Wednesday, December 17, 2014

Re-everything!

Ok, masa penangguhan sudah hampir berakhir.
Tempoh berjimba-jimba juga hampir tamat.
Kena buka semula "tikar makmal" or ada software baru yang dicadangkan lebih mudah (kononnya).

Aduhai.
Macam sekejap saja.
Saat-saat menyambut kelahiran Irdina, saat-saat genting sakit melahirkan (induced pain every 5 minutes), saat-saat melalui tempoh berpantang, saat-saat melihat Irdina dengan akal baru setiap hari (she is gaining weight and height too ;)), terasa seperti angin lalu.
Irdina semakin bijak dan banyak ragamnya (bukan meragam, she's good), comel sungguh!
Fasa mengiring, bergerak gaya bebas atas tilam je Irdina sekarang ni.
Tak mahu dia duk dalam buai sorang-sorang, kena simpan buai tu.
She's sweet, and lovely :)
Miss her so much!

Aduhai, lepas ni kena fokus pada projek yang ditangguh.
Dah start balik baca journal, tengok sources sana-sini, play around dengan MATLAB lagi.
Kaji lagi code, and what so ever.
Yang penting kena siapkan sampai tercapai objektif, aduh!
Memang lost sejak bercuti lama ni, hihi.

Apapun kena kuatkan semangat, kata nak konvo ikut masa, next year gak.
Chaiyo!!!

Sekarang ni tengah study balik pasal equipment, nasib baik ada training untuk students, dapatlah belajar and recall.
Banyaklah lupa!

*Sudah sampai masanya untuk menangis dan memerah kepala otak, lepas rest sekian lama. Harap-harap boleh selesai, insyaAllah. Aminn...

Monday, December 8, 2014

Irdina Makin Bambam :)

Selepas seminggu bekerja, alhamdulillah Allah permudahkan.
Irdina baik-baik sahaja dengan pengasuhnya.
Semoga Allah terus melindungi dan memudahkan kehidupan Irdina, amin...

Mummy yang rindu Adik setiap hari lepas tinggalkan dia kat orang lain.
Adik rileks je kot. Huhu.

Semalam, Abah tak kerja, Mummy hantar dorang berdua kat rumah Nenek Lin.
Tok Abah rindu katanya, makcik-makcik dia pun nak jumpa.
Tapi tak sampai setengah hari, Abah report Adik tak nak minum susu, sebotol je luak.
Mummy tinggalkan 3 botol, sebab kat rumah pengasuh dia minum memang 3 botol.
Penat main kot, tak mau minum.
Mummy balik je, dia terus direct dengan Mummy, lapar sangat tu..hihi..Adik2...

Setiap hari Adik bangun awal, pukul 6 camtu.
Kejut Mummy and Abah bangun subuh. Hihi
Mummy tak pernah kejut dia, or paksa dia bangun pagi-pagi.
Yang baiknya dia tak menangis bila bangun.
Senang nak hantar dia sebab dia sedar, Mummy dia pergi kerja.
Nak bagi dia faham.
She has to know when she need to stay at other's place without Mummy, and behave very well.
Esok-esok dia besar, dia senang nak bangun Subuh and pergi sekolah pula.
Alhamdulillah. :)

Semoga setiap hari Irdina memberikannya nilai hidup yang sangat bermakna buat kami.
Semoga Irdina membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak solehah.
InsyaAllah.
Banyak perancangan kami untuk Irdina.
Allahuakbar.


 Nur Irdina (credit: Cik Yah)

* She's getting bigger. Getting cutest. And soooo sweet... :) lagi comel bila dia kepoh nak lawan borak ngan kita. hehehe

Monday, November 3, 2014

She's Our Precious

Nur Irdina, my little sweetheart, 2 months 3 days.
2 hari lepas check up and inject 3 serangkai.
Berat dah tambah, patutlah berasa bila pangku.
Tok Mon pun surrender awal kalau Adik tidur atas pangku Tok Mon.hehe.
Alhamdulillah... :)

Banyak lagi kelengkapan Adik nak kena sediakan.
Seronoknya bila belikan Adik baju yang comel2 tu.
Tunggu Abah,kita pergi shopping lagi ye Irdina.

