Thursday, December 31, 2015

Irdina Suka Ikan

Hari ni birthday Hafiy Poyo. Hihi.

Esok adalah tahun baru 2016.

Semoga tahun depan lebih baik, bahagia dan berjaya. InsyaAllah.

Oh, Irdina pun tunggu tahun baru juga dia nak lancar berjalan.
Melangkah dah boleh, berani -berani jugalah.
Tapi kalau nak cepat, dia turun je merangkak laju terus.
Hihi.

Tapi Mak dah janji, kalau Irdina dapat berjalan Mak nak belikan ikan dalam akuarium untuk dia.
Irdina kalau tengok ikan sangaaaaaaaatttt suka!
Menjerit kuat.
Haha.

Tengok dalam gambar, pamplet dah koyak pun dia teruja.
Apa lagi kalau betul-betul.

Kelmarin,
Kemaskan halaman.
Babah mesin rumput, kemaskan semua.
Kasi clear itu laman.
Baru nampak pokok-pokok yang bermanfaat.
Suka pula tengok pokok lengkuas, kunyit, serai, pandan, limau sambal, daun kesum dan cili tumbuh dengan baik.
Nak g beli pagar comel la buat border.
Pastu nak beli batu sungai buat jalan kecil.
Wah!
Kategori projek exterior design ni!

Ok,
Selamat tahun baru.
Adios amigos 2015.
Barakahlah umur ini dengan amal dan kebaikan untuk bekalan akhirat nanti, aminnn.

*Azam tahun depan - biarlah Allah sahaja yang tahu. :)

Wednesday, December 23, 2015

Adil Saksama Sama Rata

Baru lepas FBing (tengok-tengok post orang share).
Terjumpa satu post pasal Perfectionist.
Ada 16 gambar yang tak perfect, dan kalau kita melihatnya dengan rasa sangat menjengkelkan, kita adalah seorang Perfectionist kot.
LOL

I admit, ada side perfiectionist dalam diri ni.
Tak banyak, tak semua.
Tapi certain thing memang ada rasa nak ia perfect.
Bukan semberono sangat, dan bukan perfect sangat sampai tak boleh bertolak ansur.
Tengoklah keadaan.
Apapun, kita deep think and muhasabah, berbaik sangka.

Satu lagi topik, tiba-tiba nak simpan kat sini.
"Sama rata- adakah adil?"

Adil itu maksudnya meletakkan sesuatu betul pada tempatnya.
Memberi mengikut keperluan, bukan memberi sama rata dengan harapan hasilnya sama.
Sama rata hanya kuantiti, tapi qualiti dan hakikatnya belum tentu adil.

Kena deep think Adil tidak sama langsung dengan Sama rata.
Totally different dari segi bahasa dan maksudnya.

Bila tidak sama rata selalunya rasa tak adil, tapi sebenarnya tak faham adil tu bagaimana.
Banyak contoh tentang dua perkara ini kalau nak dirujuk.

Sebab tu susahnya nak jadi orang yang adil berbanding jadi orang yang membahagi sama rata, kan?


*Hari ni rasa diri tak diadili dengan betul. Huhu.

Tuesday, December 22, 2015

Jangan Tidur Asar

Last weekend, bawa Irdina pergi mandi-manda pula kat Gunung Ledang.
Kemain seronok anak Mak tu berenang.
Berkayuh, pusing-pusing, main air.
Sampai letih.
Malam ngigau, lenguh kaki.
Aduhai. Hihi.

Then, ada appointment kat hospital petang Ahad.
Mak dah macam tak larat sebab rasa nak demam.
Sampai-sampai hospital rupanya tak jadi sebab Doktor tu tak check betul-betul boleh ke tidak pada masa tu appointment nya.
Hari dah betul, masa tak betul.

Habis tu macam mana hari ni datang sini saja-saja ke?
Emmm..
Dah cuti bagai.
Suh atur next time which means next year saja sebab this year dah habis Ahad pun yang available.
Geram ke tak.
Sabarkan saja hati.
Ada hikmahnya agaknya.

Balik-balik rumah terus collapse, Mak dan Irdina dalam bilik.
Babah (kononnya nak tolong sidai kain dulu) pun sama tidur kat ruang tamu.
Bangun-bangun, dah petang kul 6.
Rasa sayu je hati bila tengok warna langit menguning, suasana sepi.
Tu agaknya sebab kenapa tak digalakkan tidur lepas asar, mengundang penyakit gila.
Terus basuh muka, solat asar.
Ada rasa pening-pening lagi.
Sebab selsema tak hilang lagi.
Lepas tu sidai kain, buat kerja sikit-sikit untuk bagi hilang bengang kepala.
Irdina bangun je ajak dia mandi.
And after maghrib dah rasa ok.
Alhamdulillah.

So this week kerja 3 hari, Khamis sampai Ahad cuti.

See ya!

Wednesday, December 16, 2015

Weekend Getway Lalala

Alhamdulillah.
1. Selesai Audit ISO.
2. Selesai marking & key-in marks. Semua Lulus!

Alhamdulillah.

Last weekend, bawa Irdina pergi jalan-jalan kat KL.
Duk hotel BW dekat PJ.
Dekat sangat dengan UM.
Ambil peluang bawa Irdina dan Babah Irdina masuk pusing UM, ambil gambar kat tempat wajib bergambar iaitu depan DTC yang ada update tahun tu.

 We ;)



Seperti dalam plan, bawa Irdina pergi tengok ikan (30% of real scale) dalam akuarium besar kat KLCC tu.
Oklah.
Irdina happy tengok ikan-ikan tu, terjerit dan asyik "Hi" je kat ikan tu. Hahaha.
Cuma tak belilah foto dia sebab mahal tak logik sangat.








 Beratur beli tiket. Pic dalam akuarium ada kat kamera Babah.














Then bersesat barat, guna Waze cari IKEA kat Damansara pulak.
Nasib baik sampai.
Tak beli apa-apa sebab ramainya orang (walaupun IKEA Cheras dah buka) dan harga pun tak murah sangat.
Penat jalan kat pameran tu jadi malas nak beli barang dah.

Dah lama sangat tak pergi KL, especially area Bangsar Kg Kerinchi tu.
Makan malam kat situ je mak aiiii, mahal kemain!

Esoknya, lepas mengimbau memori di UM, pergi ke Stesen Universiti.
Ni pun memori gak ni!
Nak bawa Irdina merasa naik LRT pulak.
Very excited Irdina. Hahaha.
Babah siap nak tengok signboard bagai.
Ni tempat jatuh-lagi-dikenang Mak lah.
Dah hafal dah kat mana nak naik, kat mana nak tunggu train, arah mana train tu datang etc.
Kihkih.

 Irdina nak pergi mana tu sayang?


Lunch kat Pasar Seni.
Sebab dah ada air-cond so selesa sikitlah nak tunjuk-tunjuk kat Irdina pasal kesenian kononnya.
Hahaha.
Yelah ,CM mana boleh dipisahkan dengan hidup KL.
Pastu Babah terperasankan iklan 3D Art Museum kat area sebelah CM tu.
Pergilah try.
Tak plan ni!
But it worth.
Penatlah juga. Hahaha


 Irdina at Pasar Seni :)







 Babah bawak Irdina meluncur! 














 Mak bawak Irdina naik keretapi :)


 Babah nak betulkan kasut jap.


Then terus balik Serom.
Oklah tu cuti 2 hari.
Nak pergi banyak tempat lagi tapi tak cukup masa.
Dengan letihnya berjalan.
Nak dukung Irdina lagi- tak bawak dia punya Pognae. Aduhai.
Hahaha.

Lepas ni nak try tempat lain lak.
Ada rezeki InsyaAllah. :)


*Seronoknya :)

Wednesday, December 2, 2015

Break

December takes turn now!

Penghujung tahun yang agak tense and busy.
Saja nak kecoh-kecoh.
First time diberi tugas macam-macam.
Adui.
Rasa challenging kot.

Harap-harap dapat selesaikan dengan baik.

Bilalah dapat pergi holiday jalan-jalan, escapism and release.
Hmmm...

Makan pagi pun dah dekat tengah hari.
Makan tengah hari dah anjak jauh selepas matahari gelincir
Malam kadang tak makan sebab kenyang lagi.
Lari betul jadual meals ni.

Semoga mendapat jalan dan ketenangan.
Amin.

Tuesday, November 24, 2015

Sengih Nampak Gigi



Selamat ulangtahun kepada suami a.k.a Babah Irdina yang ke 30 on 22 November.
Yeay kita dah sebaya!

Nasib baik sama tarikh ngan birthday Sultan Johor, dapatlah cuti tanpa mohon.
And kita pun balik kampung Kota Tinggi.

Celebrate di Projek Maging Steakhub (nama nak dekat Radiology & Imaging kot) dekat- dekat Angsana, JB.
Wow!
Tersengih Babah ye :)

And suprisingly Babah dah kena suprise!
Sukalah tu.
Sengih lagi satu hari.
Hahaha.

Next year belanja  I naik kapal terbang ye. Hope. Hahaha

My Soul, My Heart, My Loves :) till jannah...

*sedikit info tentang "maging". bersumberkan encik wiki, ia adalah gabungan ma-kan da-ging atau lebih tepat haiwan yang makan pemangsa yang makan daging haiwan lain utk hidup. oh.ingatkan comes from "imaging" hahahaha. memang suka makan daging pun kite ni.. ;p

Sunday, November 15, 2015

Semai-semai Sayang

Yesterday.
Kitorang pergi Econsave.
Beli barang-barang dapur.
And polybag serta benih lada.

Kenapa tiba-tiba?
Sebab semalam Babah dah tebas semak (read: mesin rumput) samun kat laman tu.
Jadi ada semangat nak bercucuk tanam.
Gardening.
Woha!

Petang ni nak balik awal sikit.
Nak turun padang menjayakan aktiviti semaian kasih (read: semai benih).
Haha.

Sebabnya semalam balik Econsave singgah makan malam, jadi tak sempat nak berkebun.
Langit dah gelap bawa awan hitam sarat dengan wap air.
Tapi malam tadi tak pula turun hujan lebat.
Mungkin sebab angin dah tolak awan tu pergi jauh dari bumi Serom.
Ada rasa panas, dan badan berpeluh-peluh.
Kepala Irdina basah lencun masa tidur.
Huhu.

Alhamdulillah.
Duk Malaysia ni, bumi yang indah.
Cuaca tak ekstrim mana-mana side pun.
Tropika kan.
Panas dan lembap sepanjang tahun.
Bukan sejuk dan dried.

Ada beberapa rencana nak dibuat dalam minggu ni.
Ok, jumpa lagi next entri.

Salam.

Sunday, November 8, 2015

Update sikit je lagi

Up-date saja.

1. Drama Korea terkini yang tengah follow adalah Six Flying Dragons and The Village.
Satu kisah pahlawan zaman dinasti dulu-dulu and satu kisah unsolved misteri tapi bukan kisah berhantu. Satu 50 episod (lama nak tunggu tiap-tiap minggu 2 kali je. nak bagi cadangan supaya buh kat slot yang tiap-tiap malam kul 9-11 tu boleh jalan back to back, cepat sikit habis. ni tahun depan belum setel lagi) and satu lagi 16 episod je (so lagi 6 episod, 3 minggu lagi. tak sempatlah tahun depan.kihkih).

2. Ok. Baru sekejap ada orang tunjukkan web untuk tengok online. Oh yeah!
----Dah check cerita di atas belum full uploaded. Maknanya they are new series. Huhuhu. Kenalah tunggu week by week.

3. Tak berjaya menahan diri untuk tidak shopping online lagi untuk bulan ni sebab ia sudah melebihi limit. (Itulah masalahnya kalau limit set by myself) . Tangan gatal gosok2 atas screen hp, aduh sudahnya terjumpa pula benda yang boleh dibeli. Again I had bought another novel but I do not know when I can finish them all. Satu-satu dah dibelek tapi masih belum khatam2 walau satu bahagian. Ni tengah usaha nak baca Gedebe. Nak baca novel kot kenalah ada feeling. Kihkih. Bukanlah novel romantik or tipikal novel macam yang selalu jadi drama tu (kalau set macam tu baik tengok sinopsis je), tapi ni novel yang ada ilmiah dan realiti tanpa sedar tau. Tak faham, tak rasalah deep (tersindir, tersentap) hahaha.. Apapun tak tahulah memang suka mengumpul buku kot. Oh satu lagi Item adalah tudung cantik2. Wat. Motip! Entah.. haha

4. Itu saja. Till next entry. See Ya.

Wednesday, November 4, 2015

Kisah di Bulan November ini

Ada tak tajuk lagu November Rain?
(Google 3 saat- yes ada!)
Gun N Roses.

Tak ada apa.
Saja tiba-tiba terlintas perkataan tu.
Nak mukadimah bulan November ni la. Hiks.

Belum sampai hujung tahun (bulan Disember), cuti tahunan dah baki 2 kerat je. Huhu.
Bulan ni cadangnya nak ambil cuti sebab nak holiday kununnya dengan Babah and Irdina manja.
InsyaAllah kalau ada rezeki nak bawak Irdina jalan-jalan sempena dia dah setahun ni.
Dia tak pernah lagi jalan jauh selepas Bangi (tempat Babah dia).

And yang penting nak celebrate birthday Babah yang dah masuk 30 sen jugak tu. Hihi
Ada suprise nak bagi kat beliau tau (secret kat Babah selagi dia tak baca blog ni la) ;p

Last weekend (end of October) ada family day kat kolej.
Like past previous years (every year kot), I never get lucky draw prize!
Harapkan hadiah bertuan je la tu pun tak berapa nak bertuah sebab selalu draw hadiah yang tak gempak! kihkih
Tapi tu la rezeki namanya kan.
So this year tak pergi yang trip outdoor tu.
Malas sikit, rasa nak rehat je.
And tau dah tak bertuah hahahaha.

Ok enough said.

Semoga November in tidaklah 'raining' and sentiasa ada 'mentari pagi' yang cantik dan menyegar.
Kalau hujan tak apa, itu rezeki.
Matahari bersinar pun rezeki.
(Tak faham kan)
:)

Ok see ya..

Monday, October 19, 2015

Mortar dan Jubah

Masa konvo degree kat UM dulu kita single.
Abah Mak and Kak Cik je yang datang, dapat VIP parking kat tepi Dewan Tunku Canselor pakai pas Abang Usop. Hihi.
Then ambik gambar sendiri-sendiri and tak ada masa nak ambil gambar sakan pose sana sini kat depan tugu UM ikut tahun tu.
Sebab pergi KL malam tu esok konvo (kirim Fazah ambilkan jubah) and petang tu juga Kitorang terus balik Manjung.
Tapi sempatlah bergambar kenangan bersama seorang dua termasuklah si dia. Kihkih.
Cerita lama ni. Usah dikenang. Hahaha

La ni, moment terhebat ni dikongsi bersama orang tersayang seperti dalam angan-anganku selama ni.
Bersama Suami (Abah Irdina) dan Anakku Manja (Irdina) serta Umai, K.Kiah, Kak Cik dan Adib (sepupu Irdina).
And disebabkan Mak Usu Umai ada handphone canggih berkaki mono, maka sakan jugalah ambil gambar.
Dan di atas desakan Kak Kiah dan sebagai menghargai jasa dan susah payah depa menjaga Irdina sepenjang sesi konvo, maka belanjalah gambar studio sekali.
Wah, best juga.
Walau jerebu, walau terkejar-kejar (sesi petang cepat sangat masa and kejap je dah maghrib kot), sesi pose sana sini sempat aje. Hahaha.

Sweet memories bring us together happily. :)
Loves....

 Alhamdulillah. Syukur.


 Thank you my dearests. Love you all so much! <3


Dah maghrib! Subhanallah...



*Tahniah, semoga menjadi orang yang lebih berguna untuk anak bangsa. Akhirnya, berhasil. Alhamdulillah...

Lega Dah

Alhamdulillah..rasa lega..
Semalam terus selesaikan.
Walaupun x lah perfect 100% but at least dapatlah kurangkan kegusaran.
Actually nampak futuristik and nice.
Babah Irdina pun kata ok, nasib baik dia mahu tolong.
Next nak upgrade lighting pulak.


~ Lega ~

Sunday, October 18, 2015

Ada lagi yang tak kena ni

Ada sesuatu yang macam tak selesai lagi walaupun zahirnya dah selesai, cuma tak puas hati lagilah kot.
Kena ubahsuai sikit kot sebab macam tak berapa menjadi je.
Common, first trial is not usually perfect!
Huhu
Edit sikitlah, adjust mana yang boleh.
Nak menyesal (ada sikitlah) pun tak berbaloi sebab tak jadi apa.
Jangan give up!

Allah tunjukkan jalan. Amin

Tuesday, October 13, 2015

3D2N at W17

Last week adalah pengalaman pertama Nur Irdina kena warded for 2 days.
Actually 4 hari sebelum tu Irdina memang start nak demam and muntah.
But then 2 hari dia ok and aktif je, maybe sebab nak hantar Mak konvo.
Lagi pun jerebu teruk, mungkin itu satu sebab Irdina tak berapa nak sihat.
Masa konvo tu Irdina dijaga oleh Cik Yah and Mak Usu dia.
So apa yang dorang makan, dorang akan suapkan Irdina juga.
Mula-mula ok je, tapi esoknya masa jemput Irdina dari rumah Mak Rai, dia terus muntah-muntah semula.
Petang tu terus bawak pergi klinik.
Lepas tengok dia tak juga ok sebab minum susu muntah, minum air garam muntah, makan muntah and jadi lembik je, terus decided nak bawak pergi hospital pula.
Tiba-tiba juga Abah pun kena sama sakit perut and muntah-muntah terus demam teruk.
Tanya makcik-makcik dia semua pun kena food poisoning, sama gak si Adib sepupu dia.

Malam tu Mak dah nangis-nangis tak tahu nak buat macam mana.
Luluh hati tengok anak tak bermaya and suami dah melepek je.
Macam mana nak pergi hospital ni?
Lastly, called MIL minta bawakkan pergi hospital.
Doktor checked Irdina then masukkan wad.
Memang dah standby barang-barang dia sebab kalau boleh biarlah dia under observation dulu baru balik.

Tulah malam pertama tidur wad dengan Irdina.
Nasib baik dapat katil dewasa, leh tumpang baring sekali.
Tak dan nak fikirkan pasal Abah dia sebab risaukan dia lebih lagi sebab Abah dia dah dewasa leh jaga diri and tahan sakit, tapi dia kan baby lagi mana tahan semua tu.
Esoknya lepas Abah dia dah sembuh, barulah Abah dia datang melawat.
Irdina dapat pengalaman jumpa ramai orang, and environment baru.
Nurse pelatih suka melayan dia.
Tapi yang sedih bila dia kena cucuk ambil darah meraung-raung, sakit hati juga kita ni.
Apapun Alhamdulillah, Irdina dah sihat and aktif semula.

Semoga Nur Irdina anak Mak membersar dengan sihat dan bijak ye.
Love u so much, dear :)

Monday, September 21, 2015

Alhamdulillah. Senyum.

It is September.
Almost come to the end.

Updates:
1.   
Dua minggu lepas berkursus selama 1 minggu di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, P.Pinang. Ambik! Nak sangat pergi kursus, sekali dapat jauh nun di utara. However, setiap sesuatu itu ada sebabnya and ada hikmah. Kursus tu best. Tak rugi pergi. That time adalah masa "me time". The hehehehe. And that was the first time for Irdina to stay without her mommy and daddy for the whole week. Allahuakbar! Memang rindu. Tengok gambar and video dia, sebak je. Duk terfikir camne dia, dah tidur ke? Tengah malam bangun ke? Hari-hari, setiap half day, mesti call tanya. Dua hari pertama tak nak minum susu, nangis tidak. Macam pendam rasa, happy buat-buat gitu. Kat sana juga dapat juga berjumpa dengan roomate masa kat UM dulu- Wafiyyah dengan 3 orang anaknya. Imagine dah dekat 7 tahun tak jumpa. Huhu. Lepas tu perjalanan pergi, over than 8 hours. Balik pulak, muntah sepanjang jalan. Adoiii.. Pengalaman sangat. Sampai-sampai rumah, nampak Irdina kat pintu. Mula tu dia tak nangis, bila masuk je and panggil nama dia terus dia melalak sebak memendam rasa. Dekat seminggu juga nak pujuk dia balik, sebab dia memang tak nak berenggang. Takut kena tinggal lagi.Babah siap belikan itik ada lagu, kesian kat dia. Hihi. Apepun cukup dah kursus tahun ni. Alhamdulillah Allah mudahkan.

2. 
Projek Home-Sweet-Home dah capai about 60%. Lega sedikit. Banyak yang sudah disisihkan. Disusun semula. Diubah suai. And projek masih diteruskan. Hwaiting!!!

3.
Dua minggu lagi insyaAllah bakal naik pentas konvo. Alhamdulillah, akhirnya penat lelah, perit getir menghabiskan Master berbaloi jua. Dah prepare sikit-sikit. Cuma kali ni mak and abah tak dapat nak hadir, sebab tak larat. Mak kata cukuplah masa Degree dulu mak dah pergi tengok kat KL tu, kasilah Taufiq pula masuk dewan. Tapi macam mana kalau tak ada orang nak jaga Irdina, Taufiq tak leh nak masuk juga. Tak apalah, tengok nanti macam mana. Apapun, lega. :)

4.
Salam aidiladha.

I love you. Big hug!! :)

*Irdina setahun 21 hari. Membesar dengan bijak and sihat ye nak. :)

Tuesday, August 25, 2015

Our Little Precious Will Turn to 1

Nur Irdina will turn to 1 year old, in few days.
31st
Anak merdeka!

Kelmarin pergi klinik kesihatan sebab tiba-tiba kaki Nur Irdina naik merah-merah.
Dia tak adalah pulak nak garu sebab gatal.
Aktif macam biasa.
Macam selalu, senyum gelak, main, panjat sana-sini.
Cuma kadang-kadang dia merengek tak selesa, makan pun tak banyak and berat nak nganga luas-luas mulut masa nak suap makan.
And air liur dia kerap menitis.
Asyik jolok mulut dengan jari.

Ok itu simptom yang perlu diberi perhatian!

Mother's instinct!

Then, Doktor kat klinik pun check.
Beliau bagitahu tonsil Irdina dah merah and bengkak.
Beliau explain she's is fighting with the bakteria jahat.
And kalau pertahanan tak kuat, dia boleh demam.
So Doktor minta observe suhu badan.
Merah yang naik tu macam ruam, itu adalah simptom.
Jangan sapu apa-apa ubat sebab baby suka masukkan tangan or kaki dalam mulut which is dangerous to them!
And selagi bintik tu tak ada gelembung air, and vaksin follow as scheduled, not to worry.

Nur Irdina sedang bina imunisasi and antibodi badan.
And Doktor bagi antibiotik.
Doktor tu siap explain pasal antibiotik, lukis graf lagi.
Amoxylin namanya (boleh google nak info lanjut)
So kitorang pun fahamlah.

Alhamdulillah.

Irdina like other baby, memang susah nak makan ubat.
Dia nampak picagari je, dah tahu dah.
Mak dia kalau sorang-sorang terpaksalah guna kaki dan tangan untuk make her stay still.

She's getting wiser.
Copy je apa orang buat.
Paling suka tengok Babah buat apa.
Hahaha

 Usia 4 hari

 Usia 9 bulan

Mak sayang Irdina, Babah pun. Muahhhh

*Mak belum fikir nak hadiahkan Irdina apa. Irdina adalah hadiah dari Allah untuk kami. Alhamdulillah :)

Thursday, August 13, 2015

Mengemas Rumah Menjadi Rumah Idaman

Antara yang mesti-tak-boleh-tidak nak google almost every day or at least once in a week recently adalah:

1. Tips mengemas rumah (especially for career women)
2. Atur hias rumah
3. Home organizing
4. Padanan warna langsir dengan dinding dan perabot
....
....
.... and not least...
10. Shopping handbag online (yang ni paling tak tahan.sebab tak pernah.sekali try best pulak!aduh)

Dalam hati ni macam-macam plan nak buat ke atas rumah tu.
Tapi tak larat pula bila dah balik kerja tu selalu nak lepak-lepak je layan Irdina main dan borak-borak layan keriuhan mulut comel tu bila bersuara (bahasa dia lah).
Apapun sikit-sikit, ada jugalah waktu lunch tu balik kejap kemas-kemas rumah.
Seminggu sekali mesti pastikan karpet divakum dan habuk-habuk dibersihkan.
Sebab Irdina alergi habuk, kalau dia bersin banyak kali tu tandanya rumah dah tak bersihlah tu.
Mop lantai pulak terutamanya dapur sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Tips yang sangat berguna dan mesti dibuat kalau nak rumah kemas dan bersih ~home sweet home ~ adalah (setelah review banyak blog berkaitan, summary dibuat):

1. Amalkan 5S!

Yang mula-mula sekali kena buat adalah SISIH!
Ni betul-betul benar.
Barang-barang yang tak perlu jangan simpan lagi, buat semak je.
Boleh buang!
Tempat yang ditinggalkan nanti boleh susun dengan barang lain yang lebih perlu dan digunakan.
Buatlah fasa ni dalam beberapa minggu (kalau banyak masa sehari dua je).
Buang berperingkat.
Filter by filter.
Lama-lama kita akan rasa banyaknya barang yang menyemakkan rumah sebab apa yang kita lihat tertinggal adalah ruang kosong yang sangat menenangkan pandangan. :)
Last time, we did house cleaning kat bilik tengah.
Bilik yang asalnya (dalam plan awal dulu) nak buat bilik baju dan solat, akhirnya terkorban jadi bilik macam bilik simpan pelbagai barang sampaikan nak masuk cari baju pun susah nak jalan sebab laluan terhalang dek barang-barang.
Bawak semua barang keluar dekat pintu belakang, mana yang tak nak pakai dan rosak terus campak keluar.
Ada dekat 3-4 longgok jugalah.
Selesai lenyapkan!
Yang pasti hasilnya, bilik tu jadi luas pulak! hehehe
Susun balik barang-barang yang tinggal.
Itu pun akan melalui lagi proses saringan second time untuk disisihkan.
Definitely!
Sampai betul-betul puas hati.

Lepas tu baru move on ke step seterusnya iaitu SUSUN!
Bila dah ada ruang barulah boleh nak susun ikut kepentingan.
Susun ikut kumpulan dan fungsi.
Susun supaya mudah dicari.
Selain daripada tu, boleh tambah dengan penggunaan warna-warna yang bersesuaian.
Rumah kami tu in progress kerja-kerja mengecat.
Idea nak kaler itu ini, corak itu ini.
Tak siap-siap dari sebelum puasa lagi, ni dah habis raya pun. Hahaha
Then, masa nak susun tu bolehlah label-labelkan.
Tapi jangan sampai jadi macam sekolah tadika pula.
Boleh wujudkan ruang penyimpanan yang efisien.
Kalau kreatif, hasilkan partition, kotak atau bekas untuk asing-asingkan barang berbeza.
Kalau ada duit lebih boleh beli rak (yang ni tak jumpa-jumpa kat mana kedai nak beli)
Banyaklah idea untuk organize stuff di semua ruang di rumah, google je.

SAPU pula apabila dah siap cantik-cantik susun kenalah sentiasa nak bersih dan kemasikan.
Barulah nampak menarik.
Rajin membersihkan habuk, sampah dan benda-benda yang tak patut hadir di ruang tu.
Boleh buat hari-hari atau seminggu sekali, ikut jadual kita.

Next SERAGAM.
Yang ni sebenarnya boleh combine dengan SUSUN.
Sebab nampak lebih teratur dan kemas.
Baju dengan baju, seluar dengan seluar, kasut dengan kasut.
Besar dengan besar.
Macam tulah lebih kurang.

Lastly, SENTIASA AMALKAN!

Moto orang Jepun ni memang baguskan.
Sekarang dah 7-8S pun.
Tapi kita masih terkial-kial dengan 5.
Mentang-mentanglah AJK Audit 5S, promote lah ni. Hehehe
Amalan 5S ni memang sesuai untuk semua tempat, termasuklah rumah dan diri kita.
Rumah yang bersih tu mendatangkan ketenangan, seronok nak tinggal dan syok beribadah.

List-to-do banyak lagi tak siap.
Sikit tapi ada buat, ok lah tu hihi.

*All the best to 5S your home! :)


Tuesday, July 28, 2015

Tak boleh tidur memikirkannya...

Ramadhan sudah berlalu.
Syawal sudah masuk pertengahan bulan.
Projek sebelum Ramadhan masih tak beres lagi.
Semua kerja separuh jalan je. Aduhai.
Masa tak sempat,dengan penat dan ada hal lain yang lebih prior.
Tapi nak kena push gak!
Rasa stress!!!



*gigih nak cari masa kemas rumah.pening!tapi takde orang nak tengok2kan Irdina kalau kita sibuk nak buar kerja..huhu..

Monday, July 13, 2015

Mak Sayang Irdina

Irdina kena selsema dan batuk berkahak.
Kadang-kadang dia macam nak termuntah, maybe sebab nak clearkan tekak dia.
Selalu merengek, meragam.
Tak sedap badanlah tu.
Malam hari tu kena macam gegata.
Duk nangis-nangis sambil guling-guling tak boleh tidur.
Check kat doktor, cakap mungkin alahan.
Allah, susah hati mak ni.
Tiap-tiap minggu pergi klinik.
Hujung minggu ada je demam, suhu naik. Pastu turun. Then arised balik.
Alhamdulillah hari kerja ok.
Risau gak.
Tadi check up rutin untuk 10 bulan, ok cuma dia selsema and batuk tak stop lagi.
Malam tadi pukul 1 pagi merengek, suhu naik.
Tengok macam mana, lusa nak bawak dia check kat klinik kerajaan, jumpa doktor.

Mencabar sungguh jadi seorang emak ni.
Selalu terfikirkan emak -macam mana emak besarkan kami 9 beradik ni?
Emak kata tidur pun duduk, sebab nak menyusukan kitorang.
Sian emak...

Teringat Kak Cilin cakap - jangan stress jadi mak, enjoy!
Cubalah ni walaupun kadang-kadang stress.
Apa taknya, bila jadi emak sorang-sorang ni, banyak cabaran!
Anak tak nak berenggang.
Selalu say sorry kat Irdina bila dia dah tidur, bisik kat telinga dia kata - mak minta maaf ye. mak sayang Irdina - then cium dia.
Sebab ada termarah (bukan marah sebenarnya, ternaik suara sebab gerammm).

Masa Irdina tak lahir dulu, dah plan dah nak didik anak lembut-lembut.
Aduhai, cikgu bersuara oktaf ni memag susah nak lower kan voice.
Sorry sangat-sangat.
Tak marah, macam marah pulak.

Tapi selalu pesan dan peringatkan diri yang anak tu kecil lagi, tak faham apa.
Kalau kita sakit ke, geram ke, dia sengih saja.
Buat gak lagu tu.
Kita kenalah sabar banyak-banyak.
Nanti kalau dia dah besar, barulah cakap perlahan-lahan bagi dia faham.
Kalau kita naikkan suara, nanti dia dah biasa, tak reti nak lembut-lembut pula nanti.

Irdina aktif.
Mulut suka bebel walaupun kuat menangis (manja je tu).
Bila dia diam dan tak bagi respon, kita jadi bimbang.
Tak suka sign macam tu kat Irdina.

Bila dia ralat main, alhamdulillah.
She is learning.
Sebab tu kalau dia nak explore rumah, biarkan tapi tengok-tengok agar tak ada bahaya yang dekat.
Jarang nak dukung dia, satu sebab tak larat dan satu sebab nak ajar dia berdikari.
Nanti kalau dah boleh jalan biar dia ikut kita ke mana.
Masa merangkak ni, saja je bangun tinggalkan dia.
Then tunggu dia datang, sambil mulut dia riuh panggil kita.
Detect kat mana kita bila kita sahut panggilan dia.

Adalah perkataan Irdina yang mungkinlah dia maksudkan sama macam yang mak dia fikir.
 1) Aaaahhhh - mak
 2) Abbbbaaaa - abah kot
 3) Egegegegegehh- baca buku, cakap macam-macam
 4) Eeeeeiiii - bahasa dia
 5) Eh - tegur orang
 6) Mammmammmammma - makan kot
 7) Jelir lidah kiutkiut -ralit main tu..hihi

Semoga Irdina membesar dengan sihat, dan ceria :)

Thursday, July 9, 2015

Maka berakhirlah...

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Finally, thesis sudah siap dicetak dan dijilid dengan kulit keras.
Tinggal nak hantar dan dapatkan pengesahan penyelia sahaja.

Lega.
Berakhir juga perjuangan selama 3 tahun.
Berhempas pulas belajar benda yang tak pernah diminati.
Cara belajar lebih tekun dan gigih berbanding masa zaman degree, matrik and sekolah.
Akhirnya berbaloi juga.
Alhamdulillah.
Berjalan dengan baik dengan izin Allah.

Tak sabar nak ukur baju konvo, nak bawak mak abah, suami dan Irdina ke UTHM.
Dijangka Oktober nanti.

Lagi 7 hari Lebaran akan menjelma.
Baju untuk suami, anak dan diri sendiri sudah siapkan awal-awal.
Kuih raya saja tak beli, buat apatah lagi.
Tahun ni tak rasa nak beli kuih raya pun, atau mungkin lupa sebab sibuk.
Tempahan dibuka pun tak besar-besaran, jadi tak ingatlah nak tempah.
Mak kirim belikan dodol kampung je, nanti pergi carilah.
Ada rezeki insya-Allah, dapatlah beli.

Ok, salam ramadan dan salam lebaran.
Irdina gigih memapah dan dah boleh duduk sendiri.
Tetap suka main air :)
Love so much!!!

*misi lepas raya------

Wednesday, July 1, 2015

Ramadhan dan Kami

New academic session begins.
Yesterday was first class.
It has been a while.
I need to revise the topics.
However, I am quite excited to teach the subject.
This time, 2 subjects that I have to teach alone (no team member).
Feel like being left behind, but it's okay.
I can do whatever I wish to do, as long as the outcomes are achieved.
Haha (ketawa jahat) !

Percubaan menulis dalam English.
Kihkih.

Ok.
This month Nur Irdina my dear daughter turns to 10 month.
Dia semakin rajin memapah dan cuba meringankan badan untuk step.
Merangkak tu dah expert, siap boleh hand stand kot. Kihkih.

Dia baru baik demam.
Kata mak demam nak alih bulan.
Whatever, tapi perasaan masa dia tak sihat tu sangat-sangatlah cemas dan risau.
Tak panik sangat sebab ni dah kali ke 3 dia demam, so dah tau camne nak handle.
Tapi bila dia tiba-tiba tak bermaya and muntah dengan banyak tengah malam tu, terus cuak.
EL satu hari nak pantau dia.
Lepas bawa g klinik kesihatan, dia semakin baik.

Tiap-tiap minggu hari first kat rumah pengasuh, dia mesti ada time to adapt.
Nangis, tak boleh kena tinggal.
Kesian pengasuh dia.
Apa tak nya weekend dia manja dengan Babah.
Then hari kedua, ok pulak.
Semalam jemput dia, pengasuh kata very good.
Boleh main sendiri, main ngan Kak Mia and Abang Aiman.
Boleh tinggal kejap.
Alhamdulillah.

Bulan puasa ni hari kerja memang tak masaklah untuk buka.
Beli siap-siap kat bazar sebelum jemput Irdina.
Balik rumah dah nak layankan dia main, nak mandikan dia.
Memang saja pesan kat pengasuh tak payah mandikan dulu.
Musim panas ni mandi awal-awal kesian pulak dia.
Nanti berpeluh, rimas nak nak tidur malam.
Kadang nak makan untuk buka pun tak dapat on time, minum dulu then malam sikit baru makan.
Kalau dia bagi kerjasama, alhamdulillah.
Sahur pulak, tak jangka, selalunya dia pun nak bangun teman kita makan.
Hai laaa anak...

Masak pun cuma bubur Irdina untuk bekal dia.
Lepas dia setahun nanti ingat nak bekalkan dia nasi and lauk.
Kalau tak sempat, tumpang je makan dengan pengasuh.
Tengoklah macam mana ye nak. Hihi.

Tak sabar pulak nak tunggu dia pandai bercakap.
Layan borak-borak ngan dia.
Kepoh ke macam popcorn.
Mesti seronok.
Ajar dia mengaji alip ba ta.
Baca A B C, 1 2 3.
Hihi.

Irdina tu sabar nak main kat luar rumah.
Kalau kita keluar sekejap kat beranda nak sidai baju, dia merangkak dah sampai dah pintu.
Tangan dia kadang-kadang try nak turunkan kat lantai beranda tu.
Amboi.
Kalau dah dapat kaki nanti nanti, Mak kasilah Adik main kat luar ye.
Kena beli kasut baru dulu.
Hadiah masa dah boleh jalan nanti.

Alhamdulillah bulan puasa ni, Irdina still can have full BF.
First sampai third day puasa kan cuti, masa tu memang flat.
Lepas zohor je rasa sangat-sangat tak bermaya, pening and loya-loya.
Ingatkan kenapa, lepas baca sikit baru tau.
BF anak masa puasa memang penat.
Ye lah, kita puasa, tapi kena feed baby juga.
Tu sebab ada kelonggaran untuk ibu menyusu.
Lepas dah 2 minggu ni dah biasa, alhamdulillah.
Cuma time kerja kita pump sekali je.
Penat sebab tak cukup tidur and kerja banyak je la.
Semoga bulan puasa ni, dapat dilalui dengan bersemangat dan baik-baik saja.
InsyaAllah.

Lagi 2 minggu nak raya.
Baju dah siap.
Projek in da house je tak setel lagi ni. Huhu.
Harap-harap semua akan selesai dengan baik.
Aminnnn....

*Menantikan reply YES, YOU MAY PROCEED from SV Dr...Sabar jelah...

Monday, June 1, 2015

Masih Sempat

Update.

1. Tinggal 13 hari sebelum final presentation Projek Sarjana 2. Masih sempat nak menulis update. Sangat!

2. Ditambah pula sibuknya menanda paper exam students dan lepas tu nak key-in untuk menghadap senat. Masih sempat nak mengintai laman sosial.

3. Training yang dirancang juga perlu dihadiri. Pun sooner. Masih sempat nak menyembang-nyembang.

4. Dengan penatnya kerja hakiki dan tuntutan tanggungjawab terhadap keluarga. Masih sempat balik tengah hari mengemas rumah. Supaya anak sentiasa dalam keadaan yang bersih dan selesa. Kesian budak kecik Nur Irdina tu selsema. Sama macam Babah dia.

5. Gigihnya, hujung minggu tak berehat sebab nak siapkan home project. Chaiyo Babah!

*Semoga ada kelapangan untuk vacation bersama family. Insya Allah lepas 15hb nanti nak release..escapism! :)

Wednesday, May 27, 2015

Project yang WoW

Projek terkini (in progress):
1) Master project (wajib siapkan.by hook or by crook!) Tengah pening kot.
2) Interior design in the house! Berkobar-kobar Babah Irdina nak buat. Buat sikit-sikit lama-lama siaplah tu. Mak Irdina nak cat balik perabot kaler putih nampak cantik. Hihi
3) Kembali ke oven pembakar. 1st come back bila tiba-tiba rajin buat homemade biscuit for Irdina. Letak budak kecik tu kat depan mata, duk dalam seat and bagi dia periuk buat ketuk2. Sambil tu tangan gagah menguli tepung. Siap, terus bakar. Hasilnya wow! Irdina suka makan. Boleh buat bekal kalau berjalan, campur air jadi nestum. Perasa kurma. Next time nak buat biskut coklat untuk makan sendiri lak (dah cari resepi ni). Sekejap kang tetiba buat roti bun manis. Syahdu betul. Hihi
4) Nak tanam pokok macam-macam kat luar rumah tu. Harap pokok rambutan yang Babah Irdina tanam akan membesar dengan gagah. Pokok limau yang Mak Irdina tanam dah berkali-kali berbuah. Pandan and serai pun dah berkembang biak. Pokok ubi tiba-tiba jadi giant dan bercabang-cabang! Haha. Pokok kelapa pun dah pecah-pecah jadi bilah daun berlidi. Alhamdulillah. Lama-lama dah sebati tanah tu dengan kesuburan. Tapi rumput tetap bermastautin, kerja Babah Irdinalah nak menyebatnya tiap 3 minggu tu. Hahaha.

Sekian untuk update.
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.


Thursday, May 21, 2015

Masa

Mei semakin menghampiri penghujung.
Syaaban sudah menjengah.
Ramadhan al mubarak akan menjelma.
Subhanallah.
Tahun 2015 sudah hampir ke pertengahan usia.

Tak sedar.
Tak perasan.
Atau buat-buat tak tahu.
Yang masa bergerak seakan pantas dan boleh jadi membuatkan kita terbelakang darinya.
Kita di mana saat ini?
Apa yang sudah kita sediakan untuk menjadi yang lebih baik untuk hari-hari esok?

Tuesday, May 19, 2015

Up Side Down

Dah lama rasanya tak melarikan (or menari?) jemari atas keyboard laptop ini semata-mata untuk menulis sebuah entri dalam blog ni.
Oh.
Sepanjang ketiadaan ku secara virtual ni, aku baru teringat yang aku sememangnya sedang sibuk.
Sibuk untuk banyak perkara.
Tambahan pula idea dan soul tidak selalu datang bersama.

Sibuk.
Kerja hakiki.
Kerja tambahan.
Cari kerja untuk lebih sibuk.
Saja-saja rajin untuk tambah sibuk.

Aku kadang-kadang berazam (berniat dalam hati) untuk tidak terlalu over-busy (plus busy body hahaha) dan duduk diam-diam je.
Bak kata orang tadah je.
Tapi aku bukan orang begitu.
Aku lebih senang berterus terang.
Entahlah.
Nak kata aku ni jahat atau apa terpulang.

Banyak hal yang buat aku rasa stress dan down.
Ada juga perkara yang buat aku tersenyum (My Baby Bambam- Irdina) dan tersengih sometimes ketawa terbahak-bahak (bila aku ketawa, demi Allah aku tak buat-buat sebab aku tak pandai berlakon bahagia ok).

Melihat anakku mula menyorotkan badan ke depan (orang tua cakap menyelor) sapu lantai dan mengangkat badan nak mula merangkak, alangkah bahagianya.
Comel tatkala mulut kecil itu riuh berceloteh dalam bahasa bayi yang aku tafsirkan sendiri.
Disebutnya "apapapa..abbbbaaaaaaa...mamaaa abaaaa" hihihi...
Tapi bila dia demam (orang tua kata nak upah beralih bulan or nak ringankan badan), sedih sayu hati ni. Susah hati. Babah pun nangis tengok Irdina tak bermaya.
Aktifnya dia bila bermain.
Nak makan apa yang kita makan, tapi tak bolehlah sebab kecil lagi.
Semoga Irdina membesar dengan baik.
Alhamdulillah, Allah peliharakanlah anakku Irdina. Amin.
Azam (dalam hati lagi) nak beri susu badan sampai umur 2 tahun.
Semangat2!!!

 Nur Irdina suka main steering kereta dengan Babah :)


Tarikh untuk final presentation master project semakin hampir.
Sepatutnya waktu-waktu ini sedang sibuk menulis report tesis dan membuat analisa.
Mood selalu tak mau datang.
Kalau kes macam ni tak leh tunggu mood, kena paksa!
Nak konvo gak tahun ni.
Chaiyo!

Kerja semakin banyak pulak!
Please be nice...



Wednesday, April 15, 2015

I love organizing home

Sekarang ni ada obses baru.
Lepas sedikit ralat dengan pembikinan KC.
Plus dinding makin tak cantik dimamah usia,cuaca panas dan hujan.
Pujuk hati dan pujuk suami untuk new painting.
Hari-hari study blog deko rumah and organize home.
Siap sketch plan susunatur bilik lagi.
Buatnya taktahu la bila tapi niat dan semangat tu dah membakar.

Last weekend, pergi Daiso kat Jusco beli partitioner dalam drawer tu.
Nak simpan sudu garfu secara sistematik katanya.
Labelling bekas dah buat dah,senang nak guna.
Nampak kemas.

Bahagian laman serah kat suami.
Cakap kat dia " Abang handle tanah ni. Sayang amanahkan kat abang. Buatlah apa pun,janji cantik dan bersih "
Tu dia!
Dalam rumah,start dari dapur dulu,nak kemas and 5s kan.
Sikit-sikit buat,insyaallah.
Nak wujudkan rasa Home Sweet Home,Baiti Jannati.. hehe.

Irdina sweet sangat pakai tudung.
*pic dalam Tab pulok...

Wednesday, March 25, 2015

Semua Tak Kena

Alhamdulillah.
Semalam harinya.
Berkongsi tarikh lahir dengan anak saudara yang baru. :)
Welcome baby boy and girl (masih belum bernama) to our family!
Irdina bukan yang bongsu lagi. Hiks

Semalam, kerja seperti biasa.
Hari berlalu seperti minggu-minggu sudah.
Tapi entahlah, semalam a bit tense!
Serba tak kena.
Terutamanya sebelah petang.
Students suka-suka datang lambat. Or tak nak datang langsung.
 Alasan:
"Saya ada viva dengan subjek xx"
"Saya ada lab dengan subjek xx"
"Saya ada test repeat dengan subjek xx"

What.
Kenapa nak buat semua tu time ada kelas formal dengan subjek lain?
Well.
Pilihlah time lain,maybe PIC subjek tu tak tahu dengan schedule students but students boleh bagitahu dan tahu mana yang priority masa tu.
Tak lehlah sebab benda-benda macam ni sambil lewa je nak masuk kelas.
Spoil mood tau!
Hish.

Sepanjang dalam bidang ni, macam-macam alasan pernah jumpa.
Ada sekali tu, tak nak ambil test sebab nak balik kampung kakak tunang.
Nak balik petang ni, akak tunang esok. Test petang ni gak.
What.
Motip!
Pernah je tak balik masa Kak Cilin kahwin dulu sebab final and nak siapkan FYP.
Kak Cilin cakap "kau ada ke tak ada ke, aku kahwin gak"
Huhu.
Well, bukan kita syarat wajib sah pertunangan or perkahwinan orang.
Cut!

Lagi best, teringat kisah seorang rakan kerja yang bila dia lambat 5 minit masuk kelas, student dia miskol sampai 41 kali.
Then, time student tu lambat dekat 30 minit, student tu leh lak sengih-sengih say " sorry encik, lambat sikit".
What.
Student yang sama dengan rakan yang lain lambat masuk kelas malam say "sorry madam, saya lambat,ada kat luar, nak makan dulu"
What.
Dah time kelas kot!

Muak la.
Dah siap pesan kat students, kalau lambat ke tak datang ke bagitahu sendiri.
Tak ada istilah nak sampai-sampaikan pesanan thru kawan, kau ingat ni stesen radio segmen sampaikan senandung rindu?
Kira ponteng!
Then bagi surat tak relevant.

Entahlah.
Bagi muka.
Lemak!
Bagi peha.
Lagi lemak!
Bagi apa lagi?
Semua lemak!

Nasib baik balik ada Irdina yang comel.
Sejuk hati.
:)

Hari ni.
Geram.
Ni pun suka-suka by default key in data.
Tak check by individual.
Kan dah susah.
Buat orang sakit hati je.
Tak pasal-pasal jadi mangsa.
Cesss.

Nasib baik esok dah nak balik Kota.
Bertenang dan bersenanglah melihat wajah kesayangan hamba (Mak and Abah)
Miss them so much!

*Bertabahlah hati.

Thursday, March 19, 2015

Makan Time

Sejak Irdina dah boleh makan ni, lepas subuh je terus ke dapur.
Masakkan bubur untuk dia.
Mula-mula nak bagi makan Irdina, bagilah dia buah.
Seminggu awal tu bagi buah pisang and kurma.
Irdina memang makan sebab rasanya dia suka yang manis-manis.
Bila bagi dia lobak merah and brokoli dia tak berapa nak makan.
Siap ngaruk tak nak buka mulut.
Buh kan pisang, baru nak makan.

Mak cakap baby kalau dia minum susu badan, dia tak makan sangat pun takpe.
Susu badan tu pun dah cukup.
Makanan tu kan penambah or pelengkap je.
Ada masa memang dia tak mau makan.
Jangan paksa.
Pemakanan Mak Irdina, menurun gak kat Irdina bambam tu. Heh.
Nanti kalau Irdina dah boleh makan sendiri, tau makan sendiri boleh kasi buah-buahan, pegang sendiri and makan.

Doktor cakap kalau dah bagi baby makan, kena bagi banyak air.
Takut sembelit.
Alhamdulillah, Irdina buang air macam biasa.
Dia banyak minum.

Sekarang ni hari-hari tukarkan lauknya.
Protein dan sayur letak dalam bubur, masak sekali.
Ayam+brokoli
Ayam+lobak merah
Ayam+kentang
Daging+brokoli
Ikan+brokoli
Ikan bilis+lobak
Apa lagi ye nak bubuh?
(Mak Irdina kena kreatif lagi untuk cipta resepi kot. Huhu)

Kadang masa kita makan, dia tengok kita dengan mulut dia pun macam nak makan.
Kasi rasakan sikit, jamah orang kata.
Amboi dik... hihi
Dia sukalah, siap jilat bibir dia nak rasa apa yang kita makan tu.
Kalau roti tu, kasi dia mamah.
Bila dah lembik ngan air liur dia, dapatlah dia rasa roti tu.
Mak Irdina tak adalah skema sangat.
Mak kita dulu-dulu pun masa besarkan kita tak ada skema, apa rasa boleh kita makan, mak bagi.
Janji kita ok and sihat, insyaAllah.

Mula-mula dulu memang la nak ikut skema, tapi macam leceh pulak.
Banyak sangat bekas nak simpan.
Last-last, jadi macam mak dulu-dulu lagi senang.
Masak hari-hari.
Dah biasa, bolehlah manage masa.
Tu yang lauk bubur Irdina tu 2 jenis je. Hihi.

Walau bagaimanapun, Mak Irdina berazam nak mencuba pelbagai resepi untuk Irdina.
InsyaAllah ye nak.
Abah Irdina dah siap bekalkan bahan setiap minggu, kalau Mak Irdina tak masak, siaplah.Hehehe.
Tapi ada masa, 'M' dalam Mak Irdina pun ada datang juga. Aduhai kesian Irdina...

 *Mak Irdina ada banyak azam dan hasrat nak laksanakan. Harap-harap boleh selesaikan. Amin.

Banyaknya



Mac 19.
Semalam ulangtahun kelahiran Abah, berkongsi dengan anak buah pertamaku Aliff Mirza.
Ucapan dan doa tak terzahir lisan dari ku, hanya berkumandang dalam entri ni – “Selamat Hari Lahir. Semoga Allah selamatkan dan rahmati kamu berdua. Panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin

Bulan Mac.
Seperti tahun-tahun sudah tercatat banyak tarikh penting, paling penting ulangtahun kelahiranku juga.
Selamat Ulangtahun Kelahiranku…” Doa panjang-panjang dalam hati. Amin.
(Berdendang Selamat Ulangtahun Sayang-lagu Imran Ajmain dalam hati gak. Ngeh)

Tahun ni, bulan Mac juga.
Buah hati pengarang jatungku, Nur Irdina akan menginjak ke 7 bulan usianya.
Semakin keletah, rajin mengankat badan tak sabar nak merangkak dan maju ke depan.
Buat aku tersenyum dan tergelak dengan kecomelan dan kebijakannya.
Alhamdulillah.

Bulan Mac juga, bulan mencabar.
Mencabar sebab masih berada dalam tempoh semester pengajian masterku.
Harap-harap ini semester penyudah dan boleh hadiri konvokesyen tahun ini juga.
Menerima emel dari SV Dr. membuatkan aku cuak.
Katanya mahu melawat ke sini dan melihat perkembangan projek.
Meminta agar menyertai presentation paper.
Oh tidak.
Satu apa pun aku belum buat, hanya try sikit-sikit software baru.
Buntu, aku berhenti kejap.
Buat kerja lain.
Aku ni manusia yang paling tak suka pening-pening kena tahu pasal software.
Belajar bila betul-betul perlu (sebenarnya terdesak!).
Contohnya MATLAB.
Hampeh masa degree dulu, aku langsung tak berminat nak tahu sebab aku paling tak suka coding-coding bagai ni.
La ni, masa kena buat master ni, dah tu semua projek kena buat guna software tu, Alhamdulillah, jadi reti pula.
Force! Memang kena ada paksaan kalau nak berjaya. Heh.
Tapi MATLAB ni sangatlah banyak function dan application, bagus kalau boleh explore lagi dalam.
Kekangan masa dan nak cepat, tak banyak yang aku rajin explore.
Guna mana yang nak guna je, janji result ada.
Lepas cuti satu sem, semuanya gone with the time. Hukhuk.
Kena belajar semula, kalau ingat lagi Alhamdulillah.
Software yang baru ni, kalau dapat buat (kena duk bercinta depan computer lamalah nampaknya), Alhamdulillah juga.
Ada gak benda boleh tunjuk kat SV Dr. nanti.
Harap-harap semangat tak padam. InsyaAllah.
Peringatan SV Dr. di akhir emelnya “ by hook or by crook, the project must be completed”.
Cuak!!!

Bulan Mac juga banyak kerja yang terpikul di bahu.
Dah terasa sibuk.
Itulah kerja, kena buat juga.
Kata penceramah sempena Hari Mara hari tu, “setiap saat kita dibayar, termasuk hari cuti…” Betullah tu kan. Menusuk juga ceramah beliau.
Bercerita tentang penceramah tersebut buat aku terkenang Kak Awin.
Ada gaya yang sama tentang mereka.
Kaya dengan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Bermadah bersahaja tetapi tetap kena dan menarik.

Mac juga ada perkara sedih yang meruntun hati.
Bila kena membayang sesuatu yang tidak seperti biasa, menggugat emosi.
Padahal kalau diuruskan dengan rilek, tak menggelabah okay je. Aduhai.
Apapun banyakkan berdoa dan berserah pada Allah, mohon pertolongan dan jalan dari Nya.
InsyaAllah.

Mac juga ada perkara yang gembira membahagiakan jiwa.
Bakal menyambut kedatangan ahli baru, selepas Irdina.
InsyaAllah, sedang menghitung hari.
Semoga selamat melahirkan ye.


*Teringin nak shopping la..Hiks…


Tuesday, March 17, 2015

Punch

Irdina dah tidur kat sebelah di kala entri ini ditulis.
Sungguh nyenyak buah hati pengarang jantung mak ni tidur ye.
Cuma kadang-kadang dia seperti mengigau,merengek.
Lepas tu tidur semula.
Lena ye nak.

Tadi aku menonton episod akhir (tak sangka dah final episod, tapi bagus gak tak adalah nak sakit hati lagi) drama bersiri korea - Punch!
Tajuk je dah rasa macam sesak dada kena tumbuk. Aduh!
Kenapa ye drama korea ni begitu menarik?
Lately,aku kembali menonton SBS setelah sekian lama aku tak ikut drama korea bersiri macam ni.
SBS tu hanyalah untuk Runningman,itupun aku dah siap rakam je,tengok lain kali. Hihi.

Start Pinocchio,tertengok iklan Punch.
Lepas tu meleret ke Hyde Jackell Me (HJM).
Mana taknya,drama korea ni once tertengok 1 episod awal,terasa nak habiskan walaupun drama tu kalau ikut benchmark or taste aku,tak capai langsung.
Biasanya nak kena tengok hero dulu,then heroin.
Jalan cerita nombor dua. Hehe.
Macam Pinocchio,sebab hero tu kiut and pernah datang Runningman.
Kalau HJM tu pulak sebab Hyun Bin,dah lama tak tengok dia lepas Secret Garden. Hukhuk.
Tapi Punch, sangat menarik.
Cerita pasal lawyer kan aku memang suka.
Tulah dia.
Penantian setiap malam isnin dan selasa aku dah selesai.
Tak tahulah pulak kalau lepas ni terfollow lagi siri baru. Hihu.
At least, ada benda best nak tonton.

*tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan emel Dr. Razali yang bertanya progress projek. Nak datang melawat sini,and peringatan terakhir by hook or by crook mesti finish this sem gak gak !!! Huaaaaaaa....terasa kena punch sebijik! Aduhhhhh....




Monday, March 16, 2015

Looking for difference

This week kelas dah mula semula.
Dah 2 pagi parking dekat library.
Then terus sarap kat kafe pusat pelajar.
Saja try.

Ok,not bad!
Minuman not so sweet,just nice.
Makanan ada variety gak.
Telur goreng goyang kay. Terbaik!
Kuih muih pun ada.
Semalam ada laksa.
Tapi belum try nasi lemak lagi. Esok kot.
Harga berpatutan.
Suasana calm and tak ramai orang,student pagi-pagi mana nak celik mata lagi.
Leh terus breakfast kat situlah.
;)


*mencari kelainan untuk lainkan corak hari-hari ku.huhu

Tuesday, March 10, 2015

Weekend Getaway Irdina

Abah Irdina ajak Irdina dan Mak Irdina pergi Terengganu.
Abah ada kerja nak buat tapi alang-alang kena pergi hujung minggu, so Abah ajak kami berdua.
At least Irdina dapat jalan-jalan.
Memang niat nak bawak Irdina bercuti tapi belum sempat.
So peluang ni dah ada, lagipun nak kasi Irdina duk hotel.
Dia cukup suka terbaring atas katil dalam bilik hotel.
Dia akan tersengih happy :)
Hihi.

Cari hotel yang ada swimming pool sebab nak ajar Irdina swimming.
Dah siap-siap belikan dia pelampung baby tu.
Irdina memang suka kemain main air, tapi masa mula-mula masukkan dalam air tu dia macam tak biasa dan merengek sikit.
Lama-lama lepas Mak Irdina ni pujuk dan buat dia rasa selesa dia terus suka nak main air.
Hai laa Irdina sayang.
Selalunya kalau mandi dalam besen mandi dia, berani betul nak tenggelam-tenggelam ala-ala buat spa. Huhu.

Kami stay kat Kuantan hari pertama, dan kedua kat Terengganu.
Hotel kat Kuantan tu terbaiklah!
Abah Irdina selalu duk situ kalau turun laut.
Katanya bajet tapi service hotel berbintang kot.
Yang hotel satu lagi tu kat Terengganu, maaflah.
Mahal sangat tapi tak kena dengan service.
Tak ada pilihan, bolehlah dia demand.
Ok, yang tu kami dah black list.
(Blacklist means lepas ni takde laa nak duk situ lagi)
Setakat ni ada 2 hotel dah tersenarai.
Konon ada bintang tapi, unsatisfied!

Balik semula sini, Abah Irdina tak sihat.
Terpaksa ambil MC.
Sian Abah.
Semoga Abah sihat dan boleh main dengan Irdina.
Next time kita bawak Irdina jalan-jalan lagi ye.

I LOVE YOU, ABAH and IRDINA.
My soul.
Here and afterhere.

Hari ni pula Irdina kena injek 6 bulan sebab minggu lepas Irdina demam.
Alhamdulillah.
Irdina dah mula makan dan suka makan.
:)
Membesar dengan sihat ye nak.

*Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Amin....


Friday, February 27, 2015

Time to Eat

Salam Jumaat.

Next week Irdina start makan.
Nak kena prepare ni.
Semoga dimudahkan.

Membesar dengan sihat dan baik ye nak :)
Love you! ♡♡♡

Saya nak beso! ;)

Monday, February 16, 2015

Entri Tergendala

Salam Jumaat.

(Sedang menunggu baju Irdina selesai cuci,pastu nak jemur.)

Irdina macam biasa akan bangun awal (tiap-tiap hari pun mcm tu) dan riuh mulutnya mengejut mak dia ni.
Nak tak nak kenalah bangun,layan and temankan dia yang tak nak tidur lagi.

(Tergendala menulis sebab Irdina nak minum.)

Lupa lak kisah Jumaat lalu.
Hari ni berkesempatan menyambung.
Tapi cerita lainlah.

(Tiba-tiba bau tanah kena simbah air...oh hujan rupanya seleoas sekian lama panas kering dan berangin )

Alhamdulillah.
Dan hujan pun turun.
Walaupun sekejap dan segan nak lebat,rindu terubat.

Sejak-sejak ni obses dengan rancangan deco,interior design or home make over.
Sakit hati dengan diri yang tak reti and tak kreatif menghias rumah.
Tambah-tambah keadaan rumah yang agak mendukacitakan tapi malas nak layankan.
Bila dah tengok cerita macam tu,timbul keinginan nak ubah and deco rumah.
Nak naikkan nilai rumah ni.
Huhu.

Tengah tengok bajet.
Tak nak rumah yang tipikal.
Nak yang ala-ala Korea sikit..hihi..
Pastu nak sediakan bilik untuk Irdina dan adik-adiknya kelak.

Banyak nak fikir and plan untuk tahun ni.
Harap-harap at least 80% tu tercapailah kot.
Huhu.

Irdina dah pandai meniarap and suka lompat-lompat masa orang pegang dia.
Comel :)

*Sedang belajar dan berusaha untuk banyak perkara. Paling penting ketamaan kepada kesayangan kami Irdina. Love xoxo.



Monday, February 9, 2015

2nd Anniversary

Introduction nak indah-indah.
2 tahun lepas, 12.30pm, kami selamat diijabkabulkan oleh Imam yang mewakil-walikan Abah.
Sekali lafaz.
Alhamdulillah.
Hari tu jadual dianjakkan sebab clash dengan Majlis Maulidurrasul di masjid.
So Imam lambat, tapi telah dimaklumkan awal.
Apapun majlis walimah kami berjalan dengan baik dan meriah.
Terima kasih pada semua yang terlibat.
Barakallah.
:)

1st anniversary, 9-2-2014, kami tak celebrate sebab tak larat masa mengandungkan Irdina.
1 tahun cuti daripada sebarang aktiviti.
Huhu.

Tahun ni, ada sedikit makan-makan (walaupun dinner biasa) yang tak dirancang.
Semalam suami masak ayam panggang ala-ala kenny rogers.
Sedap! 5* kihkih.
Hari ini Isnin, kerja dan tak minta cuti.
Mungkin akan ada late celebration kot. Hope sangat! ;p

Apapun, doa untuk kami agar rumahtangga dan keluarga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.
Kehadiran Irdina yang genap 5 bulan usianya, adalah hadiah paling bermakna dan seri yang sentiasa berpanjangan.
Hadiah dari Nya untuk kami setelah lebih kurang 8 bulan menanti.
Alhamdulillah.


*Happy anniversary 2nd year to us! #3kami with love XOXO


Monday, February 2, 2015

The time is coming

Februari sudah tiba.
Registration week pun dah berlalu seminggu,tinggal 1 minggu lebih lagi.
Projek tak jengah-jengah,tak sempat-sempat.
Mana taknya,kerja untuk semester baru and tahun baru pun banyak juga.
Aduhai...
Semoga Allah berikan petunjuk dan pertolongan,memang mahu habiskan semester ni juga,walaupun sendirian.
Memang sejak starting point lagi,merangkak sorang2.
Nasib baik ada yang sudi membantu.
La ni nak je berlari,tapi step nak berjalan pun masih tak pass lagi. Huhuh.
Nak tak nak minggu depan kena juga-juga selongkar fail projek tu.
Buatlah macam mana cara pun supaya akhirnya nanti boleh tengok buku keras bertulisan emas tu,sah untuk submit dan boleh sarung jubah labuh tu buat kali kedua untuk naik pentas,tahun ni juga!!!
Allahuakbar,semoga Allah mudahkanlah,jangan stress sangat and boleh happy-happy je ngan anak,baby Irdina.. love...

Macam mana nak tolong Mak ni? ;p

*InsyaAllah...ada jalannya...

Monday, January 12, 2015

Merangkak semula atau sudah boleh bertatih dan berlari

Setiap hari dupdap dupdap.
Ada rasa gusar di situ.
Tak tahu nak register sem baru ke tak.
Betullah orang kata kalau tinggal projek je janganlah tangguh,nanti lost.
Rasa malas nak buka semula file segala bagai.
Macam kena start from zero.
Ni yang hilang mood dan semangat.
Rasa lemah je,tambah pulak kalau projek tu tak lancar and tak beri result,atau worst tak faham sangat.
Adui la haiiii....

Astaghfirullah.
Mengharapkan ada sisa kekuatan dan mohon diberi cahaya petunjuk.
InsyaAllah.

*tolonglah beri jwpn yg positif,wahai hati...