Thursday, April 30, 2009

Kejoraku bersatu...

Sinaran matamu bak kejora
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati

Halusnya lengang sehalus
Sutra cinta
Melembutkan setiap kata

Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita

Indah keperibadianmu
Indah bicara
Menyegarkan semangat daku

Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku

[Kejora-Search]

~suka dengar lagu ni.1st time dengar dalam movie Zombi Kampung Pisang" :p~

Tuesday, April 28, 2009

i'm here for what i love!

apa perkara paling seronok dalam hidup anda?saya tak tahu nak klasifikasi mana2 definisi seronok bagi peristiwa yang berlaku dalam hidup saya.pada saya mudah memakna erti gembira.bila saya ketawa,senyum,sengih kerana hati saya bahagia,itulah peristiwa yang buat hidup itu seronok.

hujung minggu lepas,saya pulang ke kampung.menemui ayah bonda terchenta.dan 'sesuatu.'saya singgah bermalam di rumah abang.sengaja.ada tujuan.hehe.[lihat saya bahagia].

saya layan Husna satu malam,kemudian esok paginya juga saya jaga dia.Husna si comel saya memang comel [suka hati sayalah nak cakap dia comel].dia sudah pandai meniarap.tapi kelakarnya dia masih tidak reti nak adjust lengan dia untuk manampung badannya.akhirnya kepala dia selalu jatuh ke lantai.kesian Husna yang comel ini.tapi tak apa saya sudah train dia supaya seimbangkan badan.lepas ni kamu boleh eksyen kat Atok dan Opah ya!haha.:p

Nur Aimi Husna pujaan hati saya dan keluarga ;)


sebelum pulang ke kampung,saya dan rombongan cik kiah [seramai 14 orang +en zul +en zubir +uncle driver van] ke Ledang, Johor.niat di hati bukan ingin menawan puncak yang famous dengan legenda @ hikayat @ceritera sang puteri cantik kegilaan ramai lelaki itu, tetapi untuk menjengah keadaan sang bumi yang bakal diduduki tak lama lagi nanti.

asyik dengar cerita dari mulut orang saja [sehinggakan abah, mak, kak ngah n abang ngah pun dah tengok], akhirnya saya sendiri jejakkan kaki ke tempat itu.letaknya di Serom [kitorang gelar "Serum" dengan slanga Scottish hehehe], kampung abang ngah and dekat2 dengan kampung abah.tak jauh jugak dari rumah moklong and mokde.itulah KKTM Ledang.cantik!

tapi takde lah gambar yang sahih tulis besar-besar itu KKTM Ledang.hehehe.sebab tuan punya kamera lebih exposed pulak.banyak gambar manusia jelita dan kacak daripada gambar bangunan dan kawasan yang indah.hahaha.;p

tak kisahlah janji kami tahu kami ke sana.kami tak perlu nak kecoh2 dengan kedatangan tanpa red carpet tu kan.nantilah bila dah rasmi berpenghuni insyaAllah nanti, barulah berani sikit nak pamerkan kecantikan tempat tu.hehehe.



perjalanan jauh pun buat kami tak lekang senyuman


depan lab medical


dua tiga kucing belang..[yang tengah paling cute] ;p

gaya video klip ala2 band boy



...leading...


sebenarnya nak amek gambar latar Gunung Ledang di belakang tu, tapi ada puteri cantik pulak muncul..;p


sudah mahu pulang ke KL..tata..


sebenarnya saya punya cerita lebih bahagia.seronok.dan buat saya tersenyum sepanjang saya di rumah mak abah.sssyyyhhh....saya masih mahu berahsia..;p

~sesuatu yang indah selalunya datang dengan membawa makna dan senyuman yang manis~

Wednesday, April 22, 2009

...betul-betul tak faham..dah lama pupus..

Aku tak mengerti ...
apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ...
begitu hebatnya

Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan ...
hidupku untukmu,

Telah kurelakan ...
hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ...
diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban,
hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimuLebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu

[pupus-dewa19]


yang mana satu anak cik musa?[yang paling comel semestinya ;p]

...rindu belum berbalas...

semalam singgah di blog dan page friendster aliimran [macam nama hero cerita Sigaraning kesukaan saya je].ada banyak cerita pasal serikandi dan pahlawan Cekak.wah.aktiviti mereka sangat best.saya dah lama tak turun.rasanya kalau tanya nama buah silat pun saya teragak2 nak jawab.hehehe.apatah lagi gerakan.rasanya sudah canggung dan kekok.tulang dah keras.:p

hari tu masa balik rumah,ada juga buat latihan dengan adik.emm.saya surrender.adik lebih tangkas.yelah,dia pun dah ambil ujian lagi.tunggu masa nak konvo je.wah,tahniah cik yah! hehe.walaupun dia Cekak Malaysia, tapi ilmunya sama saja...

saya ni tengok uniform dalam almari jadi sedih sendiri.saya belum ada peluang menyarungkannya dan berlatih giat bersama teman.sejak bekerja ni banyak masa saya buat lepak2, untuk rehat2 saja.al-maklum konon penat bekerja la kan.huhu.penat berjanji dengan imran si jurulatih tu, tapi belum berkesempatan juga.sedih.:'(

tambah2 tengok gambar2 demo,latihan,makan2,dinner,etc.saya jadi rindu.dan sampai sekarang rindu saya belum berbalas...



...sekitar hari ko-k UM...


ish. buat betul2.jangan main2.nanti ada yang patah riuk karang.mana jurulatihnya ni?:p


oh kat atas papan sekeping rupanya cik im ye?kerek sungguh muka dia.hehehe.baik2, jatuh nanti.


bagus.rajin budak perempuan ni.anak didik sapa ni?;p



malam tadi saya sangat mengantuk.selepas maghrib,saya tertidur.senang saja,saya letak kepala atas bantal Sya2,mata saya terus tertutup.rasa macam baby dalam perut yang selesa dan enak2 saja tidur pulas.hehehe.kirim salam pada buku yang saya ingin baca [niat saja].huhu.

sebab semalam saya tense pasal "heat transfer".nasib baik saya bijak memutar kata2.student tu tak berjaya 'lipat' saya, sebab saya sudah sedia dengan 'servis balas'.slide saya tak menarik.simple.tak colourful pun.sebab saya dah kata saya tak arif, tak reti topik maut ni.jadi saya belasah saja.haha.

saya dapat markah 5/10 untuk slide dan total saya [tanpa hadir melihat presentation saya], 'cikgu' rahsia saya beri 9.9/10.mahu jaga hati saya ke? ;p

tapi saya ada satu cerita haru-blur-entahapahapantah.saya terjaga dari tidur kerana ada satu SMS masuk.zapp,saya bangun.jantung saya terus pam laju.darah mengalir deras.saya bangun.saya jerang air.sebab saya nak minum.

dengan hati yang masih tak sedap, kepala saya masih senoneng tak stabil.saya terus tuang air dari cerek [air tak masak lagi] ke dalam mug.beberapa saat,saya baru sedar.sebab nestum+vico saya tak melarut tapi timbul.haha.logic fail betul!

saya terus rasa mahu menangis atas sofa.naima pujuk,kak yam hanya menggeleng.

saya nak tanya, siapa yang buat saya begini?yang buat hati saya biru,jantung saya haru di malam hari.it was a miserable nite.huhu.

akhirnya,saya tidur lewat lagi...ceh.. [minta maaf saya terpaksa cari orang layan saya malam2 buta,nasiblah.hehehe] saya memang jahat! ngeee..;p

Tuesday, April 21, 2009

kita tak pernah cukup?

1) "Some people just don't know what to wish for "
(Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

2) "kita adalah apa yang kita minta "
(we are what we wish for).

3) "Grass is always greener on the other side".
kita selalu melihat apa yang orang lain ada itu lebih daripada kita.sedangkan kita sendiri punya sesuatu yang memang terbaik untuk kita.kita takkan sama dengan orang lain...

~emel dari seorang teman [mr.din :p] -saja nak buat saya insaf eh?~

hanya kerana kita manusia.sedikit2 kita punya rasa tidak puas hati.kita punya rasa selfish (pentingkan diri).apapun kita sepatutnya tahu saja kenapa kita mendapat yang ini, dan bukan yang itu.sebab kita punya bahagian masing2 yang kita sendiri takkan tahu sehingga suatu saat kita sedar ia bahawa ia memang untuk kita.atau mungkin pada masa tu ia boleh jadi sudah tiada dan berpindah milik pula.entahlah.

semoga saya sentiasa saja sedar ini semua.dan kita semua.insyaAllah.

Monday, April 20, 2009

...menjerut tali rafia ke leher...

saya tak suka task kali ini.mengajar sesuatu yang saya tidak arif.tidak mahir.tidak luas pengetahuannya.hanya dalam masa sehari untuk menyediakan segalanya.tak suka!tak suka!

kalau kamu tanya saya apa itu "heat transfer"?.saya mahu menangis.demi Tuhan,saya menyesal memilih tajuk ini.dan meletakkan ia di tepi nama saya.tak sangka saya terpilih untuk slot esok.mula2 saya fikir saya terselamat dalam undian berani mati ni.Ya Allah, saya minta nyawa...saya mahu menangis...:'-(

tolong saya.saya sangat lemah ilmu fizik.saya tak suka ilmu kimia.topik ini tak pernah mendapat tempat di hati saya.saya mengaku.dulu saya cari pasal dengan cikgu fizik.agaknya sebab tu sampai sekarang saya tak leh nak masuk dengan subjek yang orang cakap indah ni konon2nya.huh.mujur spm saya lepas.

sekarang saya sudah tense.saya cari info dalam internet.saya mahu download video.yang itu satu hal.saya memang fail kalau download2 ni.apa saya kena buat?ada tak sapa nak tolong??

why me?kenapa saya di'tembak' dan diseret untuk present esok.saya rasa hidup saya sudah tidak bermaya lagi.saya sudah tidak larat.rasanya mahu tidur sahaja malam ni dan tak mahu bangun.inilah tugasan mencabar setakat ini.kamu bayangkan mengajar budak baru habis foundation fizik.saya lagi mahu kelentong.saya rasa dorang yang lipat saya balik adalah.Tuhan tolonglah hambaMu ini.ameennn...

~malam ini saya tak benarkan diri membuat kerja lain.novel tolong duduk diam2 kat situ.saya mahu bikin slide untuk esok.harap2 saya berjaya lepasi hari esok.dengan baik.dengan cemerlang.minta semangat utk datang.insyaAllah~

saya puas hati

akhirnya 18.04.09, sabtu pagi, saya berjaya tiba di PTWC untuk round booth dekat KLIBF '09.saya sangat teruja.pagi2 lagi sudah siap2.wangi2.cun2 [kak yam testing blusher baru dia ke pipi saya,merah jambu! ;p].

agaknya kalau saya lambat sedikit,kami mungkin tak dapat parking.orang sangat ramai.lautan manusia.banjir dahsyat.kalau jatuh mati terpijak je laa.dah rasa macam nak jumratul aqabah di mekah pula [pernah melihat di tv].

saya ada niat.saya memang mahu buku Imaen yang terbaru.masuk je PWTC, saya terus ke Dewan Tun Hussein Onn.saya agak2 saja Jemari Seni punya booth ada di situ.betul.

kak awin suruh saya round sendiri.nanti jumpa balik di satu tempat.wah,ini peluang baik.saya jalan sorang2 saja.terus ke booth JS.saya tak tunggu lama.jumpa buku tu,saya capai.


kata akak yang jaga kat situ,

"penulisnya ada di situ.mahu tandatangan?".

"oh yeke.yang mana satu?"

dia menunjuk.oh tidak.saya segan.rasanya muka saya dah memerah.

"takpelah segan".

"takpe saya tolong mintakkan".

senyum.saya hanya melihat dia dari jauh [tak adalah jauh mana pun,selangkah dua je].dia smart.dia seperti yang saya gambarkan melalui penulisannya.dia menghampiri saya.

"apa nama ye?tulis kat sini saya takut saya silap eja".

"oh boleh".

saya sudah tunduk saja sambil tangan menulis nama.

"rabiahtuladawiah.rapat ye.macam ini ejanya?"

."ha'a.terima kasih".

saya senyum lagi [tatau manis macam mana tapi rasa juga bahagia].cewah..;p

saya tak ambil gambar dengannya.tak bawa kamera.dan saya juga segan.

~lihat di buku saya ada tandatangannya dengan pen kaler hijau.hehehe.saya memang tak sangka dapat jumpa dengan penulis favourite saya ni.~

saya sempat membeli satu lagi buku.hard cover.buku tu tiada dalam list-to-buy.tapi hati saya meminta2,merengek2 mahu saya membelinya.mujur seorang junior saya yang menjaga booth tu.dia terkejut juga melihat saya.saya mahu diskaun.dan saya beli buku tu.hehehe.

kemudian,saya ke Dewan Tun Abd Razak pula.menjengah2 saja.kata kak awin dia mungkin lama di sini.jadi saya jalan2 lagi.saya tidak ada buku mahu cari lagi.sebab bajet saya sudah ditunaikan ikut plan.masuk ke booth DBP.eh macam kenal seorang di situ.

hahaha.kan betul.saya hanya berdiri saja di depannya.dia sedang sibuk isi borang langgan majalah.dia masih macam dulu.tambah comel saja.:p..saya temankan dia.dapat sehelai t-shirt DBP dan dia belanja saya Dewan Masyarakat rm1.thanks peng.

kami turun ke bawah.kembali ke Dewan Tun Hussein Onn.peng mahu ke JS berjumpa Kak Su.peng beli banyak buku.siap bawak senarai dan ada bajet lagi.sahabat @senior saya ni memang kuat membaca.ada bakat menulis juga.saya bergurau mahu dia letak nama saya pada bukunya yang pertama diterbitkan nanti.hehehe.

dengan peng saya ke JS lagi.peng ambil gambar dengan Imaen.saya tolong ambilkan.tapi peng paksa saya ambil gambar dengan pingu toha pula.wah2 peng,mentang2lah pingu toha kawan kamu.hehehe.sekurang2nya ada bukti saya pernah berjumpa mereka.;p

peng suggest satu buku pada saya."Cinta di Rumah Hassan al-Banna".emm menarik.saya beli sebab saya percaya peng cakap buku tu bagus.peng cakap tu buku cara bagaimana Hassan mendidik anak2nya di rumah.bahagianya rumahtangga. [belum baca lagi tapi sudah boleh rasa ilmunya].alhamdulillah.=)

dekat sana saya jumpa si kaki buku eh tak, ulat buku.seorang kawan peng; senior saya juga,shuk dan ada juga terserempak kawan lain.cuma tak sempat nak tegur,segan juga.hahaha.borak lebih kurang.kesian peng bajetnya mahu beli buku2 idaman hati tak sampai.dia tak puas hati dan mahu datang lagi melengkapkan koleksi.suka hati awaklah peng.janji awak happy membaca.janji nama saya pada penghargaan buku awak tau.hehehehe.

saya tak ada gambar bersama penulis.peng janji mahu upload dan emel pada saya.tak sabar nak tengok.thanks peng and kak awin.bawa saya jalan2 kat bookfair ini.

Sigaraning~ imaen

ada autograf ~sangat suka =)



sempat dapat 4 buku saja.tu pun tatau mana satu nak baca dulu. :p

~lepas ni saya kena duduk diam2 [bukan di depan laptop,bukan di depan tv etc] untuk habiskan baca buku2 tu~ ;p

Friday, April 17, 2009

..erat..jangan pergi...

dia berlari-lari
sekejap-sekejap menoleh padaku
di belakang...

seperti mahu meninggalkanku
tapi tak mampu
aku tak mahu dia pergi
tak mahu lepas

dia terus berlari
ah kalau punya sayap sudah hilang entah ke mana
mujur..

aku tidak mengejarnya..
aku tak mahu dia sakit
biarkan dia seperti apapun
nanti-nanti dia akan kembali

aku tetap di sini..
menunggu dengan merenungnya
dari kejauhan..


~mode jiwang edisi karat tahap tak ingat~
[bosan sebenarnya...bilakah mahu berakhir??-soalan y takde jawapan tepat]

...hidup ini indah...

mulai minggu depan depan saya masuk hospital.(eh cane dah tau awak masuk hospital?ada sakit apa ke?)hehe.hanya mereka yang memahami saja tahu keadaan saya.saya masuk hospital suka-suka atau buat apa.sebenarnya ni kali kedua saya akan berada lama di hospital.bukan sebab saya sakit tapi sebab saya kena kerja di situ.

tapi saya pernah juga kena duduk kat wad (yang ini saya memang jatuh sakit-oh tak, bukan jatuh,saya yang g hospital utk doktor rawat saya) adalah dlm 4-5 hari juga.masa tu emak temankan saya.kak ngah (+aliff dlm perut dia) dan abang ngah datang melawat bawak roti bijirin tapi saya tak de selera nak makan walaupun roti tu nampak sedap dengan kaler cokelat macam tu.mak saja yg makan.

tapi bagus juga,waktu tu saya cuma rasa ajal saya akan sampai je.saya jadi budak baik.2 hari doktor ambil darah saya (saya tatau dia nak hirup ke apa ke huhu) 2 botol jugaklah.alhamdulillah,Allah bagi saya kesempatan umur sehingga hari ini 24 tahun sudah saya atas bumi ni.

masa sakit baru nak ingat jadi budak baik.itulah hikmah.masa sakit baru nak jaga makan,baru boleh kurangkan segala makanan yg tak bagus utk badan.bayangkan berat saya sangat ringan sebelum masuk wad.nurse tu lagi mahu saya tambah sedikit sebab dia kata tak seimbang.saya tak leh marah sebab saya cuma percaya saja nurse tu cakap.dia bagi saya makan makanan hospital yg tak sedap takde rasa tu.saya masih ingat saya cuma dapat ikan goreng yg tiada garam,tawar melesih,sedangkan jiran katil saya makan ikan masak kicap.nak saja saya mintak mak tuangkan kicap kat ikan saya.hehehe.abang saya cakap dia sengaja masak makanan hospital tak sedap supaya pesakit balik rumah cepat hahaha.

saya pun tatau kenapa.masa tu saya masih kecil lagi, orang cakap kalau belum baligh kita takde dosa.tapi kesian kat mak abah yang menanggungnya utk saya.saya bertekad waktu itu utk jadi anak yang baik.dan sampai sekarang saya memang anak yang baik utk mak abah.hehehe.terima kasih mak sebab sanggup tunggu saya kat hospital.bila saya sudah besar, saya tak mahu mak sakit2 macam saya.saya mahu mak sihat, abah sihat.saya hanya mahu mak duk elok2 saja.nanti saya bawak mak abah jalan2 travel lagi ok.hehehe


~mak abah sayang saya.saya pun sayang mak abah.sekarang saya rasa nak sayang lagi 'seorang'.saya ada ucapan utk orang yg saya sayang.saya baru belajar semalam (tapi saya ni cepat belajar jadi hari2 saya apply) :

..."ich liebe dich mal zwei"...
:wink:

Thursday, April 16, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2009

~iklan ini dari kiriman emel JS~


mulai esok pesta buku akan berlangsung.teman serumah mengajak ke sana esok tapi tidak tahu pula pagi atau petang.jadi atau tidak.teringin juga hendak menjenguk.memandangkan Imaen sudah keluar dengan karya terbarunya -"Sigaraning".

menarik bila baca sipnosisnya.ah sudah tentu aku yang minat penulisannya berkata begitu.Imaen ada gaya bahasa tersendiri.matlamatnya.objektifnya.sempat aku membaca temubualnya dengan JS lewat emel yang dikirimkan JS kepadaku.hehehe.

tapi Imaen berada di booth sekitar pagi saja.petang tiada pula.tengok dulu macam mana.walaupun teringin juga melihat autografnya di atas buku kubeli nanti.huhu.tak pe.janji aku punya koleksinya. =)

~mahu menyambar dua buku "Sigaraning" dan "Teluki itu untuk Aku" dengan harga kurang dari rm50 (rm31.50) wah, tak sabarnya membaca buku itu~



...IKHLAS...Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat. ~dipetik dari blog saifulislam.com