Wednesday, December 23, 2009

sengal

Tik tok..jeng-jeng...

Aku menunggu hari khamis yang mulia.
Esok!
......

Hari ni aku seorang diri.
Menjalankan rutinku.
Di manakah partner dan team-mates ku yang lain?


Ila-->kursus lukis melukis
Rashid-->still searching..escapism...

Din-->..not found..but the signal is detected..hehehe..kantoi!

Aku sangat mengantuk..
Tapi aku tabahkan aje diri.
Memang bulan ni bulan yang sangat menduga (sebenarnya dari bulan lepas lagi)
Masalah yang melibatkan jatuh naik motivasi diri.
Bukan aku saja, team aku juga.

Aku tengah keliru.
Aku tengah bengang.
Aku tengah homesick.
Aku tengah tak de spirit.
Aku tengah serabut.
.....
Argghhhh!!!
TIDAK!!!

Let me out from this...

Tuesday, December 22, 2009

bengang seh

Aku..
Tiba-tiba rasa bengang
Semalam pintu rumah kami diketuk sang petualang. (jeng jeng..soundtrack cam horror muvie zaman komunis jek)
Tak beri salam.
Ejan tak nak buka pintu.
Aku lagi laaa...(tengah layan Boys Over Flower beb harapan je laa nak angkat punggung hehehe)

Berkali-kali ketukan kedengaran.
(ah persetankan!)

Sedang kami duk mengintai2 dari lubang kecik kat pintu tu,
tiba-tiba sekeping (beberapa helai ekceli) disorotkan lalu bawah pintu.
Ejan amek.

Peh tiba-tiba hati aku panas je dengan statement macam haram kat kertas tu (maaf aku beremosi dengan tanah..hahaha)
Patutkah??
Harga sewa umah kami di up tahun depan.
Ceh..memo apakah itu?
Aku tatau nak meluahkan rasa tak puas hati ini pada siapa.
Aku bukan orang lama di rumah itu.
Tapi aku merasakan sesak di dada bertambah.

Aku nak gak komen.
Harga dinaikkan tapi kemudahan dan kebajikan penyewa tidaklah di upgrade selaras dengan harga yang ditawarkan.
Apakah?
Kalau ikutkan memang tak sekufu (sesuai ke guna perkataan ni?) langsung bayaran dengan kemudahan.
You pay but you don't get enough.
(berkobar-kobar..bole ke nak mengamuk??)

Aku tiba-tiba jadi down.
Semalam aku tidur tapi dalam tidurku aku siap berfikir sehingga aku bermimpikan hal yang merungsingkan.
Aku dah laa tatau apa status attachment aku dan kawan2.
Kalau nak pindah pun kenalah ada black n white dulu baru la yakin nak bertindak kan.
Sekang ni aku tengah fikirkan jalan terbaik.
Aku memang down saat macam ni.

Aku tak nak biarkan benda2 macam ni rosakkan prestasi.
Aku nak hidup aku bermakna.
(cewah harapan tahun baru katakan..hehehe)

Aku hanya mampu baring, pejamkan mata.
Sambil kepala otakku generate idea paling tidak pun boleh laa solve kan hal itu.
Aku katakan pada Ejan if kami boleh amek lagi sorang housemate boleh jimatkan sewa.
Tapi aku tatau laa.
Kalau housemate lain tak setuju aku terpaksa move.

Aku tengok sekang kat tepi jalan bawah rumah tu pn dah banyak kereta berplat WT----- (kereta baru lee) berderet.
Parking lot yang JLN selalu duk tu pun dah full jek.
Kesian pulak bf aku tu  nanti kalau aku bawak dia datang KL.

Aku memang tengah sedih.
Dengan memikirkan nasib aku dan kawan2 Ledang & Kemaman yang lain.
Tatau la cane tahun depan tu.
Dengan sewa umah yang tak reasonable tu.
Semuanya kena buat aku fikir betul2 dan dalam2..

Apapun sekang aku dah tak nampak apa2.
Aku hanya nampak satu.
Lusa.
Lusa.
Lusa.
...hingga tahun depan...

AKU CUTI!
balik umah..
mak abah, anak mu pulang!! yeay :))

no sweat

Apa anda buat bila motivasi anda jatuh berguling?

Satu benda je yang aku terfikir dan nak sangat di saat aku down.
---> i need my family <-----

Aku dah tak fikir lain.
Aku nak balik rumah.
Homesick tahap gaban!
Huhu...

mana aku tahu

Tengah hari ni aku plan utk ke bank menyelesaikan urusan bulananku.
Mana aku tahu.
Hampa betul aku.
Dah berkobar-kobar nak masukkan duit.
Penat-penat jalan jauh ke bank tu.
Merentas pusat beli beli belah yang ramai gila orang tu.
Mengharungi kepanasan global.
Melintas jalan raya yang banyak kereta dan motor tu (ni part paling gayat sekali).
Aduh..
Akhirnya aku hampa.

Nasib baiklah satu urusan dapat aku lakukan.
Urusan penyimpanan saja aku tak dapat.
Mana aku tahu.

Mana aku tahu.
ASB dah tutup akaun dan sedang buat kiraan akhir tahun.
Nak kira untung maa...
Huhu..

Akhirnya aku simpan aje di bank lain.
Manalah tahu aku perlukannya bila sesak.
Oh tidak aku akan bawak ke depan utk dua minggu lagi.
Dan akan menyimpannya seperti biasa.

~bersiap sedia untuk tahun hadapan.dan hari-hari tua.
i need investment plan and good fund for the future..insyaAllah..~

Friday, December 18, 2009

Kau yang kusayang

Kau Yang ku Sayang
Dari Dulu
Kini dan Selama-lamanya
Sebelum Kenal Dirimu
Sebelum Jumpa Dirimu
Kau Sering Datang Dalam Mimpiku..

*sedikit petikan lagu "Suatu Penantian" -Dwen

Lokasi: Jalan Dang Wangi
Background music: seperti lagu di atas...(kalau anda pernah tengok drama melayu lakonan Rita Rudaini & Fahrin Ahmad -Kau Yang Kusayang maka itulah lagunya)

Aku melihat dua keluarga sedang berjalan di kaki lima menuju ke arah Sogo mungkin.
Ada perbezaan di situ.

Keluarga 1:
Sepasang suami isteri muda dan seorang anak perempuan kecil.
Si suami berjalan di depan.
Si isteri pada mulanya berjalan di belakang agak jauh tertinggal dengan mengendong anak perempuannya.
Sampai di suatu jalan kecil (lorong kereta keluar dari parking), si isteri berhenti dan menunggu.
Si suami pula sudah jauh ke depan.
Bila menyedari agaknya isteri tak berdekatannya, dia pun menoleh.
Menunggu dan kemudian agak2 dah ok, dah dekat balik dia meneruskan perjalanan.

Aku agak terkilan.
Kenapa ek suami dia tegar biarkan isteri dia dukung anak sorang2.
Sian.Dah la isteri die bawak handbag lagi.Anak lagi.

Patutnya suami dia yang bawak anak tu.
Lelaki kan lagi gagah. 
At least, jalanlah beriringan. If  let say ada apa2 ke kan suami dia ada.
~wah2 kalau dulu masa mula2 bole je jalan berpimpin tgn..huhu..(sekadar imaginasi aku jek hahaha) 


Keluarga 2:
Sepasang suami isteri muda,anak kecil dalam strolley,gadis cun dan emak dorang kot.
Berjalan bersama-sama.
Suami menolak kereta sorong baby dorang.
Isteri menemani.
Mak dan adik perempuan dorang menunggu dan berjalan bersama.

Yang ini aku suka.
Familyman.hehehe.
Baguslah.
~tapi tatau laa kalau ini sekadar lakonan je ..(tak rasanya)

Pasangan 3:
Sepasang couple.
Berjalan berpimpin tangan.
Caring..lalala...
~eh ada ke dalam senarai ni?huhu (ada jugak sebagai pelakon extra nih..hahaha)

... dan apa kaitan semua senario ini dengan lagu kesukaanku itu??
hahaha..aku sekadar suka dengar lagu ni dan aku tetiba dapat ilham tentang senario ini..
(apapun setiap orang mesti ada keluarga impian kan? the family u dream about..hmmm...usahakanlah..lalala...)

(sambung nyanyi lagi..)
Ku Harapkan Semua Ini
Esok Kan Jadi Kenyataan
dan aku Berjanji
Kan ku Bahagiakan Dirimu Selamanya

Kuharapkan Semua Ini
Akan Segera Terjadi
dan Semoga Nanti
Bukan Sekadar Impian Belaka

tak praktikal [sungguhlah aku tak faham]

Hari cuti umum.
Macam yang aku pernah cakap, hari cuti buat kepala otak aku generate lebih banyak idea sebab ada banyak masa lapang..
So, aku macam bese pergi ke tempat yang bese aku pergi. (nak pergi tempat len pun bukan reti huhu).

Aku ke Mid.
Bercadang untuk beli hadiah Yam, Vico and ada le barang2 lain (kalau ada yang berkenan angkat jek hehehe)

1st time ni pergi mid naik bas seluruhnya.
Sebelum ni aku tau naik train jek, seb baik Azma ajarkan. tq Azma..:)

Ada satu yang aku tak faham laa dengan toilet kat mid ni..
Tak payah laa aku cerita (kalau anda pernah pergi anda tahulah)
Anda rasa macam mana??
Pada aku ia sangat tak sesuai dan tak praktikal.
Aku sangat tak gemar design jamban die.
Macam mana ek aku nak terangkan..huhu...hmm...(thinking)
.........ding dong!!

Masa aku kat surau, ada sekumpulan anak gadis cumel2 cun2 kat belakang aku bercerita.
Lebih kurang begini laa...
"Eh, korang masuk toilet tadi cane?? Memang semua toilet macam tu ek??"
"Ha'a..aku cek semua toilet kat situ pesen gitu..camne aaa..tak reti laa.."
.....huhu...aku sekadar mendengar...
dan mmg betul sebelum tu masa masuk toilet tu aku ada perasankan girl yang sama ngan kawan die..
lepas kawan die masuk, die boleh jerit panggil kawan die..
mungkin die mencari kat mana pili air atau cucur kepala paipnya..(maybe kawan die tunjukkan cara guna)..
the rest is history...

Ok accepted kalau design tu kononnya moden (yeke?)
Entahlah..tapi kebiasaan orang lagi selesa kalau ada cucur paip nye (atau orang jawa panggil toler huhu) atau getah paip ke salur paip ke..
Takdelah menyusahkan macam toilet kat mid tu..(imagine kalau dah tak tahan sangat anda ada pilihan kah??)
Tapi ramai je orang guna toilet tu..

Entahlah aku sekadar beri pandangan..
(tapi aku tetap gak pergi mid sbb ada banyak benda aku boleh dapat kat situ hehe)


~tandas tu tempat yang kotor.jadi mudahkanlah ia supaya orang masuk leh cepat2 keluar.kalau dah 5-10  minit amek masa nak belajar cane nak guna toilet kan dah rugi..pastu banyak pulak setan suka sakan sbb lama sangat kita duk dlm 'rumah' dorang kan..

Thursday, December 17, 2009

betul-betul tak betul

sungguhlah aku tak faham
tapi memang sesuatu itu ada alasannya
aku tetap juga susah nak faham
akhirnya aku biarkan saja

asyik bertanya
buat aku jadi pusing

hati jadi sebal
aku dah penat

~pemuitisan (ada ke perkataan ni??) kata2 yang aku sendiri SUNGGUHLAH TAK FAHAM..sigh..

dia datang

Hari ini hari terakhir.
Mulai waktu asar nanti masuklah hari baru dan tahun baru.
Maal hijrah...1431H..
(Doa penutup dan doa pembuka)

Aku sangat mengharapkan tahun baru memberikan makna dan kebaikan yang lebih banyak.
Aku sangat mengharapkan tahun baru lebih membahagiakan.
Aku sangat mengharapkan untuk mendengar berita-berita gembira di tahun baru nanti.
InsyaAllah...

Dan aku sangat-sangat mengharapkan agar rezeki menyebelahiku...

(in heart)
mood dan semangat hujung tahun semakin menunjukkan gulingan yang agak laju.
dan aku cuba untuk membuat kawalan sedaya baikku.
aku tak mahu sampai aku rasa ingin hilangkan segala harapan.
(walaupun sebenarnya aku semakin merasainya)..oh tidak...

aku selalu bertanya;
apa aku mahu?
apa yang aku kena lakukan?
...
tapi aku pasti aku mahukan ia lebih bermakna dan tidak sia-sia..
kerana aku cuma hanya ada satu masa.
kerana aku hanya aku..

