangkan pasangan dia tu sebenarnya sudah menemukan cinta sebetulnya.(kira mcm kembali ke jalan yang luruslah tu).dia cuba membuatkan kekasihnya mengerti bahawa cinta manusia,cinta dunia itu tak lama.cintalah kepada Tuhan.abadi selamanya.tulah dia menemukan Nur KasihNYA..alhamdulillah..

~sajalah tulis pasal lagu ni.lagipun suka dengar muziknya~

Monday, February 23, 2009

hati kering

heartleass: lacking feeling (cruel) ~Meriam-Webster Online Dictionary

jenis orang yang bagaimanakah mereka ini?macam mana kita nak kenal mereka yang tergolong dalam kategori ini.sebenarnya tak leh nak cakap jugak tentang ini.cuma dari pengalamanku yang baru dua hari lepas aku lalui, aku sudah temui sebenarnya insan jenis ini.tak ku menyedarinya.4 tahun rupanya dia ni hidup sekelilingku.sebab aku buat2 tak nampak.sebab aku buat2 tak tau.aku buat2 butakan mata.ceh.ni semua sebab soal hati.hahaha.so aku rasa sangatlah kecewa mengenali dia ini.dan aku dah belajar ini semua.itulah lesson untuk aku.terima kasih sebab dia ni ada untuk menunjukkan padaku apakah makna "heartless" atau "hati kering" tu.

~nasib baik rabia dilahirkan dengan sensor yang functionnya di tahap cemerlang =p ~


Friday, February 20, 2009

kotak kecil itu sudah terbuka sedikit

selesai membaca blog imaen.blogdrive.com.kenapa ek tak boleh nak link di sini.mujur aku guna mozilla firefox.jadi blog itu tak ke mana2 kalau aku click tanda 'pangkah' di kanan atas window.nanti saja ada window kecil meminta aku untuk "save and quit".selamat di situ.maka hari2 aku akan menaymbung bacaan di blog tu.aku suka membaca blog imaen seperti aku suka membaca novel2 dan karyanya.aku mula mengenalinya melalui "Vendetta", kemudian hanya kenal "Labyrinth" dari tajuk depan sahaja. akhirnya aku tanpa niat, memiliki "Bohemian" -yang sememangnya buat aku gelak pada setiap chapter.

kelmarin,aku seperti bertekad-kononnya atas alasan seperti dicabar seorang teman-untuk menulis yang serius2 dan lebih general isinya.tapi aku masih belum berjaya memujuk minda, sebab hatiku lebih mudah mendominan cara.maaflah.aku sebenarnya sedang berusaha.justeru aku banyakkan membaca.blog imaen banyak ceritanya aku suka.sebab kedewasaannya dalam penulisan dan pemahamannya dalam dunia dulu dan kini.sebab tu aku pernah cakap,dengan membaca karyanya aku kira aku seperti sudah membaca lebih sepuluh buku pelbagai genre.tapi aku juga tidak hadkan diriku.aku seperti memaksa aku untuk melayari pula akhbar2 online.mencari cerita untuk diulas.apa hasilnya?

kelakarnya.aku macam tak percaya aku buat ini semua.aku yang dulunya jarang2 membelek akhbar tempatan.lebih2 lagi masa zaman belajar dulu.dengan berkira2 untuk membeli akhbar yang life span cuma sehari je (lainlah kalau free memang aku tak lepaskan).dengan kerja sekolah yang terlebih minta perhatian, aku semakin menjauh dengan kertas bersaiz besar dulunya ,sekarang bersaiz compact-boleh kepit bawak ketiak-dengan slogan "lebih kecil lebih terampil"-dan dalam iklan pulak-"zaman dah berubah".mulanya aku tak faham apa kaitan tu semua dengan gaya budak pengedar surat khabar tu dan bagiku kertas bersaiz besar aku dapat lihat lebih jelas gambar2nya.lagi seronok aku membaca sambil meniarap di atasnya semasa aku kecil2 dulu.

tak kisahlah saiznya kecil atau besar, namanya akhbar nak tak nak mesti orang akan baca jugak.yang kelakarnya, kalau satu ketika kecoh dengan sebuah cerita sensasi, kita boleh dapat berbagai versi isi dari pelbagai akhbar.kalau surat khabar ni macam 'cover' cerita,dengan banyak sensored,pergi saja cari surat khabar lagi satu.confirm dalam tu ada versi penuh siap dengan gambar yang clear tak ada selindung2.tu semua strategi meningkatkan pasaran saja.media ni kadang2 kita tak boleh percaya.hingga PM sendiri pernah ingatkan supaya media sila tulis berita yang betul dan benar saja.entahlah.aku hanya pembaca.

bercakap mengenai membaca.bukan bermakna aku langsung tak pandang surat khabar.sebabnya aku juga suka membaca akhbar.cuma malas saja yang lebih.ingat lagi masa di universiti dulu.kolej memang sediakan akhbar setiap hari.cuma kita ni saja antara rajin dengan tidak je nak ke bilik bacaan Guthrie tu.selalunya aku ke bilik bacaan tu bila bosan, dan banyak masa.bersama seorang teman,kami akan habiskan masa menelek halaman semua jenis akhbar yang dilanggan tu.kalau kaki ni jejak ke library engine, singgah juga di sudut akhbar.sekadar lalu mencari cerita selain fakta2 dalam buku ilmiah.

sewaktu sekolah dulu, setiap kelas diwajibkan melanggan akhbar.untuk tambah bahan bacaan dan mungkin juga menambah tabung koperasi sekolah.dan aku masih ingat berebut antara kami untuk mengambil akhbar tu dari koperasi setiap kali waktu rehat.siapa ambil dia baca dulu.sebab kalau kita antara orang terakhir alamatnya kita akan kehilangan satu dua helaian dari naskah tu.maklumlah,kadang ada artikel yang 'hangat' dan kena simpan.lagi satu,kenapa aku jarang membeli akhbar, sebab aku boleh baca dengan free saja di library atau di bilik bacaan.kalau di rumah, orang yang peling aktif membeli akhbar adalah Kak Long.setiap kali balik kampung, pagi2 lagi Kak Long akan keluar beli lauk dan memang tak miss surat khabarlah.tu yang best.ada Kak Long-seorang guru BM-yang rajin membeli untuk bacaan adik2 juga.

apa lagi ye selain surat khabar.blog terpilih juga aku baca.any source?berita kat TV aku jarang2 menonton sebab sibuk.sebab tak sempat.sebab aku lebih suka menonton drama selepas berita.sebab aku lebih suka mendengar muzik di komputer atau di radio.sebab aku ingin berehat2 saja.selalunya tertidur sebab terlalu letih bekerja.ah orang seperti aku ini kalau dah M nya besar maka itulah aku.tak boleh dipaksa.huhu.lagipun berita di TV pun kadang2 buat aku muak, buat aku menyampah dengan proaganda,dengan kontroversi,dengan bias,dengan segala isu yang aku kira tak relevan pun kalau nak minta orang tengok.entahlah.aku hanya penonton biasa.

walau apa pun, aku akan cuba juga mencari bahan.ini seperti suatu kerja pula.tak ada yang suruh.tak ada gaji pun.tapi aku rasa aku nak buat.sebab orang kata buatlah untuk kepuasan, barulah rasa nikmat usaha tu.so aku pilih untuk mencuba,jika nanti aku mendapati aku tidak boleh juga maka aku tahu potensiku.mungkin juga serius dalam bahasa tidak sesuai denganku.apapun aku masih boleh terus mencuba.tak salah kalau ada kesungguhan.tapi tak pernah ni buat perkara yang bukan dari kategori "aku suka"...

~selamat berjaya buat rabia~



Thursday, February 19, 2009

cabaran kedua, saya masih berani...

kali ni saya sahut cabaran sahabat setia;imran. nah, ini dia.(kat situ takde cakap pun anda wajib menjadi jujur hehehe)

here are the rules
-List these rules on your blog.
-Share 7 facts about yourself on your blog.
-Tell 6 unspectacular quirks of yours.
-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-Link the person who tagged you.
-Leave a comment for each blogger.

7 facts about rabia:
1) suka ketawa
2) bahagia bila ada yang ketawa dgn joke saya buat (bukan cari publisiti sekadar menceriakan suasana)
3) peramah (dengan yang sekepala jek)
4) muka transparent (senang nak detect kepala ada 'sabut' ke serabut ke)
5) unpredictable (ni kata orang laa.rasanya betul kot)
6) boleh jadi bersemangat tiba2 (bila kena pressure huhu)
7) tak pandai berlakon (tak boleh jadi hipokrit suka2)

6 unspectacular quirks of rabia:
1) sensitif (gila sentap kat dalam)
2) berangin (dari semua arah, cepat panas, cepat sejuk)
3) macam berani tapi takut (tak puas hati, tapi berkobar2 kat belakang je)
4) serikandi (dari mulut imran je.ntah ye ke tidak hehehe)
5) observant (so be aware..watch out!)
6) cakap kuat (orang kata garang, eh mana ada..)

7 people i want to tag:
~ siapa yang nak layan tag ni...sendiri dipersilakan..




Wednesday, February 18, 2009

saya sahut cabaran kamu

1. Go to your photos folder in your computer.

2. Go to the 6th folder of photos.

3. Go to the 6th picture in that folder.

4. Put the picture on your blog and description of it.

5. Invite six friends to join the challenge.

6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.




hoho..inilah foto yang terpilih! dari folder "melawat hospital selayang".untuk pengetahuan semua, ni adalah alat yang selalu kita jumpa kat wad di mana2 hospital tak kira kerajaan atau private punya. namanya NIBP atau lebih glemer dengan nama Dinamap oleh miss2 dan puan2 staff nurse dan matron.digunakan untuk mengukur blood pressure anda secara automatik.pasang cuff,tekan button dan tunggu reading kat display dia.
nasib kamulah sebab terpilih! =p

~saya mahu senarai ini untuk di tag:
1) imran
2) fairul
3) charm
4) dan siapa yang baca entry ini (sendiri dipersilakan)
5)
6)

*saya sahut cabaran ini daripada burn (lawaknya saya masih tak faham apakah itu "tag") =p

kamu yang aku rindui...

sejak final year (2007-2008), kehidupanku sangat busan.kelam.dull.muram.suram.malap.takde sinar keceriaan.atau pelangi kaler jingga mahupun indigo.tapi aku buat2 endah tak endah saja dengan perkara yang mugkin kecik kot tu.padahal hal ini adalah berkaitan jiwaku.aku sangat merinduinya.

benda ni dah lama join hidup aku.dah sebati dengan jiwaku.cuma aku je kadang2 memberikan perhatian untuknya.tetapi lebih banyak mengabaikannya.aku sedih dengan apa yang aku lakukan itu padanya.aku tak mahu buat begitu sebab aku tak mahu aku sedih.mengabaikannya serupalah juga macam aku mengabaikan hatiku yang kecil lagi sensitif ni.

akhir2 ni aku tambah rindu padanya.sebab aku menemui sesuatu yang berkaitan dengannya di sekitar kehidupan baruku di sini.aku mula berkira2 untuk meng'usha' dan mengajak yang baru itu join hidupku.bukan aku menidakkan kehadiran yang lama.cuma aku tak tau macam mana aku nak kembali memujuk diri pada yang lama itu supaya ceriakan hidupku.faktor jauh.faktor kesempatan.faktor kesuntukan.faktor kemudahan.argh,aku sangat sukar membuat pilihan.aku tak mahu lupakan yang lama.tapi yang baru juga dari yang lama.sama.cuma berbeza dari cara masing2.

aku hampir menerima lamaran yang baru.aku hampir bersetuju.tapi aku masih berkira2.apakah aku nanti punya masa utk bersama yang baru itu selalu.aku tak mahu lakukan apa yang pernah aku lakukan pada yang lama dulu.sebab aku tak mahu 2X kesedihan di hati ini.aku cuma mahu cari kebahagiaan dengan yang baru.tolonglah yang lama jangan menghantuiku dengan rasa bersalah.yang baru ini juga dari susur galurmu.ah,sukarnya membuat keputusan.

mataku berair.rasa macam berpasir.pedihnya.aku mengadu pada seorang teman.teman rapatku ketika aku bersama dengan yang lama.dia membuatku supaya setia pada yang lama.dia akan bantu memulihkan hubunganku dengan yang lama.yang lama itu lebih memahami jiwaku.yang lama itulah yang bersamaku sejak umurku 16 tahun.lamanya yang lama itu hidup denganku.aku saja yang cepat beralih arah.aku bukan sengaja.aku hanya inginkan keceriaan dan sedikit semangat jika ada yang baru.sebab bila yang lama tidak dapat bersamaku aku rasa hidupku muram.

