Sunday, December 24, 2017

Updates

1.
Hari ni ramai bercuti. Yang bekerja 1/4 rasanya. Happy holiday guys. Spend quality time with family before 2017 ends.

2.
Kafe tutup lagi. Mana nak makan tengah hari ni?

3.
Filem Lee Chong Wei bakal ditayangkan 2018 nanti. Macam best. Legend arise!

4.
Baju dan seragam tadika Nur Irdina dah beli semalam. Hari ni nak pergi repair sikit. Labuh sangat. Hihi.

5.
Ikan bawal asam pedas dan sayur bayam goreng. Ok tak?

6.
Nak buat bubur kacang merah malam ni. Kacang dah kembang sangat kena rendam.

7.
Plan vacations for 2018. Langkawi dalam list. Sebab Nur Irdina nak tengok helang!

8.
Umrah. Pray for it.

Sunset in Arashiyama.

* ada rezeki nak join lagi trip oversea. Nur Irdina mesti ikut!


Thursday, December 21, 2017

Any Resolutions Next Year?

1.
Lagi seminggu nak habis tahun 2017. Minggu depan, 27 and 28 haribulan, Nur Irdina kena hadiri orientasi Tadika KEMAS. So this weekend is for shopping! Teruja juga rasanya bila nak sekolahkan anak pertama kan. Mak dah siap apply cuti sebab nak sama-sama Nur Irdina pada hari orientasinya. Mudah-mudahan dipermudahkan Nur Irdina nak bersekolah ya. :)

2.
Sekarang ni sedang berlangsung sesi semester pendek bagi pelajar Sem 3 ke bawah. Sebab kohort dorang ni tempoh pengajian adalah 2.5 years. So kenalah hadap studi dan cuti pun pendek la. Nasib baiklah kursus yang ditawarkan tak banyak. Final paper dah siap dan dah submit. Test dah buat. Lab dah buat. Tinggal assignment je. Silibus dah separuh selesai. Alhamdulillah.

3.
Oh sekarang ni IKEA buka cawangan terbaru dan terbesar di Johor Bahru. Wow! Kalau nak ke sana bila naik ke flight over (sebab kalau datang dari arah Kota Tinggi, lokasinya sebelah kanan) sementara berhenti kat traffic light tu, sempat lagi nak decide ke IKEA or AEON. Sebenarnya aku ni IKEA kat Damansara tu adalah pernah pergi 2 kali je (sekali masa bujang Nani kawan aku bawak dan sekali lagi masa dah kahwin sebab suami kerja kat Bangi) sebab aku bukan jenis yang fanatik or obses IKEA. Ada kita pergi tak ada takpe. Banyak perabot pun beli kat kedai-kedai biasa, kat Bukit Gambir tu ada je design yang nak sama ngan IKEA, yang lattest hipster gitu. Walaupun suka je tengok produk IKEA. Ramainya orang pergi IKEA sebab nak makan meatball. So balik Kota hari tu kami pergilah IKEA selepas dah research product apa nak cari sebab tak nak lah bazir masa lastly tak beli pape. Suami nak cari meja outdoor untuk minum kopi waktu petang. Aku lak nak cari rak ke storage ke nak kemas mainan Dina tu. Tapi hampa stock yang kami dah decide nak beli tu habis dik! Tak ada rezekilah. Yang dapat beli lampu tidur and rak (bukan warna pilihan) Dina. Seronoklah budak kecik tu. Mak dan Abah yilek. And kami try gak makan kat kafe IKEA tu and nak try rasa makanan sana tu. Dina and cousins dia kemain happy duk try katil la kerusi la meja la kat showroom dia. Hahaha layan. Apa yang aku suka sistem pembayaran IKEA ni. Masukkan duit dan terima baki semua self-service. Lepas ni kena scan barcode sendiri kot. Hehe.

 4.
Apa resolution untuk 2018? Ada cuma simpan dalam hati je dulu. 

Sekian update hari ni.

*kill the time but not really has to kill. :))

Tuesday, December 19, 2017

Change

Semalam kami baru pulang ke Serom.
Bercuti di kampung 3 hari.

