out station ke hospital sungai buloh membuatkan saya menjadi risau.lalu mengimbau kembali kes yang berlaku ketika saya praktikal di HSA dulu.masa tu saya masih mentah, masih blur tentang banyak perkara di hospital.itulah first time saya dapat suka-suki masuk [dengan kebenaran] ke wad, ICU, OT dan lain2 kawasan dalam hospital yang orang awam tak leh suka-suki nak masuk.
masa tu sudah minggu keberapa entah tempoh latihan industri saya.yang pasti saya telah diberi tugas untuk siapkan 5 work order PPM.barang biasa2 je.syringe pump and infusion pump.maknanya masa tu dah boleh faham workflow nak buat prosedur tu.
saya bukan pergi ke wad sorang2 tapi mesti dengan technician.jadi mengikut work order tu saya kena cari barang tu kat wad ICU [intensive care unit-kritikal zon].kamu tahu apa jadi?saya yang memang 'merah' tentang prosedur hospital dan keselamatan pekerja manalah tahu apa2 pasal penyakit.nama pun belajar operate machine takkan tau banyak tentang sebaran penyakit atau wabak kan.
yang saya agak terkilan tu kenapalah staff nurse or technician yang bawa saya tu tak inform saya hal itu.patutnya as a person who have experience on that kind of thing should inform me at the first place.at least saya berjaga-jagalah juga.
apa yang berlaku ni?sebenarnya saya telah termasuk isolation ward untuk pesakit TB tanpa sebarang protection [mask].kamu tahu apa itu TB?penyakit ni sangat berbahaya, dan boleh bawa maut.dia boleh tersebar lalu udara lebih2 lagi pesakit tu batuk.ini yang paling saya kesal.saya betul2 tak tau bilik kecil tu ada orang sakit TB sedang terlantar.saya pulak dengan selamba boleh check tengok equipment sebelah kepala orang tu saja.mujur orang tu tak terbatuk or terbersin ke apa.
lepas saya keluar dari bilik kecil tu technician yang bawa saya tu tanya-"kau tak pakai mask ke masuk situ?".masa tu saya nampak semua orang pun pakai mask.saya tanya-"kenapa?".dan ketika tu attendant tengah tarik keluar katil pesakit tu untuk bawa dia pergi mana ntah.dan akhirnya saya tahu orang tu sakit TB.
masa tu saya terus nak menangis, air mata tunggu nak merembes jek.huhu.saya betul2 terperanjat dan risau.saya langsung tak mahu terus siapkan beberapa barang lagi.saya tak salahkan sesiapa tapi sepatutnya orang yang memang tahu hal tu dan arif tentang keadaan situ beritahu saya tentang protection tu.i was a trainee maa.baru je kenal dunia hospital yang dahsyat tu.oh my!sampai hati...
lepas tu saya trauma mahu ikut technician ke ICU even untuk user training sekalipun.saya tak mahu lalu ICU or apa2 yang berkaitan.apapun saya bersyukur saya sihat.dan apa yang berlaku itu saya jadikan panduan kalau nanti saya kena juga berhadapan dengan situasi itu.
dan sesungguhnya ia telah berlaku lagi tadi di hospital sg buloh.huhu.saya rasa risiko ada di mana2 walaupun kamu seorang penulis yang hanya duduk menghadap artikel atau kamu seorang guru yang hanya menegur kesalahan murid.semua pekerjaan ada risiko.sebab tu OSHA [occupation safety and health act-lebih kurang maknanya beginilah] sangat penting.kena faham betul2 dan ikut garis panduan yang dibuat.semuanya untuk keselamatan anda!dan pegawai OSH pun sangat penting ;p [pekerjaan yang sangat lumayan dan high demand]. dan yang penting berhati-hati ok.
lebih2 lagi sekarang virus H1N1 sedang menyerang, eloklah selalu ingat2 bila anda berada terutama di hospital2.nama pun virus influenza, so rasanya boleh 'terbang' lalu udara.so jaga hidung dan pernafasan anda.kalau nak pakai mask lagi bagus and kalau terpaksa gak bekerja menghadap situasi ni baiklah amek ijection vaksin ok.
~saya berdoa semoga semuanya ok.dan saya mahu sihat sebab banyak lagi hal belum selesai~
No comments:
Post a Comment
apa-apa yang kamu suka