*Abah dah rindu Adik tu.. sian Abah duk jauh ye..Mummy pun akan rindu Adik bila dah start keje nanti... 

Sunday, October 19, 2014

Bambam

Irdina, hari ke 49.
Semakin bambam.
Semakin membesar.
Alhamdulillah...

Tuesday, October 7, 2014

She's lovely

37 hari, the confinement will be end soon.
Alhamdulillah, my daughter is growing up and getting chubby.hehe.
Semoga Irdina menjadi anak yg solehah... ;)

Thursday, October 2, 2014

That Feeling

Irdina, 32 hari.

Masa mengandungkan Irdina,trimester pertama alami alahan yang agak teruk.
Nak makan,tak boleh.
Nak minum,tak boleh.
Semua muntah.
Tak makan minum pun,muntah juga.
Akhirnya, duduk hospital masuk air 4 hari.
Pengalaman naik ambulan,lepas buka buku merah.
Tempoh tu saja dah buat Mummy menangis, tak larat sangat.
Pergi kerja tapi tak dan nak buat apa-apa, asyik keluar masuk tandas je. Muntah.
Nak berada di ofis,sebab taknak sorang-sorang kat rumah.
At least apa-apa jadi,ada kawan-kawan leh hantar hospital.
Moment tu membuatkan diri ni insaf,ingat kt mak.
Susahnya jadi ibu.
Menangis,sedih sangat.
Bahagian masing-masing masa mengandung.


38 minggu, Irdina lahir.
Pengalaman melahirkan anak.
Ni pun buat diri insaf,teringat kt mak.
Sakitnya,Allah saja yang tahu.
Bahagian masing-masing masa melahirkan.
Kifarah, penghapus dosa.
Alhamdulillah, suami menemani saat sakit 5 jam tu.
Tersentuh melihat air mata di mata suami.
Katanya dia tak tahan melihat kesakitan yang ditanggung isterinya.
Pengalaman pertama,manalah tahu.
Tak pernah praktikal proses teran tu.
Yang pernah melahirkan tahulah.
Alhamdulillah,Irdina selamat dilahirkan.
Syukur...

Genap 1 bulan semalam,Irdina disuntik Hep B ke-2.
Meraung masa jarum dicucuk,lepas tu merengek nak susu.
Adik..adik.. hmmm... comel sangat.
:)

Mummy and Abah love Irdina so much.
Terima kasih Allah mengurniakan kami hadiah ini.


Tuesday, September 23, 2014

Irdina Sayang

23 hari.
Irdina bertambah akal.
Macam-macam ragam baru ditunjukkannya.
Timing tidur dia boleh ubah-ubah, tak bagi notis awal pun.
Sudahnya, jam tidur Mummy pun dah haru.
Tambahan pula Mummy kena batuk, ubat batuk buat Mummy ngantuk tak kena waktu.. Sian Irdina..huhu

Irdina, bila abah dia nak pergi kerja, dia macam tau-tau je.
Dan-dan dia bangun awal, meragam, merengek minta abah dia dodoikan dulu sebelum pergi kerja.
Hai saja nak buat abah dia kangen bangat sama dia bila sorang-sorang nanti.
Semoga abah Irdina murah rezeki,dapat job yang leh stay dekat ngan Irdina and Mummy. Amin...

Apepun, Irdina tetap comel.
Mummy and Abah sayang Irdina sangat. <love>

*semester ni tangguh.alasan nak beranak.nak fokus cuti,jaga anak.malas buka matlab.tapi dalam hati cuak gak sebab tinggal projek sarjana je nak siapkan.tolong semoga semester depan boleh selesaikan dan konvo sama2 ngan rakan2 lain pada waktunya.insyaAllah amin...


Friday, September 19, 2014

Comelnya Dia

19 hari.
Berat Irdina 3.8kg.
Alhamdulillah...
Tak perasan pun anak Mummy dah chubby. :)
Semoga Irdina terus membesar dengan sihat dan cantik. Amin...


Tuesday, September 16, 2014

Most Precious... Alhamdulillah.

Alhamdulillah...
Anugerah tak ternilai.
Penuh bermakna.
Syukur.

Puteri kami Nur Irdina binti Taufiq, selamat datang sayang... :)

31 Ogos 2014