Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Ikut Suka Hati You Lah

Ok.
I tak salahkan you kalau you takut dengan I sebab you tengok I ni garang.
You tengok je kan?
You dah cuba ke dekat and kenal dengan I?


Ok.
I faham you akan jawab "1st impression" atau "perception".
Standard la tu.
Dan I akan biarkan you dengan alasan you.

Kita tak boleh nak paksa orang suka kita.
Macam orang tak boleh paksa kita suka dia.
Things are always like that.

Tapi kadang-kadang tak puas hati juga kan kenapa orang beranggapan begitu pada kita.
Entahlah labu.
Biarlah begitu.
Yang penting kita selalu bermuhasabah.
Sebab hidup kita ni tak panjang.

 comel tak?haha

*sebenarnya idea lain nak tulis tapi terkeluar yang ni pula.sedap je jari aku menaip.hahaha.

Tuesday, February 22, 2011

menantikan dia

Pagi:
-Kelas Human System.
-Minum pagi
-Studying & preparing

Tengah hari:
-Reading blog & smiling.
-Rest & chillax
-Lunch

Petang:
-Kelas Found Maths
-Badminton training
*drama cina dah 2 hari missed*

Malam:
-Test 1 Found Maths
-My Lovely Sam-Soon
-Pray for happiness
-Crying
-Sleeping & sweet dreaming

*catatan ketika mood down... :(

Thursday, August 26, 2010

hero kalah dulu

Aku terdengar satu dialog drama ni.
Dialog tu cakap lebih kurang macam ni:
"kenapa akak selalu jadi macam orang baik, orang yang sabar, orang yang bodoh?!"

Hmm..
Dan soalan aku,
kenapa watak protagonis selalunya lemah tak berdaya, dan kadang2 nampak bodoh?
Selalu buat kita sakit hati bila tengok dia dibuli dan difitnah oleh watak antagonis yang nauzubillah jahat2.
(tapi tetap nak tengok juga hehe)

Tapi orang baik tu boleh tak melawan, berserah macam tu je.
At least smart la sikit, kalau tak nak melawan/revenge (sebab tak nak serupa mcm si jahat) pun,
cubalah jadi bijak sikit untuk mengelak ke apa ke.
Ni biar je orang jahat tu, bagi peluang si jahat berbuat jahat lagi.
Amar maaruf, nahi munkar patut diamalkan.
Baru aman masyarakat. kan. :)

Geram juga.
Apa nak buat, memegang prinsip hero (biasanya orang baik) kalah dulu.
Yelah tu.
Yang orang jahat pulak selalunya, kuat dan nampak smart.
Walaupun at the end of the day akan tertewas jugak kan.

Tak pelah.
Pengarah yang suruh. huhu.
Mungkin itu yang hendak ditontonkan.
Orang baik akan menang.

* perasan tak, 2nd hero selalunya hensem drp 1st hero..hehehe..:p

Sunday, August 1, 2010

drama ini masih on-air, ok

Lama rasanya tidak menjengah 'tempat ni', apatah lagi meng-up-date entri.
Sejak hidup semakin sibuk- membuat kerja hakiki campur kerja tak berapa hakiki,
rasanya sedikit terlupa bagaimana hendak connect broadband pada laptop.
(Sungguhlah drama ayat di atas-betapa dah lama tak tengok laman sesawang yang aku suka)

Boleh pulak aku rileks je.
Apa nak dikata, kat sini memang takde internet gunasama (maksudnya talian tetap internet atau wireless macam kat hq tu).
Broadband pinjam-sama adalah. (Tengok pada priority kot ye pun awak nak pinjam. He he.)

So sudahnya aku hanya mengetahui breaking news tu kalau tak tru tv atau paper, makanya mulut-mulut orang je la.
Rural sangat ke?
Taklah.
Aku yang 'rural' bukan tempat ni yang rural.
(tone sedar diri ni huhu)

Sebenarnya aku sedang tak de hati.
Untuk sesuatu. Atau mungkin banyak.
Entahlah.
Aku tak tau.
(tutup cerita ni)

Oh ye.
Sudah dua minggu aku mula mengajar.
Jangan tanya subjek apa aku ngajar- aku hanya mahu rahsiakannya.
Di luar alam dan di luar silibus jugak tau. ha ha ha.

(soalan dari Saadah (guru sekolah menengah di Perak);seronok ke mengajar budak besar?-9.44pm, 1 Ogos 2010)
Emm..
Aku terus terang dengan Saadah.
Aku tak rasa teruja ajar budak besar (baya-baya adik bongsu aku yang baru lepas sekolah tu).
Lainlah.
Aku mungkin terbiasa dengan teknik pedagogi dan bukan andragogi.
Mungkin aku yang salah guna teknik -layan mereka macam budak sekolah- sebab aku terlalu baik. Hu Hu.

Aku ingat budak besar ni jenis independent.
Macam kita kat univ dulu-dulu.
Alah paling teruk pun kita cuma minta copy notes lecture pastu buat cetak rompak sendiri.
Tapi aku tak faham kenapa situasi itu tidak ada pada budak besar ni.

Mungkin aku kena terima hakikat, tak semua budak besar tu macam kita dulu-dulu.
Atau mungkin budak besar ni masih belum boleh melupakan habit ketika mereka sekolah dulu.
Atau mungkin budak besar ni 'menghargai' pensyarah @ cikgu mereka ini dengan sebaiknya.
Atau mungkin aku akan ada jawapannya bila aku dah berpengalaman mengajar budak besar selama 10 tahun?
Dan sebab itu aku tak boleh terlalu awal memberikan jawapan sekarang ni. huhu.

Yang pasti, aku rasa aku tak feel mengajar budak besar sebab:
1) Mereka tak pakai uniform macam budak sekolah
2) Mereka besar-besar 
3) Mereka kononnya mengaku sudah 'dewasa' dan tak mahu dilayan seperti budak sekolah.
4) Mereka...
5) ...
6) ...
n) Aku sendiri.
 ..erk..kenapa "Aku sendiri" pada no ke-n? yg ke-berapa daa..huhu..(tak mahu salahkan diri sendiri yek?)

dan

pada aku, budak besar ke budak sekolah ke,
"Law & Rules" -is number one!

Cukuplah soal tu.
Mungkin aku kena cukup 'tua' atau cukup 'masak' dulu dengan perangai dan atmosfera budak mengaku besar ni.
Lepas tu baru aku boleh fikirkan seterusnya.
Cuma aku sekarang kena kutip semangat yang makin terbang ni jek.
Tolong kembali berpaksi padaku semula. Fuh!

Emmm...
Dah lama rasanya tak jumpa entertainment.
Tak tengok muvie.
Tak karoke.
Tak jalan2 & melancong.
Tak buang masa.
Tak dan tak.. (semua benda lagha-seronok je kalau buat yek?)
He he he.

Miserable gile saat ini!
Aku tak ok.
Tapi aku cuba jadi ok.
Aku nak ok tapi aku tak boleh kadang-kadang.
Aku sangat down
Aku kena buat apa ni?
PKBM MRSM Muar -ada seseorang di situ.

Batch 01/02 MRSM Muar -pun ada seseorang di situ

Ini juga.
Dan kenapa aku meletakkan gambar tak de kaitan ni semua?
Just because...



~Aku rasa aku kena balik jumpa mak abah.
Itu jek.~

Friday, July 2, 2010

di balik daun hijau

Deyy..
Winamp asek ulang main lagu Hijau Daun & Ari Lasso.
Kenapa?

Suka hati.
Sebab setakat ni aku suka lagu tu je.
Oh ada satu lagi- lagu Tomok, Berlari.

Peh.
Lagu semua jiwang.
Ada yang tak kena ke?
Hu hu hu.

Looking back.
25 tahun.
(memorizing)
Entah.


Go with the flow.
Flow with the wind.
(ayat baru dapat ilham ni)

So.
Bernafas.
Bersyukur.
Berusaha.
InysaAllah.
Berjaya.

Jangan sedih2.
Untuk apa yang tak dapat diraih atau dimiliki.
Boleh jadi ia bukan untuk kita.
Bukan terbaik untuk kita.

Mungkin.
Ada ada yang lain.
Mungkin ada yang telah menunggu.
Untuk kita.
Yang terbaik untuk kita.

Ha ha ha
Apa ni??!!!
:p

Tuesday, May 18, 2010

entri tak punya jiwa

"Kekal di sana dan maju bersama" ~ petikan ucapan bos besar, 18 Mei 2010.

Kali ni aku nak buat entri mengada-ngada sikit.
Nak cerita pasal kegagalan emosi dalam FB yang semakin menjadi-jadi.
Boleh?

Ha ha ha.
Malaslah.

Pastu.
Aku nak cerita kegagalan aku untuk membaca karya english.
Ah, macam busan jek.

Kegagalan bercinta?
Belum lagi setakat 5 hingga 6 tahun kebelakangan ni.
Sebab aku masih kekal dengan status "single".
Maaf ini bukan promote ok. uh!
Tapi kegagalan diterima cinta- SELALU! hua hua.
Biarlah tu.
Direjek memang kecewa tapi itukan biasa. isk isk!

Sekarang apa pula?
Oh, aku tak faham kenapa cermin mata aku lately mencengkan batang hidung aku kuat sangat.
Senget ke apa ni?
Aish apakah petanda supaya aku mencuba contact lens pula?

Ha ha ha.
Aku kelakar bila Ila bertanya :"kau tak nak pakai lens ke?"
Aku dengan konpiden tahap gaban menjawab: "tak lagi. aku akan pakai masa bersanding je nanti" hua hua hua.
Cukup setakat itu.

Weekend baru2 ini yang aku kategorikan sebagai paling tak de output sebab:

1) bangun pagi2,aku siap pakai track suit, sport shoes,dan t-shirt (lengkap!).
berkobar2 kononnya untuk berjogging.ha ha. alasan!
aku akhirnya meminta housemate untuk drop aku kat kedai runcit dalam taman depan tu.
beli barang dapur dan balik rumah dengan jalan kaki saja.
jadilah tu kan. adalah sikit exercise. hehehe
tasik titiwangsa tu jauh sangatlah kalau tak naik kereta.huhu.

2) konon petang nak sambung jogging yang tertunda, akhirnya aku duk depan tv layan Lawyer Siang jek.hehehe.

3) sepanjang weekend ini, masa aku banyak digunakan menonton cerita Korea sampaikan secara tiba2 kefahaman bahasa inggeris dapat di improve tanpa sengaja. hehehe.

4) nasib baik petang ahad ada final Thomas (walaupun M'sia tiada bersama) dan cerita jepun kat tv8.

5) lately ini juga, aku semakin meninggalkan aktiviti kesukaanku -memasak. tak elok ni! ish...

konklusinya: aku busan tahap giga!

haruskah aku melampiaskan perasaan tergurisku?
entahlah.
tapi aku seperti kata2 wong choon han "saya sakit hati.." apabila harapan yang menggunung rebah macam tu je.

fine.
aku tak balik kampung sebab minggu depan pun nak balik dah.
aku tak pergi rumah kak cilin sebab duit pun dah hujung2 je.
aku tak pergi mana2 sebab aku tak de kereta.
dan
aku tak apa2 pun.
siyes!

ha ha ha.
entah apa2 entri aku kali ini.
setiap perenggan tidak saling berkaitan.
setiap perenggan tidak punya kesinambungan.
mungkin gaya bahasa aku yang tidak lagi menimbang susunan komprehensif atau sekadar
aku hanya menulis apa yang aku rasa
dan apa yang lahir secara tak sengaja terus turun ke hujung jari dan menari atas papan kekunci ini.

wah!
sengaja.
kejam.
ha ha ha.

~sengaja tak bagi faham. sebab aku pun tak faham. uh!~

Friday, January 29, 2010

kalau beran, meh laa

Isu : "bila berkapel, kawan lari"

Kenapa ek korang rasa?
Jawapannya mungkinkah:

1) Kawan yang lari tu ada hati kat kawan yang kapel tu
( kes frust laa ni atau biarlah aku yang mengalah..aduh syahdu..aik?)

2) Kawan yang kapel tu berubah sikap
(angau overboard beb..dunia ni ana yang punya..lalala)

3) Gf atau Bf kawan yang kapel tu tak bagi kawan dengan kawan yang lari tu
(ni cemburu tak ingat ni kenapa? kawan tu datang dulu tau..huhu)\

4)Kawan yang lari tu merasakan kehadirannya mungkin tidak diperlukan lagi
(merajuk ke?)

...dan cubalah senaraikan lagi.
Aku tak leh nak pikirkan lagi alasan yang relevan. ceh ceh.

Hahaha.
Apa2 laa.
Janji ukhuwah tak terputus.
Kawan yang kapel tu dan kawan yang lari tu haruslah hormat menghormati.
Fikir2kanlah.
Renungkan.
Selamat beramal..:))

~eh kenapa tiba2 busy body ni? dush!!~

Thursday, January 28, 2010

kacang tanah vs kacang hijau

Menurut kamus Merriam-Webster Online Dictionary
Anecdote: a usually short narrative of an interesting, amusing, or biographical incident
(Eh apa kaitan ngan entri ni? aku saja ingin menyebut menda alah ni tapi aku bimbang perkataan ku salah makna...akhirnya aku masih juga tak faham apakah ia?)

Aku tertanya-tanyalah.
Apakah maknanya bila sorang ni tiba2 dalam perbualannya dengan anda (lebih kepada text di hp), beliau mengelak menggunakan kata ganti diri beliau dan anda?
Contoh macam ni:

Dulu     : "kau pergi dengan siapa?"
Hari ini : "pergi dengan siapa?" tak pun "O Mei pergi dengan siapa?"
(* O Mei tu bukan nama sebenar watak)

Selalunya berdasarkan pengalaman aku dari pembacaan novel cintan dan menurut sumber rapat yang sedang hots berkapel, pernyataan seumpama itu adalah menandakan beliau inginkan perhubungan itu berubah menjadi status lain yang lebih close dan sopan. (chewah. pandai2 jek aku.hehehe)

Wah yeke?
Benarkah begitu?
Ataupun aku sekadar insan yang penuh perasaan (ke perasan)?? auchaa!! haha
Seronoknya kalau begitu.
Sungguh aku ingin sekali melaungkan kata positif dan berbunga bahagia tanda aku sudi.
Yes!!! hahaha.

~pengaruh novel dan cerita korea semakin menjajah pemikiranku..dan hatiku~ huhu