Wednesday, May 27, 2009

itukan satu jalan dari kehidupanmu...bersabarlah..

malam yang gelap
kini sudah cerah..
wah, saya bangun hari sudah siang.
matahari dah tak segan2 nak dok atas kepala.
ini bukan saya.
saya biasanya akan pening bila banyak sangat tidur.
tapi saya sengaja.
saya sengaja tak mahu buka mata.
saya sengaja tak mahu memikirkannya.
sebab apabila mata terbuka,saya sedar.
bila saya sedar, ia akan ada dalam fikiran.
[dah tu kamu nak koma ke apa???]

saya tahu kita tak boleh meminta perkara yang tak baik.
walaupun kita rasa cara tu paling efektif buat kita.
itu semua sebab kita kecewa.
kita patut minta dijauhkan dari kesusahan dunia.
teringat kata2 seorang guru : "Umat Islam tak ada rasa kecewa dalam kamus hidupnya".
merasa sedih sedikit tak mengapa.
tapi bangkit semula.
mencari kebahagiaan yang kita kena percaya.
sesungguhnya bahagian masing2 telah tertulis buat kita.
termasuklah rezeki dan cinta.

Saidina Ali pernah menangis kerana ada satu hari dia merasakan tiada ujian hidup buatnya.
beliau sangat sedih kerana menurutnya apakah Tuhan tidak mengingatinya? [lebih kurang beginilah kisahnya yang saya faham].
maksudnya, setiap ujian yang Allah datangkan bukan sia2.
ia bermaksud bahawa Dia mengingati dan menyayangi kita.
harus kita bersedih kalau tiada ujian, bimbang Dia tidak mengingati kita.
bersyukur sebab kita adalah hamba yang terpilih untuk menerimanya.
saya suka baca satu terjemahan dari surah Matsurah susunan Hassan al-Banna;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
~al- Baqarah :284~

ini adalah firmanNYA.
ketika saya dalam duka, saya suka membacanya.
demi ALLAH, saya sangat terkesan dengan ayat ini.

ALLAH,
Tuhan Yang Maha Mengetahui.
sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita walaupun kita rasa itu tidak sesuai dengan kita.
Dia yang menjadikan kita, sudah pasti Dia lebih faham dan mengerti tentang kejadian dan apa saja yang berkaitan kita.
saya percaya takdirNYA takkan mengecewakan saya.
saya percaya semua ini ada hikmahnya.
saya mencari kekuatan dan saya berasakan kekuatan yang tersisa itu membuatkan saya lelah melalui ini semua.
semoga suatu waktu nanti semua hikmah itu ditunjukkan.insyaAllah....ameenn..

Bersabarlah...
hanya satu perkataan untuk setiap yang berlaku.

dan..
sebenarnya..
saya tak mampu..
tanpa dia..



~sedikit tazkirah dari saya yang kurang arif.untuk peringatan dan motivasi diri sendiri.saya yang terlalu lemah selalu khilaf.semoga Tuhan mengampuni saya~

No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka