Thursday, May 26, 2016

Rezeki Nur Irdina

Nur Irdina dah masuk 1 tahun 9 bulan.
Alhamdulillah, rezeki Nur Irdina nak minum susu badan sampai sekarang.

Aku banyak baca.
Orang kata ibu menyusu anak ni memang penat, apatah lagi ibu yang bekerja dan kena pam susu 3 kali sehari bagi memastikan bekalan susu untuk anaknya mencukupi.
Lagi-lagi anak yang masih bawah 6 bulan, tak makan apa-apa lagi selain susu.

Aku melalui semua tu.
Sampai satu ketika, bila stress memang tak keluar susu banyak pun.
Lagi stress.
Ada suatu ketika siap menangis bagitau kat suami, susu tak banyak.
Bagi jelah Irdina susu tepung.
Suami tak setuju.
Lepas tu puting luka berdarah sebab Irdina kuat sangat menyusu dan bila ada gigi siap menggigit lagi.
Memang meroyan (bukan meroyan dalam erti kata sebenar) sakitnya.
Suami mengalah, belikan susu.
Yelah anak pertama semua nak bagi yang terbaik, so belikan susu Anmum yang mahal tu.
Irdina menolak mentah-mentah, bila dah betul-betul haus baru dia minum itu pun sikit.
Aduhai dah macam mendera pulak.
Paling kesian Irdina muntah-muntah tak leh terima.
Terus tak bagi dah susu tepung.
Biarlah susu badan sikit, puting sakit macam mana pun kasi juga dia minum.
Nasib baik pergi farmasi, ada ubat yang boleh sapu.
Butter cream camtu.
Masa dia tak menyusu, memang kerap sapu.
Lama-lama baik luka tu.
Cakap kat Irdina baik-baik, dengan harapan dia beri kerjasama. Hihi
2 kali percubaan nak bagi Irdina susu lain, tapi dia memang tak mahu.

Tak sangka dah hampir 2 tahun juga menyusukan Irdina.
Cuma bila dia dah setahun lebih ni, aktiviti mengepam susu tu tak adalah sekerap dulu.
1 hari sekali untuk bekal esok, tak adalah sampai nak simpan buat minggu-minggu.
Susu dah tak banyak, tapi masih ada.

Basuh botol dan aksesori pam masih dilakukan sehingga malam tadi.
Tak apalah, bersusah-susah dulu.
Lama-lama dah biasa, siap bertekad ada daya dan rezeki sampai usia Irdina 2 tahun tepat.
Tapi dah bagitahu dia, 2 tahun mesti kena berhenti.
Sekarang ni pun, bila suami yang jaga hari Ahad, memang tak ada bekal susu kat rumah.
Irdina suka pulak minum susu kotak (sebab sejuk kot).
Ok lah tu alihkan dia sikit-sikit.
Bagi dia air lain perlahan-lahan.
Sebabnya Irdina dapat sumber zat dari makanan yang dimakan.
Sekarang ni memang dah tambah rutin baru iaitu masak bekal makanan untuk Irdina pula tiap-tiap pagi.
Kalau tak sempat singgah belikan bungkus.
Sebelum hantar ke rumah pengasuh,rasa bertanggungjawab nak pastikan Irdina mesti sarapan dulu at least air susu or biskut.
Kalau tak sempat masak or bungkus, minta tolong pengasuh dia masakkan.
Alhamdulillah.

Hak anak, rezeki dia.
Tak boleh nak sangkal.
Cuma cara macam mana nak adapt dengan kita punya life routine and pentingnya pasangan kita untuk faham dan support kita.
Support bukan sahaja nasihat, tapi pertolongan dan pengertian.
Tak ada ibu yang tak nak beri yang terbaik untuk anaknya, cuma kadang-kadang dia sudah tak tertahan menanggung penat dan letihnya emosi, mental dan fizikal.
Peranan pasangan sangat diharapkan untuk memberikan kegembiraan buat hati ibu kepada anak mereka sendiri.

And lagi satu, jangan stress.
Kalau memang takdirnya tak ada rezeki susu badan buat anak, boleh cuba cara lain.
Carikan ibu susuan ke or boleh berikan susu tepung.
Jangan biarkan mentaliti kita yang tak boleh bertolak ansur menyusahkan anak kita.
Be wise, be positif.

*Selamat hari guru. Hari ni nak bawa Irdina shopping barang dapur. :)

Tuesday, May 24, 2016

Impian atau Anganan

Dua benda yang aku suka buat masa ini adalah: travel dan deko rumah.
So aku sukalah baca blog atau link website yang ada kaitan dengan benda-benda tu.
Blog travel memang banyak dan seronok untuk dibaca.
Kalau memang penulisnya kaki travel, memang banyak info boleh dapat.
Kalau dia tulis sebab dia nak catat dalam diari blog pun bagus juga untuk tau pengalaman dia.
Hehehe.
Aku suka baca blog bahasa melayu dan tulisannya sempoi-sempoi, mudah faham and seronok nak bersama-sama merasai pengalamannya.


Kalau kat TV aku (dululah masa katanya diberi siaran percuma) suka tengok channel HGTV and FYI
Ada rancangan ubahsuai rumah (flip the house) untuk dijual semula.
Passion aku memang suka tengok rumah dan rekaan dalamannya.
Kalau diberi peluang dan rezeki lagi, aku nak tambah beli hartanah rumah lagi.
Tapi aku nak yang kecik-kecik comel je. Hehehe.
Pastu nak deko kiut-miut.

Minat aku nak pergi melancong ni dah lama cuma semakin menjadi-jadi akibat pengaruh menonton rancangan Law of the Jungle.
Hahaha
Memang cerita tu pasal ikhtiar hidup dalam hutan tapi lately tempat-tempat yang dorang pergi and anggap hutan tu sebenarnya tumpuan pelancong serata dunia.
Tempat yang indah untuk mereka yang sukakan keindahan alam.
Macam episod dekat Semoa (first time aku dengar tu) memang cantik!

Satu lagi pengaruh rancangan tu adalah aku suka pulak makan sayur, buah-buahan and makanan laut macam yang dorang cari untuk hidup tu.
Hahaha.

Lagi satu, pengaruh drama korea Descendant of the Sun yang berlakon kat Greece.
Uish..tu pun tempat menarik untuk dilawati.

Negara Asia yang aku nak lawati antaranya Korea dan Jepun.
Eropah lak teringin nak g Turki.

Berangan dululah nampaknya. Hiiii..

*Nak tunaikan umrah dululah...insyaAllah... :)

Monday, May 23, 2016

Menanti Lambaian Ramadhan

Kali ni ada 2 perkara nak catat.

1. Soalan Clever Girl final episod

Nak highlight soalan pusingan akhir pelbagai kategori.
Soalan fizik dia dua-dua peserta tak leh jawab.
Kalau budak engineering yang tengok tu geram je bila dorang jawab salah.
Kiki.
Mak dan Babah Irdina siap bertanding sekali, tengok clever girl ke clever boy?
Seb baik part soalan sastera Babah tak terer, so clever girl Mak la yang menang.
Hahaha.
Soalan yang buat dorang dapat tentukan pemenang adalah soalan matematik yang dikenakan.
Soalan untuk Kelantan kira luas, dan soalan untuk Selangor pemfaktoran menggunakan asas 2.
Geram je bila tak leh jawab soalan math mudah tu, base 2 tu.
Huhu.
Tapi takpelah, maybe kalau kita tengah gugup kita akan panik and tiba2 blank untuk solve benda yang mudah je pun.
Rezeki dan takdir menentukan pemenang.
Rasanya bagus gak soalan yang ditanya banyaknya bukan 'makanan' dorang as lawyers.
Jadi dorang kena study la kan.
Clever sebab kena study and mengingat.
Kalau dalam Bloom's taxonomi kategori 1 dan 2.
Belum capai kategori 3 ke atas yang lebih kepada deep thinking and manipulate and so on.
Apapun kalau tak study and tak banyak membaca, susah nak jawab soalan-soalan macam tu.


2.  Nak hidup cara yang bagaimana?

Macam serius sangat bunyi isu ni.
Hahaha.
Sebenarnya pagi tadi masa hantar Irdina, tengah drive lalu depan kedai dobi layan diri tu.
Ada sorang pacik tua tengah duk, sebelah dia ada baldi and mop.
Mungkin pakcik tu lepas mop lantai kedai tu.
Lepas tu terfikir, mesti kehidupan dia susah.
Kerja bersihkan kedai.
Macam kerja pagi, dapatlah makan tengah hari.
Makan secukupnya, hidup seadanya.
Rumah dia mesti biasa-biasa je.
Tiba-tiba rasa macam diri ni hidup lebih-lebih sometimes.
Hiduplah seadanya, secukupnya.
Jangan berlebih-lebih sebab nak jadi macam orang lain yang sememangnya lebih dari kita.
Yang penting ibadah sempurna, rukun Islam and Iman dapat dilaksanakan.
Ikhlas.
Rezeki Allah tu luas.
Tapi lately diri ni suka sangat baca tentang travel and deco2 rumah.
Hmmm....
Kena muhasabah balik untuk apa semua tu ye?
Kejar kebahagiaan banyak caranya, asalkan tidak melakukan sesuatu yang berlebih-lebihan.
Mohon diberi petunjuk dan perlindungan Allah.
InsyaAllah.

*Kurang 2 minggu lagi nak puasa...mohon diberi kekuatan untuk membayar hutang lepas dan dapat menjalankan puasa tahun ni lebih baik. aminnn...

