Tuesday, April 14, 2009

...manisnya saat dirimu disunting wahai sahabat...

Pesanan Ummu Hakim kepada puterinya pada malam pertama perkahwinannya :


" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan, engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."

" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."

" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :

1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.

2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.

3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.

4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.

5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.

6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.

7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.

Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."

Dipetik dari 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' tulisan Muhammad Ali Qutb

~dipetik dari blog Safurah ~


kepada Safurah sahabatku,
selamat menempuh alam perkahwinan.
semoga rumahtanggamu aman dan bahagia.
aku mendoakan kalian.
jadilah wanita pendamping suami yang paling bahagia di syurga nanti.insyaAllah.
=)

Monday, April 13, 2009

...english in me...

Empty Decorations – Kopitiam theme song-

I wake in the dawn to showers of light
Moments of emptiness around
Floating away with auras of hope
But reality brings me to the ground

What can I do?
What can I say?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life I used to know

Where every song
Was filled with words of love and not of anger
Where did they go?
Why did they leave me far behind?

Cause I don’t wanna be alone
Oh oh..
Living life all on my own
Oh oh…

I don’t wanna live my life in isolation
Filled it with empty decorations
Cause I wanna be with the people that I know
Who will do the things I do
Oh oh..

Making all my dreams come true
Oh oh..
I don’t recognize the shadows on my door
Although I’ve seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you…

I look at the sky, it looks back at me
I can’t hear the silent melodies
I know that I’m here yet I am lost
Blown in confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life I used to know

Where every smile
Was born out of a love and of sincerity
And every tear of overflowing joy

~inspired from Hlovate-Tunas~


aku suka membaca.aku suka baca buku cerita sejak kecil.novel pertama aku beli ketika form 5 (sangat bajet beb).aku terus membaca sehingga sekarang cuma rasaku terhadap novel dan isi konsepnya berubah mengikut perkembangan waktu.

aku pelik dengan diri sendiri.aku dah try tapi tetap tak boleh.aku mula melihat orang membaca novel english ketika masuk uni.aku try utk cuba membaca juga novel english since kata cikgu BI kalau nak pandai english banyakkan baca buku english.hmmpphhh..hampeh.budak rabia dengan buku english macam langit dengan bumi.nak dpt grade A tu in my dream je laa..(but nothing is impossible rite?)

aku dah try.aku belek2 buku kawan2 aku.tu novel twillight tu pun aku tak start baca pun.tengok cover je.huhu.aku baca juga, eja juga sepatah-sepatah satu page.boleh.tapi akhirnya aku bertanya sendiri "eh apa yg aku baca ni?","cerita ni pasal apa?" blank kat situ gak..tapi kalau buku tu buku teks ilmiah, senang pulak nak faham.mungkin sebab itu memang kena faham,jadi ada force utk fahamkan ia.hehehe.ntahlah.

so aku rasa ada alternatif utk belajar english sebenarnya.depends pada individu.mcm aku,aku suka tengok cerita kanak2 versi english macam Sesame Street, Hi-5,dan aku punya satu hobi baru;tengok rancangan kanak2 setiap pagi pukul 8 mcm tu tv9.english dia mudah faham.and cerita tu comel pada aku.hehehe.

lagi satu, aku lebih suka mendengar lagu and cari lirik dia.aku suka baca novel Hlovate sebab dia selalu selitkan lagu2 english.secara tak langsung aku belajar english dari situ.ada phrase dia yang bagus utk difahami.kadang tengok muvi english bagus juga.aku akan dengar dan fahamkan ayat tu dr sarikata.aku ulang2.

dulu aku belajar english,akak aku (dia ni memang terer english) selalu cakap kalau kita selalu dengar orang speaking or kita familiar dengan english nanti bila kita nak buat ayat english automatik kita boleh detect ayat tu sesuai ke tak.dan sekarang bila nak cari perkataan dlm english (utk terjemahan), kena tau ayat apa yg kita nak bina.sebab english tak boleh translate sebijik2 dlm malay.

ex-roomateku ketika di UM pun ckp begitu.dia yang ambil upah jadi translater (lumayan juga 1 patah perkatan berapa ntah harganya tapi bolehlah nak buat duit poket tambahan) english-malay,selalu bantu aku buat assignment dlm english.thanks to wafiyyah sayang sebab banyak ajar aku english =)

maaflah kdg2 aku masih tak leh nak faham banyak bahasa english sebab perbendaharaan english ku dlm peti harta karunku tidak banyak mana.tapi aku sentiasa cuba tambahkan.a word a day orang kata.hehehe.ye laa tu..
maaf juga kepada temanku fairul yang blognya sampai sekarang aku tak dapat habiskan baca.englishnya sangat baik.aku kagum dengan english dia...

the end of the world

The end of the world-Davis Skeeter

Why does the sun go on shining?
Why does the sea rush to shore?
Don't they know it's the end of the world,
'Cause you don't love me any more?

Why do the birds go on singing?
Why do the stars glow above?
Don't they know it's the end of the world.
It ended when I lost your love.

I wake up in the morning and I wonder,
Why everything's the same as it was.
I can't understand. No, I can't understand,
How life goes on the way it does.

Why does my heart go on beating?
Why do these eyes of mine cry?
Don't they know it's the end of the world.
It ended when you said goodbye.

Why does my heart go on beating?
Why do these eyes of mine cry?
Don't they know it's the end of the world.
It ended when you said goodbye.



semalam balik KL naik bas Mayang Sari (ni adalah bas masa aku sekolah ulang alik Kota Tinggi- Muar dengan tiket disponsor oleh mak ;RM11 dan aku pernah bertekad tak mahu naik bas ni lagi lepas habis sekolah dengan alasan aku tak mahu sekolah lagi di Muar.at that time aku tekad taknak masuk matrik kat Muar tu.cukuplah dua tahun kat sana.then aku tercampak kat Gambang hutan belantara tu-amek kau! huhu.sekarang rezeki aku kat Muar.takpe sebab ni zaman kerja bukan zaman sekolah lagi kan hehe.ingat nak g lawat cikgu sekolah lama nanti)setelah seorang uncle kowtim dgn aku.nak tau apa statement dia buat aku rasa happy?

Uncle: saya tengok u budak sekolah, jadi tak mau u kena tipu sama olang jual tiket mahal maa..

..hahaha..see! aku muka student tau..aku tersenyum malu jek..hehehe...=p

Kak Chik : ye la uncle ni budak sekolah lagi ni.

..thank kak chik support aku..akhirnya dia mengaku aku lebih cute hahaha..sebab aku adik dia..

cerita sikit pasal bas.aku selalu tercampak kat tempat yg jauh selepas aku memilih utk sekolah berasrama.jadi aku banyak naik bas utk travel.masa aku sekolah, bas Mayang Sari.masa aku kat matrik bas Transnasional and Cepat Express.masa aku kat UM bas Transnasional, Konsortium and Maraliner (the lattest).lepas habis study aku duk Manjung and Batu Pahat sekejap and naik bas KKKL,S&S, Konsortium,PlusLiner, Transnasional etc.

dan aku ingat aku takkan naik bas jauh2 lagi.rupanya aku masih memerlukan bas.sekang ni aku setia dgn Maraliner sbb naik kat depan simpang kampung je.kdg2 curang gak naik bas lain hehehe.tgk keadaan.nak dijadikan cerita, kakak aku akan tag bas yg aku pernah naik tu sbg bas aku.ceh ingat aku ni duduk kat bus stand ke..hehehe..

tapi advantage sebab aku banyak berjalan, aku kenal tempat org.sbb nanti bila family aku nak ke sana,dorg akan tanya aku cane nak naik bas.honestly, selalu naik bas jauh2 buat aku jadi berani and develop confidence..cuba2lah ajar anak anda naik bas bagus utk bina skil hidup tau..hehehe..

ok berbalik kepada intro di atas,

tu adalah lirik lagu "the end of the world".yang aku dengar semalam dlm bas ketika tiba di tol Sg. Besi.lagu ni slow je.lagu zaman 60 an, 70 an or 80 an kalau tak silap aku.sbb aku pernah dengar dari akak aku masa zaman dia sekolah.sweet lagu ni. melodi dia macam lagu "Lucky"-jason mraz or lagu "Dan Sebenarnya"-Yuna.rasanya zaman marylin monroe tu kot.yg pakai baju kembang seksi meksi tu, bibir mungil kiut tu rambut keriting beralun ombak tu.susah nak gambarkan laa.anda imagine sendiri laa.k.hehehe.

yg penting aku suka dengar lagu ni =)

~ada budak tu dia layan pop yeh yeh tau (teka sape?) hehehe

Friday, April 10, 2009

cik Oggy dan lipas-lipasnya

ceritanya macam ni.semalam ada talk pasal radiation awareness.mula2 rasa masuk kelas fizik.belajar balik radioaktif, half life time dan segala bagai dengan formula dan tak ketinggalan jadual berkala dlm subjek kimia tu (kelas ni kena ada lg usia2 macam ni? hehe).lepas tu ada pulak isotop and atom stabil tak stabil, pereputan or penyepaian etc. ni dalam buku teks pun ada cerita ni.saja la kan utk org2 mcm kami ni, manalah ingat lagi basic ni kan.


apa yg seronoknya talk ni ada video.cerita pasal bahan radioaktif and nuklear ni la.di samping tu pasal x-ray dan peraturan serta lesen2 dia la kan.cane nak jaga keselamtan, had dos, film batch dan banyak lagilah.sebab ikotkan kena bertapa lama baru terer.sebab aku sendiri pun matanya sgt laa 'berat' sehingga terlelap tanpa sedar.hehe.pastu kan encik penceramah tu ada bawak contoh bahan radioaktif yg kita boleh detect nilai dia dlm unit Sievet guna dos meter.


bukan tu sebenarnya nak cerita.yg menariknya kitorang tgk video pasal bom atom kat Hiroshima and Nagasaki tu. pastu letupan kat Chenobyl pulak.encik penceramah cakap cerita Godzilla tu ideanya dari letupan atom tu la sehingga menyebabkan dia mutasi dan transform bentuk dia.huhu.cerita ni berlarutan sehinggalah gambar seekor serangga yg sudah transform bentuk dia akibat kesan radiasi tu ditayangkan di slide.cerita2 punya cerita tiba terkeluar pasal lipas.encik penceramah kata kalau lipas kena radiasi mungkin boleh transform juga, tapi efek mcm manusia tu takdelah sbb lipas kan tak kompleks.


cerita pasal lipas, teringat cerita "Oggy & The Cockroaches",cerita katun kelaka tu.3 lipas duk kaco si Oggy yg kiut tu.hahaha..


sebenarnya tu je nak cerita.dari panjang2 introduction tu.kalau cikgu BM baca dia tak bagi markah banyak ni.takde isi,intro melampau.hehe.metafora je lebih.naseblah kan...

pelangi yang indah ada di situ..

tuan awatif #1



tuan awatif #2


insyirah + kipas #1


insyirah + kipas #2




ni birthday cake kakak + kak chik +rabia



insyirah + irfan


insyirah juga (dah tau sape paling syebuk dlm party ni kan?)hehehe




ni tetamu2 yang hadir.tengok, tuan punya kek pun tak sempat nak buat apa2 hehehe
~ni adalah first time birthday aku ada kek dgn family (secara tak bape official la).yg betul1 first time adalah dgn homeroomate masa sekolah dulu.tu pun cikgu combine kan birthday bulan 1-6.kira ok laa.ada gak majlisnya.apalah makna kalau makan kek sorang2 kan..=p


24 MAC 2009


Wednesday, April 8, 2009

notes untuk budak Uni semua!

sekarang budak2 uni sedang sebuk (kononnya laa) study and pulun habis2an untuk final dorang yg bakal menyusul tak lama je lagi ni.siapa yg berada dalam fasa study week dinasihatkan jenguk laa ibu bapa sebelum nak exam tu (ni sangat penting sebab mesti banyak korang dapat drpd mak ayah nanti, cayalah).


then, study2 gak, tapi kesihatan jgn lupa.apa barang study bagai tapi tak sihat pulak nak g amek exam kan.tido kasi cukup.makan kasi cukup.mandi jgn lupa.ok.jgn la gatal2 nak diet (salah cara) or cakap takde masa sbb nak study, adik2 akak pun pnah sekolah gak tau.