temanku itu memberiku harapan.aku boleh kembali pada yang lama.dia sudi membantuku.aku rasa nak menangis pun ada.terima kasih buat temanku, imran.sebab banyak tolong aku.aku aje yg selalu nyusahkan dia.sorry imran.aku rasa nak tersenyum semula.tengok 2 minggu lagi.aku akan cuba terbaik utk menceriakan hidupku dan kembali bersatu dengan yang lama aku abaikan itu.

yang lama itu adalah kecintaanku, yang bersama ku 8 tahun itu adalah silat cekak ustaz hanafi!!! aku sangat merinduinya...

~team wajadiri UM yang pernah ku rindui itu~


~aku masih punya teman, dia yang selalu ada..dia yang dulu kini dan selamanya..teman untuk dua alam kehidupanku mudah2an...~

Tuesday, February 17, 2009

ada apa dalam kotak kecil dan gelap

Berbalik kepada satu perkara. Mungkin juga persoalan yang sudah bermula bermain di kepala. Aku menulis blog untuk apa? Ada tak dalam senarai tujuan; untuk berkata tentang perkara yang serius? Rasanya tak pula. Aku menulis apa yang aku rasa. Aku tak minta orang untuk menyukai entry yang aku tulis. Cuma aku gembira bila ada yang respon. Maknanya tulisanku ada nilainya walaupun tidak gah. Aku menulis dengan apa yang keluar dari processorku. Aku sekadar menulis. Saja. Cuma setakat ni aku belum berani nak post kan karya2 dalam simpananku...

Aku mungkin tak faham apa yang dimaksudkan dengan general isu. Isu yang bagaimana ya? Isu yang seriuskah? Memanglah blog boleh jadi ruang untuk berkata2, tetapi tidak pula dispesifikasikan hanya untuk isu yang berat, atau isu serius. Aku senang hanya menulis yang santai. Dari kepala otak aku sendiri. Apa yang aku rasa dan fikir. Walaubagaimana pun aku menghargai pandangan mereka yang sudi singgah di ‘rumah’ ku ini. Aku akan cuba untuk menjebakkan diri dalam isu semasa dan lebih sosial serta general. Kadang2 benda yang kita tak suka boleh beri kita sesuatu kebaikan tanpa kita sedari kan. Dan mana tahu aku boleh jatuh cinta pula untuk menulis hal2 sebegitu. Terima kasih kerana menegurku. Supaya aku tak terus khayal dengan dunia sendiri. Tak terus duduk dalam kotak gelap…Rabia akan ‘keluar’ dan ‘melihat’ dunia yang luas ini..Alhamdulillah…

terima kasih buat aku tersenyum...

PCB:printed circuit board
topik ni 18X lebih seronok untuk belajar.seronok bila dapat construct walaupun hanya virtual board.walaupun hanya se'simple' inverting amplifier circuit saja.tak kisah.janji puas hati dapat tengok 3D output.seronok bila memilih component.seronok bila estimate size board.seronok bila place component dengan begitu cantik.seronok bila pasang wayar biru.walaupun single layer,bottom copper.seronok sebab dapat ikut step by step.

inilah 3D PCB tu-percubaan pertama


~boleh tersenyum semasa belajar..=)

macam ringan saja kamu terbang2 begitu..

minggu lepas:
jumpa buku "Twilight" kat rumah seorang teman di Damansara.rabia ni kalau dengan buku BI umpama kapal terbang, antara langit dan bumi.boleh mendarat di bumi dan selalu mencecah awan tapi tak lepas lagi sistem atmosfera macam starship trooper.huhu.kira kalau diberi pilihan,aku prefer novel melayu walaupun novel BI sebenarnya bagus untuk penguasaan perbendaharaan kata yang lebih baik dalam bahasa kedua itu.