Tuesday, May 17, 2016

Orang Kampung Tengok Heli

Tahun ni Kembara Mahkota Johor lalu saja depan KKTM
Tapi semalam hari bertuah juga sebab berpeluang tengok helikopter Sultan landing kat padang KKTM
TTJ turun di padang sementara Sultan naik lori transformer lalu kat jalan depan
Rasa berkobar-kobar dan meriah
Seronok gak dapat tengok live helikopter landing
Jakun sangat
Hahaha

Saja nak share.
Ahad dapat cuti sebab JDT menang bola
Isnin jumpa Sultan

Heeeeeee

Wednesday, May 11, 2016

Alhamdulillah, lulus

Setelah menunggu hampir 2 minggu dalam bulan 5 ni (macam yang Encik Jaga Exam cakap keputusan akan diumumkan early of May), so 2 hari lepas try lagi.
And the result is PASSED!

Alhamdulillah.
Syukur sebab tak perlu nak repeat, sebab kalau repeat nak kena bayar sendiri, nak study lagi.
Nak kena ulang alik, penat lagi.
:)

And nak reward diri sendiri tapi tak tahu pulak nak bagi apa.
Entahlah.

Terasa nak makan kek indulgence dan secawan kopi latte.

Uhuhuk.

Baru start novel RAM Imaginasi padahal novel Sunan Sakti yang dah lama beli pun tak baca-baca lagi.
Hahaha
Banyak gak la buku yang tak habis baca.
Beli sebab suka dengan sinopsis and penulisnya.
Ni ada rasa gatal tangan lak nak beli novel lain.

Rasnya nak belikan hadiah untuk Irdina la.
Dah boring dia main mainan yang sama.
Sampai mangkuk Mak pun dia nak bawak kuar main.
Hahaha

Esoklah!

* Mata bersinar.

Monday, May 9, 2016

Nur Irdina ke MP

Weekend lepas, kami ke Mahkota Parade.
Nak cari barang sikit.
(Mak nak cari beg ganti beg lama yang dah putus tali hehehe)
Lepas tu nak bawak Irdina jalan-jalan.
Boringlah asyik duduk rumah.
Lately hari Jumaat memang malas nak keluar, cuma hidupkan enjin alihkan kereta ke tepi je sebab Babah nak parking kereta kat dalam.

So sempat singgah Kaison.
Nak beli bunga dalam pasu, konon-konon nak deko rumah ala-ala ikea dengan idea minimalis.
Huhu poyo je.
Pergi DIY beli wall sticker.
Chart untuk ketinggian Irdina.
Konon-konon Mak nak lah catatkan tinggi Irdina sebulan-bulan ke setahun-tahun ke.
Hiks.

Cuma sekarang ni belum dapat lagi nak beli rak kat dinding.
Kalau jumpa mesti tak ada stok la.
Nasib baik rak yang bawah tv tu terjumpa satu yang tinggal.
Harap-harap dapatlah 2 -3 unit lagi.
Barulah cun pasu bunga yang dah beli tu nak buh atas tu.
Hihi.

Masa jalan-jalan tu terjumpa sorang budak ni naik basikal yang orang  dewasa boleh tolak dia kat belakang tu.
Ingatkan dia beli kat MP gak.
Siap Babah pergi tanya sebab Irdina asyik tengok je.
Lagipun Babah dah janji nak hadiahkan dia.
Rupanya beli kat Manjaku.
Nantilah ye Irdina, birthday 2 tahun Babah dapatkan.

Irdina asyik berlari, berjalan je kat MP.
Malam penat sampai rumah terus tertidur.
Hai la anak.
Mak urut-urutkan kaki dia bagi lega sikit.
:)

*Next week kita jalan-jalan Muar ye cari beskal. Hihi

Tuesday, May 3, 2016

Kenangan buat Nur Irdina pada Usia 1 tahun 8 bulan

Weekend, 1st May 2016.
Nur Irdina dapat parut kenangan di lutut sebab ghairah sangat berlari kat atas tar.
Orang seronok dapat kaki dapat kasut baru.
Dia ingat Abah kejar dia.
Then, zreeetttttt sagat ko.
Lastly, dia melutut pastu cakap "aduh, kit" tunjuk lutut dah berdarah.
Yang bagusnya tak menangis, menyeringai je.
Hehehe.

Mak memang buat saja je.
Biar dia.
Lesson pertama dia.
Dia tak nangis tu maknanya dia tau dia yang buat.

Kejap je lepas tu main lari-lari balik.
Hehehe

Panasnya opis ni macam x idop aircond nya.
Peluh2.

Hari ni dah dapat buku novel yang order online tu.
Amboi, buku lama-lama beli pun tak habis baca lagi.
Hahaha
Saja sebab terbaca 2 bab ceritanya rasa macam nak sambung habiskan.

Oklah.

See ya.