Wednesday, October 28, 2009

ke hulu ke hilir nak ke mana

hari ni sangat sibuk [kelihatannya].
bayang rabia dilihat melintas sama ada di tangga antara dua tingkat 20-21 ataupun dalam lif.sekejap di kaizen 2, sekejap di unit alatan, sekejap di upp [port biasa] dan seringkali di pantry [aktiviti wajib semenjak tempoh bertenang kerana survival].

ini luar biasa!mungkin kerana beban kerja rabiah seakan bertambah atas kudratnya seorang diri.huhu.[kesian juga]

saya rasa ada bagusnya juga.bila kuantiti sedikit, kita mudah dilihat,dibilang.dulu saya tertanya kenapa guna "terbilang" untuk suatu yang unggul?

sebabnya terbilang maknanya boleh dibilang.
bila boleh dibilang maknanya sedikit.
bila sedikit maknanya tak semua orang boleh ada di kalangan golongan yang sedikit itu.
makanya golongan yang bagaimana yang sedikit itu?
mesti yang hebat2.jarang orang yang hebat2 tu banyak bilangannya.
kalau yang biasa2 tu banyak laa.tak terkira.tak terbilang.
tapi kalauyang hebat tu sedikit kan senang dibilang,dikira kan kan.hehehe.[penjelasan teori ini diperolehi ketika berada dalam bas pagi tadi.huhu]

dan kesannya, saya di'recognized' oleh bos saya.kalau dulu asek terlindung jek.huhu.
alhamdulillah.mudah urusan saya.

cerita tentang hari ini.
dek kerana terlalu sibuk ke hulu ke hilir [pagi2 dah dapat job baru yang urgent], saya terpaksa 'lari' dari jadula makan yang biasa.
kesian fazdli.
selalunya teman dia makan.
sudahnya kuih fazdlo hari ini saya tak dapat rasa.isk isk..[sedih juga dan lapar]
tapi tengah hari saya lapang saya teman juga fadzli dan rash makan.macam semalam bezanya saya tengok saja.[jadi pengadil ambil bau.hehe]

~habis~

*semalam menerima feedback dari ejan.
katanya-"tak faham apa kau tulis.".
saya jawab-"ha'a.aku tulis apa aku suka nak tulis.i don't care what people think about it.hahaha"

sebab saya menulis apa yang saya nak tulis.
yang boleh buat saya relief.
saya tak kisah orang nak fahamkan atau tidak.
yang penting saya tahu dan faham.
[tulis sesuatu yang buat orang berusaha faham itu lagi menarik dan seronok.at least dia ada usaha untuk kita kan]

saya menulis kerana apa yang saya rasa.
apa yang saya fikir.dari hati saya.dari perspektif saya.
saya dah cukup hargai bila ada yang membaca.dan kalau yang bagi komen tu lagilah saya gembira :))

dan saya bagitau ejan, telusnya -"aku memang transparent.aku tak pandai berlakon.selindung.sebab muka aku menzahirkan apa yang aku rasa"
mungkin.tapi saya memang tak reti nak hipokrit tak kisahlah untuk tujuan apa.cuma saya tahan dan pendam dalam hati dan tak boleh nak salahkan siapa2 kalau ia terzahir juga di wajah saya.

maaf kalau ada yang terasa hati dengan saya.maaf sangat2.mungkin saya tak memaksudkan apa2.without intention, i did something yang buat orang terasa, saya mohon maaf. [benar2 memaksudkan maaf]

2 comments:

  1. huhuh...apa yg terlahir hanya dirimu yg tahu. beruntunglah pada sesiapa yg memahami. aku sendiri pun ada yg tak memahami apa yg cuba aku ceritakan sebab.....bak kata kamu, kita menulis utk diri kite..(^_^) weee~~~

    ReplyDelete
  2. ejan,

    kadang2 ada sesuatu yang kita memang tak perlu nak faham sebab nanti akhirnya kita akan faham juga..

    jangan buat serabut otak sendiri..

    kita tahu tujuan kita menulis..kau kata kau ingin menulis kerana kau rasa nak menulis..maka aku menjawab tak kisah..terpulang atas pilihanmu dan asalkan kau rasa seronok menulis. kan? (^_^)

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka