Monday, December 19, 2016

Kedamaian Yang Hilang

Bila aku buka FB, IG.
Ada gambar-gambar yang menyayat hati.
Aku paling tak tahan melihat anak-anak kecil disakiti.
Tengok anak kecil bergelandangan, mengemis dan dibiar tanpa penjagaan pun aku rasa sangat sedih.
Realiti.

Lattest.
Battle in Allepo.
Pembantaian di Myanmar.
Aku tak faham.
Kerajaan dan pemerintah yang sepatutnya menjaga dan melindungi rakyatnya daripada ancaman orang lain tetapi mereka yang tegar melakukan itu pula.
Rakyat menjadi pelarian di negara sendiri.
Tak tahu dah nak lari ke mana.
Kelaparan dan kesakitan bertahun-tahun.

Aku tak tahu.
Semasa bandar dan rakyat awam dibom, kediaman pemerintah ada kat area mana dan selamat pula tak kena bom.
Bandar hancur!
Sisa runtuhan dan debu merata.
Rakyat dikotori darah bercampur tanah.
Allahuakbar!

Luluh hati aku melihat.
Aku tak daya nak menonton sahaja.
Aku berdoa agar yang pergi itu ke syurga sahaja.
Allah bantulah mereka.
Binasakanlah kaum yang membinasakan mereka itu.

#prayforsyria
#prayforpalestin
#prayformuslim

Sunday, December 11, 2016

3 Faces

Today I got these novels.
I do not know why I bought those stuff.
Ada sorang kawan nak let go novel lama ni.
Terjumpa kat FB.
 


Mungkin sebab "Tiga Wajah" adalah novel pertama yang aku baca dan aku rasa best kot.
Legend ni.
Dah tak ada kat pasaran semasa.




Patah Sebelah, Ada Lagi Sebelah

Hari ni pekerja di negeri Johor bekerja seperti biasa.
Walaupun esok adalah cuti umum Malaysia.
Ada juga yang mengambil cuti hari ini dan menyambung hingga esok.

Cukuplah 2 hari cuti bagi aku.
Lagipun baki cuti telah pun aku bawa ke tahun depan.
Hari ni masuk kerja macam biasa.
Walaupun lapang je ofis (kurang bilangan kepala).

Cerita semalam.
Alkisah pagi-pagi masa basuh pinggan, bingkai kaca mata aku patahh.
Adoiii.
Terus tukar plan nak masak cepat-cepat siap (dengan Nur Irdina sekali kena siap).
Nak ke Bukit pergi cari bingkai baru.
Sekejap hilang nikmat (melihat dengan jelas), aku dah dukacita sasau macam apa.

Itulah.
Setiap hela nafas kita tu nikmat.
Setiap saat itu nikmat.
Mana ada yang tak nikmat.
Subhanallah.
Jadi nikmat yang manakah kau mahu dustakan?

Alhamdulillah.
Tak perlu cari kesempurnaan sebab tidak ada manusia yang sempurna.
Allahuakbar.
Jangan bersedih kalau tak dapat apa yang kita nak, sebab ada yang lebih baik Allah dah siapkan.
Percayalah.
Bersabarlah.
Ada rezeki, dimudahkan. InsyaAllah.
Ada banyak cara untuk capai bahagia.
Semoga semakin banyak kebaikan untuk umur-umurku yang mendatang.
Dan tidaklah ia sia-sia.

Tahun 2017 bakal menjengah....

Tuesday, December 6, 2016

L or F

I am done marking 2 subjects (4 classes).
3 fail/subject.
Wow.
Aku tak tahulah aku semakin kejam ke semakin baik hati.
Masa muda-muda dulu aku agak strict and skema ikut answer scheme betul-betul.
Tapi sesuai dengan anjakan usia aku dah mulai kendur dan bertimbang rasa (tapi tak adalah sampai bertimbang kati).
Banyak markah sedekah atas usaha pelajar menulis sedaya mereka dalam dewan tu.
Heran aku.
Sebelum ni rekod aku boleh kata null kepada FAIL (at least 3 ke 4 semester terbelakang ini).
Jadi patutkah aku strict kembali?

Entahlah.
Masalahnya adalah apa yang kita mahukan dan ingin jadikan kadang-kadang tak selari dengan matlamat organisasi.
Kita mungkin mahukan yang berkualiti, tetapi some people might think better semua PASSED.
Tapi pada akulah, kalau aku terpaksa bagi fail pada students tu aku ada reason yang kukuh.
Aku tak pernah selitkan dendam atau apa-apa bila menilai pelajar aku.
Walaupun mereka tak berikan kerjasama atau kurang beradab dengan aku.
Aku beri sebagaimana mereka usahakan.
Still kalau mereka fail juga, itu adalah bahagian mereka.

Lagi satu, mungkin batch yang dulu-dulu (tak pernah fail tu) memang bagus semua, jadi luluslah.
Dapat yang kemudian ni, adalah kurang dan lompangnya.
Bahagian masing-masinglah kan.
Huhu.

Aku teringat kata-kata 'seseorang' suatu ketika dulu.
"Hidup ni tak best kalau graph tu flat or stagnant je. Kena ada naik turun"
Aku menambah, macam roller coaster.
Barulah ada keseronokannya.
Banyaklah pepatah/perumpaan hidup ni.
Ketaranya maksud dibawa sama - tentang pasang surut hidup.
Kan?

Aku pun pernah bergelar REPEATER kot.
Hahaha.
Ok apa.
Ada experience.
Boleh faham lebih dalam dan score lebih baik.
Macam kat universiti aku dulu, kalau kita repeat dia akan kira GPA ikut gred yang baru.
Kita boleh baiki gred kitalah.
Alhamdulillah, konvo juga aku sekali ngan kawan seangkatan.
Tak sampai kena extend, kira oklah kan.
Hehehe.

*Once repeater, not forever repeater.. rilek sudah...haha

Sunday, December 4, 2016

To Travel is To Live

Lately kembali membaca blog travel.
Menarik.
Ada tempat yang aku dah pernah pergi, dan yang belum aku jejakkan kaki.
Lebih suka blog yang gaya penulisannya membawa aku sama-sama travel dengan dia.
Dengan gambar yang banyak (tak macam blog aku, sebab malas nak ambil gambar.heh)
Manfaatnya sebab bagi tips ada panduan ke tempat-tempat tersebut.

Oh ya.
Mengenang kembali saat aku mulai rasa jatuh hati pada pengembaraan.

Pertama kali aku melepasi border negara adalah semasa aku mula-mula bekerja.
Masa tu kami ditempatkan di HQ di KL.
Duduk kat HQ ni tak banyak sangat job scopes kita sebab kita ni akan dihantar ke pusat gak nanti.
So, banyak tolong-tolong staff kat situ jelah.
Nak jadikan cerita, geng aku ni (geng bujang happening- Kak Awin (kaki travel backpacker) and Ila (sempoi dia ni)) dapat info ada geng rombongan kak kiah nak ke Hatyai.
Tau daripada sorang budak office ni sebab dia ada geng dari bahagian lain di tingkat bawah.

Aku tak lepaskan peluang.
Itulah masanya!
Aku called Abah minta izin.

Aku join diorang pergi buat group pasport kat Damansara tak silap aku.
Kihkih.
Pengalaman betul ni.

Perjalanan ke Hatyai naik bas dari KL ke Hatyai.
Sampai kat sempadan Padang Besar, kami tukar bas lain.

Tak banyak yang aku ingat, tapi adalah gambar-gambar yang sempat diambil.
Tempat-tempat yang dilawati macam kedai madu, kedai kulit, pantai yang ada ikan duyung (Songkla rasanya), and pergi makan seafood.
Itu je.
Ok lah untuk pertama kali, ikut orang pula tu.
(aku dah jumpa entri nya kat sini)

Sebelum masuk balik Malaysia, kat sempadan tu tukar duit Thai yang lebih ke duit kita siap-siap.
Kat kedai-kedai situ pun kalau guna duit kita pun diorang terima.
Itu tahun 2009.
Tapi la ni menurut kawan-kawan, dorang dah tak terima duit RM akibat kejatuhan matawang.

Next trip after that adalah 2011, atas urusan berkursus selama 4 bulan di Chiang Mai, Thailand.
(entri telah ditulis sekitar tahun 2011 hampir setiap minggu hehehe)

Then ikut rombongan sekolah Kak Long ke Singapore balik hari.
(ada entri simple gile pada tahun 2012 dengan single picture and caption.that's it. sebabnya? tak enjoy langsung.huhu)

Masa mengandungkan Nur Irdina tak pergi mana-mana, rehat lama setahun lebih.
Sehinggalah umur Nur Irdina hampir 2 tahun, ikut rombongan sekolah Kak Long lagi ke Bandung - Jogjakarta.
(ni dah ada entrinya kat sini)

Lepas ni plan nak travel lagi anak beranak, ikut rombongan atau pun redah sendiri je.
Tengoklah macam mana, ada rezeki insyaAllah.

(image: Google)

*Let's continue collecting moments around the world..... InsyaAllah...

Thursday, December 1, 2016

Untung Berhasil

Kembali.
Berakhir peperiksaan bagi semester 1.

Ok.
Update.

Kelmarin bakat terpendam (lama sangat pendam kot) telah ditimbulkan.
Kadang-kadang bukan bakat pun, dia macam luck or tuah.
Tiba-tiba jadi, tiba-tiba segan.
Hahaha

Alkisah.
Sebijik puding roti cip coklat bekuah sos kastad terhasil.
Balik kerja, pum pang pum pang.
Tadaaaaa!!!


 Sepotong untuk awak! :)

Alhamdulillah.
Nur Irdina pun suka kemain (suka main, makan sikit je mula-mula).
Ok lah.
Before this pernah buat several times, but tak berapa jadilah.
Tu cakap dia macam untung sabut timbul, tak untung batu tenggelam.
Hihi.

Semalam, 
Cincai-cincai cuba masak nasi ayam.
Alhamdulillah.
Menjadi.
Sempat google resepi paling senang.
Aku ni masalah nak masak nasi, lembik terlebih airlah, jelatah kurang airlah.
Tapi yang ni main belasah je, dalam 30 minit lebih kurang siap semua.
Lepas maghrib, hiris sayur tomato and salad.
Ahah, buat sos dia pun main sebat je, alhamdulillah sedap pulak.
Bertambah makan Abah Irdina.
:)

*gambar nasi ayam tak ambil pulak sebab nak cepat makan and pergi klinik. huhu.

Lepas tu pergi klinik, sebab Nur Irdina selsema and nak check apa kena dengan dia semalam boleh pulak anak dara tu tak tidur satu malam.
Mak sekali macam mata panda.
Hahaha.

Nasib baik malam tadi Nur Irdina tidur.
Pagi tadi tak bangun lagi, Mak dah angkat masuk kereta.
Entahlah.
Lain hari lain tabiat anak aku tu.
Kadang menguji kesabaran dan ketabahan.
Hihi
Semoga Nur Irdina membesar dengan sihat, bijak dan menjadi solehah.
Menjaga agama dan maruahnya.
InsyaAllah.

 


Thursday, November 24, 2016

Loser, Loner

Malam tadi tonton drama Romantic Doctor, Teacher Kim.
Satu scene Seo Jung nyanyi lagu masa tengah kemas bed linen.
Dengar punya dengar, teliti punya teliti.
Dapat tangkap melodi dan lirik dia.

Loser, loner.
A coward who pretends to be tough.
A mean delinquent.
in the mirror, you're just loser
......                                              (Loser - Big Bang)

*tapi dia nyanyi dalam Hangul la. atas tu dah translate.


Woahahaa
Memang Dr Seo Jung ni minat BigBang!
Episod sebelum ni pun dia ada nyanyi lagu Bigbang rasanya.
Hehehe.

Dah lama tak ambil tahu pasal BigBang.
Dia orang pun dah makin season, banyak group baru naik.
Aku pun dah tak berapa nak kisah sangat pasal idol k-pop ni.
Tapi BigBang ni legend la.
Still aku masih suka lagi nak dengar lagu dia orang.
GD masih lagi kiut pada mata aku ni ha.
Kalau tak takkan pergi kolej masih lagi bawak air kopi dalam botol air BigBang.
Paling win, ringtone handphone aku lagu Big Bang - Blue kot. Hahaha
Kihkih.


Ok.
Nk update cerita semalam.
Sepanjang kerjaya aku sebagai pengajar yang setiap semester menjadi pangawas peperiksaan, aku tak pernah menangkap atau mengantoikan pelajar yang curang dalam exam.
(Istilah curang dalam peperiksaan tu memang wujud, bukan aku yang cipta ok) ;p

Al-kisah, semalam 'hijab' aku dibuka agaknya.
Hasilnya dapatlah tangkap satu toyol.
"You are caught!"

Macam tak caya pula.
Berdebar-debar masa aku ambil bahan bukti yang dibawanya tu.
Aku ambil kertas soalan dan jawapan dia.
Serahkan kat ketua pengawas.
The rest was a history.

Entahlah.
Kalau masa test atau quiz aku boleh terima lagi.
Iyalah, carry mark kan.
Ini dah final.
Your own battle.
Kena fight sorang-sorang.
Baru tau sejauh mana kita ni sebenarnya bersedia dengan perjuangan kita.
Pada akulah.
Aku tak tahulah kalau orang lain.
At least bagilah chance pada diri nak buktikan kebolehan sendiri, alone.

So aku simpulkan, kejadian semalam sebagai
LOSER.
Memandangkan malam tadi ilham terinspirasi daripada lagu faveret kumpulan BigBang kesukaanku.

Harapan aku.
Quality should stay, less should go.
Eh betul ke bahasa aku ni.
Yelah teluslah dan betul-betul tapis.
Quality first not quantity.

Aku bantu apa yang boleh.
Tapi selebihnya, diri mereka sendiri.
Selain tawakal dan doa.

Selamat menempuh peperiksaan akhir semester untuk semua pelajar KKTM seluruh Malaysia.

*Teringat masa ambil exam SPM 2002... ada kenangan di situ... :)

Sunday, November 20, 2016

Try to Be Nice

My baby Nur Irdina.
Sangat manja dengan Abah dia.
Sebab apa yang dia nak, Abah dia akan turutkan.

Semalam aku menonton racangan Papa Hero Saya.
Zahiril tetamunya.
Aku tertarik nak tengok sebab aku rasa pendapat Shira tu macam aku gak.
Most of the time anak bersama ibu, sebab itu ibu nampak lebih tegas.
Abahnya jarang-jarang, jadi bila meluangkan masa bersama anak, dia akan memanjakan dan beri apa yang anak mahu.
Sometimes, benda tu bertentangan dengan yang si ibu buat pada anak.
Jadi tak selari.
Anak akan menyimpulkan Abah dia lebih sporting dan melayan.
Kesian ibu ni ha.
Padahal ibulah yang mengetahui hakikat.

Untuk mengatasi, ibu dan abah kena selalu berbincang tentang cara yang bagaimana boleh dan tidak boleh, sesuai atau tak untuk anak.
Bila anak meningkat umur, especially 2 tahun ke atas ni, dia dah boleh berfikir, mengingat, menilai walaupun pada kita dia belum tahu apa-apa.
Tetapi akal dia sudah mulai berkembang dan berhubung, melakukan kognitif dengan pesat.
Every memori dia akan simpan dalam data minda dia.

Macam suatu ketika tu, tengah tengok video Irdina menyanyi.
Tiba-tiba dia cakap "cam boi"
Aku mula-mula tak faham.
Then aku teringat, aku pernah komen "Macam boy" sebab Irdina kan tak ada rambut lebat, dalam video tu dia macam boy.
Padahal dah lama juga aku komen tu.
Aku terus terpana.

So untuk wean off, aku minta Abah dia pun sama-sama tolong bagitahu dia perlahan-lahan.
Cakap kat dia Irdina dah besar tak boleh minum susu Mak lagi.
And memang dia memorized.
Dia boleh ulang apa yang Abah dia bagitahu.
(Aku memang serahkan tugas slow talk dekat Abah dia sebab Abah dia lebih soft spoken daripada Mak dia ni ha..hehe)
And kalau dia nak minum minta kat Abah dia tuangkan dalam cawan.
Lama-lama nanti dia terbiasa dan boleh secara natural melepaskan susu Mak dia.
Mudah-mudahan.

And lagi satu, kalau termarah dia ke, aku akan cepat-cepat minta maaf.
Sebab dia akan cakap maaf juga.
Lepas tu cakap sayang Irdina, dia akan balas sayang mak.
Alhamdulillah.

*banyak lagi akal Irdina...

Draf entri yang hampir terkambus #2

Dah habis silibus.

Dah habis kelas.

Musim exam menjelang.

Saat ini.

Seperti tahun lepas juga.

Sindrom turun mood kerja melanda.

Maknanya " I need space".

Huhu.

Mode: hazab.



*menangis sambil tekup muka*



Kaedah pemulihan:

1) Novel 3 tingkat (read/unread/half-read) masih tak dapat pecah mode hazab.

2) DVD Korea satu beg belum juga dapat redakan kronik level.

3) Aktiviti ada pekdah jugak:

~cabut rumput-malas aku, kalau tak sampai minggu depan kau dah naik mencanak-canak.

~badminton/riadah-kudrat aku di tahap lemah. ha ha ha. alasan!

~memasak-ermm..a little bit tp itukan routine (bila lapar & jimat duit).

~menonton drama hongkong-oh yeah,layan juga.sedikit terhibur.



Sebenarnya hatiku lebih meronta-ronta rindukan Husna.

Oh.

Husna di Kelantan seminggu ni.

Bajet pun dah paras2 hidung akibat ketidakcekapan pengurusan sebulan dua ni.

Banyak sangat shopping baju. ha ha ha.

Jadi bagaimana?

Duduk di rumah dengan kepanasan global bukan sesuatu yang damai.

Kecuali ada aircond full blast dalam bilik, kan.

Hazab.

Electrolux pun tak mampu aku nak order.

Apatah lagi streamix & astro.

Belum lagi kot.



Apapun,

Tuan gembira, hati saya menangis juga.





Pema Chodron said: 

"It isn't the things that happen to us in our lives that cause us to suffer, it's how we relate to the things that happen to us that causes us to suffer."





Betullah tu.

John Wesley also said:

"Do all the good you can, by all the means you can, in all the ways you can, in all the places you can, at all the times you can, to all the people you can, as long as ever you can."

Draf entri yang hampir terkambus: #1

Check FB.
(Read: check frenlist.)
Sometimes,
baru aku perasan -"oh dia ni..", "eh, dia ni ada dalam frenlist",
"hah, dia kawan aku ke?bila ni ek?"
and etc. (ayat konon2 terperanjatlah tu).
For that aku betul2 minta maaf sbb aku mmg jarang up-date.
Aku cuma tengok recent events, RSVP orang kawin, birthday reminder, wasoeva tu laa.
Nak tengok gambar orang selalu pun intenet tak laju mana.
Huhu.
Rasa macam tak penuhi sosial punya meaning je. hahaha.
But impressed, 435 people as friends..ye ke ni? :p
Ok.
Done.

Last nite,
tengah semangat nak masak.
(Read: tengah lapar)
Boleh pulak, nasi jadi half-cooked sbb tiba2 gas habis.
Ngeee...
Takat tu je laa semangat akak.
Simpan balik sayur, bawang & segala bagai ramuan.
Haha.
Moral: check dah bape lama tong kamu tu beli?
Hmmpph..7 bulan lebih kurang.
Patutlah pun. Dia tak bagi hint kalau nak kong.
Nasiblah.
Makan biskut cecah air teh tarik je.
Huhu.

Starting last week,
aku dah mula kembali routine training badminton.
Sampai terpaksa missed drama cina kul 6.
This week tiba2 je Fang Nin dah takde.
No!!

Aduh.
Kenapa semua kerja nak kena buat waktu petang?
-training
-feberet drama
-siram pokok kacang
-bakar sampah
-cabut rumput
-basuh baju
-masak (kalau rajin lee)
Motip: saja kalau boleh nak all out kan? hehehe.
(tapi tak kurus2 pun..hahaha)


Sejak tengok Lovely Samsoon ni, tersuka pulak kat Hyun Bin..ceh2..
Pastu niat nak belajar piano yang pernah terkubur tu macam dah digali keluar semula jek.
Hehe.

* "if you are not the one who made for me, then why does my heart tell me that i am?" -still questioning before sleep..crying again..;(

Wednesday, November 16, 2016

Pulut Kuning Rendang Ayam

Inpirasi oleh rancangan memasak, aku bersemangat mencuba.
Gigih meneroka alam sekeliling kat mana boleh aku tebang daun pisang.
Kihkih.

Nasib baik, rezeki datang.
Ada kawan yang boleh supply daun pisang, dengan percuma pulut (made from Kelantan lagi) sekali.
Alhamdulillah.

Since ada rice cooker multi function (dapat masa kahwin) yang jarang-jarang guna sebab hanya 3 perut je pun kat rumah kami.
Masak nasi pakai rice cooker yang comel je lah.
Biasanya guna funtion steamer or soup je pun.
Inilah masanya nak kukus!
Real steamer gitu.
Kalau nak harapkan nak buat kuih lepat or kuih-kuih tradisional dulu memang tak retilah diri ini. Uhuk.
Percubaan pertama ni, terus nak kukus pulut kuning!

Setelah ikut step by step dengan sedikit sesedap rasa sendiri, akhirnya menjadi.
Alhamdulillah.
Paling sebak bila Nur Irdina minta 4 kali tambah.
Mungkin sebab dia tak pernah makan pulut, asyik nasi (pelbagai jenis dan rasa).
Dia teruja.

Lauknya aku buat rendang ayam (ni pun pertama kali juga- sebelum ni masak daging ja).
Tambah dengan acar rampai.

Alhamdulillah, habis licin.

Orang dulu-dulu buat pulut kuning sebab:
1.  Khatam Quran - yang ni win sebab masa aku kecil, lepas habis mengaji kalau Tok Guru suruh stay, mesti ada makan pulut kuning. Ada orang dah khatam Muqaddam/Quran semalamlah tu. Hehehe. Kemain suka makan dengan kari ayam. Wow.

2.  Meraikan sesuatu- contoh macam hari jadi ke, makan damai ke, naik pangkat ke. Pastu sedekah kat jiran-jiran. Biasa juga kalau orang jawa, dia masak bubut merah putih. Sedap juga (nak kena study resepi pulak ni).

Ada peningkatan.
Untuk terus memasak!

*Boleh try resepi lain yang rare lagi.

Tuesday, November 8, 2016

Indahnya Kata-kata

Usai kelas pagi tadi, aku hanya duduk menghadap skrin laptop.
Sebelum tu aku dah siapkan kerja menanda skrip jawapan supaya carry mark (seperti yang diminta-minta oleh orang atas) dapat didedahkan kepada pelajar sebelum musim final bermula.
Aku masih tak faham apakah motif mengetahui carry mark, sedangkan perjuangan belum selesai pun untuk mengetahui keputusannya.
Lepas berakhir final pun masih ada lagi sisa perjuangan selagi keputusan muktamad tak diputuskan oleh Senat.
Dalam Senat, it can be anything, students!

Oklah.
Berbalik kepada aktiviti yang asal tadi.
Aku ralit membaca kata-kata petikan daripada orang-orang yang dikagumi.
Puitisnya bahasa.
Semuanya bermula semalam apabila aku bertemu dengan ayat ini -
"When the going gets tough, the tough gets going".

Macam nak cari lagi banyak ayat best yang lain.
Biasa gak dengar quotes English atau peribahasa macam tu sejak belajar literature in English form 4 dulu.
Hihi.
Sekarang ni baru faham maknanya.
Dulu belajar sebab nak lulus je kot.

Bahasa dan aku.
Ia masih hidup dalam jiwa ni.
Cuma bila masa berlalu, kadang-kadang aku seperti tak percaya dulu aku boleh menulis juga.
Tapi tak diasah dan dibiar berkarat.
Duk lah ia dalam kotak bertutup rapat.

Oh tadi aku terjumpa petikan A.Samad Said.
"Di Atas Padang Sejarah"
Wah, puitisnya tajuk!

Dulu masa di universiti aku kagum dengan seorang pensyarah kejuruteraanku yang sangat suka sastera.
Sehingga apa yang keluar daripada butir bicaranya mahupun penulisannya penuh dengan keindahan dan hanya yang boleh faham maksudnya sahaja boleh tersenyum dengan apa yang dia cuba sampaikan.
Hehe.
Beliau masih aktif lagi dalam dunia sasteranya.
Hingga status FB nya pun kalau beliau update aku akan baca bersungguh-sungguh.
Dan kemudian tersenyum, berfikir.

Tak macam aku ni, ikut musim nak datang.
Tiba-tiba saja dia timbul, lain masa dia tenggelam.
Huhu.

"Apabila satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka. Akan tetapi kita sekian kalinya berdiri dan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak langsung pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita."

Ya, kenalah selalu alert dan melihat sekeliling.
Mengambil yang lain lebih baik dan menjadikan ia suatu peluang.
Tapi siapalah kita sehinggakan hati sendiri pun kita tak berdaya lawan untuk tinggal lama di pintu yang itu saja.
Cari kekuatan dan kena move on.

Kihkih.
Ok lah nak asar dulu.

Assalamualaikum. :)

Monday, November 7, 2016

Gajah Perasan Kancil

Sebelum tulis panjang, nak cerita satu kisah benar yang berlaku hari ni.
Baru kejap tadi.

Balik lunch kat rumah tadi, baru perasan yang beg Nur Irdina tertinggal.
(Adoilah mak ni, lupa lak! Mesti Irdina cakap mak tak bawak beg Na.)

Ceritanya yang ni;
Ok, so lepas lunch on the way nak ke kolej semula, pergilah hantarkan dulu beg tu.
Masa keluar simpang tu dah nampak dari jauh satu bas express bawa laju gila dari arah Bukit Gambir.
Sajalah keluar juga, pastu bagi dia take over kat depan kolej.
And belakang dia, mengekor satu kete kancil sama speed gak.
Sampai dekat- dekat traffic light simpang Serom 3, bas tadi bagi signal mengejut nak ke kiri.
Dia nak by pass lalu depan deret kedai and nak susur kiri dari simpang ke Serom 3 Belemang.
Kereta kancil yang follow rapat tadi macam terkejut tapi tak delah gelabah nak hon ke apa.
Then kereta tu duduk kat lane kiri depan kereta aku.
Aku kalau tak ada kancil tu aku dah susur kiri masuk terus, tapi aku tunggulah sampai hijau dan sambil perhatikan bas tadi.
Hahaha.
Yang kelakarnya, dia ingat dia dapatlah jalan dulu.
Rupanya turn kami yang hijau dulu.
Aku tengok muka pemandu tu, cover line je.
Dia kena berhenti lama kat simpang tu sebab depan dia ada avanza yang tak muat pun jalan tu kalau dia nak cilok ke kiri juga.
Terpaksalah dia angkat hand brake.
Pemandu kancil tu mesti dah terkekek ketawa gaknya.
Pemandu bas tu tak ingat agaknya dia bawa bas, bukan kancil, kelisa or viva nak main cilok-cilok macam tu.
Arakian.
Bersabarlah memandu.
Lebih-lebih lagi jalan kampung, respect others.
Kat highway ikut kau lah nak bawa more than 120km/j pun.
Tak kisah pun.

Berbalik kepada catatan asal.
Weekend lepas cuti bagi penduduk Johor adalah 3 hari bermula Jumaat.
Tak ingat pula pasal cuti panjang ni kalau tau, minggu ni yang aku nak balik Kota sepatutnya.
Tapi dah balik minggu lepas jadi minggu ni tak ke manalah.

Sabtu temankan Abah Irdina pergi carreer fair kat UTC Melaka.
Kononnya nak terus jalan kat pantai Kelebang tapi hujan pula.
So cuba nasib ke Dataran Pahlawan, jammed sangat teruk.
Penuh kereta dan orang.
Terus je balik.
Flat jugalah Nur Irdina hari tu.
Sampai rumah tidur, lepas maghrib kena kejut mandi.

 Nur Irdina tunggu Abah isi borang dulu


 Lunch kat Tesco

Esoknya keluar lagi, tapi disebabkan Abah Nur Irdina 'tersangkut' tengok cerita hindustan, so tunggulah lepas zohor.
Tak dan gak sebab semua tidur siang, lepas asar gak lah keluar dari rumah.
Bawa Nur Irdina pergi Tanjung Mas, bayar semalam tak dapat bawa pergi pantai.
Memang suka lepak makan rojak kat situ.
Nasib baik kedai tutup lambat sebab ramai orang.
Pastu bawa Nur Irdina tengok laut kat Marina Jetty.
Kemain seronok dia.

 Faveret Nur Irdina dan Abah dia - mee goreng!

 Berjoget anak dara mak ni.

 "Ada ikan tak dalam air?", Nur Irdina menyoal Abah dia.

Peace Nur Irdina! :)


 Mak segan duk belakang Nur Irdina jek

 "Wah, air!"'- Nur Idina menunjukkan kepada Abah dia.

The Sunset.


Weekend getaway ni meraikan Abah Irdina yang nak mulakan hidup baru.
Semoga perjalanan dan urusan hidup Abah Irdina dimudahkan.
InsyaAllah.
Amin :)

*Sedang merancang untuk vacation & travel next year... where is the next destination? :p

Sunday, October 30, 2016

Pasang Surut Hidup

Alhamdulillah.
Hampir seminggu hidup di luar liputan signal.
Dah lama tak menyibuk dalam grup-grup wasap.
Ada hikmah bila pada pagi yang hening, tab tidak boleh di on terus.

Rasanya dah boleh adapt balik hidup macam masa tak ada tab dulu, which was 2 years ago.
Tapi sayang sikit sebab banyak data (especially gambar Irdina) ada dalam data memory tab tu.
Selamatlah di "mana-mana", storage yang aku sendiri tak faham tentang IT ni.
Kalau dalam memori otak aku ni rasanya mana yang selalu refresh je aku ingat, kalau duk kat jauh-jauh dalam sana tu tak boleh nak capai sangat.

Sekarang ni nak merakam (gambar or video) aku bawak kamera digital.
Nanti dah full memori dia, transfer ke laptop.
Nur Irdina pun dah pandai tangkap gambar sendiri, obviously bahagian kaki dia yang sedang bersilang.
Nampak comel dan bambam! hahaha

Macam pro, tapi comel! ;)

So start from next month ada benda baru yang aku nak kena adapt lagi dalam rutin hidup aku.
I try to make my life wonderful.
InsyaAllah.

*baru lepas baca mesej FB DYMM Permaisuri Johor tentang kenangannya bersama Almarhum Tunku Jalil dan tragedi HSA. Ada sebak di hatiku....

Monday, October 24, 2016

Cerita Rentetan Hati

Catatan bersambung...

Ok.
Tengah hari aku akan balik lunch di rumah.
Bukan sebab ada bibik dah masak ke apa.
Tapi sebab aku lebih selesa (sebenarnya dah terbiasa) makan di rumah, duk depan tv.
Kemudian solat dan kembali ke kolej.

Rutin ni bermula sejak Nur Irdina start makan dan aku kena buat bekal untuk dia.
Yang betul-betulnya adalah masa umur dia masuk setahun.
Dia dah boleh makan nasi dan lauk macam mak dia makan.
Eh, mak dia makan apa yang dia boleh makan.
So, menu yang aku akan masak dan terus buat lunch adalah apa yang Nur Irdina boleh makan.
Jimat rupanya.
Kalau aku tak buat lunch aku akan tapau buat sarapan di kolej.
Bergantung masa.

Tu asbab je.
Sebenarnya lebih kepada aku nak balik rehat di rumah.
Nak layan cerita tv yang aku dah rakam siap-siap.
Sebab bila Nur Irdina balik, aku tak leh nak tengok dengan fokus dan perasaan.
Kena layan anak dan monitor dia.
Sekarang lebih lagi pengawasannya sebab Nur Irdina dah bijak dan sangat aktif.
Ada saja idea dan akalnya.

Biasanya aku akan rekodkan cerita yang malam-malam tadinya untuk ditonton siang hari.
Macam drama Korea ke, drama melayu terhebat ke, kihkih.
La ni baru start GV3 dik non oii.
Terkekek-kekek ketawa sorang-sorang tengok pengacaranya tu!
Hahaha
Bolehlah nak merawat hati yang sedang berbalam ni ha.

Ada satu benda yang aku nak catatkan (baca: gosipkan) kat sini.
Sebab baru berlaku kejadian sebal tu tadi.
Just now!
Aku tak faham.
Aku bayar sama macam orang lain bayar.
Tapi aku tak pernah ambil orang lain punya suka-suka tanpa kebenaran sebab kita rasa itu adalah unfair!
Kau dah buat rules- kena cabut nombor, maka nombor tu kau punyalah.
Kenapa bila kau tahu barangnya tak best, kau tak suka, maka suka hati kau aje nak ambil barang orang lain.
Bila last kopek orang tu cabut nombor dia, barang yang sepatutnya dia dapat tu kau dah ambil dulu.
What the??!!!
Entah aku sebal.
Sebab tu aku malas nak join.
Yang baik-baik kau ambil dulu, yang tinggal hampeh.
Aku sabarkan diri aje.

Oklah.
Aku nak minum dulu.
Bye.

Sunday, October 23, 2016

Land Below the Wind

Kenapa namanya begitu?

Oh sebelum apa-apa, nak catatkan bahawa novel terbaharu karya penulis kesukaanku Noor Suraya telah selamat diterima.
Rentetan episod Surat Ungu Untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia dijilid dalam satu novel Mahadewi.
Pesanan sekali dengan Antalogi Cerpen Cinta Pertama.
Amboi.
Hahaha.
Tak menyempat, tambah lagi pesanan kombo 3 novel lagi.
Akan datang ya!

Berbalik kepada persoalan yang mula-mula tadi.
Kenapa namanya begitu?
"Land Below the Wind"
Kalau tulis bahasa melayunya mesti semua dah tahu kat mana tempat tu.
Menurut wikipedia, sebab kedudukannya yang strategik di bawah laluan angin monsun.
Oh begitu.

Dah lama dah memasang rancangan untuk ke Sabah.
At least Kota Kinabalu.
Alhamdulillah, sampai juga sehingga ke Kundasang, Ranau iaitu area kaki Gunung Kinabalu.
Mengikut trip keluarga suami.

Alkisah.
Pergi berkelana selama 4 hari 3 malam.
Ikut sahaja perjalanan yang telah direncanakan oleh suami.
1 malam di KK, dan 2 malam lagi di Kundasang.

Perjalanan ke Kundasang lebih kurang ke Cameron Highland, cuma lebih jauh dan sedikit tinggi.
Yang kelakarnya, sepanjang perjalanan tu duk tengoklah bukit gunung ganang di sebelah kiri, nampak yang paling tinggi.
Tak expect pun itulah Gunung Kinabalu (GK) sebab keadaannya macam bukit yang ditarah.
Mata mencari-cari lagi kalau-kalau ada lagi gunung yang lain, atau kata dalam hati jauh lagi nak sampai gunung.
Walhal gunung yang tinggi macam ditarah tu lah gunungnya.
Mana pernah tengokkan sebelum ini.
Hehehe.
Memang GK fizikalnya adalah batu di bahagian atas.
Bahagian bawahnya yang penuh dengan bukit hijau dan pokok hutan tebal.
Nampak ada air terjun, tapi memang tak sangka itulah GK!

 View Gunung Kinabalu dari guest house kami.

Anak daraku Nur Irdina bergaya sambil menikmati view gunung.

Sampai Kundasang.
Kundasang ni area kaki gunung, bahagian lembah.
Tapi suhunya sejuk juga.
Kami menginap di Kundasang.
Hari pertama, ke mana lagi kalau bukan ke "New Zealand" dalam Malaysia.
Desa Dairy Farm kat kaki GK.
Masa dah sampai tu, barulah nampak jelas gunung tu.
Actually dari rumah yang kami inap tu pun dah nampak dah view, cuma tak percaya itu kah GK?
Tak ada lah pulak nak google untuk sahihkan.
Hehehe.

Itulah GK dari Desa Dairy Farm.
 
Excitednya Nur Irdina nak tengok lembu!
 
 Oh, ni lembunya.

 Inilah feveret aku, Susu Kopi Fresh!

Lembu tu berus badan dia sendiri tau!
 
 Info tentang lembu.

Batu yang dicatkan peta laluan ke GK, ada 2 laluan.

Habiskan masa dalam 1 jam setengah kat situ.
Minum susu, tengok lembu, tengok gunung, rasa sejuk, ambil gambar.
Dah tengah hari!

Singgah dulu di Kundasang War Memorial.
Tapi bergambar di pintu gerbang je sebab semua cam tak berminat nak masuk.
Kena bayar lak tu.

Turun ke Ranau, pergi Poring Hot Spring.
Oh sebenarnya aku tak minat sangat pergi tempat-tempat mandi cam tu.
Tak teruja pun nak mandi.
Lagi pun sekarang ni tengah viral pasal rotavirus melalui tempat mandian awam.
Jadi hanya duduk tengok ajelah orang ramai.
Pada aku agak buang masa, tapi aku ikutkan aje rancangan yang dibuat.
Lagi pun dah letih juga.
Aku expect kalau ke Kundasang tu dapat tengok tea garden ke, strawberry farm ke. Hiks.
Apapun, follow the rest.

Nur Irdina blur kenapa datang sini.

Malam memang tak ada aktiviti.
Makan and tidur.
(Baik duk rumah je kan. Hmm)

Esoknya hari ke-4, pergi ke Kinabalu Park.
Which is kena bayar lagi, and naik sampai betul-betul di check point pertama orang nak mendaki GK.
Bila tengok view dari platform tu baru caya, yang gunung (which was 1st day nampak tu) yang ada air terjun tu adalah GK!
Huhu.
Sebelum sampai Pondok Timpohon tu (1st gate to hiking), ada singgah di tugu untuk mengenang mangsa gempa pada 2015.
Orang kata kesan yang aku nampak macam ditarah tu kesan gempa, tanah runtuh.
Kata suami aku, peak yang kat atas tu ada yang patah (which aku google, memang ada gambarnya)
Oh begitu.
Akhirnya sampai gak kaki ni kat kaki GK.

 Ni la tugu peringatan gempa.

 Ada info atas batu ni.

 Ni pintu masuk, check point Pondok Timpohon.

 Lepas masuk gate tu, dia kena turun tangga ke bawah dulu untuk mendaki.

Peta nak mendaki GK.

View dari kaki GK.


Apa yang nak dicatatkan kat sini adalah pengalaman dan rasa naik kaki GK tu.
Walaupun kaki sahaja tapi altitude dia dah berubah, ketinggian dia.
Ketinggian berbeza mempunyai tekanan udara yang berbeza kan.
Aku mengalami selsema semasa aku di Kundasang, sebelum naik ke Kinabalu Park.
Disebabkan itu, aku mengalami masalah di mana tekanan pada telinga aku sangat menyakitkan.

Macam ni.
Kalau normal, bila kita naik ke tempat yang tinggi, telinga kita akan menerima tekanan udara yang tinggi dari luar.
Bila kita mulai turun, dia akan seimbang dengan tekanan udara di altitud yang sama.
So, sepatutnya bila dah turun tanah rata (kawasan biasa), kita akan kembali dapat tekanan yang normal.

Berbeza dengan aku, apabila tekanan mulai disamakan, ada cecair dalam hidung-telinga aku yang menghalang tekanan dilepaskan dan terperangkap dalam telinga aku.
Aku rasa pening, mual dan nak muntah (and betul sampai je bawah aku muntahkan semua yang aku makan kat Kundasang tu).

Masa naik flight, masyaAllah, telinga aku sakit sangat.
Macam ada mesin gerudi dalam telinga.
Tahan aje.
Sampai atas, dia tak tekan sebab tekanan lebih kurang sama malah lebih tinggi.
Apa yang sangat worst dan menyakitkan adalah ketika flight nak touch down.
Sakittttttnnnyaaaaa!!!!
Aku pegang kepala, sambil menangis.
Rasa macam dah tak ada harapan lagi dah.
Aku takut kepala aku pecah.
Huhu.

Dengung dan macam kepam telinga aku berlanjutan sampailah aku balik ke rumah.
Aku MC 2 hari sebab kesan tu.
Aku dapat datang kerja satu hari je.
Sehingga saat entri ini ditulis, telinga aku masih belum pulih.

Alhamdulillah, aku masih boleh mendengar cuma pendengarannya tu macam ada satu lapik kain tebal sebelum lubang telinga ni ha.
Kalau tak ok lagi, aku nak ke pakar ENT.
Aku tak dapat check gigi minggu ni sebab demam dan sakit telinga.
No point aku pergi sebab mesti doktor gigi tak nak buat rawatan dengan keadaan aku yang sangat tak selesa tu.
Padahal masa aku kat Sabah, sakit gigi aku kadang-kadang macam chipsmore.
Suka hati dia je nak menyerang aku.
Huks.
Nak tak nak minggu depan mesti kena pergi check gigi gak!

Next time, aku nak plan trip yang lebih bermakna lagi.
InsyaAllah.
Niat nak berkelana, mengembara atas bumi Allah.
Semoga ada rezeki dan umur untuk aku melihat lebih banyak alam yang luas dan indah ini.

Beberapa perkara yang aku nampak berkaitan trip Sabah ni:

1. Jambatan gantung sangat popular.
Sepanjang trip ni 2 jambatan gantung aku naik- Jambatan Tamparuli yang disebut dalam lagu tu dan satu jambatan kat Kinabalu Resort & Spa (antara pokok-pokok). Ada juga jambatan gantung kat Poring Hot Spring tu tapi malas nak jalan jauh ke dalam hutan. Huhu.

 Suami dan adik-adiknya menaiki Jambatan Tamparuli.

 Suami dan anak daranya, Nur Irdina nak turun jambatan gantung kat Kinabalu Resort.


2. Every entri mesti nak bayar tiket.
Most of the places yang kami pergi semua ada cas. Dairy farm, hot spring, war memorial (sebab tu kami tak masuk)and Kinabalu Park. Even dalam tempat-tempat tu pun kena bayar lain pulak untuk any sub point yang nak masuk or nak buat aktiviti. Huh. Sampaikan kata seorang traveller Poland (jumpa kat hot spring tu), kat Sabah semuanya kena bayar! Aku tak cakap apa sebab laki aku yang bayarkan hiks.

Ni tiket fee nak masuk ladang lembu.

*Teringin ke Korea dan Jepun. Hiks....

Wednesday, October 12, 2016

What a helpless week!

Minggu ni sangat annoying!
Helpless!
Bukan minggu tu yang bersalah.
Manusia yang membuatkan semua rasa annoying.
Manusia tu aku kot.

Di sebalik rasa menjengkelkan itu, aku cuba mencari sekelumit ketenangan.
Atau cuba menjadi tenang.
Tak kisahlah.
Janji ada sedikit rasa menikmati minggu ni.
Enjoy sedikit barangkali.

Masih lagi berkira-kira untuk memutuskan sesuatu.
Masih lagi suffering from oral pain which originally come from stress, maybe.
And tiba-tiba ada benda lain pula menambah perasa.
Mungkin aku tak patut melayankan sangat.
Bak kata orang-orang (yang hidupnya konon happy-go-lucky-what-so-ever tu); rileks sudah, chill!
Amboi.
Mudahnya melafaz kata berbanding memikul beban dan rasa.
Entahlah.
Mungkin ada DNA dalam diri aku ni yang memang sudah diciptakan supaya manusia bernama aku ini harus perlu menyulitkan otak dengan memikirkan perkara yang entah apa- apa walau sedikit supaya hidup ni tak terus linear grafnya.
Kena ada risau sikit.
Kena ada susah hati sikit.
Susahnya nak mencari gembira dan damai di hati.

Atau mungkin perlu begitu, supaya merealisasikan pepatah orang putih ;
"There is a silver line behind the dark cloud", maybe!
What a helpless.

For this moment, aku memang tak ada hati nak banyak mulut.
Hanya orang-orang yang betul-betul in line je boleh get along dengan aku.
(Oh aku memang pun pesen yang berat mulut).

Aku rasa minggu ni aku paling hebat berlakon.
Bermuka-muka.
Untuk apa?
Untuk aku dapat rasa sedikit kebahagiaan di sebalik kedukaan.
Eh.

Itulah hidup.
Bukan selalunya indah.
Bukan selalunya mendung.
Choices!
Kalau hujan sebelah sini, kita pergilah berlindung di sebelah sana.
Langit ni bukan satu masa seluruhnya gugur air.
Ada yang masih cerah dan ada mentari.
Yeah, satu lagi pepatah orang putih ada betulnya.
Life is for choosing.

Ok, fine.
Cukuplah dulu.
Esok-esok sambung lagi.

Assalamualaikum, dunia.

Sunday, October 9, 2016

Tajuk Kali Ini ENTAHLAH

Dah terlalu lama rasanya tak menulis di sini.
Kekangan masa dan sindrom writer's block (agaknya).

Tadi pergi klinik pergigian sebab nak periksa gigi ni ha.
Dah 2 malam tak dapat tidur sebab sakit yang boleh membuatkan terjaga berkali-kali.
Ini serius!

Orang cakap banyak faktor sakit gigi.
Antaranya stress!
Haah agaknya.

Tadi masa nak register, ambil BP.
Doktor tanya umur berapa.
Dia cakap diastolic pressure agak high.
Puan stress ke?
Entahlah tak tau nak cakap apa.
Memang stress!!!!!

So doktor hanya bagi ubat antibiotik and pain killer.
Lagi 1 minggu datang lagi.
Barulah boleh kalau nak tampal ke apa ke.
Dia kata gusi ada bengkak sikit.
Katanya selalunya itu melanda mereka yang muda below 30 katanya, so meaning kes aku ni pelik ke?
Entahlah.

Berbalik kepada stress.
Masa tengah tunggu giliran tu adalah tanyangan kat tv atas tu.
Cara menangani stress, 30 langkah!
Yang sempat aku tangkap adalah langkah ke 3 dan ke 7 kot- LUAH! dan NANGIS!

Luah can be any means.
Kau boleh nak luahkan dengan bersuara or ko menulis lah.
Aku pilih menulis sebab aku rasa kalau bercerita aku akan menangis teresak-esak.
Kalau bersuara pun aku akan berbicara dengan ALLAH sahaja.
Even masa aku tengah menulis ni pun air mata aku dah bertangkung.
Berat sangat agaknya bebanan stress yang aku tanggung ni.
Tapi people around you, closed to you might not be know about that.
Entahlah.

Bila dah luah mesti nak menangis punyalah.
KETAWA pun boleh gak kurangkan stress.
Kajian tentang ni ada dibuat.
Sebab nangis and ketawa ada perkaitan dengan hormon.
Dan sistem endokrin ni satu daripada faktor yang menyumbang kepada stress.
Benda ni secara autonomik tapi kena pandai handle, kalau tak kau memang ada masalah psikologi dalaman what ever.
That's how people cope with that matter I think.
Entahlah.

Aku ada banyak lagi nak tulis (luahkan), tapi aku ada benda nak kena selesaikan dulu.
Lain masa aku pour lagi.

Assalamualaikum.



Tuesday, September 13, 2016

Nur Irdina Celebrate Birthday

Friday 13!

31 Ogos lalu usia Nur Irdina genap 2 tahun.
Celebrate birthday dia dekat kampung.
Every year pun setiap 31 Ogos memang balik kampung.
Cik Yah dah prepare props untuk celebrate tu.
Mak belikan kek je.

Nur Irdina bila dah 2 tahun ni baru faham apa itu birthday.
Asyik menyebut kek birthday dia aje.
Excited betul anak dara Mak tu.
Hehehe.

Sepupu dia turut sama meraikan.
Makcik-makcik.
Tok Mon.
Tok Tan.
Cuma Abah Irdina aje yang tak ada, sebab kerja.

Alhamdulillah.
Dah 2 tahun anak Mak ye.
Semoga Nur Irdina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah, penyejuk hati, penawar jantung, dunia akhirat.
Allah selamatkan kamu.
Amin...


"Happy Birthday to You My Love, Nur Irdina"

Sunday, August 28, 2016

Tepuk Tangan, Yessssss

Birthday Nur Irdina is coming!
Tepuk tangan , Yesss (dengan gaya)

Akal baru Nur Irdina.
Tak tahu dari mana dia belajar agaknya.
Mungkin sebab selalu tengok perlawanan badminton dengan mak, dia pun belajar buat gaya macam tu lepas berjaya buat sesuatu.
Kihkih.

Alhamdulillah.

Baru balik dari berkursus 2 hari di AELB, Bangi.
So tengah tune balik untuk PnP. Hahaha

Oklah, selamat menyambut kemerdekaan ya !! :)

Wednesday, August 17, 2016

Pisang feberet Irdina

Yeah!
Beregu lelaki negara mara ke final
Mixed pun ke final juga.
Tunggu single lelaki LCW pulak.

Bersemangat tengok malam tadi.
Irdina naik bosan, tiba-tiba nak tengok kartun lak dia.
Hehehe.

Pagi tadi bangun tak sempat nak masak nasi.
Tak ada lauk basah nak buatkan bekal Irdina.
So mak teringat ada buah pisang Irdina.
Terus mak buatkan jemput-jemput pisang untuk bekal Irdina.
Irdina bangun-bangun terus mengunyah jemput-jemput, siap minta tambah lagi.

Tengok pisang, teringatkan Irdina sendiri yang nak beli pisang tu.
Masa pergi pasar weekend lepas, dia nampak pisang kat kedai buah sebelah kedai ikan tu.
Mak ingat dia nak ikan (sebab sebutannya hampir-hampir), rupa-rupanya PISANG!
Dia tunjuk buah pisang yang kuning tu.
Mak tengah pilih buah jambu batu.
Hehe.
Dah bijak dah anak mak ni, nak makan buah pisang.
Dia memang suka.
Masa dia kecik dulu, pisang adalah buah pertama yang dia rasa selain daripada kurma.
So dia ada jiwa dengan pisang kot.
Dia suka makan gitu je, tak tunggu sampai rumah.
And kalau buat jemput-jemput pisang pun dia makan juga.
Lain-lain belum cuba lagi. Hahaha.

Masa ni umur Irdina lagi 2 minggu nak masuk 2 tahun.
Irdina dah bijak dan petah bercakap.
Tiap-tiap malam dia melayan berbual dengan mak.
Seronok dengar.
Kadang-kadang dia menyanyi dan cakap sorang-sorang.
Hihi.

Semoga Irdina membesar dengan sihat dan bagaikan johan! (macam iklan milo lak)
:p

Tuesday, August 16, 2016

Bulu Tangkis Membelah Udara

Musim bulu tangkis melayang kembali lagi!

Semangat melonjak seiring dengan laungan Malaysia Boleh di Rio.
Hahaha.

Petang-petang mak ajak Irdina turun gelanggang main badminton.
Sebat abah punya raket.
Oklah.
Skill mak masih ada lagi, cuma kena asah lebih lagi.
Mak kan malas sikit nak pusing gelanggang, tak fit katakan.
Hahaha.

Malam mak layan skuad badminton Malaysia ke Rio.
Dengar-dengar dah masuk final.
Semoga dapat menjulang emas untuk negara.
Mak pun ambil kesempatan belajar skill dari menonton game dorang tu.
Uihhh mak tengok dorang speed, lompat sana lompat sini, kilas depan kilas belakang..
Hebatlah!

Harap-harap mak pun boleh beraksi tangkas seperti tu.
Mak fokus kat double game sebab kononnya nanti nak wakil program acara double.
Kalau single mak memang minat tengok DLCW lawan skuad China, eh Lin Dan main tak?

Badminton ni satu-satunya sport yang mak suka kalau kategori main dalam gelanggang.
Walaupun menggunakan seluruh tubuh badan, tapi dia masih lagi indoor game.
Hahaha.
Kalau aktiviti sukan luar yang kat padang tu memang tak minat langsung!
Kalau berenang mak suka gak sebab sejuk dalam air kan.
Hahaha.
Lain-lain sport mak cenderung yang indoor aje kay.
Macam main jentik-jentik buah karom ke, baling-baling dart ke, gerakkan buah dam ke. ;p

Mak pernahlah wakil koleh acara karom and badminton je.
Lagi satu aktiviti dalam dewan mak suka adalah silat.
Ganas tapi steady je.
Terkenang zaman di pencak silat dulu.
Gemuruh rasanya.
Tengok silat ni ada aura tersendiri tau.
Dia ada jiwa.
Huhu.

Mak bukan sport orangnya tapi mak tetap ikut tau perkembangannya.

Ok selamat berjaya!

Wednesday, August 3, 2016

Salam Merdeka, Ogos!

Bulan Merdeka sudah datang!

Bermakna Nur Irdina akan menginjak 2 tahun hujung bulan nanti.
Asyik minta kek birthday aje.
Kalau nampak kek, cakap kek Na (dia bahasakan dirinya Na, nak sebut panjang Irdina tak pandai lagi).
Ye lah anak, nanti Mak belikan lagi ya.
Padahal Abah dah belikan bulan lepas lagi.
Haha.

Lately rasa malas nak bekerja.
Nak duk rumah jaga Irdina and buat kerja-kerja rumah as housewife.
Paling best hari Jumaat, rasa seronok je.
Pagi-pagi bangun, siapkan sarapan.
Makan sambil menonton tv dan tunggu mesin basuh baju.
Lepas tu bersihkan rumah, sidai baju, basuh pinggan, mandikan Irdina.
Masak, makan lagi.
Kalau rasa nak jalan-jalan bawa Irdina keluar pergi shopping.
Biasanya pergi pasar beli lauk seminggu terus.
Feeling yang paling best pagi-pagi adalah buka tingkap, selak langsir.
Segar!

Hari Ahad je semua tu musnah.
Kena kerja semula dan tunggu lagi sampai Jumaat.
Huhuhu.

*Dah lama tak pergi jalan-jalan kat Melaka la.... uhuhuhu

Wednesday, July 13, 2016

Alahai Nur Irdina

Sejak Nur Irdina dah berusia setahun 10 bulan ni, dah makin bijak dia.
Mulut pun kepoh bercerita itu ini.
Paling tak tahan masa balik kerja, jumpa dia.
Ada aja yang dia nak cakap.
Macam dah lama sangat tak jumpa Mak dia.
Rindulah tu!
Hehehe.

Tapi ada masa geram juga dengan dia.
Kalau katanya nak yang itu, yang itu jugalah.
Tak bagi, menangis meleleh air mata.
Babah dia selalunya menurutkan aje.

Mungkin Mak ni kurang lagi parenting skills, tu yang takleh nak hadap ragam bijak Nur Irdina.
Kalau time dia membodek kita, terus lemah kita ni.
"Sayang Mak" katanya sambil lentok kat kita, mana tak rasa terharu.
Kalau time dia mengamuk, tak leh blah.
Mak pun sampai give up nak layankan.
Pastu pujuklah balik. Hihi.

Itulah buah hati pengarang jantung.
Dialah racun, dialah penawar (ayat ni Babah takleh terima, tapi ni memang ayat orang2 tua. Maknanya anak is everything la).
Hahaha.

Tengok! Meon tu pun dia nak pakaikan pampers, sapu bedak dulu. Hahaha :))

* Mak pun sayang Nur Irdina... :)

Tuesday, July 12, 2016

Syawal tak Sedondon

Lagu Sepasang Kurung Biru berkumandang di radio.
Oh! Hari raya ke-7 rupanya.

Tahun ni bertakbir raya di kampung Mak ye.
Kemain seronok Nur Irdina balik kampung.
Ramai sepupu dan makcik nak layan berkawan dengan dia.
Siang kalau boleh tak mahu tidur, asyik main saja.
Malam pula tahan mata tu, macam-macam lah gaya dia supaya tak tidur akhirnya kecundang juga 2 minit lepas dibuai or didodoi Mak.

Nasib baik sempat pergi cari baju raya Nur Irdina 3 hari sebelum tu.
Mak punya beli kat Kota je, banyak pilihan murah-murah rambang mata ni haaa.
Mak pergi shopping tak bawa Nur Irdina, tinggalkan dia main ngan kawan-kawan kat rumah. Hehehe.
Panas nak bawa dia merayau kat kedai-kedai tu kang, sian anak.
Tahun ni memang warna campur, sebab Babah tak nak baju baru, so Mak kenalah cari yang iras-iras gitu.
Kalau tak dapat sama ngan Babah, Mak samakan dengan Nur Irdina je.

Kuih raya pun Mak tak adalah nak order, beli siap terus 2 hari sebelum kat kedai kuih.
Buat topup kuih untuk rumah Tok Mon.
Rumah sendiri Nenek Lin dah bagi 2 bekas, Auntie bagi 2 plastik kerepek.
Alhamdulillah, bersederhana ala kadar je.
Bukan apa tahun lepas beria beli itu ini, lastly tak habis pun kuihnya sepanjang setengah tahun.
Lagi pun Mak dah tak minat sangat makan kuih biskut ni, lagi suka makan ketupat rendang kuah lodeh kari ayam je.

Raya kedua, sempat ikut marhaban dalam 15 rumah.
Seronok ikut marhaban ni sebab ada makan selain kuih raya. Hehehe.
Nur Irdina larat 3 buah rumah yang awal je, pastu ajak balik sebab panas rimas.

Tahun ni cuti raya Babah lama sikit, dapatlah jalan-jalan banyak tempat.
Nur Irdina pun happy and manja lah dengan Babah dia.
Mak dah kena kerja Isnin sebab kolej terima budak baru sem ni.
Babah sambung cuti lagi.
Ikut hati Mak nak extend lagi tapi karang tak delah cuti banyak sampai hujung tahun kang.
Bertabahlah. Hihi.

Oklah, Selamat Hari Lebaran Maaf Zahir Batin.

 Nur Irdina suka makan kuih keropok

Nur Irdina nak ikut pergi marhaban ye. :)

Nur Irdina dan kakak&abang sepupu beliau.

Sunday, June 26, 2016

Kenapalah aku tak berdaya membantu...

Bila tengok kat FB, banyak post tentang kanak-kanak yang didera, dianiaya, ditinggalkan orang tua atau tiada yang nak jaga.
Tengok susuk jasad si anak kecil yang sangat menyedihkan.
Pagi ni saja dua cerita yang aku jumpa sangat menyayat hati.
Aku rasa sedih sedih sedih sangat.
Satu mati, dah menjadi anak syurga.
Alhamdulillah, dalam jagaan Allah daripada dia hidup terseksa atas muka bumi ni oleh tangan perosak yang durjana.
Satu lagi entah hidup lama entahkan pergi jua.
Tak larat tak bermaya, lapar agaknya.
Melarat ditepi lebuhraya.
Allahuakbar.
Tak sanggup lagi aku melihat kekejaman manusia.
Aku teringatkan Nur Irdina, kekasih buah hati pengarang jantungku itu.
Allahuakbar...
Menangis air mata dan menangis hati aku melihat dunia kini...

Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjagamu anak-anak kecil.. Aminnn

Tuesday, June 14, 2016

Mengembaralah di Bumi Nya

Sekarang kalau buat pasport, tempoh sahnya adalah 5 tahun.
Rugilah kalau dalam 5 tahun ni nak pergi satu tempat je.
Kena plan at least 3-4 kali kena cop imegresen.
Hihi.

Pernah je buat pasport 2 tahun tapi tak ada cop langsung sebab masa tu disahkan Irdina ada dalam perut.
Masa buat tu, dah excited nak pergi negara orang.
Tapi rezeki anak yang Allah nak bagi lagi berharga.
Alhamdulillah.
Allah gantikan pergi juga negara orang dengan bawa sekali Irdina.

After Irdina setahun, baru ada peluang nak pergi berjalan jauh.
Itu pengalaman pertama untuk kami (bawa anak kecil) dan Irdina (first time naik flight and jalan jauh).
Masa Irdina 3 bulan, ada peluang nak pergi tapi Allah punya perancangan lebih baik, belum masanya untuk Irdina menempuh kesejukan (yang mungkin melampau) di negara orang.
Nak tinggalkan Irdina, tak sanggup pula. Hukhuk.

Nak jadi cerita (lepas confirm tak confirm, akhirnya nekad confirm), kami pilih untuk ikut rombongan sekolah Kak Long ke negara jiran.
Bayar tiket dan-dan tu gak (ni main redah je), and harga tiket mahal sikit sebab kami buat keputusan lewat dan beli tiket tak sama dengan group.
Tak apalah tu.
Janji boleh pergi.

Itinerary kami dah tengok and trip kali ni memang nak mendekati alam, so shopping-shopping tu memang tak banyak slot.
Bandung hanya 2 hari, selebihnya di Yogjakarta.
And kami tak expect dari Bandung ke Yogja menaiki van (perjalanan darat) yang makan masa around 12 jam.
Penat gila!
Sampaikan Irdina demam (demam urat katanya).
2 hari aktiviti di Yogja tak dapat kami ikutkan sangat.
Alhamdulillah, 2 hari last Irdina beransur sihat.
Dapatlah kami menjelajah Gunung Merapi dan beberapa tempat lagi.

Balik je Malaysia, esoknya puasa.
Nasib baik cuti 1 Ramadhan, dapatlah berehat panjang satu hari.
Sian Babah sebab kena kerja pula.

Pengalaman ni untuk tambah perasa dalam hidup.
Buat Nur Irdina agar dia juga ada pengalaman merantau dan melihat dunia luar.
Lepas ni kalau nak pergi jalan jauh lagi, Irdina dah ada biasa.
Sebab lepas ni nak plan more trips. Hahaha.

Next target, dalam negara tapi nak gak naik flight.
Semoga dipermudahkan pengembaraan kami.
InsyaAllah.

 Peace! 

 Nur Irdina dan Abah depan tasik.

 Ni perkampungan The Rock ke apa?

 Cantik kan view ni, macam kat Eropah gitu.

Ini benar-benar challenging! Jeep Tour Merapi

*Catatan ini untuk Irdina baca, bila besar nanti. Ada bukti dia pernah ke sana. :)

Sunday, June 12, 2016

Ramadhan Tiba Lagi

7 Ramadhan.
Salam Ramadhan al- Mubarak.

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi.
Tahun ni sambut raya secara sederhana.
Keutamaan kepada buah hati yang seorang tu, Nur Irdina.
Babah pun tak nak tukar baju raya katanya, tapi mak kena beli baru.
Yang lama dah tak muat, kihkih.

Tahun ni Nur Irdina akan beraya di rumah Tok Tan and Tok Mon.
InysaAllah, alhamdulillah.
Tak adalah mak nak nangis lagi di pagi raya. Hahaha

Puasa kali ni juga alhamdulillah berjalan lancar.
Hari pertama nasib baik Johor cuti.
Dapatlah rileks kat rumah hilangkan penat, balas balik tidur tak cukup.
Nur Irdina pun sama, 3 kali tidur siang.
Kalau ikutkan dia malas nak bangun tapi mak kejut gak sebab nak bagi makan.
Hehehe.

Sahur pun Nur Irdina kadang-kadang bangun.
Melantak sekali dengan mak.
Buat teman sahur dan buka.
Suap Nur Irdina, pastu suap mulut sendiri.
Alhamdulillah.

Buka puasa pun simple and sedikit je.
Sepinggan kongsi berdua dah rasa kenyang.
Sahur roti dan milo pun ok, asalkan makan kurma.
Siang tak rasa lapar sangat.
Nikmat ramadhan.
Semua orang pun puasa, jadi kita pun tak rasa sangat.
Compared kalau puasa ganti, aduii laa..sabar jelah nak bayar. Hehehe.

*Semoga barakah Ramadhan sentiasa mengiringi ibadah kita,insyaAllah aminnn...

Thursday, May 26, 2016

Rezeki Nur Irdina

Nur Irdina dah masuk 1 tahun 9 bulan.
Alhamdulillah, rezeki Nur Irdina nak minum susu badan sampai sekarang.

Aku banyak baca.
Orang kata ibu menyusu anak ni memang penat, apatah lagi ibu yang bekerja dan kena pam susu 3 kali sehari bagi memastikan bekalan susu untuk anaknya mencukupi.
Lagi-lagi anak yang masih bawah 6 bulan, tak makan apa-apa lagi selain susu.

Aku melalui semua tu.
Sampai satu ketika, bila stress memang tak keluar susu banyak pun.
Lagi stress.
Ada suatu ketika siap menangis bagitau kat suami, susu tak banyak.
Bagi jelah Irdina susu tepung.
Suami tak setuju.
Lepas tu puting luka berdarah sebab Irdina kuat sangat menyusu dan bila ada gigi siap menggigit lagi.
Memang meroyan (bukan meroyan dalam erti kata sebenar) sakitnya.
Suami mengalah, belikan susu.
Yelah anak pertama semua nak bagi yang terbaik, so belikan susu Anmum yang mahal tu.
Irdina menolak mentah-mentah, bila dah betul-betul haus baru dia minum itu pun sikit.
Aduhai dah macam mendera pulak.
Paling kesian Irdina muntah-muntah tak leh terima.
Terus tak bagi dah susu tepung.
Biarlah susu badan sikit, puting sakit macam mana pun kasi juga dia minum.
Nasib baik pergi farmasi, ada ubat yang boleh sapu.
Butter cream camtu.
Masa dia tak menyusu, memang kerap sapu.
Lama-lama baik luka tu.
Cakap kat Irdina baik-baik, dengan harapan dia beri kerjasama. Hihi
2 kali percubaan nak bagi Irdina susu lain, tapi dia memang tak mahu.

Tak sangka dah hampir 2 tahun juga menyusukan Irdina.
Cuma bila dia dah setahun lebih ni, aktiviti mengepam susu tu tak adalah sekerap dulu.
1 hari sekali untuk bekal esok, tak adalah sampai nak simpan buat minggu-minggu.
Susu dah tak banyak, tapi masih ada.

Basuh botol dan aksesori pam masih dilakukan sehingga malam tadi.
Tak apalah, bersusah-susah dulu.
Lama-lama dah biasa, siap bertekad ada daya dan rezeki sampai usia Irdina 2 tahun tepat.
Tapi dah bagitahu dia, 2 tahun mesti kena berhenti.
Sekarang ni pun, bila suami yang jaga hari Ahad, memang tak ada bekal susu kat rumah.
Irdina suka pulak minum susu kotak (sebab sejuk kot).
Ok lah tu alihkan dia sikit-sikit.
Bagi dia air lain perlahan-lahan.
Sebabnya Irdina dapat sumber zat dari makanan yang dimakan.
Sekarang ni memang dah tambah rutin baru iaitu masak bekal makanan untuk Irdina pula tiap-tiap pagi.
Kalau tak sempat singgah belikan bungkus.
Sebelum hantar ke rumah pengasuh,rasa bertanggungjawab nak pastikan Irdina mesti sarapan dulu at least air susu or biskut.
Kalau tak sempat masak or bungkus, minta tolong pengasuh dia masakkan.
Alhamdulillah.

Hak anak, rezeki dia.
Tak boleh nak sangkal.
Cuma cara macam mana nak adapt dengan kita punya life routine and pentingnya pasangan kita untuk faham dan support kita.
Support bukan sahaja nasihat, tapi pertolongan dan pengertian.
Tak ada ibu yang tak nak beri yang terbaik untuk anaknya, cuma kadang-kadang dia sudah tak tertahan menanggung penat dan letihnya emosi, mental dan fizikal.
Peranan pasangan sangat diharapkan untuk memberikan kegembiraan buat hati ibu kepada anak mereka sendiri.

And lagi satu, jangan stress.
Kalau memang takdirnya tak ada rezeki susu badan buat anak, boleh cuba cara lain.
Carikan ibu susuan ke or boleh berikan susu tepung.
Jangan biarkan mentaliti kita yang tak boleh bertolak ansur menyusahkan anak kita.
Be wise, be positif.

*Selamat hari guru. Hari ni nak bawa Irdina shopping barang dapur. :)

Tuesday, May 24, 2016

Impian atau Anganan

Dua benda yang aku suka buat masa ini adalah: travel dan deko rumah.
So aku sukalah baca blog atau link website yang ada kaitan dengan benda-benda tu.
Blog travel memang banyak dan seronok untuk dibaca.
Kalau memang penulisnya kaki travel, memang banyak info boleh dapat.
Kalau dia tulis sebab dia nak catat dalam diari blog pun bagus juga untuk tau pengalaman dia.
Hehehe.
Aku suka baca blog bahasa melayu dan tulisannya sempoi-sempoi, mudah faham and seronok nak bersama-sama merasai pengalamannya.


Kalau kat TV aku (dululah masa katanya diberi siaran percuma) suka tengok channel HGTV and FYI
Ada rancangan ubahsuai rumah (flip the house) untuk dijual semula.
Passion aku memang suka tengok rumah dan rekaan dalamannya.
Kalau diberi peluang dan rezeki lagi, aku nak tambah beli hartanah rumah lagi.
Tapi aku nak yang kecik-kecik comel je. Hehehe.
Pastu nak deko kiut-miut.

Minat aku nak pergi melancong ni dah lama cuma semakin menjadi-jadi akibat pengaruh menonton rancangan Law of the Jungle.
Hahaha
Memang cerita tu pasal ikhtiar hidup dalam hutan tapi lately tempat-tempat yang dorang pergi and anggap hutan tu sebenarnya tumpuan pelancong serata dunia.
Tempat yang indah untuk mereka yang sukakan keindahan alam.
Macam episod dekat Semoa (first time aku dengar tu) memang cantik!

Satu lagi pengaruh rancangan tu adalah aku suka pulak makan sayur, buah-buahan and makanan laut macam yang dorang cari untuk hidup tu.
Hahaha.

Lagi satu, pengaruh drama korea Descendant of the Sun yang berlakon kat Greece.
Uish..tu pun tempat menarik untuk dilawati.

Negara Asia yang aku nak lawati antaranya Korea dan Jepun.
Eropah lak teringin nak g Turki.

Berangan dululah nampaknya. Hiiii..

*Nak tunaikan umrah dululah...insyaAllah... :)

Monday, May 23, 2016

Menanti Lambaian Ramadhan

Kali ni ada 2 perkara nak catat.

1. Soalan Clever Girl final episod

Nak highlight soalan pusingan akhir pelbagai kategori.
Soalan fizik dia dua-dua peserta tak leh jawab.
Kalau budak engineering yang tengok tu geram je bila dorang jawab salah.
Kiki.
Mak dan Babah Irdina siap bertanding sekali, tengok clever girl ke clever boy?
Seb baik part soalan sastera Babah tak terer, so clever girl Mak la yang menang.
Hahaha.
Soalan yang buat dorang dapat tentukan pemenang adalah soalan matematik yang dikenakan.
Soalan untuk Kelantan kira luas, dan soalan untuk Selangor pemfaktoran menggunakan asas 2.
Geram je bila tak leh jawab soalan math mudah tu, base 2 tu.
Huhu.
Tapi takpelah, maybe kalau kita tengah gugup kita akan panik and tiba2 blank untuk solve benda yang mudah je pun.
Rezeki dan takdir menentukan pemenang.
Rasanya bagus gak soalan yang ditanya banyaknya bukan 'makanan' dorang as lawyers.
Jadi dorang kena study la kan.
Clever sebab kena study and mengingat.
Kalau dalam Bloom's taxonomi kategori 1 dan 2.
Belum capai kategori 3 ke atas yang lebih kepada deep thinking and manipulate and so on.
Apapun kalau tak study and tak banyak membaca, susah nak jawab soalan-soalan macam tu.


2.  Nak hidup cara yang bagaimana?

Macam serius sangat bunyi isu ni.
Hahaha.
Sebenarnya pagi tadi masa hantar Irdina, tengah drive lalu depan kedai dobi layan diri tu.
Ada sorang pacik tua tengah duk, sebelah dia ada baldi and mop.
Mungkin pakcik tu lepas mop lantai kedai tu.
Lepas tu terfikir, mesti kehidupan dia susah.
Kerja bersihkan kedai.
Macam kerja pagi, dapatlah makan tengah hari.
Makan secukupnya, hidup seadanya.
Rumah dia mesti biasa-biasa je.
Tiba-tiba rasa macam diri ni hidup lebih-lebih sometimes.
Hiduplah seadanya, secukupnya.
Jangan berlebih-lebih sebab nak jadi macam orang lain yang sememangnya lebih dari kita.
Yang penting ibadah sempurna, rukun Islam and Iman dapat dilaksanakan.
Ikhlas.
Rezeki Allah tu luas.
Tapi lately diri ni suka sangat baca tentang travel and deco2 rumah.
Hmmm....
Kena muhasabah balik untuk apa semua tu ye?
Kejar kebahagiaan banyak caranya, asalkan tidak melakukan sesuatu yang berlebih-lebihan.
Mohon diberi petunjuk dan perlindungan Allah.
InsyaAllah.

*Kurang 2 minggu lagi nak puasa...mohon diberi kekuatan untuk membayar hutang lepas dan dapat menjalankan puasa tahun ni lebih baik. aminnn...