Wednesday, April 28, 2010

kemas mengemas amalan bagus

Hari ini.
Seperti mr. engineer, aku juga ke KKTM PJ taklimat 5S.

Bercakap mengenai -susun.
Hendaklah susun fail mengikut color coding.
Mestilah orang lain boleh dan mudah untuk mengambil fail itu.

Kisahnya.
Semalam atau kelmarin.
Aku ke bilik fail untuk ambil fail pusat yang aku jaga.
Konpiden je aku masuk dan pergi ke rak yang biasa aku pergi untuk ambil fail yang biasa aku guna.

"Ila!!!!"
"Amenda"
"Mana fail aku?"

Pelik dan terkejutnya aku melihat tempat biasa aku letak fail aku (dan memang kat situ pun fail2 lain biasa letak) dah jadi fail lain.
Apa semua ni?

Ila gelabah datang.

"Apa?"
"Mana fail pusat aku?"
"Fail ko no bape?"
"No 14/2"
"Ni Biah. No. 2 ni haa"
"Eh, awatnya ni? Bila tukaq?"


Aku jadi pelik.
Sebab sepatutnya ia menjadi mudah untuk dicari.
Bayangkan kalau orang lain yang cari camne, sedangkan aku pun payah nak cari?
Hu Hu.

Ok, aku terima sebagai silap aku.
Sebab tak aware.
Tapiyang aku faham sepatutnya ia memudahkan orang lain walaupun pembaharuan itu tidak diketahuinya.
Takpelah tu.
Lepas ni aku dah tahu.

Marilah kita sama-sama kemas unit kita!
:)

~sebenarnya aku lebih rasa terkilan pd hari ini..disebabkan keputusan orang lain yang tak bertanya mahu pun berbincang dengan aku terlebih dahulu..macam batu besar hempap dada..sesaknya..isk isk..tapi takpe aku pasti ada hikmahnya~

Tuesday, April 27, 2010

i want to have nothing to do with it..

Semalam.
Aku berada di ofis dengan title "pelawat".
Ha ha.
Gara-gara aku tukar beg kerja, makanya kad-M aku tertinggal dalam beg lain.
Takpelah tu.

Hari ini.
Aku dan team member yang lain agak stress (kelihatannya sejak semalam).
Menyelesaikan tugas yang kau sendiri tak ada kuasa nak putuskan apa-apa.
Ceh.

Aku biasa je.
Tapi bos macam memahami.
Semalam pukul 5 je dah suruh stop dan balik rest.
Hari ini, bos kata jangan tension2.
Main game dulu ke.
(Gila macam tau2 je aku tengah layan game kat FB hehehe)
Ha ha.

Makin tersepit untuk meninggalkan.
Keadaan dan kesulitan.
Namun masih meninggalkan kemanisan dan hikmah tak terlihat.

Kadang-kadang letih.
Rutin berulang.
Tak tahu gaya apa lagi perlu dilakon.

Tak perlu wayang.
Hanya jadi diri sendiri.

"Things are not as simple as they look like"~Versus, Hlovate.

Monday, April 26, 2010

dum de dum..

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

Slow it down
Make it stop
Or else my heart is going to pop
'Cause it's too much
Yeah, it's a lot
To be something I'm not

I'm a fool
Out of love
'Cause I just can't get enough

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

The sun is hot
In the sky
Just like a giant spotlight
The people follow the sign
And synchronize in time
It's a joke
Nobody knows
They've got a ticket to that show
Yeah

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

Just enjoy the show

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show
 
~Lenka, The Show~ 

Friday, April 23, 2010

entri khas untu mr engineer-amek ni

Kat mana2 pun sekarang ni semua pun bercakap tentang 5S.
Adik2 semua tahu apa itu 5S?
Akak tak reti nak explain sangat sebab akak akan pergi kursus pada 28hb ni kat KKTM PJ, insyaAllah..
Lebih kurang menda tu macam Sapu, Sisih, Simpan, Seragam, dan Selalu amalkan. (tak ikut turutan ni..mr engineer tolong betulkan ye)
Asalnya daripada perkataan Jepun :Seiri, Seiton, Setsuke, Seketsu, S-.
Siapa pandai lengkapkan ye..

Tu pasal gambar kat bawah ni dorang sibuk2 buat gotong-royong.
Eh haruslah ada makan2 kalau dah buat kerja.
Pastu kecoh2, busy2 body..pot pet...sok sek..
dan...amek gambar..(buat bukti) :))

p/s: entri ini memenuhi keinginan tak terucap (melalui komen beliau) si mr.engineer supaya gambar beliau dimasukkan ke dalam blog ini..wohaa!! :))

yang mana mr engineer? (yang korek idung tu bukan ek) hahaha





comelkan baby tu?..yang mana si penulis blog?? ini namanya S-sorok..tau! (tiada amalan ini dalam 5S-rujuk makna kat atas)


mr engineer menyusun fail2 ke dalam kotak ..ini namanya S-susun dan simpan..yeke?


mr. engineer seperti sedang buat amalam S-suruh..menyuruh orang buat kerja..betul tak? (amalan ini tiada dalam 5S ok)


ini amalan S-sorong troli...mudahkan kerja..mana larat angkat kotak berat2..kan..hehehe (ini pun tiada dalam amalan tersebut ..sila rujuk sumber yang betul)...mr engineer masih mahu interprem..haha


sementara menunggu sesi buat kerja..kita lepak dulu ye..(sebenarnya akak dah penat tu)..


bergambar itu mesti makcik2 ye..:)


~Selamat bekerja dengan suasana yang lebih teratur dan sistematik ye kawan2!! :))

hatiku berbunga-bunga

Entri ini sudah basi sebab ketinggalan hampir seminggu.
Sebab pada hari kejadian, aku sangat teruja.
Jadi tak leh nak menulis apa2. :))

Ok, memang aku jakon.
Tapi itu 1st time, orang yang aku admire aku dapat face to face dengan dia.
Mengaku, aku memang laa tidur semasa pidato beliau sebab aku sudah sedia faham akan kekurangan diri yang alergik dengan menda alah seperti itu.
Tapi sejak beliau datang, kemudian beliau hendak meninggalkan kami, aku tak lepas memandangnya..ececeh...:))

Aku tidaklah dapat bergambar bersama tapi aku dapat capture video beliau dari dekat.
Aku sukalah!

tetamu pertama dari sebelah kiri-nurul syahida.



di sebelah kanan- fatimah dan mariam.


tersepit di khayalak -hazuin akmar ..eh kenapa senget?

tetamu yang ikut serta setelah dipaksa hehehe..-mat due, rashid dan arep.

(sila lihat background sahaja-tiga budak tu masih lagi interprem hehehe)


tu dia! yang aku tunggu2 sejak jam 8.30am..beliaulah yang kumaksudkan..:))


sentiasa tersenyum..

dan tersenyum...

di permulaan pidato beliau..


~cane nak masukkan video dalam blog ??~

legasi abah

Holla!!
Tak yah cakap banyak..
meh scroll down!..:p

yak! gambar ni jadi vertical pulak..husna dengan aksi seksinya..auchaa!! :p

husna menunjukkan keseniorannya kepada hadi..hik hik..memang menurun cik de ni..hahaha

hadi yang sentiasa cool..apa sekalipun..cayalah!! i like...hehehe

di mana persamaan?? pada senyuman..:))

yeosh! husna terus berjalan ya!!...

husna, tunggu laa jap..amek gambar ngan hadi tu..hehehe

husna & cikde

cikde & hadi

cikde & syahmi (eee baby besar nak dukung jugak)!!

Monday, April 19, 2010

kerja setengah dekad yang lalu

2-3 hari sudah.
Aku buat gila (gila kah?)
Aku baca segala emel yang aku pernah sent kat orang.
Terutamanya emel sekitar tahun 2003-2004 (alah time tu pun aku baru kenal dan reti guna emel pun) hehehe...
Kelakar betul!

Zaman tu, orang sibuk2 guna emel..aku masih gak nak tulis surat dan hikayat sebab aku suka menulis.
Aku suka beli setem and tampal kat atas sampul.
Paling aku suka dapat surat. :)

Tapi bila orang lain duk sibuk2 ber-emel aku pun tanak la tertinggal.
So aku emel je kat sape2 yang ada emel.
Dan emel pertamaku itu menimbulkan cerita dan gelaran yang agak kontroversi.
Tapi aku suka!

Dan sekarang emel pun dah jarang digunakan.
Kalau ada pun emel forward jek.
Nak tulis emel tapi pada siapakah?

~sekang FB tapi aku lebih suka blogging~

Wednesday, April 14, 2010

untuk kau yang jahat

Apakah orang itu kurang ajar?
Atau apakah orang itu tak tahu bersikap sopan?
Tak sukalah!

Mula aku biarkan saja.
Lama-lama aku marah juga.
Ya lah takat mana saja kesabaran seorang manusia kan.

Memang dulu aku tak tahu apa-apa.
Aku diamkan saja.
Tapi kali ini sudah lebih.

Maaflah.
Tak ada lain apa yang aku nak terbitkan dari mulut aku ni selain kata-kata tak manis juga.
Kan..aku dah jadi kurang sopan juga.

Tu yang aku malas nak marah.
Nak geram.
Nanti aku jadi macam orang tu juga.

Tapi aku sedih sangat.
Kenapa buat aku macam ni?
Sape nak ganti kerugian aku?

Kalau aku dapat.
Siaplah kau!!!
Penjahat!

~masih diam dan bersabar~

Tuesday, April 13, 2010

dari rak buku

Buku yang Azma belikan telah selamat diterima (thank you Azma :)).
3 buah buku:
1) Damai
2) Versus
3) Pada Angin Aku Berpesan

Aku sengaja memulakan pembacaan dengan buku no 3.
Penulisnya aku tak familiar di JS, jadi aku nak tahu bagaimana penulisannya.
Cover buku memang menarik, cantik. Aku suka dan 8/10 untuk perekanya. :)
3 hari lebih kurang.
Aku tutup buku itu dengan suatu kesimpulan.
Buku itu lain.

Apa yang lain?
Pada mulanya aku merasakan cerita tu sama macam "i'm not Single" (since sekang kan tgh drama AdamaYa kan).
Kahwin paksa2. Tipikal.
Tapi akhirnya..ada kelainan yang memang berbeza.
Bijak betul penulisnya ni.
Endingnya, heroin bercerai dan berjodoh semula dengan kekasih lama yang setia. wah!
Lainkan?
Sebab selalunya pasangan tu happy ending walaupun bukan pilihan hati. huhu.Cliche.
Ini berbeza!

Gaya penulisan seronok dan tak mendatar atau biasa2.
Ada terselit lelucon yang bisa buat aku tersenyum. :)
Mampu buat aku terus mengeja dari satu page ke page lain.
Dan akhirnya menamatkan cerita begitu pula.
Tahniah!
Sebab kelainan anda buat saya akan ingat cerita ini.

(image dari google)

~thumbs up buat Adileah~

Monday, April 12, 2010

pertama kalinya

Aku dah mulai kehilangan banyak kata-kata puitis indah untuk disusun atas kanvas maya ini.
Hanya gambar memakna segala.
Semuanya manis..:))

depan kedai madu di hatyai

dengan duyung di pantai samila, songkhla


di jeti atas tasik songkhla..lepas lunch seafood..


sebelum naik atas tang kuan hill, songkhla..


atas tang kuan hill..dapat tengok seluruh songkhla yg menarik..pantai yg biru dan cantik..


sebelum turun..depan signboard..

bersiar shopping di plaza market..

*banyak lagi gambar tapi lambat betul nak tunggu siap upload..the rest biar dalam ingatan je..indahnya..hehehe

~what next? hmm...:p