Kat kampung ku sekarang dah membangun sangat.
Kalau nak compare area aku tinggal dengan area tempat mak abah aku tinggal, di sana lebih pesat.

Bandar Penawar misalnya, dahulu macam tak ada apa pun.
Hanya ada sekolah agama, sekolah sains dan sekolah sukan (zaman hujung 90 an).
Bandar dia adalah pekan.
Ada lah bas yang sampai sana dari Kota Tinggi dan ke Rengit.

Hari ni, wujud bandar kecil sekitar 3 sekolah tadi.
Lengkap boleh dikatakan.
Banyak taman perumahan yang dibuka, deretan kedai dibina.
Yang paling lattest adalah ada hotel dan hotel apartment yang tinggi.
Dari jauh dah nampak dah bangunan tu.
Tengah-tengah bandar satelit tu ada pasaraya SKS yuolllssss!!
Bank Islam pun ada.
Untunglah IKBN di tengah-tengah bandar tu.

Kesan kerancakan pembangunan industri minyak dan gas.
Rapid Pengerang.
Sebelum ni bandar paling dekat dengan tempat tersebut adalah Pasir Gudang yang boleh diakses melalui Lebuhraya Senai Desaru.
Aku menyaksikan jambatan di tengah lautan yang menghubungkan lebuhraya tu.
Alhamdulillah.
Banyak sektor pekerjaan dan perniagaan yang ditawarkan.
Kawasan rehat yang jual buah dan ada kedai makan pun telah di upgrade dengan tapak letak kereta yang luas.

Boleh aku katakan lebih menarik dari bandar Kemaman.
Seriously.
Tempat tu dekat dengan laut, dan hawa panas tu kadang boleh dirasai tapi sekarang ni memang banyak tanah dibuka untuk penempatan.
Dan hospital private bakal dibuka aku jangka untuk memenuhi kapasiti penduduk dan keperluan mendapatkan rawatan pakar.
Banyak lagi peluang kerja boleh disalurkan kepada rakyat.

Kalau dulu tempat tu terkenal sebab ada Desaru.
Resort-resort persendirian.
Sekarang ni Teluk Sengat dah jadi terkenal.

Kalau ada rezeki harap-harap Abah Dina dapatlah kerja kat sana.
Seronoklah duk sana. Hihi/

Berbalik pada intro tadi, so malam tu aku pun masaklah.
Ada telur dan ikan pekasam yang jiran beri.
Aku pun buatlah telur goreng masak kicap je- paling simple dan cepat siap.
Pastu goreng ikan pekasam dengan bawang and lada.
Tengah tunggu Abah Dina solat maghrib, makanan dah siap hidang atas meja.
So Irdina pun datang ke dapur.

"Mak masak apa tu?"
"Masak telur kicap. Abah dah siap sembahyang? Cuba Dina panggilkan".
"Wah. Mak masak special!"

Dina jengah Abah dia, kemudian langsung naik ke atas kerusi.
Dibuka tudung saji. 
Aku macam (dengan kembang setaman hati ni) terkejut sebab Irdina cakap macam tu.
Abah dia yang sudah solat pun dengar.
Pada aku moment macma tu sangat indah.
Anak aku pandai memuji.
Alhamdulillah.
Masa makan tanya dia sedap tak? Katanya sedap. Nak suap sendiri.

Mak masak special!!! ~ this is the beautiful phrase. 

Tak sangka sometimes kata-kata Nur Irdina terlalu matang untuk kanak-kanak seusia dia.
Sebab tu aku suka berborak dengan dia.
Cakap je jelas dan seperti kita bercerita seolah dia faham dan mendengar dengan baik.
Bila dia ulang tu perkataan nya jelas tak pelat.
Dan satu masa dia sebut balik kita jadi teruja, masyaAllah.
Memori dan resapan ingat dia sangat baik pada usia begini.

Masa yang sesuai untuk memperkenalkan dia dengan banyak benda.
Mengajarkan dia dengan memperdengarkan ayat-ayat yang baik, ayat-ayat suci al-Quran.
Kerana masa inilah masa yang sesuai. InsyaAllah.

MY LOVE- NUR IRDINA TAUFIQ

*journey mak kepada seorang anak perempuan cukup membahagiakan.

Sinopsis Kembara Samurai

Setelah sekian lama terlalu sibuk dan tenggelam dalam kerja, hari ni ada masa sikit nak buka Vocket.
Sukalah baca artikel dalam tu.
Sampai satu tajuk tu pasal budaya kerja orang Jepun - kerja sampai mati.
Gulppp. Telan air liur lepas ternganga 2 saat.

Aku tak nak cerita sangat pasal tu.
Aku cuma tertarik dengan gambar dalam artikel tu.
It makes me rewind the old days, when we were in Japan.

Tak sangkalah aku dah pun jejakkan kaki di bumi matahari terbit tu.
In fact masa aku sampai sana matahari memang tengah naik, membakar wajah aku dari luar tingkap flight yang sudah pun berada di ruang udara Kansai.
Pukul 5.30 pagi masa tu kalau tak silap.
Oh inilah orang kata, perubahan waktu 2 negara.

Sepanjang aku di sana, aku memerhati budaya dan kehidupan orang Jepun.
Banyak perkara yang aku perhati dan belajar.

Pertamanya adalah aku menggunakan banyak tenaga dan membakar banyak kalori kerana kat sana banyak berjalan kaki untuk jarak yang agak jauh.
Pengangkutan utama adalah train atau subway (bagi perkhidmatan train bawah tanah).
Dari rumah ke station berjalan dalam 3 ke 5 minit.
Kalau nak banding kat sini macam dari rumah aku ke pagar depan kolej tu.
Itu pun yang paling dekat.
Kalau kat bandar-bandar kena pastikan station dan platform yang betul untuk naik train yang betul sebab dia berselirat.
Tapi ikut je panduan map dan pastikan nama train tu betul.
Bila dah hari-hari naik, kita jadi dah biasa dan tahu kat mana nak naik turun walaupun bahasa Jepun adalah bahasa utama (kurang perkataan English dipaparkan).
Kalau tak faham tulisan Jepun, fahamilah gambar. Hehehe.
Pastikan lokasi, pastikan train dan station.
Nak senang google map je.
Tapi kadang macam tak percaya, cari punya cari station, tengok dia punya signboard tunjuk jalannya kena masuk bangunan.
Memang ya.
Laluan tu ke bawah bangunan dan bawah tanah, so kat situlah stationnya.
Kat celah bangunan ada signboard train,meaning bawah tu ada station.
Aku tak pasti train railway buat dulu ke bangunan buat dulu.
Tapi tengok gaya kebanyakan subway nampak lama.
Train pun ada tema-temanya.
Menarik!


 Tiket train. Ni yang sempat aku snap pic. Jenis ni day pass so tiket tu boleh dapat semula. 


 Ni salah satu jenis train. Untuk balik rumah, kena naik line Tozai.

 Ni mesin beli tiket. Ada pilihan bahasa English untuk mudahkan pembelian.

Ni adalah map line semua train. Ikut warna, nama dia lain-lain.


Keduanya tentulah teknologinya.
Paling amazing adalah toilet.
Yang ni aku pasti mana-mana orang pun akan sebut benda ni.
Sebab ia tak ada kat negara kita or mungkin ada tapi aku tak pernah lagi jumpa di sini.
Sebelum aku pergi, aku cukup risau aku tak biasa dengan toilet kat sana.
Sebab kat sana toilet memang tak ada paip air (toler kata orang Jawa).
Susah nak beristinjak.
And aku tak biasa guna toilet duduk awam, kalau kat rumah sendiri ok lagi.
Aku pun buatlah pencarian di internet and tanya-tanya anak buah aku yang sedang belajar di sana.
Toilet kat bangunan-bangunan baru macam airport dan mall besar-besar kat bandar memang ada bidet.
Sistemnya sangat canggih.
Kalau tak faham tulisan Jepun, tak apa sebab ada gambar yang mudah difahami.

Tengok simbol dia sebab tak faham tulisannya.


Ada button untuk keluarkan air, dengar bunyi (untuk privacy), dan flush (sometimes flush hanya wave je sebab dia detect motion, and juga dia auto-flush lepas kita bangun).
Kalau toilet tak ada bidet tu just tadahlah air guna botol.
Lepas tu toilet sangat bersih lagi-lagi yang kat mall bahagian toilet wanita, siap ada tempat bersolek.
Example toilet wanita paling dekat dan hampir sama setakat aku jumpa adalah di Aeon Bandar Dato Onn JB (the lattest branch of Aeon Mall) tapi tak ada lagilah sistem bidet canggih tu.
Cuma ada satu tempat kat Jepun yang aku jumpa ada air dan tandas cangkung adalah di Masjid Kobe.
Sebab orang Islam kan bersuci dan beristinjak dengan air, jika tidak darurat.
Masjid adalah tempat paling selesa dan feel like home.
Tapi toilet kat subway atau bangunan lama, memang tak ada bidet.
Toilet cangkung dan tak ada air.
Sebab tu kalau aku nak berhadas, aku akan cari station yang berada dalam bangunan baru (station memang biasanya duduk bawah bangunan sebab sistem train bawah tanah), sebab toilet dia baru dan ada bidet. Hehehe.

Ketiga adalah mencari makanan halal.
Lately memang dah banyak kedai Jepun yang jual makanan halal dan diasingkan daripada makanan lain, termasuklah menu, peralatan dan tisu.
Kalau makanan segera macam jual kat kedai serbaneka tu pun ada juga.
Paling mudah adalah onigiri atau nasi segitiga.
Boleh tanya penjual yang mana boleh dimakan oleh muslim.
Lepas anak buah aku explain makanan apa yang boleh dan tidak, baru ada keyakinan nak beli.
Maka aku yakin nak makan onigiri jenis tuna, crab dan salmon.
Lain kedai lain rasanya.
Kalau kedai Lawson tu sedap tunanya, kalau 7E banyak isinya.
Minuman pula paling best dan bermacam-macam.
First day memang takut-taku nak beli air gedegang tu.
Lama-lama dah belajar macam jenis minuman, hari-hari singgah Lawson beli air botol.
Kalau kopi ada certain brand boleh beli macam Tully's, Starbuck, Wonda.
Air teh dia lagi banyak version, malah ada teh susu lagi.
Aku memang suka beli teh susu, lagi best ada teh susu warna jernih.
Airnya macam air kosong tapi ada rasa teh susu. Teh ais lemon pun ada.
Susu pula brand Meiji (yang ni aku yakin sebab aku pernah minum masa duk kat Thailand dulu) dan memang anak buah aku kata boleh minum.
Coklat pun ada brand yang boleh makan, kena pastikan ada ke tak sumber haiwan yang tak boleh dimakan.
Masa pergi Arashiyama Bamboo, aku makan aiskrim teh hijau. Sedapnya.
Padahal aku bukanlah suka aiskrim perisa tersebut. Tapi yang ni rasanya sangat sedap.
Masa pergi Osaka Castle, makan pulak aiskrim strawberry. Juga sedap. Masam-masam manis.
Anak buah aku belikan takoyaki. Memang lain rasanya dari yang kat Malaysia.
Ada web atau app yang boleh kita refer untuk menyemak makanan halal.

 Ni teh susu. Rasa la gak tehnya.

 Ni teh lemon jernih. Memang rasa teh lemon ais (kalau sejukkan)

 Ni susu segar. Bolehlah nak makan dengan cereal ke minum terus ke.

 Ni milk tea yang dah jernih. Rasa sama dengan yang teh susu. First introduced by my neice studies there.

Kopi StarBuck. Caffe Latte. terubat rindu pada kopi.

 Kedai halal kat Kobe. Dekat area Masjid Kobe.

 Ni pun kedai barangan runcit halal dekat area Masjid Kobe.

 Ni kedai yang popular jual rameyon mee tu kat Osaka, lupa dah namanya apa. Pekerja dia students kita yang belajar sana.

Oh ni ha nama kedainya. Honolulu Ramen. Muslim Welcome!

 Ni kedai runcit area rumah. Kena pandai pilih nak beli barang apa. Selalunya suka beli kat convenience store macam Lawson, Family Mart dan 7E.

 Ni sushi. Kedai dia tak macam kat Sushi King sini ada benda bergerak tu. Kena duk dan order set.

Ni set lain. Harga dia dekat 4000 yen/set.

 
    Ni makanan kesukaan Irdina - onigiri! Kak Hanis belanja aiskrim gak.

Ni mak masakkan nasi Brahim's je. 

Keempat tempat solat.
Kat Jepun tak banyak prayer room atau tempat khas untuk solat.
Aku pernah solat atas padang rumput, tar, tepi tangga dan bawah pokok.
Itulah kali pertama aku apply ilmu bermusafir.
Aku solat tak perlu pakai telekung (macam kebiasaan kita di rumah), cukup menutup aurat.
Allahuakbar, di mana-mana pun Allah mudahkan kita nak beribadat.
Di Masjid Kobe sangat selesa, dan bila solat rasa seronok sangat. Macam kita tak nak bergerak ke mana-mana bila dah duk dalam tu.
Dekat Haneda Airport ada disediakan prayer room.
Yang bestnya, bila nak guna kita tekan intercom nanti pengawal dia akan bukakan pintu (auto-controlled).
Jadi tempat tu tak bolehlah buat lepak-lepak atau tidur.
Kalau lama sangat kita duk dalam tu, guard akan datang periksa.
Dalam tu pun ada tempat berwuduk yang canggih.

Kelima bangunan dan jalan.
Rumah kat Jepun kebanyakannya kecil dan muat-muat.
Rumah yang aku tinggal di Tokyo besar dia macam bilik tidur rumah aku, tapi dia double storey.
Bawah ada dapur, bilik mandi dan toilet (bawah tangga) manakala atas adalah bilik tidur.
Tangganya sangat kecil dan curam.
Rumah di Osaka agak besar, in fact aku lagi suka design nya.
Walaupun begitu saiznya, tetap rasa selesa tinggal dalam rumah tu.
Sebab kemas dan comel.
So tak adalah rasa sempit sangat ke menyesakkan ke apa ke.
Unik kot.
Bangunan kat bandar teratur dan cantik.
Jalan dia bersih.
Rasa seronok nak jalan kaki.
Cuma lokasi dari satu kawasan yang nak dituju tu boleh tahan jauhlah.
Tapi tak berapa nak penat sebab cuaca sejuk, tapi kalau dah hari-hari jalan jadi biasa.

 Orang kata tak sah kalau tak bergambar dengan gambar Glicoman ni. Kat Osaka.

Ni pekan kat area Arashiyama. Boleh jumpa orang pakai kimono.

 Depan Hard Rock Cafe Osaka. Dalam stroller tu Nur Irdina tengah tidur.

Kedai kat area Dotonbori. Ada replika besar atas kedai.

 Dotonbori.

 Kalau kedai seafood ada replika crab and sotong besar yang bergerak. Nur Irdina suka tengok.

 Ramai sangat orang di Dotonbori.

 Waktu malam. Dah nak balik rumah. Sebelah tangga nak masuk stesen subway. Hanis pula nak pergi GAP beli baju untuk winter.

Ni adalah laluan hari-hari pergi balik rumah ke stesen terdekat masa stay di Tokyo (tak ingat nama spesifik kawasan ni).

 Area Kobe.

 Area Kobe. Nak ke masjid Kobe.

 Solat zohor asar di Masjid Kobe.

 Kedai makan Thailand.

 Area Kobe.

 Sesat di tengah kota. Kat Shinjuku aku rasa.

 Aku tak ingat apa nama pasar ni. Ada banyak cenderahati dijual. Dekat area Asakusa.

 Tempat yang sama di atas.

Asakusa Don Quijote. Tempat beli barang. Coklat Meiji beli kat sinilah.

 Gunung Fuji dari dalam bullet train ke Tokyo.

 Longkang (macam anak sungai) di area rumah di Tokyo. Nur Irdina pose kemain lagi.

 Replika Fushimi Inari ni dekat Ueno Park bukan yang sebenar.  Yang sebenar gambar semua tak cun sebab Nur Irdina mangamuk tak nak ambil gambar. Hehe.

 Ueno Park, Kalau musim bunga and autumn cantiklah pokok ni.

 Ueno Park.

 Ueno Park.

 Building area mana aku tak ingat.

Nur Irdina pose di Shinjuku Gyeon National Garden, Tokyo.

Kat Jepun ni banyak sangat taman. Aku pun tak ingat which taman yang aku pergi.

Keenam budaya dan cara hidup.
Orang Jepun terkenal dengan sopannya.
Rajin bekerja.
Kalau keluar naik train tu, seronok tengok pekerja kat sana smart je.
Beza antara orang Tokyo dan Osaka dapat dilihat bila naik train waktu peak hour.
Kat Jepun pejalan kaki diutamakan.
Masa aku di Osaka, di traffic light, biasanya simpang 4, akan ada crossing zebra untuk pejalan kaki.
Jika lampu hijau dari satu arah maka kenderaan akan bergerak.
Yang kagumnya, lampu untuk pejalan kaki juga hijau di satu bahagian jalan.
Tetapi kereta yang sepatutnya masuk simpang (di mana pejalan kaki boleh melintas) akan menghentikan kenderaan dan menunggu pejalan kaki selesai melintas.
Kalau kat tempat kita, pemandu akan hon pejalan kaki sebab dia nak kejarkan lampu hijau.
Kat Jepun lintasan zebra sangat banyak.
Tak perlu kita nak tekan butang, nak bagitahu kita nak jalan.
Kita tunggu je, nanti hijaulah lampu dia.
Lepas tu, sikap orang sana patuh rules.
Walaupun jalan tu tiada kereta lalu tapi sebab lampu merah, mereka takkan melintas.
Uniknya lagi lintasan zebra di simpang 4 adalah pejalan kaki dapat melintas jalan raya yang sangat lebar, dan ada di tengah-tengah simpang tu.
Macam Shibuya Crossing tu, yang dikatakan paling sibuk di dunia.
Banyak lagi simpang 4 di Jepun yang macam tu cuma kurang sibuklah.
Tapi bila orang macam aku ni melintas kat mana-mana simpang macam tu walaupun tak sibuk tetap rasa macam Shibuya gak. Hehe
Background bangunan lebih kurang sama je.

 Ni salah satu zebra crossing yang aku jumpa (bukan di Shibuya ni)

 Ni masa menunggu lampu hijau. Dah nak malam pun. Bila hijau lampu dari semua arah orang akan melintas.

Berselirat zebra crossing nya.

Lagi satu, kat Jepun juga ramai yang tunggang basikal untuk pergerakan.
Kat Osaka misalnya, tempat parking basikal ada di mana-mana.
Motorsikal pun ada, cuma kurang.
Basikal lebih mudah dibawa.
Ibu-ibu di sana membawa anak mereka ke sekolah atau ke mana-mana dengan basikal, yang besar duk belakang dan yang baby leh letak depan.
Siap ada tempat duduk khas yang boleh dipasang pada basikal.
Lepas tu ada penutup pelindung hujan atau sejuk.
Rasa cam nak beli satu seat tu bawak balik Malaysia.
Penunggang basikal berkongsi laluan dengan pejalan kaki, mereka akan membunyikan loceng jika mahu lalu supaya tak langgar orang.
Biasanya mereka lebih hebat mengelak, dan pejalan kaki akan berhati-hati.

Boleh jumpa basikal di mana-mana. Dari zaman dulu lagi kan. Sejarah menceritakan Jepun masuk Malaya guna basikal je. Transportation ni sangat mesra alam di samping dapat sihatkan badan.


Berbalik kepada pengangkutan, train adalah paling efisien.
Jaringan train sampai hampir seluruh Jepun.
Dari Osaka ke Tokyo, aku naik bullet train.
Best!
Naik teksi agak mahal.
Bas aku naik masa nak pergi Mount Fuji.
Basikal dan motorsikal aku tak pernah naik lah.
Anak buah aku siap beli basikal untuk dia ke universiti, patutlah anak buah aku semakin kurus. hiks

Bergambar berlatarkan kepala bullet train is a must. Hehe. Ni kat Osaka Station nak ke Tokyo Station.
 

Satu benda yang aku alami perubahan adalah kesusutan berat badan.
Sebab banyak berjalan, eksasais.
Dan makan kurang.
Banyak rasa nak minum air je.
Lagi pun tak banyak makanan yang kita ada boleh pilih nak makan, selain bekal makanan yang kita bawa dari Malaysia dan onigiri.
Mee udon dan mee ramen pun ada makan.
Tapi tekak Melayu.
So makan sebab nak jana tenaga dan elak lapar je.
Bukan melantak macam kat rumah. Hihi

Oh, satu lagi benda yang aku jumpa.
Rupanya aku sedar ia boleh berlaku di mana-mana, walaupun negara tu maju sekalipun.
Kat sana aku jumpa homeless people.
Ada satu malam tu aku balik lambat, aku jumpa ramai gelandangan tidur di tepi mall.
Area Shinjuku.
Around 9 malam tu dah kira macam kul 11 kat tempat kita la.
Ada yang hanya tidur dalam sleeping bag, dan ada gak yang siap dirikan kotak sekeliling tempat tidur.
Itu belum masuk musim sejuk.
Musim luruh pun tak bape nak mula, sejuk malam kat sana sampai ke tulang.
Macam mana lah yek.
And ada satu kali aku jumpa orang yang kurang siuman, siang hari tengah tidur.
Tekanan hidup, walaupun hidup kat tempat yang serba serbi canggih lengkap.
Kejadian bunuh diri pun ada.
Kata anak buah last time dia naik train, train dihentikan sebab ada orang bunuh diri terjun landasan.
 
Apapun masih Jepun sangat menarik.
Jarang pula aku baca artikel tak best tentang negara tu.
Kawasan semulajadi dia masih terpelihara, dan banyak kawasan cantik yang boleh dilihat.
Longkang kat belakang rumah pun bersih, dah macam sungai kecil.
Sungai yang besar lagilah lawa.
Sungai kat tengah-tengah kota pun amazing je kalau tengok.
Gunung ganang, padang rumput.
Semuanya cantik-cantik.

 Ni taman kat area Gunung Fuji. Jauh lagi gunung tu sebenarnya. Ni kawasan tasik berdekatan.

 Aku  ni suka amek gambar bunga.

 Lavender.

 Ni pokok lavender. Mula-mula ingat pokok apalah seketul seketul macam ni. Sebab ni bukan musim bunga so tak nampak bunganya.

 Taman ni macam dah tak berjaga. Sedang renovation.

 Di kaki Gunung Fuji banyak tasik. Ni satu daripadanya. Dekat area Kawguchi.
Di sini tak dapat pun gambar dengan gunung Fuji sebab awan selindung. Orang cakap gunung ni pemalu. Hiks.

 Nur Irdina beria-ia nak tolak sendiri stroller dia. haha.

 My sweetie :)

 Pokok bawang. Huish.. Tanaman kat sini subur je.

 Ada tanaman bunga. Yang ni tak ikut musim kot. Ada je. Macam kat Cameron Highland tu.

 Tasik yang sama. Belakang tu bukan gunung Fuji.

 Antara pokok yang mula menguning, nak start autumn.

 Tasik yang sama dari sudut yang lain.

 Rumah di area Kawaguchi.

 Tanam lavender tepi rumah je.

 Backpackers hostel kat area Gunung Fuji.

Satu rumah di area Kawaguchi.


Kalau ada rezeki lagi, aku nak pergi lagi.
Tapi nak fokus satu satu kawasan.
Kot masa anak buah aku konvo kang, nak gak pergi lagi.
InsyaAllah.

*banyak lagi gambar. nanti aku nak buat ikut hari. insyaAllah. senang nak tengok kalau-kalau gambar hilang dari simpanan ke.