Sunday, May 31, 2009

home is the best place ever

saya sejak dulu, walau jauh mana saya bermastautin atas alasan apa pun wajib sekurang2nya sekali balik ke rumah.pada saya tak ada tempat yang boleh release segala serabut dan sabut dalam kepala melainkan rumah sendiri.yang ada mak abah, family dan kawan sekampung.bila time sudah kerja ni KL-Johor macam Kota Tinggi- JB.saya malas mahu berkira lagi sebab pada saya biar hati saya lapang dari sesak duduk di KL ni.

kepulangan saya kali ini seperti biasa, mahu dapat balik semangat dan ketenangan.dan saya memang perlukan orang terdekat dan rapat dengan saya berada di samping dan beri saya semangat untuk teruskan perjuangan dengan sisa kekuatan yang tinggal.

dan saya sangat bersyukur kali ni kepulangan saya banyak pula agenda yang sempat saya lakukan.saat begini saya idamkan.

sebabnya:

~saya dapat menghabiskan masa bersama sahabat baik saya Kak Jie and Jura.
~saya hadir ke majlis kahwin rakan sekolah lama.
~saya bersama bf saya 4 hari berturut-turut.saya semakin serasi dengannya.my soul! :)
~mak abah tak halang lagi saya mahu menghabiskan masa dengan bf saya selalu.sporting betul mak abah.mesti tak mahu lihat saya merajuk.hehehe.
~hati saya sedikit relief.release. [walaupun berbekas jugaklah,ada gak layan.nama pun hati terluka takkan senang boleh cure kan.apa de hal?]

petang sabtu saya ikut Kak Jie, Jura and Zul ke majlis Nurul Afida Aziz. dia ni classmate saya menengah rendah.kami pernah rapat.saya ingat lagi masa tu saya, Atul, Fida dan Huda rapat.selalu buat homework sama2.kadang2 Zu-y,Kak Jie, Norlida,T-non, Amir dan Razie akan join sama.hmm that was long time ago.

saya hadir ke majlisnya [nama pun ikot orang kan] tanpa undangan.sebab dia lost contact dengan saya lepas saya pindah sekolah.masa jumpa dia tu, saya tanya kenal saya lagi tak.dia ambil masa dan akhirnya dia sebut nama saya.dia minta maaf sebab tak dpt contact saya.tak apa.saya tak kisah.janji saya sampai, hati saya happy.tak mahu sedih2..

ada cerita kelakar bila kami tersalah rumah.nasib baik Kak Jie [dengan malu2] bertanya dulu.kalau tak mahu kenyang kami terjah rumah orang tu baru perasan bukan rumah Fida.hehehe.yang kelakar, saya,Zul and Jura dalam kete tunggu Kak Jie dah get ready nak pecut kalau2 bukan rumah Fida.hahaha.yang tak tahan tu, Zul konpiden je rumah tu rumah Fida..:p

thanks to them sebab bawak saya dan habiskan hujung minggu dengan happy.:)

TAHNIAH FIDA DAN SUAMI!terima kasih dapat makan nasi minyak kamu..

makan dulu yeay!!


kak jie, rabia, jura dan fida

zul, rabia, kak jie and fida dalam bilik fida before dia sanding.

jura and rabia depan pelamin fida.

kak jie, zul and jura di sudut rumah fida.

lepas balik dari rumah Fida, kami sambung cuti2 hujung minggu dengan sesi makan2 dan lepak2.saya memang dah lama nak ajak dorang makan2.nak berkongsi rezeki dengan dorang.sekali lagi emak dengan lapang dada bagi saya bawak kete.saya cakap mak, Kak Jie and Jura ada lesen jugak.

mula2 cuak jugak tapi lama2 jadi tenang.dan dah biasa.[siap boleh pulak nak mentor kan Jura and Kak Jie balik.sebab kami sama jek ada lesen tapi tak praktis.hehehe.] mungkin sebab semalam dah bawak jauh ke Kluang dan balik ke Kota dari Bandar Tenggara.thanks to all my mentors.hehe.

saya jadi ok sebab Kak Jie and Jura siap bagi saya cheer bila berjaya lepas satu halangan.that's what we call friend and what friend for.give you spirit and support.walaupun saya agak sedih dengan ketiadaan kak cik [supporter terhebat saya kerana bercuti ke t'ganu], tapi ada lagi orang lain yang mahu buat saya happy.alhamdulillah.

bila sesuatu hilang dari kamu, bukan bermakna berakhir hidup kamu.akan datang sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.

saya masih punya family dan kawan2 yang sentiasa ada untuk dorong saya.melawan kepatahan hati.huhu.

TERIMA KASIH KAK JIE AND JURA.saya sayang kamu..

jura dengan ABC ada eskrim coklat cair atasnya.wah.

kak jie tersenyum hepi sebab saya dah tunaikan janji bawak dia jalan2.thanx sayang.


rojak ana yang sedap.hehehe.

anak buah yang nakal asiff dan syahmi.


bf saya.:p

komen dari mentor a.k.a cikgu memandu saya:
1) dah ok cuma kena control steering dan brake masa kat simpang [ni masalah saya masa mula2 pegang steering.saya kalau jalan lurus suka sangat,hehehe.]~kak ngah dan abang

2) masa orang memotong tak payah bagi jalan kat dia.bawak je macam biasa.jangan himpit kiri.pandai2 agak alignment tengok garisan kanan kiri.laju dah ok [saya kan baik hati ;p]~abang ngah.

3)jaga clutch and brake.gear satu tu memang payah sikit.agak2 laa.dah lama nanti biasa laa.clutch dia masih tebal tu payah sikit. [masalah saya takut untuk berhenti sebab tak terer nak mulakan gear 1 huhu]~abang ngah and abang.

4)masalah kau ni kat bukit, simpang and bile kete berenti and mati.huhu [benar sebenarnya]~kak cik and semua mentor berpengalaman saya.

5) yeay!! biah terer [mentor sama level dengan saya]~kak jie and jura. hehehehe ;p

thanks..saya akan belajar lagi.upgrade skills.insyaAllah.tak sabar mahu pulang lagi.rindu bf saya tu...

2 comments:

  1. ingat bf betul tadi...
    bawa kete hati2 ye...

    ReplyDelete
  2. kenapa?
    peng tak sabar2 nak tengok saya ada bf ye?
    ni betullah..
    huhu..
    ok thanx.doakan saya selamat bila memandu.

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka