Monday, March 21, 2011

jentik vs smash

Ai-ai.
Baru balik dari 'berperang' di KKTM Masjid Tanah.
Aku rasa team kitorang memang gemilang laa.
Mana taknya,
menginap di negeri lain, berlawan esok paginya di negeri lain.
Gila high stamina la,
melalui hari-hari dengan perjalanan berliku atas bas.

Aduh,
aku sampai jadi 'sayur'.
Last2 tak larat akak, dek non.
But at least aku impressed gak la sebab dah sumbang 2 games.
Tak sia-sia latihan intensive badminton.
Takdelah kalah straight 2 set, tak gitu coach? hahaha.
Dah gaya ala-ala Lin Dan vs Chong Wei jek..:p

Sebenarnya benda macam ni bagus jugak.
Mewujudkan semangat yang berbara jek nak menang.
Pastu sorakan rakan2 sepasukan buat kita yakin utk perform.
Takpelah,
walaupun tak menang at least the experience was so valuable & priceless.

Sepanjang 2 hari tu,
adalah gak intai2.
Jumpa dengan 'ex' tak berapa nak ex. hahaha.
Sorry, saya tak kawan dengan suami orang. boleh?
Hahaha.
Memang ramailah orang.
Jumpa ngan budak2 Kemaman.
Seronoklah. :)

Jumpa lagi next year!!!!!

"Ledang gemilang, oh Ledang gemilang..ooohaaahhh!!!" -tagline for cheers..dengki lah tuuu.. hahaha

Stay di Rembau, 'gaduh' kat Masjid Tanah.
Kontijen Ledang..Biruuu...hahaha..
Panji Ledang yang Gemilang!

 Cheers Team yang dibawa dari Ledang. Buat 'panas' court sikit..hahaha

Team beregu (P) Ledang..iyah!! amek ni. :p

Tekun mendengar encik coach memberikan tips utk membenamkan lawan tetapi lawan telah dapat membacanya..hahaha..


 Skuad badminton Ledang..selepas dibelasah IKM Sg Petani (2-1)

*berjaya melupakan 'dia' masa pukul shuttle-cock dan menjentik striker karom..hua hua hua..:p
**menyambung semula training untuk tahun depan..yeosshhh!!










Friday, March 11, 2011

Ada sebab

Hi.
Dah lama tak tulis.
Kebelakangan ini (lebih2 lagi minggu ni),
aku sangat sibuk.
Sebab apa?
Entah kenapa tiba-tiba semua orang pun jadi sibuk.
Aku terikut-ikut.
Boleh tak jawapan tu? :p

Kesibukan ini membuatkan aku kadang-kadang sampai
tiada masa untuk melayan hati sendiri.
Dah lama juga aku biar ia.
Tapi aku sedar,
macam mana pun aku abaikan ia,
aku tetap akan rasa apa yang ia rasa.

Lewat tidurku,
aku sering mendengar ia menangis.
Hatiku, maafkan aku.
Aku sedih begitu aku tak berupaya menjaga ia.
Berharap kalau ia boleh gembira dan bahagia.
Sebab apa yang ia rasa,
aku akan menerima tempiasnya.
Bak kata orang,
ia bahagia aku menumpang bahagianya.

Oh.
Aku tahu ia tak gembira saat ini.
Sebab apa?
Sebab ia menelan rasa rindu.
Memendam, dan terus kemam.
Ia tak tahu nak luahkan pada siapa.
Ia ingin, tapi ia tak dapat melakukannya.
Lantas aku terasa juga kesakitannya.

Hatiku.
Aku ingin kau berbahagia.
Aku sentiasa mendoakan untukmu.
Sebab aku akan rasa bernyawa jika kau sedang tersenyum.

Hatiku.
Aku amat merindui 'dia'.
Maafkan aku sebab kau menanggung lebih keperitan itu.
Bilakah 'dia' akan datang.
Dan membuat kau tersenyum semula.

Berbahagialah.
Rindu itu adalah tarbiyah dariNya.
Semoga rasa itu dilorongkan ke jalan yang membahagiakan.
Aminn...

* Tabahlah. Sabarlah. Tunggu, ia akan hadir jua...
**Suka dengar lagu Afgan-Aku Bersujud PadaMu.

Friday, March 4, 2011

1 dari rusuk kirinya adalah aku

Ustaz Akashah cakap:
Isteri/wanita setinggi mana pun kelayakan dia,
dengan suami dia tetap kalah dengan 2 sebab:
1) 1 saksi lelaki = 2 saksi perempuan
2) Perempuan ada hari 'cuti' (e.g.: solat, puasa)

Dalam Islam pun memang lelaki itu pemimpin.
Paling2 pun memimpin keluarga asasnya.
Itu memang hakikat.

Sekadar berkongsi ilmu & menyampaikan walau satu ayat.
Sekian.

*aku ini telah memilih dia..semoga Tuhan lorongkan jalan..aminn..

Thursday, March 3, 2011

lame

Check FB.
(Read: check frenlist.)
Sometimes, 
baru aku perasan -"oh dia ni..",
"eh, dia ni ada dalam frenlist",
"hah, dia kawan aku ke?bila ni ek?"
and etc. (ayat konon2 terperanjatlah tu).
For that aku betul2 minta maaf sbb aku mmg jarang up-date.
Aku cuma tengok recent events, RSVP orang kawin, birthday reminder, wasoeva tu laa.
Nak tengok gambar orang selalu pun intenet tak laju mana.
Huhu.
Rasa macam tak penuhi sosial punya meaning je. hahaha.
But impressed, 435 people as friends..ye ke ni? :p
Ok.
Done.

Last nite,
tengah semangat nak masak.
(Read: tengah lapar)
Boleh pulak, nasi jadi half-cooked sbb tiba2 gas habis.
Ngeee...
Takat tu je laa semangat akak.
Simpan balik sayur, bawang & segala bagai ramuan.
Haha.
Moral: check dah bape lama tong kamu tu beli?
Hmmpph..7 bulan lebih kurang. 
Patutlah pun. Dia tak bagi hint kalau nak kong.
Nasiblah.
Makan biskut cecah air teh tarik je.
Huhu.

Starting last week,
aku dah mula kembali routine training badminton.
Sampai terpaksa missed drama cina kul 6.
This week tiba2 je Fang Nin dah takde. 
No!!

Aduh.
Kenapa semua kerja nak kena buat waktu petang?
-training
-feberet drama
-siram pokok kacang
-bakar sampah
-cabut rumput
-basuh baju
-masak (kalau rajin lee)
Motip: saja kalau boleh nak all out kan? hehehe.
(tapi tak kurus2 pun..hahaha)


Sejak tengok Lovely Samsoon ni, tersuka pulak kat Hyun Bin..ceh2..
Pastu niat nak belajar piano yang pernah terkubur tu macam dah digali keluar semula jek.
Hehe.

* "if you are not the one who made for me, then why does my heart tell me that i am?" -still questioning before sleep..crying again..;(

Tuesday, February 22, 2011

menantikan dia

Pagi:
-Kelas Human System.
-Minum pagi
-Studying & preparing

Tengah hari:
-Reading blog & smiling.
-Rest & chillax
-Lunch

Petang:
-Kelas Found Maths
-Badminton training
*drama cina dah 2 hari missed*

Malam:
-Test 1 Found Maths
-My Lovely Sam-Soon
-Pray for happiness
-Crying
-Sleeping & sweet dreaming

*catatan ketika mood down... :(

Friday, February 18, 2011

selfish

Mak aku selalu cakap,
"biar orang buat jahat kat kita tapi kita jangan buat jahat kat orang".
Ok fine.
Aku buat apa yang mak aku suruh.
Walaupun aku totally disagree secara teori atau pendapat peribadi
but aku tak pernah melawan.
Sebab aku percaya apa yang mak aku suruh tu selalunya baik & bagus.

Dan aku memang tak pernah nak take revenge of fallen apa kebenda macam tu.
Sbb aku akan serupa macam orang jahat tu gak kalau aku berperangai seperti itu kan.
So I take that as life challenge or sort of like asam garam hidup jek.
Walaupun tak selalunya orang baik tu akan menang kan.

Serik?
Aku tak tahulah.
Kalau aku serik tu maknanya aku takkan alami lagi benda yang sama.
Tapi benda asam garam ni adalah thing that continously happen in life.
Cuma kita ambil pengajaran.
The rest go to hell.
(uh, ayat memaki nampak? istighfar..)

But one thing,
what you give you'll get back!
 
