Tuesday, June 9, 2009

gajet dan bajet

sibuk2 cari USB untuk moderm.
eh bukan.
sibuk2 suruh dorang carikan.
tak penat2 mintak zul tekno belikan.
pahtu kirim kat din pulak.
sebab hari tu dah cari tak jumpa.
patutlah tak jumpa, dah awak cari kat kedai komputer cik rabia oii.
mana lerr ada..
kata zul tekno tu kat kedai telepon melambak rm3-5 jek.
huhu.
nasiblah.
saya ni kan 'rabun' IT dan segala gajet.

bercakap mengenai gajet.
hp juga gajet [berdasarkan apa yang saya tengok kat Remaja TV3 tu].
kiranya saya ni tak delah zero gajet sebab saya punya 1 hp jugak dan 1 laptop [emak punya],and kamera digital [kakcik pinjamkan bakal dibarterkan tapi tak tahu jadi ke tak huhu].

walaupun hp saya adalah paling basic kalau nak bandingkan dengan hp lain yang terdekat dengan saya ketika ini, tapi saya bangga kerana saya ada gajet.hahaha.
hp saya yang hanya ada 2 function asas [telepon orang dan mesej2 saja],
advanced feature adalah sport lite kat depan hehehe dan versi kaler jugak [nak compare ngan hp abah yg sama jenis dan lagi baru eheheh]..
dah kira canggihlah..

hp nokia model apa ntah tu saya beli masa sebelum ke uthm ikut insep.
sebab hp lama saya intermittent skrin dia.
kira main rembat dengan offer dan begging bagai nak rak as 1st customer saya dapat dlm rm120 saja.sekarang lagilah bawah rm100 je maa.
oklah tu time tengah tanam anggur mana ada keinginan nak yg best sangat beb.

alah afis pun ckp hp saya nampak smart..
old school tapi nampak bergaya..fuyoo!
comel jek.:p

Monday, June 8, 2009

sekali layan lagu ni..apa de hal?

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

~Alexa; jangan kau lepaskan~

boleh nyanyi sambil tengok ini lirik..baru layan..

amek ni sikit buat tambah perasa

[blog saya semakin ter'cemar'..ceh angkara sapa ni membuat onar??huh!]
~sorry to say~

seboleh2nya tak nak cerita lagi hal yang membengkekkan hati.
tapi makin sakit hati pulak.
rasanya tak payah layan.
tak kurang apa2 pun, malah boleh bikin hati jadi tenang semula.
biarkan saja.
lepaskan saja.
lontarkan jauh2.

biarlah orang nak kata apa.
mereka tak rasa.
apa dalam hati, yang berlaku, semuanya diri ni yang susah payah pikul.
orang lain tahu tengok, judge tak pakai otak.
kalau ada pun berapa kerat yang sudi sama2 ganding bahu, hulur bantuan.

manusia
memang ada selfish dalam diri.
tak banyak mesti ada secuit.
mesti punya.

pastu,
ada ego.
ada punya.
lebih kurang je.

wah2,
sedap2 je eh nak kutuk2 orang?
ingat diri tu dah cukup lawa?
dah cukup comel?
dah ada serba serbi?
macam bagus eh.
ish.
kalau dapat budak ni memang lumat.
nak kutuk orang boleh pakai mintak izin orang lain pulak tu.
makcik, ni dah kira lebih.

sabar je.

[meluahkan rasa.memang emosi.memang panas hati.sapa2 pun tak leh blah maa]

~hati ni kena layankan jugak sekali2..banyak kali..bagi dia tak merajuk lagi~

nak yang itu jugak

malam tadi kak cik telefon.
saja katanya.
nak kacau2 saya.

dia memang begitu.
kalau duk rumah lama cuti sekolah, macam biasa telefon orang sakat2.
hehehe.nak bagitahu dia duk lepak rumah ler tu.

lambat2 saya mengadu.
"kak cik, skrin kamera dah retak."
huhu.
"tapi takpe nanti ganti baru"
"ok.tapi nak yang mahal lagi tau"
"rm500 je kan?"
"dia pecah tu dah tak boleh guna ke?"
"tak lah,skrin dia je retak.kamera boleh je guna.dah tampal solitip.hehehe"

akhirnya,
bulan depan saya kena simpan bajet untuk :
1)jam tangan
2)kamera

(~_~)

kak cik cakap hari tu g Muar dia bawak kete saya laju.
kalau ada saman abah yang bayar.
hehe..
itu sudah pasti.
sapa bawak sila kasi setel tau.
jangan bikin hangit saya punya nama.
:p

~rindu nak jumpa bf saya..nak dating...nak manja2 dengannya..hehehe ~

Sunday, June 7, 2009

datang dan pergi..itu lumrah..

hujung minggu dihabiskan di Perak.
saja.buang duit.huhu.
sempat ke Kuala Kangsar.
sempat juga beli sandal cun dan t-shirt kiut.:p

rasa terisi hujung minggu tu.
ok la daripada duk KL tak buat apa,tengok dinding jek.
tapi kesian kak Oyen, tak de teman ke kenduri kak Lia.
plan ke Perak is the first that came across my mind la kak..sorry ek..

dalam hepi2.
tetap ada peristiwa sedih.
Cik Tumin..arwah cik Tumin..pergi menghadap Ilahi di hospital Kulai.
lewat tengah hari ,6.6.09 [ketika kami on the way ke K.Kangsar].
sama ngan birthday Agong n pak Din jugak.

arwah sangat rapat dengan keluarga kami.
boleh dikatakan akrab macam keluarga sendiri.
arwah semasa saya kecil selalu hantarkan saya ke sekolah.
ramah menegur kalau saya pulang cuti sekolah atau cuti semester.

di atas almari ada gambar mak, arwah cik Tumin, cik Zah dan abang Usop di tepi pantai.
itu masa arwah sihat.

kali terakhir saya lihat dia beberapa bulan lepas.
ketika dia masih larat keluar rumah, menyidai kain, bawak motor ke kedai,kadang bagi makan ayam.
sekarang [sebelum dia jatuh sakit], jarang benar lihat susuknya.
kata mak dia dah kurus, kecik, jalan pun melayang, pernah ditimpa motor yang besar tu.kasihan arwah..

cik Tumin,
semoga Allah merahmati cik dan menempatkan cik di kalangan orang yang bahagia di alam sana.

~tak sangka kami kehilangan jiran yang paling best.takkan ada lagi cik Tumin di tepi rumah, suaranya yang ramah menegur kami, kecohnya dia yang memberi ayam makan..sedih rasanya kehilangannya..takziah untuk seluruh keluarganya..terutama Aiza, sahabat saya yang sudah yatim..

Thursday, June 4, 2009

tazkirah penyejuk hati...

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan."
[Riwayat Muslim]

bacaan lanjut;bolos link ini--->>> http://saifulislam.com/?p=5775

"Tidak wajar seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama."
[Hadith Muslim no. 2998]

bacaan lanjut; bolos link ini --->>> http://saifulislam.com/?p=5769

meneliti dua hadis di atas, buat saya jadi berfikir.
hati jadi tenang.
rasa ada sesuatu menjalar dalam hati.
ini yang saya cari.
dengan izinNYA jua.
dari banyak kata2 yang lahir dari mulut insan2 lain yang menasihati dan memujuk saya,inilah ayat yang saya jumpa paling memberi kesan dalam diri.
sekaligus buat saya rasa rendah diri.
mengaku kekhilafan diri.
semoga saya tidak mengulangi.
mencari penderitaan dan menangisinya.
sesungguhnya kasih sayangNYA lebih meluas...

dan secara automatik, saya mampu melepaskan segala yang tersorok dan tertusuk dlm hati ni.yang sebelum ni buat saya jadi berat membawa 'beban' hebat itu.
saya jadi seperti dapat berehat setelah lelah berjalan jauh dengan kudrat yang tersisa.

ini apa?
petanda pertolongan dan keringanan yang Tuhan berikan saya terima dengan rasa lega.
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

saya tahu takdir Tuhan takkan mengecewakan.
bahkan akan datang yang lebih baik sebagai ganti.

saya bukan emosi, tetapi sensitif.
emosi saya lahir dari sensitiviti saya yang sangat tinggi.
boleh jadi emosi yang terzahir tanda saya protect diri sendiri.
defensive action!

saya tak kuat.
saya tak mampu.
boleh jadi saya melindungi diri dengan cara begitu.
maaflah kepada sesiapa yang terasa dengan cara saya.

sekian..
semoga Allah merahmati hidup kita..ameennn...

Wednesday, June 3, 2009

if you're not the one...

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
And know my heart is by your side

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms?

~by Daniel Bedingfield~

husna yang sentiasa di hati

mak suruh jadikan husna anak angkat.
jaga husna.
support husna sampai dia besar.
husna yang comel tu kalau mak tak suruh pun saya akan jaga dia.
she's very meaningful to me...

rindu kat husna.
dah dua minggu tak cium dia..

~saya mahu pulang..uwaa...!!!

saya, kamu dan dia bukan bagus sangat

ada satu comment dr satu makhluk Tuhan menamakan dirinya sebagai 'poyo'.
memang poyo segala komen dia.

saya berterima kasih kepada en.poyo yang mengikuti blog saya dari saat saya hepi mcm tak ingat dunia sehinggalah saat saya sedih bagai nak mati.
at least there is someone out there who likes to read and follow my story.and sudi beri saya nasehat.thanks anyway ya...

macam saya tulis sebesarnya kat title tu "rasa bagi yang merasa", cukup rasanya untuk orang yang bersekolah dan tahu mengeja untuk faham maksud atau justifikasi blog ni.
maknanya wahai saudara/i poyo, suka hati sayalah nak tulis apa dalam blog ni.
nak comel2 ke, nak suka suki ke, nak hepi2 ke, nak maki ke nak laser ke [walaupun yang ni saya tak suka nak buat]...

saya tak tahulah setan apa dah merasuk saya saat ni.
saya memang tak reti nak kawal marah tapi saya sebagai manusia yang ada hati dan akal, saya tahu untuk bersabar..tapi semua orang pun cakap sabar ada hadnya..so do i ok.

saya mengaku saya jenis ikut sedap je.
ramai yang cakap saya bertindak selalu tak fikir dulu.
bekas 'kawan' saya pernah cakap saya unpredictable.
kaunselor saya yang reti menilik tu pun cakap macam tu.
sebab saya jenis tak reti simpan.
saya tak reti nak hipokrit.
apa saya rasa itu saya cakap.
bila saya tak suka saya tak suka.
bila saya suka saya akan suka.
tapi saya susah nak benci orang.
dan saya tak suka simpan lama2 kalau saya marah orang.
takat tu takat tu jek.
lama2 ia akan hilang sendiri.
sampai saya rasa saya tak pernah marahkan orang tu.
tapi saya cepat rasa bersalah walaupun bila saya fikir ia adalah salah orang lain.
entahlah.
saya bersyukur sebab saya punya segala perasaan tu.
maknanya saya ni manusia.
normal...
bukan heartless..bukan hati kering...
yang kejam...

Monday, June 1, 2009

monster vs alien 3D

kitorang buat kerja gila lagi.
tengah hari g klcc.
booking tiket siap2.
sampai sana terus tengok.

best tengok cite ni.
kelakar.
walaupun tak de sarikata tapi senang nak faham.
3D version memang best untuk cite katun mcm ni.

hari pertama di HQ.
jumpa balik budak Kemaman.
banyak dah berubah..
tapi kami tetap baik.happy.
yang dulu senyap dh banyak mulut [penangan pedagogi ke pakcik2??].
yang dulu tak best dah jadi ok.
apapun masa banyak buat kita belajar dan berubah..
orang selalu cakap sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati orang.
tapi sekurang2nya pantai berubah pun orang tetap suka untuk ke sana nak tengok laut.
kalau hati orang dah berubah, buatlah macam mana pun sampai mati tak suka juga.
melainkan Allah jua berkehendakkan sesuatu itu terjadi.

semoga yang baik sentiasa bersama kita..
insyaAllah..




posing bagai.sebelum blah meninggalkan bumi BMI.

sepanjang training 5 bulan lebih.banyak peristiwa berlaku.
kadang2 saya sendiri tak menyangka ia akan terjadi begitu.
mungkin itu telah tertulis.
yang paling saya tak boleh lupa,bila ia melibatkan soal hati.pada saya yang sensitif ni, hati itu lah adalah anugerah paling hebat Tuhan beri untuk saya.
saya berusaha menjaga hati orang lain tapi akhirnya hati saya sendiri terluka.
paling saya tak tahan bila saya seorang diri menanggung luka hati saya.
tapi saya tahu Tuhan akan buat hati saya sembuh.insyaAllah...

saya tahu menangis airmata darah pun orang lain takkan mengerti apa sudah jadi pada hati seorang Rabia ini...