Saturday, October 10, 2009

kelukaan itu sungguh menyakitkan

10 oktober 2009-hari ni tiada plan.saya mengambil keputusan untuk melawat Aliff di Kajang.memandangkan Ejan rumet saya ada event kat sekolah, jadi saya seperti dulu2 pergi seorang diri lg.saya menelefon emak untuk maklumkan hal ini [minta izin beb].
seperti biasa emak akan menasihati-'memandu elok2'.

saya tak sangka hari ini pun jalan sesak juga.ingatkan hari cuti orang duk rumah diam2.mungkin juga sebab 2 hari lepas gaji masuk dan minggu depan perayaan deepavali, maka mereka paka2 keluar rumah.

saya keluar rumah lepas zohor dalam pukul 2 ptg.saya stuck dalam jammed tetapi masih bergerak perlahan.saya sampai Kajang dalam pukul 3.05 ptg.semasa memandu saya tidak biasakan diri untuk menjawab panggilan telefon sebab:

pertama:saya takleh distracted dengan hal itu kerana fokus saya hanya pd pemanduan [i'm beginner lor]

kedua:saya hormatkan undang2 [saya pemegang lesen P lor]

oleh itu: saya menerima miss called yg sengaja saya biarkan.huhu.1 no public, 1 no aref dan 1 private no.minta maaf byk2 tau.

selepas melawat aliff, saya ke tesco untuk solat dan makan.sambil2 beli barang [taufiq kata jauhnya].saya parking kereta di dalam.tepi sebatang tiang yang diletakkan tong sampah biru.

ketika saya mahu pulang dan keluar parking, ada troli menghalang sehingga membuatkan cermin sisi kiri saya terpatah ke hadapan.[baru saya tahu boleh patahkan 180 darjah rupanya huhu].saya masih boleh bersabar.saya masuk semula dan alihkan troli.

2nd round saya keluar,saya rasa ada sumting juga yang menghalang.itulah dia tong sampah biru.saya terus keluar dari parking dan menuju ke kawasan lapang utk inspection.

TIDAK!!!!! bumper depan kiri terguris..seperti hati saya yang tercalar..:'((

saya rasa sangat bersalah.kali kedua saya melukainya.

saya bawa balik Kg Baru untuk cari kedai basuh kete.mana tau boleh polish.semasa meliar mencari dan mengelak kereta yang parking kat tepi jalan [tau2 je la jalan kat kg baru tu macam mana], adoilah saya terlanggar lubang.OMG!peh agak dalam juga.sekali lagi hati saya ditusuk duri yang tajam dan dalam..isk isk..:'((

tak jadi basuh kete.saya nak balik menangis je.


saya rasa sedih.
kasihan dia bila bersama saya.
saya takut melukai dia lagi.
tapi kata kak cik: kau yang buat jadi kau belajar dari kesilapan..
saya ambil jalan positif.
saya akan menjaganya sedaya saya.

-Ya ALLAH peliharalah saya dan dia.
selamatkanlah saya dan dia.
ameennn...-

1 comment:

  1. luka itu memang sungguh sakit. tapi sakit lagi luka itu.

    ReplyDelete

apa-apa yang kamu suka