*bengang*

*bertumbuk bagai? jangan..mak tak bagi*

*hepi* 
ini mungkin yang terakhir bila aku lupa..biasanya aku malas nak kisah pun after a few days..
*wink*


* pepatah berkata: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..dah tu asek kita yang baik je kena, yang jahat pulak selalu menang..sian..

Thursday, February 17, 2011

laman sosial

"dah tak suprise namanya kalau 1 dunia dah tau"-YM status.


kau dah post & tag kat FB
lepas tu kau boleh cakap nak buat suprise pulak.
FB tu kan worldwide.
for sure la orang dah baca dulu kan.
huhu.

seketika aku konpius dengan kenyataan beliau utk bg aku suprise kononnya tu.

dan
dari aku ucapan "terima kasih".

* sedikit emosi yang dah basi..huhu


Friday, February 11, 2011

Hafiy & motor abah


Scroll down...

Ni kuncinya, Hafiy -cikde (check!)

Hafiy mencucuh kunci.(check!)

 Hafiy mengejas side mirror..(check!)

 Ahah! dah nampak muka Hafiy..hehehe (check!)

Check meter, minyak, ok.. (check!)

  
Hafiy pulas minyak..(check!)
  Hafiy dah ready..penuh bergaya & konpiden..hehehe (check!)

Ha ha ha..Hafiy sangat happy dapat bawak motor sendiri..:))

* Hafiy tidak seperti baby lain, dia seorang baby yang hanya sukakan benda2 berunsurkan enjin & berkuasa elektrik..coolio! :))
** Trainer (tidak interframe, hanya tangan menyerahkan kunci) adalah cikde Hafiy..hehehe




Wednesday, February 2, 2011

your job is to be yourself

-->Today is last day sebab esok cuti raya cina.
Masalah banjir di sekitar Johor masih ada.
Aku jadi bimbang pulak jalan nak balik kg nanti ok ke tak.
Dah la satu and the only one ever je jalan nak ke Air Tawar tu.
Highway belum buka lagi.
Redah je laa mak..hehehe

--> Walaupun today is last day,
tapi ramai staff lain dah mula bercuti.
Maka ofis menjadi agak kurang hangat.
Sebab haba berkurang.
Teori heat transfer ok!
Hahaha.

--> Aku sepatutnya bercuti seminggu juga utk meraikan tetapi
di saat2 akhir abah cancel pulak plan.
Demi tugas aku kepada anak bangsa,
aku gagahkan diri utk stay sampai hari ni
dan mula bercuti mulai tarikh cuti umum yg sebenar.
Uwaaa!!!

---> Ok lah,
aku mendoakan students M'sia kat Mesir selamat semuanya.
Sebab aku pernah rasa keadaan tunjuk perasaan macam tu kat KL.
Ni lagi kat negara orang, entah nak lari kat mana.
Semoga Allah melindungi mereka.
Amin.

* berada di kampung selama 5 hari mulai esok..(3-7 feb) dan itu bermakna connection terputus secara normalnya..berjumpa next week ye..:)

Tuesday, February 1, 2011

there you go

up-date entri:


--> last weekend we went to Bakri Bowling Center.
kononnya utk mengisi masa lapang daripada melepak dan membuta di rumah saja.
nasib tak baik, ada game pulak.
terpaksa tukar laluan ke Giant Tg. Agas.
tak shopping pon..(ayat menidakkan) hehehe

--> this week adalah secara rasminya (quote ayat cik kaunselor) menjadi mento kepada 4 orang protegees.
mentor-mentee is a kind of family yg takde hubungan biology.
tapi we share and care about each other.
give and take.
so as a mentor,
aku dah macam kakak sulung dorang( disebabkan jarak umur yg tak seberapa tu).
please,
this is 1st time aku jadi seumpama itu (mentor)
so aku berharap utk menjadi yg terbaik.
if possible, i'll help.
aku nak jadi pendengar yg baik,
tak dapat solve at least aku boleh ringankan beban dorang.
hope dorang boleh berjaya dengan jalan hidup yang dorang pilih.
sbb aku diamanahkan utk 'menjaga' dorang sehingga tamatnya pengajian nanti.

please,
let me feel this place is belong to me..


* apapun last nite, there was something special happened in my life...:) 
** hepi holiday ok!
*** masih mencari pic mentees utk diletakkan dalam ni..huhu