Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Gurun Sejuk

Wah hari yang panas dan kering.
Dah tak macam perasaan duduk di tropika dengan iklim khatulistiwa.
Panas dan lembap.
Seolah berada di gurun gersang dengan pasir berpintal terbang.

Apa rasa berada dalam Korea?

gurun ni sebenarnya sejuk..gaya macam panas je..huhu

* Tak larat sangat hari ni...

Wednesday, April 25, 2012

Ikut Suka Hati You Lah

Ok.
I tak salahkan you kalau you takut dengan I sebab you tengok I ni garang.
You tengok je kan?
You dah cuba ke dekat and kenal dengan I?


Ok.
I faham you akan jawab "1st impression" atau "perception".
Standard la tu.
Dan I akan biarkan you dengan alasan you.

Kita tak boleh nak paksa orang suka kita.
Macam orang tak boleh paksa kita suka dia.
Things are always like that.

Tapi kadang-kadang tak puas hati juga kan kenapa orang beranggapan begitu pada kita.
Entahlah labu.
Biarlah begitu.
Yang penting kita selalu bermuhasabah.
Sebab hidup kita ni tak panjang.

 comel tak?haha

*sebenarnya idea lain nak tulis tapi terkeluar yang ni pula.sedap je jari aku menaip.hahaha.

Tuesday, November 2, 2010

Psiko orang

Haha.
Merasakan semangat utk bermain petang semalam seperti bayu yg dibawa pergi.
Tetapi pada saat terakhir, setelah berpenat lelah,
aura super saiya kembali menerjah.
Kemenangan pada game 1.
He he he.

Hanya utk meriakkan perasaan!
:p

Setakat ni belum hebat lagi utk buat gaya kencang LinDan..oh tidak..


* teruskan cabaran utk petang ini! chaiyok! ;p
Hahaha...:))

Sunday, August 1, 2010

drama ini masih on-air, ok

Lama rasanya tidak menjengah 'tempat ni', apatah lagi meng-up-date entri.
Sejak hidup semakin sibuk- membuat kerja hakiki campur kerja tak berapa hakiki,
rasanya sedikit terlupa bagaimana hendak connect broadband pada laptop.
(Sungguhlah drama ayat di atas-betapa dah lama tak tengok laman sesawang yang aku suka)

Boleh pulak aku rileks je.
Apa nak dikata, kat sini memang takde internet gunasama (maksudnya talian tetap internet atau wireless macam kat hq tu).
Broadband pinjam-sama adalah. (Tengok pada priority kot ye pun awak nak pinjam. He he.)

So sudahnya aku hanya mengetahui breaking news tu kalau tak tru tv atau paper, makanya mulut-mulut orang je la.
Rural sangat ke?
Taklah.
Aku yang 'rural' bukan tempat ni yang rural.
(tone sedar diri ni huhu)

Sebenarnya aku sedang tak de hati.
Untuk sesuatu. Atau mungkin banyak.
Entahlah.
Aku tak tau.
(tutup cerita ni)

Oh ye.
Sudah dua minggu aku mula mengajar.
Jangan tanya subjek apa aku ngajar- aku hanya mahu rahsiakannya.
Di luar alam dan di luar silibus jugak tau. ha ha ha.

(soalan dari Saadah (guru sekolah menengah di Perak);seronok ke mengajar budak besar?-9.44pm, 1 Ogos 2010)
Emm..
Aku terus terang dengan Saadah.
Aku tak rasa teruja ajar budak besar (baya-baya adik bongsu aku yang baru lepas sekolah tu).
Lainlah.
Aku mungkin terbiasa dengan teknik pedagogi dan bukan andragogi.
Mungkin aku yang salah guna teknik -layan mereka macam budak sekolah- sebab aku terlalu baik. Hu Hu.

Aku ingat budak besar ni jenis independent.
Macam kita kat univ dulu-dulu.
Alah paling teruk pun kita cuma minta copy notes lecture pastu buat cetak rompak sendiri.
Tapi aku tak faham kenapa situasi itu tidak ada pada budak besar ni.

Mungkin aku kena terima hakikat, tak semua budak besar tu macam kita dulu-dulu.
Atau mungkin budak besar ni masih belum boleh melupakan habit ketika mereka sekolah dulu.
Atau mungkin budak besar ni 'menghargai' pensyarah @ cikgu mereka ini dengan sebaiknya.
Atau mungkin aku akan ada jawapannya bila aku dah berpengalaman mengajar budak besar selama 10 tahun?
Dan sebab itu aku tak boleh terlalu awal memberikan jawapan sekarang ni. huhu.

Yang pasti, aku rasa aku tak feel mengajar budak besar sebab:
1) Mereka tak pakai uniform macam budak sekolah
2) Mereka besar-besar 
3) Mereka kononnya mengaku sudah 'dewasa' dan tak mahu dilayan seperti budak sekolah.
4) Mereka...
5) ...
6) ...
n) Aku sendiri.
 ..erk..kenapa "Aku sendiri" pada no ke-n? yg ke-berapa daa..huhu..(tak mahu salahkan diri sendiri yek?)

dan

pada aku, budak besar ke budak sekolah ke,
"Law & Rules" -is number one!

Cukuplah soal tu.
Mungkin aku kena cukup 'tua' atau cukup 'masak' dulu dengan perangai dan atmosfera budak mengaku besar ni.
Lepas tu baru aku boleh fikirkan seterusnya.
Cuma aku sekarang kena kutip semangat yang makin terbang ni jek.
Tolong kembali berpaksi padaku semula. Fuh!

Emmm...
Dah lama rasanya tak jumpa entertainment.
Tak tengok muvie.
Tak karoke.
Tak jalan2 & melancong.
Tak buang masa.
Tak dan tak.. (semua benda lagha-seronok je kalau buat yek?)
He he he.

Miserable gile saat ini!
Aku tak ok.
Tapi aku cuba jadi ok.
Aku nak ok tapi aku tak boleh kadang-kadang.
Aku sangat down
Aku kena buat apa ni?
PKBM MRSM Muar -ada seseorang di situ.

Batch 01/02 MRSM Muar -pun ada seseorang di situ

Ini juga.
Dan kenapa aku meletakkan gambar tak de kaitan ni semua?
Just because...



~Aku rasa aku kena balik jumpa mak abah.
Itu jek.~

Friday, July 2, 2010

di balik daun hijau

Deyy..
Winamp asek ulang main lagu Hijau Daun & Ari Lasso.
Kenapa?

Suka hati.
Sebab setakat ni aku suka lagu tu je.
Oh ada satu lagi- lagu Tomok, Berlari.

Peh.
Lagu semua jiwang.
Ada yang tak kena ke?
Hu hu hu.

Looking back.
25 tahun.
(memorizing)
Entah.


Go with the flow.
Flow with the wind.
(ayat baru dapat ilham ni)

So.
Bernafas.
Bersyukur.
Berusaha.
InysaAllah.
Berjaya.

Jangan sedih2.
Untuk apa yang tak dapat diraih atau dimiliki.
Boleh jadi ia bukan untuk kita.
Bukan terbaik untuk kita.

Mungkin.
Ada ada yang lain.
Mungkin ada yang telah menunggu.
Untuk kita.
Yang terbaik untuk kita.

Ha ha ha
Apa ni??!!!
:p

Tuesday, May 18, 2010

entri tak punya jiwa

"Kekal di sana dan maju bersama" ~ petikan ucapan bos besar, 18 Mei 2010.

Kali ni aku nak buat entri mengada-ngada sikit.
Nak cerita pasal kegagalan emosi dalam FB yang semakin menjadi-jadi.
Boleh?

Ha ha ha.
Malaslah.

Pastu.
Aku nak cerita kegagalan aku untuk membaca karya english.
Ah, macam busan jek.

Kegagalan bercinta?
Belum lagi setakat 5 hingga 6 tahun kebelakangan ni.
Sebab aku masih kekal dengan status "single".
Maaf ini bukan promote ok. uh!
Tapi kegagalan diterima cinta- SELALU! hua hua.
Biarlah tu.
Direjek memang kecewa tapi itukan biasa. isk isk!

Sekarang apa pula?
Oh, aku tak faham kenapa cermin mata aku lately mencengkan batang hidung aku kuat sangat.
Senget ke apa ni?
Aish apakah petanda supaya aku mencuba contact lens pula?

Ha ha ha.
Aku kelakar bila Ila bertanya :"kau tak nak pakai lens ke?"
Aku dengan konpiden tahap gaban menjawab: "tak lagi. aku akan pakai masa bersanding je nanti" hua hua hua.
Cukup setakat itu.

Weekend baru2 ini yang aku kategorikan sebagai paling tak de output sebab:

1) bangun pagi2,aku siap pakai track suit, sport shoes,dan t-shirt (lengkap!).
berkobar2 kononnya untuk berjogging.ha ha. alasan!
aku akhirnya meminta housemate untuk drop aku kat kedai runcit dalam taman depan tu.
beli barang dapur dan balik rumah dengan jalan kaki saja.
jadilah tu kan. adalah sikit exercise. hehehe
tasik titiwangsa tu jauh sangatlah kalau tak naik kereta.huhu.

2) konon petang nak sambung jogging yang tertunda, akhirnya aku duk depan tv layan Lawyer Siang jek.hehehe.

3) sepanjang weekend ini, masa aku banyak digunakan menonton cerita Korea sampaikan secara tiba2 kefahaman bahasa inggeris dapat di improve tanpa sengaja. hehehe.

4) nasib baik petang ahad ada final Thomas (walaupun M'sia tiada bersama) dan cerita jepun kat tv8.

5) lately ini juga, aku semakin meninggalkan aktiviti kesukaanku -memasak. tak elok ni! ish...

konklusinya: aku busan tahap giga!

haruskah aku melampiaskan perasaan tergurisku?
entahlah.
tapi aku seperti kata2 wong choon han "saya sakit hati.." apabila harapan yang menggunung rebah macam tu je.

fine.
aku tak balik kampung sebab minggu depan pun nak balik dah.
aku tak pergi rumah kak cilin sebab duit pun dah hujung2 je.
aku tak pergi mana2 sebab aku tak de kereta.
dan
aku tak apa2 pun.
siyes!

ha ha ha.
entah apa2 entri aku kali ini.
setiap perenggan tidak saling berkaitan.
setiap perenggan tidak punya kesinambungan.
mungkin gaya bahasa aku yang tidak lagi menimbang susunan komprehensif atau sekadar
aku hanya menulis apa yang aku rasa
dan apa yang lahir secara tak sengaja terus turun ke hujung jari dan menari atas papan kekunci ini.

wah!
sengaja.
kejam.
ha ha ha.

~sengaja tak bagi faham. sebab aku pun tak faham. uh!~

Wednesday, March 31, 2010

entri ala diari konon

Minggu ni minggu terakhir di Parit Raja.
Selain Parit Raja, selalu juga ke Bandar Batu Pahat.
Dan jelajah parit lain :eg- Parit Botak (cari kerepek), Parit Bengkok (roti canai), Parit Daun (makan malam) etc.

Tiap Jumaat dan Isnin lalu Ayer Hitam.
Kadang2 jenguk Sri Gading.
Banyak juga port dah terjah.
Pantai Minyak Beku untuk santai petang. :)
Square One untuk menonton Alice in Wonderland.
BP Mall untuk shopping.
Dua tiga kali ulang alik Hospital BP utk cari sumber dan bertemu rakan lama yang menjadi konsultan bina sepital.

Yang paling best selama sebulan ni jugak aku merasakan dekat dengan family.
Mana tak nya, every week balik rumah.
Kalau nak rasa kat Muar lambat lagi laa gayanya.
Duk HQ, sebulan sekali siap kena mintak cuti dulu baru dapat balik rumah.
Alhamdulillah.

Selesai.
Lusa kami semua inysaAllah kena balik semula ke KL.
Aduh...
melakukan rutin (check!)

sesi berguru bersama otai (hik hik..student skema kunun..) "ko baca manual ni dulu..jangan main pasang jek..kena karan kang"-datok black merepek ala2 cikgu pencen..huhu..lepas tu aku tibai je pasang..hehehe

di jeti pantai cinta merdeka eh silap pantai minyak beku tapi aku tak jumpa pulak minyak kat situ..



encik konsultan sepital BP..

husna ni memang cerdik laa..pandai pulak dia tunjuk gigi..No No No..hik hik..(dalam gambar dari kiri: irfan, husna, cikde, ya)

dengan pakcik yg belanja sate..:p


~mengapa ini semua harus berlaku? mengapa ini semua terjadi padaku?kenapa kena balik KL ni??~

Friday, February 5, 2010

Menggatal eh

Yeosh!
Kembali...
Febuari 2010.

Masih belum terlambat utk ucapkan Selamat hari Wilayah kepada penduduk wilayah.
 (cewah, sejak jadi orang wilayah ni, hari ni je laa yang paling best.hehehe)

Hari ni,
Unit kami buat kerja gotong royong.
Nak jadi unit contoh katakan.
Lepas ni award "5s" dengan fail dan kertas paling kurang adalah unit kami. Yeay!! hehe.
Apa taknya en. shredder pun kami jemput.
Bunyi die dah macam mesin parut kelapa. huhu. Semput2 die. Kesian..

Dan kesannya, pinggang aku naik lenguh.
Ni yang malas ni, aku ni tak leh buat kerja banting tulang (bunyi kasi dahsyat sikit).
Dulu kat kampung, keje angkat tandan kelapa sawit tu bese je.
Sejak retired jadi pekerja upahan abah, dan duk kerja dalam aircond laa ni, aku tidaklah sekuat muda2 dulu. huhu.
Oh salahku juga tidak meneruskan amalan renang ku.
Alah aku segan la nak menyelam tenggelam timbul kuak sana sini kat swimming pool kondo tu.
Sejak tinggalkan BMI, dah tak p pool UIA tu.
Tak baguslah lagu ni..

Kesakitan pinggang ni mula dirasai selepas aku angkat barang pindah rumah hari tu.
Pergh..ya ampun..memang pancit beb.
Camne ni?
Aku ketahanan utk tempoh lama memang tak boleh blah.
Tu pasal aku tak minat aktiviti lasak, sikit2 boleh la uollss..hehehe..

Ok la, lets start new healthy life!
Kasut sport ada.
Track suit ada.
T-shirt muslimah atas lutut ada.
Swimming suit kiut ada.ops! :))

Jom!!! Riadah!!!!

~new life begins~

Thursday, January 28, 2010

megi goreng telur mata

Pelik.
Hari ni bila aku free, tak nak pulak gigi ni sakit. Peh.
Padahal dari minggu sudah gigi ni ngilu2 mintak perhatian. uhuh.

Maka aku sebulat tekad membatalkan hasrat ke Klinik Cahaya Suria pada pagi yang indah ini malahan aku menukarnya dengan melantak megi goreng saja di kedai sebelah kedai kak Salmah Sayang.
Aku tiap kali g breakfast kat food court tu, aku heran betul kenapa la que kat kedai Kak Melah tu punya la panjang. Sampai msuk zon kedai Nasi Kandar hujung tu. (ada taruh apa2 ke? dush!)

Lately,
kenapa blog ni dah jadi macam "diari harian seorang Rabia" pulak ni?
Gila jiwang! (jiwang ke kalau menulis diari ??uh)

Untuk 2010 ni aku rasa nak buat gaya penulisan biasa2 jek.
Ikut sedap rasa.
Ikut orientasi jari.
Ikut suka aku jek.
Mana kita boleh jangka bila ilham dari langit akan turun kan?
Haruslah terima saja.
(tapi aku dah ada rasa menyampah sikit dengan gaya ni.ah, nanti bila aku dapat kata2 yang lebih indah aku bermadah lebih puitis lagi..hehehe)


~menyambung rutin..lalala~

*Na O Mei dah ada baby, namanya pun Na O Mei. Aku geram betul kenapalah nak sorok2 pernikahan tu. Kesian Na O Mei. A'a tu pulak selambe je. Tak reti2 nak lindungi bini. (weh apa yang aku repek kan ni??)

Wednesday, January 27, 2010

Kahwin

Seperti semalam, modus operandi lawatan kerja pada hari ini adalah sama.
Sebanyak 4 tempat yg kami lawati worksyop derang, itulah menda alah yang kami nampak.
Rasanya kalau suh ulang balik proses nak buat kaki palsu tu, boleh kot.
Actually notes n  kuliah Dr. Azuan masa kelas P&O dulu banyak membantu aku memahami prosesnya bila dapat tengok dengan real. Thank to our beloved ex-lecturer! :))

Dan sesi yang paling hampeh adalah taklimatnya.
Haruslah aku merasakan habit aku -ngantuk & tidur dengan cubaan cover paling efisien- adalah relevan pada saat2 begitu. hehehe.

Na, itu just intro utk entri tak berapa nak berbaloi pada kali ini.

Agak bosan bila hari2 bercerita hal yang sama.
Macam dua hari ini, P&O dan segala aksesorinya saja yang duk menyibuk dalam diari hidup aku. huhu.
Dan haruslah sebab aku ni spesis manusia yang bosan dangan rutin tapi ia adalah hidupku.

Kelmarin dalam cermah Hari Kualiti ofis, ada disebut tentang INOVASI dalam diri.
Rutin sebenarnya boleh diinovasikan barulah ada keseronokan. cewah! hehe.



kesimpulan: kebosanan mendorong diri untuk mencari inovasi (bergaya dan positif  kan? hehe)  :)

~Na O Mei is ON AIR~

*kenapa tajuk entri tak de kaitan langsung dengan isi? aku pom kompius ni ..hahaha

Thursday, January 14, 2010

serangan dalam senyap

Dada aku betul2 rasa 'sesak' dan 'terhimpit'.
Dengan macam2 cerita sepanjang minggu ni.
Aku malas nak update bukan sebab aku rasa nak retired (macam kena hired as official blogger jek) ke hapa, cuma aku take time untuk cool my 'hot' engine down (adakah ayat omputih cam ni?? huhu).

Aku busy (macam la tak pernah ada makna busy dalam hidup aku sebelum ni)
Aku busy mencari sesuatu yang mendamaikan hidup aku.
Aku busy dengan segala macam hal.
Dan ...kerja sampingan aku...
Aku busy menyemak kan kepala otak yang sedia tumbuh semak meliar (bombastic gila nak menunjukkan segala serabut kat kepala)
Tapi aku buat2 cool jek
Aku buat2 tak de hape rilek2 saja.

Tapi please...
Hari ni aku betul2 macam kena 'heart attack'!
Balik dari site, dapat berita cam haram.
Tapi aku betul2 speechless.
Dan aku tak rasa banyak, kecuali satu -FRUSTRATED giler!

Demmit!..

~maaf sbb entri kali ini seperti hilang kewarasan dan agak celupar jari2ku menaip.
   beristighfar aku...

(semoga aku peroleh ketenangan dengan adab bahasa yang indah pada entri akan datang)

Friday, January 8, 2010

what da...

Mulanya aku ada benda nak merepek kan kat sini.
Masa berkobar-kobar nak curahkan segala idea tadi.
Tiba2 tak jadi..

So entri kali ini adalah rapu yang tiada bernama.

Sekian