Sunday, May 31, 2009

selamat pengantin baru Safurah!

khamis lepas saya sudah blah dari bumi KL.nasib saya baik, rezeki Tuhan beri saya terima dengan tangan terbuka.kali ni saya balik ke Johor tidak direct ke Kota Tinggi atau seperti selalu ke JB dulu.saya pilih untuk ke Kluang.mahu ambil bf di sana dulu.nasib baik pergi meeting di BMI jadi jumpa dengan budak2 Muar.tau jek Din n Zul balik, saya malas nak pk lama untuk bersusah payah ke Puduraya untuk cari tiket bas yang belum tentu pukul berapa.cantek.saya tumpang dorang sampai Kluang.lepas tu kak ngah jemout balik ke Bandar Tenggara.

haha.saya datang tidur dua malam.anak sedara Syahmi dan Asiff siap ponteng hari jumaat.konon mahu teman cikdenya ni kat rumah.padahal mahu ikut saya jalan2 naik kete.tapi tak dapat adik oii, minyak kete macam dengki saja.boleh dia blink2.walaupun reserved boleh jalan lagi 20km,tapi saya takot mati tengah jalan jadi tunggu kak ngah balik sekolah baru topup minyak.dan saya drive,kak ngah jadi mentor.

jumaat petang ke Ayer Hitam, rumah Safurah.majlis akad nikahnya hari itu.saya mahu melihat hari bahagianya dan seperti saya harapkan saya hadir.saya gembira melihat wajah manisnya, terpancar kegembiraan.

"aku dah jadi Puan" Safurah beritahu saya lewat panggilan telefon ketika kami on the way ke rumahnya.
"tahniah!"
saya sempat titipkan pesanan- "Safurah, doakan aku juga ye"

macam nak nangis pun ada.gembira dan sedih.gembira kerana sahabat saya sudah menyempurnakan sebahagian dari hidupnya.sedih kerana saya masih sendiri.
kata Safurah lagi "banyakkan sabar,insyaAllah ia akan datang juga".

Safurah itu sahabat saya paling sabar melayan saya.walaupun banyak saya ni menyakiti hatinya selalu berbalah tapi dia tetap sahabat saya.di maktab dulu kami macam twin.banyak iras.
uwaa..twin saya sudah menjadi isteri orang.
tak boleh nak lepak2 atau tidur sama lagi.huhu.

safurah harap saya tidur di rumahnya malam tu tapi saya jawab "tak boleh, kau kan isteri orang.lagi pun aku mahu balik jumpa mak aku.hehehe" dia tersenyum..

sekali lagi TAHNIAH BUAT SAFURAH DAN SUAMINYA, YUSRI..semoga bahagia..dan rumahtanggamu diberkati Tuhan amin..:)




No comments:

Post a Comment

apa-apa yang kamu suka