yang ni penting, takde maknanya kalau study gile2 tapi lupa nak minta kejayaan tu pada Tuhan.semua Muslim sedia maklum, semuanya dari DIA.kita usaha +study, doa juga usaha tau.kalau boleh mintak hati kita ni terang, mudah ilmu masuk (yang ni start korang belajar chapter pertama dulu lagi dah amalkan ni).banyak2kan berselawat.insyaAllah.korang boleh tengok budak cemerlang SPM Madihah tu, banyak nasihat dia utk korang nak berjaya.so amek, amal2kan laa ok.


entry ni khas untuk mereka yang akan exam tak lama lagi.entry ni juga dibuat sebab adik aku minta supaya nama dia pun ada dalam blog ni (ehehehe, nanti dia kena belanja aku laa nampaknya).dan aku memang pun nak wish untuk semua.


GOOD LUCK and SELAMAT MENJAWAB EXAM!


untuk:
1) Naqiah kat USM tu (amek ni hehehe)
2) Umairah kat Matrik Kuala Pilah (walaupun dia tak membaca blog ini)
3) Charm kat UiTM Shah Alam (senyum sambil study ye, jaga makan minum =p)
4) Safurah kat USM gak (ni senior kolej adik aku ni)
5) Imran kat UM (study sungguh2 ye)
6) Azwan Muslim kat UM (good luck for final projek too)
7) NurIntanShafiqah & Khair kat UM
8) dan untuk semua yang baca blog ni (dlm kategori yg disebut di atas saja)


~macam mana?semoga cik Yah tersenyum ya..hehe

rabia try to think out of the box #2

#1 Pilihan Raya
tengah tengok berita malam tadi, ada line bergerak kat bawah screen tu.result undi kawasan bukit gantang dimenangi oleh Datuk Seri Nizar.tahniah!

bukan nak cerita apa.cuma aku kagumlah dengan beliau.he's smart!
semoga majulah kawasan tu dan aman damai ye.insyaAllah..
bolos saja link ini untuk kenal beliau:


#2 Blog Che Det
semalam ada juga singgah baca blog Che Det (tokoh favourite) yang link kat blog en. CHARM09 tu.seronok baca tulisan beliau. =)

Tuesday, April 7, 2009

rabia try to think out of the box

ada dua perkara nak aku highligt di sini.

#1 bilakah aku akan dapat pekerjaan?

2 hari lepas, lewat SMS, seorang sahabatku (sejak dari kecil) mengadu kepadaku tentang kesukarannya memperoleh pekerjaan. aku terkedu. aku tiba2 merasakan beban yang dia tanggung itu. sedih juga.sebab dia seperti adik beradikku sendiri. aku tak tau ayat bagaimanakah patut kukarang untuknya supaya nanti dia tidak berkecil hati malah mendapat inspirasi. aku tau dia cukup tabah. aku melewati rentetan kisah hidupnya.dia lebih kurang aku juga.banyak dugaan, banyak ujian.dulu sewaktu kecil, kami sama2 belajar, sama2 duduk di ranking terbaik dalam kelas.kalau tidak aku, dia yang pertama.begitulah.aku tidak pernah melupakannya.cuma rezekiku, melanjutkan sekolah di tempat lain.jadi, aku tidak bersamanya ketika kami SPM.membawa haluan masing2.


dan sekarang, bila kami habis belajar, ekonomi dunia tidak begitu baik.dia duduk di kampung, mencari pekerjaan.aku kasihan mendengar ceritanya.keluhannya.aku tak leh mendengar dia bersedih.kalau aku ni memiliki sebuah kompani terbesar atau paling ciput pun, aku akan hire dia.sebab aku tau dia berkebolehan.pada aku degree tu tak semestinya itu yang kita akan kerja nanti.sebab tu dari awal belajar, aku set mind aku bahawa aku belajar kerana ilmunya.sebab kita tak tau pekerjaan yang bagaimana nanti sesuai dengan kita.boleh jadi dulu kita belajar lain, keje pulak lain sangat bidangnya.semuanya rezeki masing2 kan.

