Wednesday, October 21, 2009

hari penuh perasaan

20 oktober 2009
sekitar Kuala Lumpur

berlaku peristiwa yang bercampur baur pada diri ini.semuanya rasa sampai dalam hati.dalam kesedihan terselit kegembiraan.sedikit2 buat hati yang rawan kembali tersenyum.

1) external hard disk musnah depan mata

berkecai rasa hati bila hard disk yang baru beli tu jatuh 'menyepai'.tak dapat diselamatkan.terus terkesima.tak tau nak cakap camne.yang pasti nak nangis pun tak, nak marah pun tak.tak de rasa.senseless (ada ke word ni?).

mula buat biasa2 jek.pastu bila dah banyak kali arep try kat laptop dia still takleh detect gak baru rasa ada perasaan agak sedih dan kehilangan.tambah sedih mengenangkan apa yang zul cakap "dah 'selamat' ".dan data dalam tu kira sadaqallah jek.terkambuslah ia di dalam jasad hardisk yang 'terbarai' tu.

bukan apa, dalam tu ada kerja2 in progress, gambar2 n video family & kawan2, movie n cerita download (termasuklah yang paling sayang -Nurkasih) tidak!!!!..isk isk...:'((

apa nak buat.sampai di situ saja hayatnya bersama saya. (macam bibliografi darjah 6 jek)

2) menghiburkan hati yang lara

tiba2 dorang ajak tengok wayang kat mid.cerita Papadom.

tak yah cakap banyak, cerita tu memang tip top best giler!!

tengok banyak kali pun takpe.

masih leh gelak hinggalah nama dah scrolled up pun.ada lagi scence yang tak boleh blah.nak gelak jek.sampai sakit tekak terbatuk2.adoilaa..huhu..

BEST!!! :)

3) kelegaan bertandang

walaupun dalam tempoh survival, tetapi hal ni buat saya lega.alhamdulillah.sedikit pengubat duka dan sedikit penawar kesengsaraan.

sesungguhnya hikmah Tuhan datang pelbagai cara dan jalan.kadang2 kita tak merasakannya sehinggalah suatu ketika ia hilang kita rasa kita pernah mengecapinya walaupun tanpa sedar.dan bersabarlah hati...

semuanya akan baik2 saja...

2 comments:

  1. emoh2..ayat plus perkataan yang marbeles!!!

    ReplyDelete
  2. thanks cik ejan..
    tengah dalam mood nak beremosi..dengan tanah mungkin.ahaha

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka