Thursday, September 29, 2011

bawah sedar

Minggu 4.
Final for BK stuff.
Buat kosmetik saja untuk minggu ni.
Apakah kami terlalu cepat sehingga kami bosan?
 Next week syme stuff pulak.
Semoga tanpa sedar 23 Dis menjelma.

*gaya macam travelog lak..kuikui..

Sunday, September 25, 2011

i love

Sunday.
Hanya duduk depan laptop.
Dekat beranda dan menghadap bukit hijau yg diselimuti awan putih.
Ditemani segelas kopi yang dah sejuk.
Up-date FB dan blogwalking.
Reply emel dan download DBSK Live performance.
Study?-SANGAT malas selepas hari Jumaat lepas huhu.

Apa pun dah sebulan kat sini.
Dah boleh ckp thai jugalah.
Lagi satu bila duduk negara orang ni yang buat kita rasa bangga adalah apabila kita jumpa produk Malaysia kat sini.
Terutamanya bila tengok tv.
Ada juga rasa Malaysia bila tengok Upin Ipin tanpa alih bahasa.
Then, Jumaat lepas balik kerja sempat tengok NurKasih, pun tak alih bahasa.
Rasa sangat2 :)
Lagi kalau jalan2 jumpa kereta nasional lagilah rasa rindu kat kereta sendiri.
Semalam nampak Persona 2 biji atas jalan.
Kalau produk makanan tu biasanya dia dah thai kan description tapi warna and brand tu adalah sikit2 tak diubah.
Walaupun a bit expensive tapi for halal food kena juga beli.
Malaysianya bila dapat makan ikan bilis goreng bawang dengan ikan kering. :)

*sedang prepare utk farewell..hahaha.tak sabor menunggu 23 dis..

Sunday, September 18, 2011

14 more

Semalam ke Anusan Market & Night Bazaar sekali lagi.
Beli 5 baju (1-aku & 4- hafiy,husna, hadi ,hadirah)
Habis juga dalam 1000 baht.uhuhu.

Hari ni tak keluar.
Save energy for tomorrow.
Sebenarnya susah nak keluar sebab tempat ni jauh juga dari town.
Dalam 30 minit macam tu.
Lagi pun tuk-tuk (taxi) susah nak jumpa lalu kat jalan depan tu.
Nasib baik semalam merasa juga naik tuk-tuk sebab Pak Akob dar order.hehehe.
Kalau ada transport sendiri panjang langkah jugalah kitorang ni.

Orang naik motor kat sini sangat banyak.
Tapi kat sini penunggang motorsikal selamat je aku tengok.
Walaupun tak pakai helmet, naik motor sampai 3 orang tapi rilek je tak de kena langgar2.
Good manner.
Pemandu kereta biasanya akan memberi laluan kepada riders.

Jalan kat sini sometimes konfius sikit.
Kalau duk 5-6 tahun baru boleh biasa kot.
Tapi kitorang setakat dah keluar tiap-tiap minggu ni dah boleh hafal jalan jugalah.
Yang penting tau cari landmark kawasan yang kita nak pergi and jalan dia biasanya bersambung2, keluar sini boleh lalu sebelah sana.

Lagi satu, masa shopping.
Mula2 tu buat window shopping dulu.
Since ada 14 minggu lagi, aku beli sikit2.
Supaya boleh bajet.
Bargain dengan muka kesian sambil tekan kalkulator penjual & menunjukkan jari telunjuk bertemu ibu jari katakan saja- "nip noi nip noi"..hehehe.
InsyaAllah dapat murah.
Biasanya kalau kita beli banyak kita minta diskaun dia akan senang hati bagi kita letak harga sendiri and masa ni la kita letak rendah2.
So selamat bershopping. :)

Sekang ni di samping sibuk di worksyop bertukang kaki palsu,
aku juga gigih belajar bahasa thai.
Berbual  mesra dengan Nan dan belajar sehari 2-3 patah perkataan dengan Tawan, rasanya dalam 4 bulan boleh tau banyak juga.
Yang penting jangan segan & rajin belajar. Cewah!
Yang bestnya kat sini, banyak bahasa boleh cakap.
Kalau jumpa org thai, ckp thai & english.
Kalau jumpa Akiyo, cakap jepun sikit2.
Cuma takde lah ckp perancis ngan orang senegal. tak retilah. hehe

Apapun tak sabar nak habiskan lagi 14 minggu.
Dah rindu nak minum teh tarik and sambal tumis mak buat. uwaaaa...
Tabahkan hati..

*cekal & tabah.pejam celik pejam celik dah sampai masanya farewell party kitaorang pulak..hehehe ;)

Saturday, September 17, 2011

2

moshi-moshi.
dah masuk 2 minggu di sini.
kerja-kerja berat makin banyak.
asyik kena make "new one" jek.
tapi lecture tu tetap ada juga.

last nite ada welcome party for m'sian cum farewell party for senegalese.
macam2 jenis makanan ada dari 3 buah negara.
tapi macam biasalah since thailand is our neighbour so dah tentu ikan steam dia lagi menusuk deria rasa.
and ada satu makanan tu macam kerabu soon pun sodap jugak.
pastu karoke, n joget2. (dahsyat ni kalau mak aku tau hehehe).
we were enjoying it. ;-) thanks.

1 benda yang aku respek adalah cara kerja orang thai ni.
sangat respek pada bos and guest.
dorang takkan tinggalkan majlis selagi belum habis walaupun mata dorang macam dh kena hempap dek batu.
katanya tak baik sebab majlis ni dorang buat utk kita tapi dorang nak balik awal pulak.
respek orang yang nak diraikan.
so mereka ada di situ sehingga ke hujungnya dan berkemas sama-sama.
very good!
yang best tu bos dorang memang supporting & layan joget2 & karoke sekali kehkeh. :)
smile always...:)

this weekend tak pergi mana2.
cuma ke market utk beli barang dapur.
last week dah pergi Anusan market n Chiang Mai zoo.
Maybe after this we'll go to more attracting places here. :)


 Depan Night Bazaar tapi hari masih siang jadi tak buka lagi.


"Hello mak, sihat ka?"


Nak withdraw bape baht??


Depan building Masjid Hidayatul, ChiangMai.
Kawasan halal.

*terasa betul duk negara orang and we're very warm welcomed. kamsamida..:)

Saturday, September 10, 2011

weekend's things

Pagi sabtu yang indah.
Matahari naik, agak panas juga.
Kesempatan ini digunakan utk laundry.
Lagi pun stock baju dah kurang.
Kalau hari-hari biasa, susah jugak nak rasa bahang matahari.
Hujannya kerap, dan langit redup je.
Tambahan pulak bukit dan hutan mengitari kawasan.
Oh ye,
Dengarnya winter (suhu jatuh) adalah pada pertengahan Dis- Feb.
Tapi tak ada saljilah.
Sempatlah tu nak rasa aircond semulajadi. :)

Plan hari ni adalah keluar jalan2.
Tapi setakat jam 10 ini belum ada tanda-tanda mahu bertolak.
Mungkin kena lunch dulu baru ada tenaga nak menapak.hehehe

Interesting kat sini,
kereta yang kita susah nak tengok atas jalan kat M'sia berlambak kat sini.
Misalnya hari tu dari airport naik Toyota dan Civic.
Vios and City tu buat pergi pasar je.
Alphard buat g niaga.hehehe.
Cari2 juga BLM ke, Myvi ke, tapi adalah jumpa Exora and Savvy.
Savvy kat celah2 semak je dorang park.
Dahsyatlah.
BLM takde langsung. huhu.

Malasnya nak buat report.
Belum ada feel nak tulis apa-apa setakat ni.
Hari-hari pun kerjanya up-date status fb utk orang Msia & upload pics.
Rindunya nak balik rumah.

padang hijau berlatarkan gunung depan rumah kami.

Set breakfast pagi ini.
Jemput2 +anggur hitam+neslo :)

*learning from experience.rasa macam nak berhijrah...

Friday, September 9, 2011

kisah seterusnya

Hari ke-7.
Semakin mengadaptasi dan masih.

Hari ni keluar ke pasar di bandar CM.
Ehmm..
Kononnya ingin menukar duit tp tak jadi pula.
Hanya ke 7-E membeli topup.
Mau buat panggilan 3 baht/minit ke M'sia.
Sebab mak tak online la.huhu.

1st time beli topup sendiri.
Kira canggih jugalah sebab kat Msia pekedai tu yang akan tekan nombor and beli tru phone bagai kan.
Tapi kat sini, kita tekan sendiri nombor & confirm, pastu dapat.
Terbaiklah!
Tapi limit 150 baht.
Ok la nak buat lepas rindu kat orang di kampung. hehehe.

Oh ye.
Tadi petang dah start practical.
Nampaknya dah mula biasakan diri dan tak kisah sebab nak belajar.
Mula2 tu segan juga.
Nak tengok pun tutup mata, apa lagi nak kena rasa2..hahaha.
Lepas ni ok kot.
Niat nak bantu orang, kena buat betul2.
Kang salah ukur naya jek.huhu.

Ok, 1st step dah tahu.
Next week, next steps.
Pastu improve, buat banyak kali.
InsyaAllah boleh.
:-)

Orait.
To be continued...

*merindui tanah air & segala isinya ..

Wednesday, September 7, 2011

always ask why

Up-date selepas puasa.
Hari raya baru lepas seminggu lebih.
Akhirnya raya tahun ini tanpa baju raya.
Nasib baik ada kak long yang murah hati bagi baju.
Thank u so much sis! :)

Ketika di Malaysia,
open house masih rancak di mana-mana rumah.
Aku sudah pun berada di utara bumi gajah putih.

Walaupun baru 4 hari di sini,
aku sudah merindui orang di tanah air.
Rasa macam dah 4 tahun tak balik.
Huhu.

Aku menghabiskan malam dengan melayari fb dan menonton video2 yang aku rakam sebelum pergi.
Rindunya pada mak, abah, anak2 buah, adik beradik, kawan2, students dan dia.
Nasib baik ada Truemove.
Memberikan harga yang agak murah untuk menelefon M'sia.
Tapi topup selalu habis.
mana boleh macam ni, nanti takde duit pulak nak beli ole2.

3 hari masuk kuliah,
aku masih perlu adapt.
Aku sudah kena spot sebagai kaki tido.kehkeh.
Aku memang mengerti kalau students ku ada yg tidur ketika kuliah sebab aku pun alergi kuliah.

Eh ,kenapa bahasa aku dah macam susunan indonesia ni?aduh.
Ini semua kerana channel satelit memaparkan siaran indonesia.
Kalau tak haram aku tak faham bahasa Thai.
Tapi best jugak sebab K-pop hari2 bisa aku tonton dengan gembira.kehkeh.

*sayangi negara anda dengan betul2. :)