Friday, August 27, 2010

penuh dengan mungkin

Hari Jumaat.
Ramai colleague dari kubik terdekat denganku yang bercuti.
Suara dari mulut-mulut becok pun tak kedengaran.
Mungkin menghormati hari Jumaat.
Maka ofis menjadi sedikit sepi.
Tak pasti pulak,
kalau selepas solat Jumaat nanti (nak dekat2 nak petang),
baru keriuhan akan kembali.
Mungkin.

Dan ramai juga yang mengambil cuti Isnin depan.
Memandangkan Selasa adalah Hari Kemerdekaan negara ke-53.
Tak terkecuali aku.
Mungkin pada hari itu,
mereka yang bekerja pula akan merasai suasana seperti aku rasa hari ini.

Hari ini, kelas tiada kerana pertukaran suka-sama-suka.
Lagipun aku dah selesaikan silibus.
Jadi dapatlah aku menyelesaikan perkara2 lain.
Mungkin hari ini (mungkin, tengok pada kekuatan & semangat diri),
aku nak study subjek EC.
Wah, tengok WIM saja mata aku dah berpinar.
Apa taknya,
9 minggu bergelut dengan huruf & karangan yg panjang,
tiba2 ni nak biasakan diri dengan nombor & litar pula.

Emm..memang pagi ni,
rasa malas saja.
Pagi tadi pun macam ingat2 lupa je hari ni sekolah.
Huhu.

Mungkin.
Semalam, ada masak2 bubur lambuk.
Pastu dengar orang bersajak.
Pastu buka puasa nasi beriyani.
Hmm.. mood hari raya & cuti semakin menyerang rupanya.

Oh ya.
Hari ini, hari terakhir.
Aku memegang lesen P.
Esok,
dah boleh cabut sticker P.
:)
Alhamdulillah.

* Esok balik Air Tawar. Yeay!!!

Thursday, August 26, 2010

hero kalah dulu

Aku terdengar satu dialog drama ni.
Dialog tu cakap lebih kurang macam ni:
"kenapa akak selalu jadi macam orang baik, orang yang sabar, orang yang bodoh?!"

Hmm..
Dan soalan aku,
kenapa watak protagonis selalunya lemah tak berdaya, dan kadang2 nampak bodoh?
Selalu buat kita sakit hati bila tengok dia dibuli dan difitnah oleh watak antagonis yang nauzubillah jahat2.
(tapi tetap nak tengok juga hehe)

Tapi orang baik tu boleh tak melawan, berserah macam tu je.
At least smart la sikit, kalau tak nak melawan/revenge (sebab tak nak serupa mcm si jahat) pun,
cubalah jadi bijak sikit untuk mengelak ke apa ke.
Ni biar je orang jahat tu, bagi peluang si jahat berbuat jahat lagi.
Amar maaruf, nahi munkar patut diamalkan.
Baru aman masyarakat. kan. :)

Geram juga.
Apa nak buat, memegang prinsip hero (biasanya orang baik) kalah dulu.
Yelah tu.
Yang orang jahat pulak selalunya, kuat dan nampak smart.
Walaupun at the end of the day akan tertewas jugak kan.

Tak pelah.
Pengarah yang suruh. huhu.
Mungkin itu yang hendak ditontonkan.
Orang baik akan menang.

* perasan tak, 2nd hero selalunya hensem drp 1st hero..hehehe..:p

schedule bulan ini

Aku antara peminat drama melayu.
Tak kira yang lama atau baru.
Kalau orang tanya apa rancangan aku tengok selalu,
aku akan jawab :"emmm..cerita melayu."

Aku layan juga drama omputih kadang2.
Tapi dulu2 lah, macam Robin Hood, Supernatural, Superman, CSI, The Cave of The Golden Roses.
Sekang ni macam dah kurang minat.
Kalau ada pun tertengok sbb dah tak ada siaran lain, tiada pilihan lain.
Kalau orang tanya cerita Alias ke, Smallville ke, Vampire's Diary ke, sure aku tak leh cerita.
Huhu.

Bulan puasa biasanya banyak drama melayu baru.
Cuma time siarannya tak sesuai, pada waktu org bekerja.
So tak dapatlah nak tengoknya.

Kalau malam pulak biasanya aku tengok tv2 atau tv9.
Walaupun cerita bersiri tu aku tak ikut pun, tapi aku tetap akan tengok.
Tv3 pulak sekang tengah on-air Epilog Syurga Cinta petang2 nak tunggu berbuka.
Biasa masak2 mesti siapkan awal.
hehehe

Waktu sahur pun ada drama melayu gak.
Untuk kali ini, aku memilih Fatimah Najwa.
Nurkasih aku boleh tgk online.
Fatimah Najwa kat tv je ada.

Aku rasa bagus juga.
Banyak menonton, aku dapat banyak contoh.
Bila aku mengajar, aku selalu selitkan contoh2 dari drama atau filem.
Tak nak laa jadi rigid sangat ikut buku je.
Haha.

Kesan drama/filem ke atas penonton selalunya lebih mendalam

* pilih-pilih juga cerita yang best jek..hehe

Tuesday, August 24, 2010

cukup bagus

Resolution.
Sebenarnya sebelum2 ini pun nak buat.
Dan bila Ramadhan dah sampai, ia jadi resolution utk Ramadhan pula.

Yang lebih baik, setiap hari cuba buat.
Cuba adakan.

Selepas semalam, aku jd bersemangat utk melaksanakannya.

Semalam.
Aku berbuka bersama seorang teman.
Lepas solat maghrib, aku lihat dia duduk termenung.

Aku bertanya.
Katanya; bermuhasabah.
Merenung diri.
Katanya;
Kawan2 dia dah ramai yang 'pergi'.
Dengan pelbagai cara.
Sebab katanya; itu bahagian masing2.
Esok lusa kita tak tahu, kita macam mana.
Katanya; mengingati mati itu sunat.
Itu kata Nabi juga.

Aku turut merenung karpet.
Aku pun terfikir.
Umur muda bukan tiket untuk tak payah berubah dan merasa selamat.
Bukan jaminan awak tak akan di'panggil' awal.

Justeru,
Kalau aku tak berubah sekarang.
Kalau aku menunggu beberapa tahun lagi.
Adakah sempat?

Sedangkan jelas.
'Ia' takkan menunggu.
Tak cepat, tak lewat.
Walau sesaat.
Tepat!
Itu janji-Nya.

Sebab tu.
Lewat doa, kita (aku dan kau),
harus memohon agar mencapai khusnul khatimah.
InsyaAllah.

* being good is good...

Friday, August 20, 2010

entri ala-ala reminder

2 minggu lagi, Phase 1 untuk semester ini berakhir.
2 minggu lagi cuti raya pun akan menjelang.
Minggu ni aku dah habis 12 bab, hanya 1 bab nak kena cover minggu depan
dan Test 2 minggu seterusnya.

Dalam 2 minggu tu aku dah sediakan  
List-to-Do:
-Sediakan soalan Test 2
-Sediakan soalan final 
-Selesaikan task untuk peraturan makmal
-Rangka KPI (aims utk tahun ni ;) )
-Jangan lupa renew lesen, nak balik kampung next weekend ni! :)

* nak masak apa petang ni? mmm....~

Thursday, August 19, 2010

jangan salah pasang

Hari ni rasa hepi.
Sebab belajar buat wiring & setup lab.
Dah lama juga tak pegang screw driver, cutter, wire, etc.
Rasa macam kelas kemahiran hidup form 3 jek.
Hehehe.

Sempat juga try buat lab fizik.
Heat transfer.

Sebelum student buat nanti, seharusnya cikgunya kena try demo dulu.
Barulah senang nak 'goreng' bila student nak tanya soalan ke, nak create masalah ke.
:)

Gambar insyaAllah akan di-upload.
Bukti beb.


