Monday, September 28, 2009

Nur Aimie Husna

Husna geram tengok kamera, dia ingin mencapainya tapi tak dapat seh..hehehe [pemegang kamera: cikde Husna]

Husna masa bayi, pun dah tau tersenyum manis

Husna dalam walker, tersenyum manis

Husna membesar dalam kereta

Husna dengan baju raya yang Opah dia buatkan [sama ngan baju abang Syahmi]

~Husna dah membesar dan cantik. comel betul. :) ~

suatu hari di bulan september 2009

raya tahun ni saya dapat juga bersama kawan2 sekolah dulu pergi beraya [air tawar 1,2,3 dan bandar penawar].walaupun umur dah hampir suku abad, masih rasa macam budak2 bila dapat buat benda2 macam ni [tambah2 jumpa geng yang memang satu kepala hehehe].apa taknya, lepas saya berpindah sekolah, rasanya tahun itu adalah tahun permulaan hari raya saya seperti orang 'dewasa' yang menginjak ke belia dan berusia.hanya duduk di rumah, menanti dan melihat anak2 kecil dan remaja datang beraya, melayan dan memberikan duit raya.

tapi tahun ni saya agak gembira.saya dapat 'keluar' dari rumah dan berkonvoi bersama rakan sebaya [ada yang bawa suami,isteri,tunang,bakal adik ipar,bf,gf etc].walaupun tahun ni tahun pertama saya kena bagi duit raya, tapi inilah juga tahun pertama saya beraya seperti 10 tahun lepas dan ke belakang.huhu.best rasanya.

yang paling saya terharu, saya baru saja kenal secara dekat kawan2 yang beraya bersama tu pada hari itu juga.saya minta maaf sebab saya memang tak kenal orang, tapi mereka kenal saya [perasan pulak hehe].lepas satu hari beraya sakan [walaupun tak dapat duit raya], saya menerima SMS terima kasih dari mereka.

"kepada ----->[mereka yg join raya], [si pemilik ucapan]<--- ucapkan terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk beraya.harap2 kita dapat beraya lg pada tahun mendatang"-seorang sahabat ex-SMAT, tentera di Sg. Besi

"terharu aku hari ni.tq utk semua yg sudi beraya b'sama.wlpn tak lama tp best gle.aku bangga ngan korang semua,wlpn dh ada komitmen tetapi tetap ingat kawan2. SYG SUME "- seorang sahabat ex-SMAT, yang bekerja di Terengganu.

sungguh terharu.serius, saya baru kenal mereka [walaupun nama selalu je dengar] hari tu juga.hikmahnya.mereka sporting.suka buat lawak.tak rasa pun macam orang asing.

** gmbr akan diupload setelah menerima file dr hp mo'minah :)

~terima kasih kepada semua yang sama2 beraya pada 25 Sept. 09. that moment was meaningful to me and for that, i hope it will happen for the next and next, next Hari Raya..:) ~

Wednesday, September 16, 2009

hampir sampai waktunya...


selamat hari raya!
[rest for a week]

rindukan JLN!

masa untuk ronda kampung ku Air Tawar [1,2,3] & dan seperti yang akan diplan..hehe
[rumah yang teringin sangat dikunjung sejak usiaku 14 tahun ---->my ex]

ofis mula kosong
[ketupat kosong yg dianyam dari reben kaler2 mulai memenuhi langit tingkat 20 --->bermula jam 4.20pm,rabu,16/09/09]

masih kedengaran suara bising2, berkicau2..hehehe...hepi nak balik ni!!

~semoga semuanya baik2 saja~

Tuesday, September 8, 2009

bila waktu bersama [pre part I]

pameran berkaitan biomedical dan kesihatan ini berlangsung di KLCC.kitorang semua kena pergi untuk cari maklumat dan contact.tapi berapa orang je yang bawak name card untuk dijatuhkan ke dalam balang kaca bertulis- "drop your card here" kat setiap booth.hehehe termasuklah penulis.[apadaaa??name card cantek2 letak rumah]

sebenarnya penulis memang tak suka ke KLCC, apatah lagi meninjau pameran.sebab penulis memang tau had keupayaan penulis dan tahap keminatan penulis dengan benda2 sebegini.nak2 kalau PC fair, rasanya awal2 lagi penulis akan surrender.lainlah kalau Book Fair, pagi2 lagi penulis dah tercongok depan pintu masuk.hehehe.

memang tak larat nak jalan.pusing2 tengok2 booth,buat2 tanya,buat2 minat..bosannya..akhirnya penulis dan beberapa member yang sekepala telah mengambil keputusan untuk balik je makan tengahari [pukul 1 laa memang lunch time].

apapun pameran ini berjaya memberikan penulis:
~pengalaman
~ilmu
~pemandangan KLCC [yang dah lama penulis tak datang,yang banyak memori tu huhu]
~kepenatan yang amat ;p

~penulis rasa nak cadangkan ke tempat yang lebih attractive [pada pendapat penulis] seperti time square [main indoor games ke], atau pun penulis lebih suka ke pertandingan wajadiri atau battle of the band! ehehe...:p


sebelum masuk ke pameran tersebut.di bawah banner.

menunggu yang lain.tetapi akhirnya penulis blah dulu dan inilah eskot2nya..hehehe

~mencari dan terus mencari sehingga menemuinya...~

ramadhan yang istimewa

Bertarikh 7 september 2009, bertempat di Hotel Midah KL, batch 04/08 Biomed. Engineering UM, telah re-unite untuk memeriahkan dan mengisi perut pada majlis buka puasa pada tahun ini.alhamdulillah, walaupun tidak semua hadir tetapi dengan beberapa kerat yang berada di sekitar Lembah Klang dan KL, suasana agak hangat dan enjoy dapat diwujudkan. :p

walaupun pada awalnya cadangan dibuat di Mid Valley, tetapi atas alasan yang dikira munasabah, rancangan digubal semula dan inilah hasilnya.

dan tetamu yang lewat dan boleh dikira sebagai VVIP selalunya adalah dari kalangan mereka yang datang di pusat bandaraya dan bekerja pada hari tersebut(termasuk penulis sendiri).oleh kerana cuti Nuzul Quran, maka traffic menjadi bergitu sesak dan lambat gile bergerak.nasib baik puasa itu menahan kesabaran.walaupun penulis dah pening2 dalam kereta dan hampir2 nak muntah hijau sebab duk dalam kereta agak lama(walaupun jarak tempat keje dengan lokasi majlis dekat je)dengan perut yang kosong,berkat sokongan kawan2 alhamdulillah,puasa hari itu dpt diselamatkan.hehehe...

pelbagai hidangan disediakan,dan biasalah kalau ada rasa tak puas hati dengan perbandingan harga dan makanan yang disediakan.standard hotel kalau buat buffet,memang macam tu.kerana kekangan perut yang bersaiz kecil dan sesuai dengan standard manusia normal maka tak semua makanan dapat dinikmati sepenuhnya.dan dilaporkan juga ada yang siap rasa tak boleh nak gerak sebab terlebih kapasiti.hahaha.ingat2lah beb, buka puasa bukan masa untuk balun apa jek.ruang di perut itu harus ada untuk udara.hehehe.

anyway,buka puasa ni memang meriah walaupun tak semua dapat hadir.mari kita tambahkan memori abadi untuk batch kita! yeay!!!

antara foto yang diambil...

lobi hotel #1

lobi hotel #2

restoran tingkat 6

dalam lif #1


restoran tingkat 6


restoran tingkat 6 [2nd round lepas maghrib]


dalam lif #2


jejaka terhangat [kawaiiii] :p


restoran tingkat 6

penutup majlis dengan acara bergambar ;p
jejaka yang mengalami transformasi positif [hehehe]

lobi hotel #3

di meja makan

di meja makan [pertengahan majlis]

al kisah diberitakan.semoga Ramadhan ini memberikan kita semua keberkatan dan rahmat dari NYA insyaAllah..ameenn...

Monday, September 7, 2009

bila waktu bersama [part I]

what the date of the previous entry that i've written?dah lama rasanya.bukan tak singgah, bukan tak jenguk.cuma masa selalu tak membenar sang idea menyerbu rasa.mungkin juga idea datang tak kena masa.akibatnya halaman ini sepi tanpa sebaris dua kata mahupun seperenggan bahasa.maaf kerana sibuk atau mungkin tiada teruja untuk menyelami diri dan peristiwa hari2.

[kelakar je.intro berbunga2,huhu...:p]

ok nak mula dari mana ye?? emmm...

last month, habiskan 2 minggu kat Jawi, Penang.sempat berpuasa selama seminggu dan merasa jadi orang utara.sempat merasa char kue teow [Black kata paling sedap] dan maggi ketam kat Juru.sempat order jeruk salak dengan Tauke Jeruk inche Salleh "Ya Ya Ya" untuk abah and emak.sempat turun pasar malam Parit Buntar.duk dalam sejuk hingga kulit pipi mengelupas kering.huhu.tapi best.lagi best bila selesai exam! yeay!!!

JLN dah sampai ke utara.jauh kilometer yang dia dah pergi.terima kasih.:)



dewan diamond 2nd batch


belaja2!! dalam kelas [mengantuk jangan cakap]

"life is so short.i try to live with the fullest and hope always that it's going to be great.insyaAllah.where ever,whenever i pray so that God Bless us always.ameenn"