sebab tu bila adik2 aku nak belajar, aku takkan masuk campur urusan memilih course.biar dia sendiri yang pilih ikut minat dan prospek kerjaya.aku cuma boleh tolong bagi maklumat dan apa2 yang patut.sebab itu masa depan dia.aku tak mahu nanti dia salah pilih sebab aku.dia yang nak belajar, dia yang akan hadapi semuanya.jadi kenapa aku pula yang sibuk2 nak aturkan hidup dia ikut kemahuanku.aku menasihati setakat pengalaman hidupku yg sedikit ini saja.semoga jalan yang dia pilih adalah terbaik untuknya.

berbalik kepada sahabatku tadi,aku cadangkan dia ikuti kursus siswazah menganggur untuk up grade skills dan kelulusan dia atau pun dia sambung belajar.sekali aku tidak akan memaksanya.dia berhak untuk pilih ya atau tak.


aku mendoakan yang terbaik untuk sahabatku itu.semoga rezekinya sampai.cuma aku boleh bagi satu perkataan yang cukup dalam maknanya, malah sebagai semangat :"SABAR".



#2 isu berbangkit

dalam entri lepas aku ada menzahirkan niat utk cuba menulis isu general.isu politik misalnya.emm, aku tidak reti sangat untuk bercakap soal ini.bukan bermakna aku jahil atau langsung buta politik.aku masih menonton tv,masih membaca paper,masih mendengar berita dan masih mendengar forum tak berlesen di meja2 kedai makan atau private port.jadi aku tahu juga sedikit sebanyak.macam hari ini aku tau Tun Mahathir turun padang lepas masuk kembali UMNO.aku tau hari ini hari mengundi beberapa kawasan.cuma aku tak suka sangat bicara sehingga nanti menjadi hangat dan berbalah-balah.lagi takut kalau blog aku di black list.huhu.tak mahulah kan.

pendapatku,politik tu penting.untuk kesatuan ummah.dalam Islam pun ada garis2 panduan untuk kita berpolitik.pada aku yang penting kita semua rakyat Malaysia, kena jaga negara kita ni.semalam aku ada baca blog IMAEN.banyak isu yang ditulisnya.semuanya bagus untuk kita baca.lagi satu cuba bolos link saifulislam.com.kat situ pun boleh dapat banyak ilmu dan terkini.ada diselitkan juga dalil2 berkaitan.

menyentuh entri terbaru en. CHARM09,berkenaan seorang calon bukan Islam menggunakan ayat al-Quran untuk melobi, yang itu aku rasa sangat melampau.sedangkan dia tidak beriman dengan kitab suci itu, dia berani2 menggunakannya untuk kuatkan hujah.memang takleh terima kalau ada orang melayu @ muslim termakan kata2nya dan mengundi dia.mufti perlis pun marah.memang teruk kalau orang Islam biarkan saja.bagaimanalah agamanya kalau benda begitu sensitif tidak dipelihara.sayangilah agama kita.jangan mencemar kesuciannya...aku tak nak cakap banyak.wallahua'lam..

Monday, April 6, 2009

husna sudah pandai berkata-kata

sampai rumah malam jumaat lepas, si comel husna terus ajak aku berbual dengannya.riuh mulutnya bersuara.mengadu pasal sekolah (nursery) dia la tu mak cakap.
apapun husna semakin besar dan cantik..rambut dia macam aku..hehehe...
gambar tak dapat upload sebab tak de kamera nak amek masa tu..

Saturday, April 4, 2009

...buat aku tersenyum...

waktu yang bahagia adalah apabila bersama keluarga.tak silap amek cuti rehat.balik dengan misi.balik dengan senyuman.setiap kali balik rumah mak abah, setiap kali itulah segala kekusutan macam terbang dan lenyap sesungguhnya.kepala berat jadi ringan.hati susah jadi lega.
tak sangka pulak ramai orang yang balik hujung minggu ni.rumah jadi happening.seronok sebab ada banyak hal istimewa berlaku.
1) birthday kak chik dan kak cilin-aku tumpang kek sekali
2) kak cilin balik jugak,siap konon2nya nak buat suprise.hehehe.
3)....something special that i believe it is special (quote ayat Charm) =p
4) aimi husna sudah becok berbicara-seronok aku melayannya..hehehe
~tak ada tempat yg best selain rumah sendiri yg ada mak abah dan seluruh keluargaku~