*semoga semuanya jadi baik-baik saja...

Monday, December 14, 2009

mantap ah

Hujung minggu sebenarnya buat aku guna otak lagi banyak dari weekdays..
Aku kena plan apa nak buat utk kasi perabih duit, kasi buang masa yang ada, kasi buang lemak opss..hehehe (exercise laa kan bagi fit sikit badan tu)
Tapi malam jumaat ari tu aku p dinner ofis, dapatlah makan free..hehe

Dan weekend kali ni aku berjaya menghabiskan duit utk upgrade RAM laptop zaman purbaku ini..
Maka sedaplah aku melayan CD Nurkasih pemberian sahabat baikku..sedihnya..
Mengenangkan Nurkasih, aku lagi sedih mengingati sahabatku yang telah berpindah meninggalkan aku..isk isk..
Habis 14 episod aku layan Nurkasih.. Aku layan Gokusen2 pulak..wachaaa!!!

Dan hari ini Isnin datang lagi..
Rutinku seperti biasa..
Gosip pun dah kurang sbb aku rasa nk 'berpuasa'..

Dan esok pun aku harap lbh baik..insyaAllah..

~menanti result attachment yg sdg diproses..time ni laa kena banyak2 buat solat hajat n istikharah..kan...

Tuesday, December 8, 2009

Adam Hassan a.k.a Mansor Adabi

First time jejak kaki ke Istana Budaya.
Tak pernah tengok teater yang grand (masa kat UM dulu ada laa tengok rehearsal team 2nd College).
Actually bukan nak g tengok teater Natrah tu dalam erti kata sebenarnya, tapi nak tengok Mansor Adabi. heeeeeeee....

Datang on the spot, dapat lah tiket paling murah.
Teater ni tak sama cam tengok muvie kt GSC or TGV.
Kalau tengok muvie mesti pilih seat paling belakang walaupun beli gila paling awal.
Tapi teater anda akan duduk di belakang sekali kalau anda lambat dan tiket anda murah.
Naseblah..

Sakit mata beb.
Macam tengok semut kat lantai.
Pastu duk tempat tinggi, naseb baik tak gayat.
Dah la aku ni rabun jauh tahap gaban.
Tak kisahlah.
Janji dapat dengar suara Adam HAssan.

Bolehlah.
Cuma aku memang appreciate pengalaman menonton teater tu dan pengalaman duk kt IB tu.

Paling sengal adalah sorang pun tak bawak kamera.
Ceh!
Maka imej Adam Hassan hanya di memori hatiku..wink.

* lepas ni aku layan teater lak.
oh lupa Storm Warrior II mari kita terjah GSC lagi!!!!

Friday, December 4, 2009

senget

Pernahkah anda (selalu rasanya) tiba2 anda dapat text orang tanya macam ni
-"siapa ni ea?"
Sedangkan text tu pun no die takde dlm simpanan hp anda.

Kemudian anda bertanya balik (dengan rasa agak malas & bengang -kenapa laa orang ni sebuk2 je kacau aku nak tido ni??)
- "sape ni?"
Dua-dua pun dok tanya soalan yang sama.

Aku rasa bila ini terjadi, lebih baik laa anda tak payah jawab die (melainkan anda ingin terus berkenalan dengan beliau..huhu).

Ekceli aku rasa aku macam pernah nampak no. tu appear kat screen hp tapi tak ingat bila.
Lepas aku tanya soalan siapa dia then die reply, aku terus malas nak jawab lagi soalan dia.
Aku hanya jawab- " Tak kenal" (padahal aku kenal)
Then die pun bgtau maksud dia bertanya.
Blah laa dulu masa aku mesej die boleh buat boh tak heran jek.
Dah dekat 1 bulan baru nak perasan no tak dikenali (which is no aku) yg pernah mesej die dulu.
Lepas lama gila menyepi.
Out of sudden!??
Apa ni? Nak cari pasal ke?

Rasa meluat (campur ngan pusing kepala sbb tgh ngantuk org kacau pulak) pada si pengirim mesej tu.
Aku rasa die kenal tu no aku.
Sebab sepanjang aku kenal die (plus menurut kawan2 rapatnya) die jenis orang yang dapat je no tel orang terus zass melekat kat kepala.
Tapi semalam die buat2 tak kenal lak.
Kan macam tak logic jek tu.