* baru ada feel like "high skill college" kan..hehehe :p

Wednesday, August 18, 2010

Otot kita

Belek-belek Utusanonline.
Sekali terjumpa klip video Prof Wan dengan seorang subjek buat solat untuk kajian.
Terus terjah tau!

(source: utusanonline,18/08/2010)
Klip video ini khas untuk tontonan semua terutama alumni UM -Biomed Eng. Batch 2004-2008.
Korang ingat tak lab apa tu?? hehehe :)

Kalau nak tengok tru link, klik sini ---->  SOLAT

Kebaikan solat serta kesan ke atas otot dan kesihatan kita.
Selamat menonton :)

aku cemburu

Masa sahur, aku tengok drama NurKasih-episod ulangan.
Pagi tadi dialog ini menarik perhatian dan aku memang ingat:

"Nur cemburu dengan Adam. Dia terlalu yakin dengan apa yang dia nak.Kenapa Nur tak macam dia?" -NurAmina.

Aku rasa aku pernah quote dialog  ni dalam entri lama-lama.
Dan aku secara peribadi suka orang macam tu.
Very determined!
Hehe.

Adakah 'dia' seperti itu?
:)

Susah juga nak cari yang pesen macam tu kan?

Dan kita pun kadang-kadang tak tahu kemampuan kita adakah seperti itu.
Dalam definisi hidup dan pegangan kita sendiri.

* dan aku pun macam Nur; cemburu kenapa aku tak macam Adam ..huhu...

Tuesday, August 17, 2010

ber-dating

Tengah tunggu Justin Beiber dimuat-turun....

Sejak tak ada stok terbaru drama Korea,
buat masa ni aku layan reality show -Family Outing.
Start minat tengok menda alah ni setelah disogok oleh supplier cite Korea (adik aku)
kerana kegagalan beliau membekalkan cite terbaru Korea atau Jepun.
Since first time aku tengok, guest diorang adalah Kim Hyun Joong, aku tak kisah layan.
Hehe.

Rupa-rupanya show ni seronok & happening giler.
;))
(source: google-image)
* malam tadi tengok Daniel Henny :))

Monday, August 16, 2010

lagu P. Ramlee satu cik adik!

Sabtu lepas, keluar g shopping barang dapur dan barang sendiri.
Dalam kepala menimbang-nimbang hendak ke Giant Tg. Agas atau ke Kini Bkt Gambir.
Last2, pilih Kini sebab dekat dan naluri ketika berada di simpang keluar taman telah menggerakkan steering ke ke kanan.

Sampai Kini, lagu raya.
Baru puasa ke-4.
Tak sabar2 ek nak beraya?

Aku kalau beli paper, ruangan yang paling lama aku melekat adalah "Salam Perantauan".
Hello!!
Ha ha ha.
Aku pun tak tahu kenapa.
Nak kata ada member2 yang tak habis study kat oversea, rasanya semua dah balik M'sia kot.
Just because.
Aku suka.
Feeling tu macam baru lepas SPM je gayanya.
Sibuk nak baca mesej2 dan ucapan dari budak2 kat oversea.
Pastu sibuk tengok dekat2 muka dorang dengan background salji la, statue la, bridge la, bangunan uni la, etc.
Padahal sorang pun aku tak kenal.

Dalam ucapan dorang tu dah boleh agak dorang ni budak mana.
Sebab dalam ucapan tu mesti adanya nama sekolah lama.
Hehehe.
So mana tau junior aku ada ke kan?

Ok.
Mengaku sebab aku teringin nak study kat oversea.
Tu lah, tak serius masa apply dulu.
Tak nak g interview laa..ish..
Sebab tak nak kalau hari raya tak dpt balik M'sia.
Tapi belajar kat dalam pun bagus apa.
Homesick!!! huhu.

Tak kisahlah.
Dapat tengok gambar orang pun jadilah.
He he he. :)

Ok.
Itu saja.
Terima kasih.


Hari Raya 1429H

* lately, penulisan aku tak menarik..uwaa!!!

~Selamat Berpuasa (hari ke-6) ~