tak tau nak kata macam mana, bila baca first page novel BI je (pernah cuba baca ni),habis satu page tu, aku akan bertanya pada diri sendiri-"apa yang aku baca ni?".senang cerita aku boleh mengeja words tu.ada certain word saja aku boleh faham.cuma bila ia jadi ayat yang panjang, kemudian jadi perenggan aku dah rasa macam air paip yang lalu keluar dari kepala paip.laju je jatuh ke bawah macam tu.means, aku tak dapat 'tangkap' apa cerita di sebalik satu perenggan tu.melainkan aku ulang baca (18X ke) dan ada kamus kat sebelah.masalahnya pertapaan aku tak sampai tahap tu lagi.ye ye, aku mengaku ada 'M' untuk kerja2 macam tu.huhu.

memang teruja maa bila tengok buku penulisnya gah macam J.K.Rowling, Sidney apa ntah, etc.nak juga tau apa isi cerita tu.bukan sebab harga buku tu mahal 2X,(tak ada masalah kalau hati dah suka kan), tapi tulah.aku ini aku.huhu..

ok forget about that.nak jadikan cerita aku just belek2 je la buku-cover-hitam-ada-gambar-tangan-pegang-buah-epal-merah tu kan.try gak tengok page 1.macam bese la, aku terus hilang cerita.huhu.so i left it just like that.betul2 takde perasaan ni..ok sampai situ..

~ini buku cover hitam tu~




malam tadi:
sajalah,mula2 tak ada perasaan juga,click pada real one player utk mainkan cerita "Twilight" yang adik aku supply.saja.serius.nak tengok sebab adik aku cakap cerita tu best, ada percintaan dua alam-human+vampire- dan aku ni kalau cerita pelik macam tu suka pulak nak tau kan.ahah,cerita ni tajuknya aku pernah tengok atas buku cover hitam kat rumah teman hari tu (refer cerita kat atas).

so aku rasa tengok benda bergerak lagi best dari mengeja huruf omputih tu.huhu.aku senang faham.ada pilihan kenapa nak susahkan diri kan.at least aku tau cerita buku hitam tu apa sebenarnya.mula2 tengok bese je la.cerita para remaja kat high school (ni sebab aku mula2 lambat tangkap, tak faham sangatlah kan tambah pulak sarikata tak de kan hehe).selalu je tengok cerita style high school ni.kat one tree hill ada.kat high school musical ada.kat cerita2 walt disney pun ada (kat prison break ada tak?).klise..

then sampai scene terbang2 tu aku dah mula rasa something yang exciting lalu kat hati ni.kat scene panjat2 pokok pine tepi sungai tu dah mula rasa best..

kesimpulannya:
oooo...ini ke cerita buku cover hitam tu..hmm patutlah teman tu sangat suka cerita ni.sampai dia letakkan kat status YM dia.now, i got it.sebenarnya kata teman tu lagi,tu baru cerita part 1,ada lagi sequence dia sampai part 4..aku macam biasa akan menunggu saja movienya siap dilakonkan.

well,seperti semua orang gila2kan, aku tak nak orang lain,aku cuma nak Robert Pattinson saja jadi heronya! itu adalah perkara normal kalau penonton wanita menonton movie sebab nak tengok heronya saja kan.hehe.takdelah, selain heronya yang 'cantik' dan baik hati (sebab vampire ni vegetarian tau), ceritanya sudah tentu best.paling best macam aku cakap tadi part terbang2 n panjat pokok.sangatlah best.flying over the forest and landing on the tree near the river,hehe..aku puas hati dengan cerita ini..

~inilah scene terbang dan panjat pokok tu, ringan je~


tidakan susulan:
aku cuba meminjam buku cover hitam itu untuk berusaha membaca dan mengeja semula bait2 ayatnya.cuba untuk fahamkan semula dialog dan perkataan yang disebut oleh Edward Cullen dan Bella Swan.biar lambat.biar sebijik sebijik.inilah kita namakan kita buat sesuatu kerana keinginan, dan selalunya kita akan berusaha apa saja (even kita tak suka) untuk dapatkan apa yang kita inginkan.

memetik kata2 Imaen dalam buku Bohemian (reword mengikut yang aku fahamlah), kita akan buat apa saja untuk cinta.kita selalu perasan dan ambil berat hal2 yang kecil tentang orang yang kita cintai dan selalu abaikan hal2 yang besar pada diri kita sendiri.sebab semuanya untuk yang kita cintai dan sukai.macam "Twilight" ni laa..itulah yang berlaku padaku.aku ini aku.huhu..

~ini lah heronya yang pandai main piano tu~