Memang hebat lakonan sengal die tu.
Aku tau die saja je nak tengok apa reply aku.
Die memang sengaja memunculkan diri utk menyakiti aku lagi.
Aku dh penat nak layan kemunculan yang tak diundang tu.
Kalau saja je nak tengok reaksi aku, aku dah boleh baca.
Dulu pun macam tu gak.
Ape dehal??

I'm sorry.
Maafkan aku sebab bermain emosi di sini.. (hehehe)
Aku cuma bengang dengan spesis macam ni.
Cukup2 laa.Cut it out ok.

~peace no war~

Thursday, December 3, 2009

New MOOn

Masa check kalendar (untuk apply cuti) , aku tengok bulan 12 ni banyak sangat cuti.
Kadang dalam 1 minggu hari bekerja (bagi yang minta cuti khamis) adalah 3 hari je.
Bestnya!

Pastu bulan  12 ni banyak pulak yang nak kawen.
(quote ayat hafiz chan: musim mengawan dah tiba ..Opss !! hehehe)
Sampaikan aku pun tak ingat sape yang kawen minggu ni, minggu depan giliran sape, minggu depan2nya lagi siapa punya turn bla bla..

Bukan boleh g semua jemputan.
Yang ni maaf sangat2.
Kadang ada yang bertindan jemputannya.
Ada gak aku tak mampu nak g sebab jauh.
Pastu aku tak transport.
Takde kawan nak teman (eh yang ni bila agaknya akan ada teman ek?)
Tengoklah majlis sape2 kalau ada yang sudi nak tumpangkan aku akan g.

Rasanya banyak cuti ni lagi best kalau dapat balik kampung dari duk kat KL ni.
So aku pun tak decide lagi macam mana nak uruskan jemputan yang banyak tu.
Tambah2 makan nasi free, dpt berkat dan kerepek serta sumi dalam beg kertas yang kiut..ish ish sape tanak beb..hehehe..

For those yang akan menamatkan zaman bujang dalam bulan 12 ni, aku ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU. hepi selamanya ye. :)

*especially for Yam & Azar pada 19 Dis ni..(Yam kau nak jadi bini orang..hehehe)

rasa nak melempang pun ada

Apa rasanya ada seorang manusia ni dah lama hilang tiba-tiba text anda pastu ajak anda join bisnes die?
Eh, takpe lagi.
Dah la ajak macam tak sopan, pastu bila anda tanya a question (anda takde niat apa2 pun) pastu nak sound anda balik sehingga buat anda panas hati.
Eh eh..macam dah lebih jek.

Aku terus stop dari melayan orang yang aku rasa lack of manner.
Susah ke nak berbudi bahasa?
Kenapa nak melukai hati orang pula?
Dengan konpiden menjatuhkan hukum sampai sebut hari kiamat.
Ish sensitif betul aku.
Ntah apa2.

Dan aku tak mau sedih lagi.
Sebab kenapa aku nak mengenang hal yang aku rasa aku memang dah tak rasa ia ada lagi dalam hati aku.
Why bother that?

*Dia dah lama 'mati' dalam hati aku. 
I'm glad that I'm totally strong enough to forget him and get rid of him. 
Hati aku dah 'nyah'kan dia. Sesarkan dia.
I'm happy now!

Aku percaya Allah akan membantuku.

Wednesday, December 2, 2009

seperti kujangka terjadi

Berita yang diterima semalam agak membuatkan aku dan rakan2 down.
Keputusan exam buatkan kami senyum sekejap je.
Lepas perkhabaran berita 'SETAHUN' itu kudengar, aku terkejut. terkesima.
Terus ke tingkat 11, bermunajat untuk memulihkan semangat.(Ya Allah, berikan aku kekuatan).

Malam tadi call mak.mak kata dah malas berharap, ikut je laa.
Aku sedih.I'm hopeless.
Rash pulak hari ni datang (semalam MC pindah rumah) terus tertunduk, motivation terus jatuh di aras paling rendah.(kesian kami)
Up side down.peh,dugaan ni...:((

Takpelah apapun, aku percaya hikmah Tuhan akan datang juga. InsyaAllah.

*Nurkasih dah tamat*